Harapanku pada kalian semua untuk bangun, duduk, susah, senang bersama dengan seluruh umat Islam. Kita selaku umat Islam seharusnya berasa bertanggungjawab dan terpanggil untuk mengembalikan manhaj Islam di atas muka bumi ini.
Sudah sekian lama kerajaan yang berkiblatkan thaghut dibiarkan berkuasa dan pada hematku sudah sampai masanya kita bersama-sama untuk menjatuhkannya.
Jika punya pendapat, milikilah pula tekad yang kuat. Sebab, pendapat akan rusak jika kau ragu-ragu melangkah.
Friday, November 23, 2012
Monday, November 19, 2012
Gaza, Kemenangan menghampirimu
Peperangan yang menyaksikan bagaimana satu pengisytiharan daripada bangsa Israel untuk melenyapkan dan menghapuskan umat Islam Gaza. Gaza tidak pernah menyerah malahan menantikannya sebagai satu perkara yang amat dinantikan oleh mereka. Mereka para pejuang mujahidin di Gaza bagaikan menerima pelawaan untuk menghadiri parti kesukaan. Begitulah erti peperangan pada mereka sekarang.
Bangsa yang cintakan mati. Nah, siapa yang menempah maut sekarang ni. Kalian berjuang untuk hidup sedangkan mujahid palestin berjuang untuk mencari mati. Bagaimana dua keadaan yang begitu kontra dalam kehidupan seorang muslim dan Israel.
Pernah terbaca satu artikel bagaimana para-para rahib ataupun dikenali sebagai orang-orang agama dalam yahudi sangat menentang terhadap penubuhan negara Israel. Hal ini kerana mereka ketahui bahawa bangsa Israel tidak boleh menubuhkan negara, dan jika ini berlaku bererti mereka membina kuburan bagi diri mereka sendiri.
Gaza, kemenangan menghampirimu kini. Ini janji yang pasti daripada tuhan Rabbul jalil. Bersabarlah kalian semua dan teruskanlah perjuangan ini sehingga kalian dijanjikan dua perkara, sama ada mati SYAHID atau PALESTIN KEMBALI BEBAS ke tangan umat Islam.
Friday, November 16, 2012
Antara pembohongan dalam jalan perjuangan DAKWAH
Kita dapat
lihat sendiri dan merasai bagaimana pembohongan dalam jalan perjuangan Islam
dilakukan. Amat sedih dan menyedihkan apabila ada dikalangan para daie yang
terjebak dengan maksiat pada Allah, Apakah susah bagi kelian untuk melawan
nafsu serakah yang membuak-buak dalam diri kalian itu. Akhirat yang kalian
laungkan itu bisa jadi senjata makan tuan bagi kalian.
Penulisan
ini aku lakukan untuk menyedarkan sesiapa yang tidak tahan dengan ujian lantas
membiarkan dirinya hanyut dalam keseronokan yang sementara. Sedih dan
memilukan. Mujahid melawan musuh Islam demi mengembalikan izzah agama ini .
Mereka
bergelumang dengan darah dan pahala. Janji tuhan menepati dalam dada mereka.
Tidak sekali-kali bagi mereka untuk melakukan maksiat pada Allah kerana mereka
sedar bahawa kemenangan takkan turun kepada orang yang bermaksiat.
Nah,
keuntungan apa yang engkau perolehi dari maksiat itu. Diri semakin jauh dari
tuhan dan rahmatnya. Di mana mardhotillah yang kalian inginkan itu. Semuanya
telah bertukar debu. Amalan-amalan kalian telah mati dan hilang bagaikan angin
meniup debu pergi.
Kenapa ya
penulisan kali ini bagaikan menempelak para-para daie di jalan dakwah.
Sepatutnya penulis menukilkan sesuatu yang boleh menaikkan semangat mereka
untuk terus istiqomah dalam jalan dakwah tetapi sebaliknya.
Bukan
bermaksud untuk meruntuhkan semangat mereka tetapi bingkisan ringkas ini
bertujuan untuk menyedarkan mereka dan terutama diri penulis.
Ayuh
pengemudi bahtera dakwah sekalian, di sini ku bawakan kisah bagaimana ada
seorang sahabat Rasulullah SAW ketika mana sahabat-sahabat yang lain bertanya
perihal amal, beliau pula banyak bertanya apakah jalan-jalan yang membawa
kepada dosa itu.
Tahukah
kenapa sahabat-sahabat sekalian kerana amal itu dapat diketahui dan diamalkan
tetapi bagaimana pula untuk mengetahui bagaimana bentuk dosa-dosa itu sendiri. Mana
tahu dalam beramal ibadah pun ada dosa. Oleh sebab itulah beliau bertanyakan
perihal dosa dan bentuk-bentuknya. Sekaligus,untuk menghindari dari terjebak dalam dosa yang
boleh menyebabkan diri ini tercampak kedalam murka Allah SWT.
Begitu juga
kita, persediaan dan permantapan perlu dilakukan bagi menghindarkan diri dari
murka Allah SWT. Kita bimbang lantaran dosa yang mengekori belakang kita ini
menyebabkan kemenangan daripada Allah tertangguh dek lantaran diri kita ini.
Moga-moga
coretan ini menjadi peringatan kepada kita semua supaya sedar dan waspada
terhadap NAFSU dan SYAITAN kerana diri kita (para daie) inilah sasaran mereka
yang pertama untuk melemahkan barisan tentera-tentera Allah di zaman ini.
Peringatan
buat DIRI dan sahabat-sahabat seperjuangan yang dicintai sekalian
Wednesday, November 14, 2012
Makna disebalik Hijrah
Sayangnya bila masih ada yang LENA dalam TIDUR

Ada sesiapa yang masih tertidur? Tahukah anda tahun baru hijrah telah tiba dan ini bermakna kita semua telah berada pada tahun yang baru. Sekali gus, meninggalkan tahun yang lama. Perubahan? Atau masih ditakuk yang lama sampai lupa pembangunan diri yang mengikut acuan Islam yang sejahtera.
"Celupan Allah.Siapa yang lebih baik celupannya daripada Allah? dan kepadaNya kami menyembah." (AlBaqarah,138)
Soal Hijrah bagi yang mengerti
Tatkala bulan Muharam semakin hampir, umat Islam kembali sedar bahawa akan bermulanya tahun baru dalam kalendar Islam. Sekaligus tahun ini akan meninggalkan mereka dan digantikan dengan tahun yang baru. Mulalah disini niat dan azam baru kembali dipasakkan bagi membina hala tuju baru buat diri seseorang individu muslim itu.
Doa Awal dan akhir tahun dibacakan bagi memohon kepada Allah Yang Esa agar memberikan taufik dan hidayah dalam menempuhi dunia yang laksana ombok yang mengganas di lautan yang terbentang luas.
Berbalik kepada soal hijrah umat Islam hari ini. Kemana hala tuju hijrah itu? Adakah hijrah yang ingin dilaksanakan adalah seperti mana yang penah ditempuhi dan dilalui Rasulullah SAW? Persoalan demi persoalan keluar buat menjawab persoalan dalam diri. Hijrah yang manakah yang sebenarnya yang perlu aku lakukan dalam kehidupan ini.
Dari Umar bin al-Khattab r.a : Rasulullah SAW bersabda, "Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal munusia ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya.
Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah."
(Sohih al-Bukhari)
Ya, tepat sekali niatlah hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya kerana Rasulullah SAW telah menekankan hal ini kepada seluruh umat Islam dengan sabdanya itu. Bila kembali membaca dan meneliti hadis diatas, kita dapat lihat bagaimana pentingnya niat kearah ini.
Hal ini kerana, tujuan dan matlamat kejadian manusia itu sendiri adalah untuk beribadah kepada Allah SWT. Oleh itu, matlamat mengerja Mardhotillah iaitu mencapai redho Allah perlu ada dalam jiwa-jiwa setiap mukmin yang bertakwa.
Maka tidak dapat tidak setiap pekerjaannya hendaklah kerana Allah. Lalu disertakan dengan intizam yang tinggi untuk melaksanakannya.
Bersungguh-sungguh dalam pekerjaan
Bila menyentuh soal intizam dalam melakukan sesuatu perkara, maka tidak dapat tidak kita lari dari hadis yang menuntut kita bersungguh-sungguh dalam kehidupan.
"Tiada Hijrah selepas pembukaan kota Makkah, tetapi yang ada adalah jihad dan niat."
(Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Umat Islam adalah umat yang berjihad dalam setiap perkara yang dilakukan dalam kehidupan mereka. Mereka sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat dalam kehidupan mereka. Tetapi itu tidak ada gunanya jika usaha itu tidak diniatkan kerana Allah SWT.
Mungkin inilah pengertian yang terkandung disebalik Hadis Rasulullah SAW dalam sabdanya ketika mana baginda menyebut, "Tiada hijrah selepas pembukaan kota Makkah, tetapi yang ada adalah jihad dan niat".
Jihad dan niatlah yang menjadi nadi penggerak kepada umat ini untuk terus "Excelent" dalam kehidupan mereka. Hal ini kerana umat Islam hari ini tidak dituntut melakukan perkara yang sama dilakukan oleh Rasulullah tetapi mereka dituntut untuk memahami makna yang terselindung di sebalik hijrah itu.
Mereka perlu bangkit untuk berhijrah kearah yang lebih baik dalam kehidupan mereka. Tidak kiralah apa-apa sahaja bentuknya kerana "Islam Is Way Of Life" dalam kehidupan orang Islam itu sendiri.

Monday, November 12, 2012
Belajarlah hidup untuk memberi
"Tangan
yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah". Hadis ini amat besar
maknanya kepada seorang yang bergelar muslimin , hal ini kerana di sebalik
hadis ini terkandung satu erti yang amat besar dan perlu diterokai oleh umat
Islam keseluruhannya. Hadis yang diriwayatkan oleh Hakim bin Hizam r.a :
Dari Hakim
bin Hizam r.a katanya:”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik
dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu
mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya.
Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan
memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung
selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (al-Bukhari)
"Tangan yang di atas" bukan semata-mata membawa erti tangan yang bersedekah sahaja tetapi jauh di situ terdapatnya sesuatu yang tersirat yang harus diketahui oleh seluruh umat Islam untuk diguna pakai dalam kehidupan mereka seharian. Apa falsafah yang terselindung dari sabda Rasulullah SAW dengan "tangan yang di atas" itu? Ertinya umat Islam seharusnya sedar terhadap usaha pembangunan diri mereka. Ya, mereka seharusnya berusaha untuk membangunkan diri mereka setinggi yang mungkin, sekaligus meletakkan satu peranan ke arah untuk bersedia melakukan sesuatu perkara. Persediaan ke arah itu perlu digarap sejak seawal mungkin.
Hal ini bukan menjadikan sesuatu kearah itu sebagai matlamat yang dituju dan dikejar dalam kehidupan kita di atas muka bumi ini. Tetapi apa yang lebih penting, ia adalah wasilah dakwah dalam meraih kejayaan dalam mengenderai bahtera dakwah yang terbentang luas diluar sana.
Umat Islam adalah umat yang proaktif dan produktif dalam memberikan sesuatu kepada orang lain. Mereka sentiasa berlumba-lumba kearah kebaikan. Peluang yang tersedia tidak akan mudah dilepaskan begitu sahaja. Hal ini kerana mereka tahu guna pakai sesuatu perkara itu di masa kelak.
Contoh yang jelas yang dapat kita pelajari dari sirah nabawiyyah sendiri, bagaimana kita dapat lihat praktikal dari kehidupan para sahabat. Mereka hidup untuk memberi dan melebihkan segala hal kepada sahabat yang lain. Kisah bagaimana daging kambing yang diberikan kepada sahabat dan berpindah pemberian tersebut kepada sahabat yang lain dan akhirnya kembali kepada tangan sahabat yang asal yang memberi daging tersebut. Satu contoh yang jelas dalam hidup mereka. Kehidupan untuk memberikan sesuatu manfaat kepada manusia.
Satu contoh yang lain pula, sifat berlumba-lumba para sahabat untuk menginfakkan sesuatu pada jalan Allah SWT. Satu ketika Umardatang menghadap Rasulullah dan menyatakan bahawa dia mahu menginfakkan sebahagian hartanya pada jalan Allah. Kemudian datang Abu Bakar dan menyatakan bahawa beliau mahu menginfakkan keseluruhan hartanya untuk jalan Allah. Lalu Rasulullah bertanya, apa yang engkau telah tinggalkan untuk keluargamu? Jawab Saidina Abu Bakar, aku tinggalkan untuk keluargaku Allah dan Rasul.
Lihatlah bagaimana mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan yang terbaik untuk Islam. Oleh sebab itulah mereka sentiasa melakukan yang terbaik dalam kehidupan mereka dan meletakkan posisi mereka di kalangan orang-orang yang hebat.
Kisah seterusnya berkenaan Abdul Rahman bin Aus, seorang yang jutawan dan kaya raya di kota mekah sanggup melepaskan segala-galanya hartanya demi menyahut seruan Hijrah Rasulullah SAW. Datangnya ke kota mekah dalam keadaan tidak mempunyai apa-apa pun di sisinya, hanya sehelai sepinggan. Tetapi kerana kematangan pemikirannya disertai dengan tarbiyyah yang diacukan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat-sahabatnya menjadikan para sahabat Rasulullah sentiasa kreatif dan proaktit. Sesampainya di kota madinah, Abdul Rahman terus bertanyakan di manakah pasar dan dengan bekal modal pinjaman dari sahabatnya, beliau sekali lagi kembali melakukan perniagaan di pasar madinah dan kembali menjadi jutawan Islam yang berjaya sekali lagi seperti mana keadaannya sebelum hijrah dahulu.
Kesulitan yang dihadapi tidak memutuskan dirinya untuk terus berusaha dan bangkit sebagai kaum muslimin yang hebat dan gah. Inilah yang menggeruni kaum yahudi yang ada di kota madinah saat itu.
Kisah Saidina Usman bin Affan r.a membeli perigi dari orang yahudi. Kaum yahudi yang menduduki madinah sangat menyulitkan umat Islam. Hal ini kerana mereka mengenakan harga yang sangat tinggi kepada umat Islam dalam urusan jual beli tetapi sebaliknya pula sesama mereka. Malahan riba yang dikenakan cukup menyukarkan kehidupan umat Islam. Kisah berkenaan perigi ini telah mendorong saidina Usman untuk memudahkan kehidupan umat islam di kota madinah kerana banyak aduan yang diadukan mengatakan mereka hanya boleh menggunakan perigi dalam jangka masa yang singkat sahaja, malahan turut dikenakan bayaran menggunakannya.
Lalu saidina Usman membeli satu perigi dari orang yahudi tersebut dengan harga yang sangat mahal. Akhirnya umat Islam bebas menggunakan perigi itu bila-bila masa sahaja sehinggakan perigi yang lain tidak lagi digunakan menyebabkan orang yahudi itu mengalami kerugian. Orang yahudi tersebut datang menawarkan kepada saidina Usman untuk membeli semua periginya dengan harga yang berpatutan. Lalu saidina Usman membeli keseluruhan perigi tersebut dan dengan izin Allah umat Islam telah bebas dari kesempitan yang membelenggu hidup mereka.
Nah, lihatlah bagaimana kehidupan mereka. Apaakah kita tidak malu dengan kehidupan yang kita jalani hari ini. Kita lebih sibuk mengutamakan diri sendiri dari orang lain. Nasib umat Islam di luar sana tidak di peduli sama ada mereka sihat, lapar, disakiti, dan seribu masalah yang membelenggu kehidupan mereka. Sikap tidak mempedulikan mereka seakan-akan mereka bukan sebahagian dari kita.

“Barangsiapa
tidak peduli dengan urusan kaum Muslimin, maka ia tidak termasuk ke dalam
golongan mereka.” (HR Thabrani)
Kita seharusnya insaf dengan diri kita pada hari ini, untuk apa hidup kita ini melainkan pasti akan bertemu Allah SWT jua suatu hari nanti. Oleh itu, kita sebagai umat Islam seharusnya sedar dari dilema yang membelenggu umat Islam pada hari ini. Tidakkah kita mahu mencontohi generasi yang terbaik yang telah dicoratkan Rasulullah SAW? Tidakkah kita mahu menjadi orang yang memberi dan menerima? Tidakkah kita mahu menjadi orang Islam yang kuat dan hebat dalam segala hal?
Ayuh syabab letakkanlah dirimu dikalangan orang-orang yang hebat. Agar suatu hari nanti engkau mempunyai sesuatu untuk diberikan. Belajarlah hidup untuk memberikan sesuatu kepada agama dan umat ini. Ya, belajarlah hidup untuk memberi.Mungkin inilah maksud di sebalik hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:
“Daripada
Abu Hurairah r.a, beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Seorang mukmin
yang kuat itu adalah lebih baik dan disukai oleh Allah daripada mukmin yang
lemah, dan pada semua daripada mereka adalah baik, berlumba-lumbalah kamu ke
atas manfaat dan mintalah pertolongan daripada Allah dan janganlah bersikap
lemah atau malas.” (HR Muslim)
Monday, October 22, 2012
Ada kalanya aku juga penat
Ada kalanya aku penat dengan apa yang aku hadapi sekarang ini. Diri cuba menyembunyikan kemelut perasaan yang sedang dihadapi ini, tetapi apakan daya aku juga insan lemah yang juga perlu dibantu.
Seringkali aku mencemburui insan-insan yang ku bantu dan bimbing. Setiap kali ada masalah dan perkara yang merumitkan, maka akulah yang menjadi tempat rujuk mereka. Maklumlah ketika itu aku telah bergelar senior kepada pelajar-pelajar junior ini. Pengalaman bergelar junior dan memahami dunia para senior memotivasikan diri ini untuk melakukan perubahan kepada generasi baru yang akan menyusul selepasku.
Putaran negatif ini perlu diterbalikkan, agar putaran positif pula yang menguasai. Sering kali kes yang dilakukan oleh para senior itu, jika diselidiki mereka juga pernah menjadi mangsa tatkala mereka bergelar junior. Dua frasa yang berbeza senior dan junior tetapi putaran alamnya tak pernah berhenti dan akan terus berjalan. Baiknya senior maka baiknya junior sebagaimana baiknya rakyat maka baiklah pemimpinnya. Bukan politik yang ingin diusulkan tetapi kebenaran antara dua kaitan yang saling berkaitan walau apa bentuk sekalipun ia.
Bukan senang dan mudah untuk melakukan perubahan. Perubahan pertama bermula dengan diri sendiri dahulu. Pernah satu ketika aku tidak menghiraukan langsung hal ehwal pelajar di sekolahku kerana merasakan diri ini tidak layak untuk mentarbiyah mereka. Tetapi jauh di sudut hatiku, aku takut putaran negatif itu akan terus berlaku. Aku gagahi diri untuk melaksanakan amanah yang diberikan kerana cinta dan kasih kepada mereka semua. Pada hikmahku apa salahnya aku memperbetulkan dan membimbing mereka serta dalam masa sama aku terus mentarbiyah diri ini. Moga-moga aku juga di tarbiyah. Alangkah baiknya tempat mereka itu dapat ku ambil dan tempatku ini diganti oleh orang lain. Terasa pula diri ini ingin ditarbiyah ketika masih junior tetapi apakan daya takdirku bukan disitu.
Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. Al-Baqarah, 216.
Mendengar luahan kecil hati mereka yang datang berjumpa denganku, kadang-kadang membuatku sayu dan sedih dengan diri mereka. Sehingga ada kalanya aku bertekad untuk membantu mereka. Jauh di sudut hatiku, aku sebenarnya iri hati dengan mereka semua. Kepada siapa aku ingin meluahkan segala-galanya yang terbuku di hatiku ini. Sungguh perit dan sakitnya menanggung ia seorang diri. Tapi biarlah diri ini perit, janji orang lain bahagia. Mungkin sudah tercatit bahawa ini adalah takdir bagiku. Apa yang penting adalah aku terus redho dengan takdir dariNya ini dan berusaha ke arah yang lebih baik. Aku tahu niat baikku ini pasti dimakbulkan oleh Allah suatu hari nanti.
Aku tersenyum melihat dan mendengar suara-suara mereka meminta nasihat dan bimbingan dariku, tetapi aku sendiri sebenarnya tidak terbimbing untuk membimbing mereka. Aku suka melihat mereka mengerjakan kebaikan. Rasa diri ini turut terdorong sama kearah itu. Islahkan diri dalam masa sama, islahkan orang lain. Mungkin ini apa yang perlu aku lakukan sekarang ini.
Masih segar dalam ingatanku saat aku berbicara dengan sahabatku,Ailani berkenaan perihal berkenaan surah al-Saff ayat yang ke dua dan ke tiga. Aku juga mengemukakan ayat 43 daripada surah al-Baqarah. Ancaman dan kecaman daripada hadis ku paparkan buat menyatakan hujah kebenaran bagi golongan ini. Siapakah golongan ini? Inilah golongan yang ramai dan banyak membiak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Golongan yang enak berkata-kata dengan madah-madah bait yang indah tetapi disebalik kata-katanya itu tidak disertai dengan tindakan.
Berkata memang mudah, tinggal sahaja untuk melaksanakan kata-kata itu. Berani aku katakan disini ramai antara mereka yang mendapat suluhan sinar cahaya petunjuk dariNya, menangis di waktu malam dan menyendiri dari manusia kerna menangisi kelemahan diri. Ya, mereka menangis kerana takut saat hari pengadilan menemui mereka. Sebab itulah jikalau dilihat pada hari ini sedikit sekali yang menjiwai apa yang diperkatakannya itu. Ramai manusia pada hari ini hebat dalam berkata-kata, tetapi sayangnya kata-kata mereka yang hebat itu tidak dapat menembusi hati khalayak yang mendengarnya. Mereka berceramah tetapi "audience" nya entah kemana.
Pembicaraan ini memberi begitu banyak manfaat dan pencerahan kepada diriku ini. Tinggal sahaja masa untuk aku berubah dan menyedari tanggungjawab yang sedang terpikul di pundak bahu. Ketahuilah bahawa dakwah melalui perbuatan itu lebih berkesan dari kata-kata.
Setan menjanjikan (menakut-nakuti) kemiskinan kepadamu dan menyuruh kamu berbuat keji (kikir), sedangkan Allah menjanjikan ampunan dan karunia-Nya kepadamu. Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui. Al-Baqarah, 268.
Pandangan basiroh (hati yang jernih) yang pernah disebut sahabatku Jauharul masihku ingat sampai hari ini. Seorang yang tegas dalam kata-katanya,"Cuba nta tengok, kita ceramah pon pam pon pam tetapi kenapa tidak berkesan. Sebab kita tak dok pandangan basiroh. Pandangan basiroh ni benda apa sheikh? Hati ke hati. Kita ceramah-ceramah tetapi kalam kita dok sapa ke hati mereka sebab kita sendiri dok buat apa yang kita kata dan mungkin kita sendiri yang jauh daripada Allah SWT." Kata-kata dari sahabatku ini masih segar dalam ingatanku.
(kisah saidina Uthman dengan sahabat yang melihat aurat)
Satu riwayat daripada Anas bahawa beliau berkata:" Sewaktu aku masuk menemui Uthman dan sebelum itu aku telah menemui seorang perempuan dalam perjalananku, aku melihat perempuan itu dengan penuh cemik dan kuamati kecantikannya. Apabila aku masuk Uthman terus berkata: " Seorang dari kamu masuk (menemui aku) sedang di kedua matanya (terdapat) kesan-kesan zina. Tidakkah kamu mengetahui bahawa zina kedua mata itu ialah pandangan? Hendaklah engkau bertaubat atau engkau ku hukum dengan hukuman taazir." Lantas aku pun berkata:"Adakah wahyu setelah Rasulullah?" Uthman menjawab: "Tidak, tetapi (itulah) penglihatan nurani, tanda-tanda dan firasat yang benar."
Ada kalanya aku penat dan lemah tetapi aku tahu ini adalah fitrah yang pasti akan dilalui oleh semua insan. Apa yang penting bagi diri yang bergelar daie ini adalah untuk cepat bangkit dan sedar dari kelemahan tersebut. Hidup kita semata-mata untuk melihat dan memastikan cahaya agama Islam ini kembali ke tempat asalnya. Sekaligus menundukkan segala kebatilan yang ada pada zaman ini. InsyaAllah, Allah pasti membimbing hati-hati yang ikhlas pada jalan-Nya. Hiduplah untuk melihat cahaya agama ini bergeluman dalam kehidupan mereka suatu hari nanti. Oleh itu, berusahalah wahai sahabat-sahabat seperjuanganku kearah jalan itu kerana penat kita ini akan berbaloi bila Syurga menjadi ganjarannya.
Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhoan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya. Al-Baqarah, 207.
Seringkali aku mencemburui insan-insan yang ku bantu dan bimbing. Setiap kali ada masalah dan perkara yang merumitkan, maka akulah yang menjadi tempat rujuk mereka. Maklumlah ketika itu aku telah bergelar senior kepada pelajar-pelajar junior ini. Pengalaman bergelar junior dan memahami dunia para senior memotivasikan diri ini untuk melakukan perubahan kepada generasi baru yang akan menyusul selepasku.
Putaran negatif ini perlu diterbalikkan, agar putaran positif pula yang menguasai. Sering kali kes yang dilakukan oleh para senior itu, jika diselidiki mereka juga pernah menjadi mangsa tatkala mereka bergelar junior. Dua frasa yang berbeza senior dan junior tetapi putaran alamnya tak pernah berhenti dan akan terus berjalan. Baiknya senior maka baiknya junior sebagaimana baiknya rakyat maka baiklah pemimpinnya. Bukan politik yang ingin diusulkan tetapi kebenaran antara dua kaitan yang saling berkaitan walau apa bentuk sekalipun ia.
Bukan senang dan mudah untuk melakukan perubahan. Perubahan pertama bermula dengan diri sendiri dahulu. Pernah satu ketika aku tidak menghiraukan langsung hal ehwal pelajar di sekolahku kerana merasakan diri ini tidak layak untuk mentarbiyah mereka. Tetapi jauh di sudut hatiku, aku takut putaran negatif itu akan terus berlaku. Aku gagahi diri untuk melaksanakan amanah yang diberikan kerana cinta dan kasih kepada mereka semua. Pada hikmahku apa salahnya aku memperbetulkan dan membimbing mereka serta dalam masa sama aku terus mentarbiyah diri ini. Moga-moga aku juga di tarbiyah. Alangkah baiknya tempat mereka itu dapat ku ambil dan tempatku ini diganti oleh orang lain. Terasa pula diri ini ingin ditarbiyah ketika masih junior tetapi apakan daya takdirku bukan disitu.
Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. Al-Baqarah, 216.
Mendengar luahan kecil hati mereka yang datang berjumpa denganku, kadang-kadang membuatku sayu dan sedih dengan diri mereka. Sehingga ada kalanya aku bertekad untuk membantu mereka. Jauh di sudut hatiku, aku sebenarnya iri hati dengan mereka semua. Kepada siapa aku ingin meluahkan segala-galanya yang terbuku di hatiku ini. Sungguh perit dan sakitnya menanggung ia seorang diri. Tapi biarlah diri ini perit, janji orang lain bahagia. Mungkin sudah tercatit bahawa ini adalah takdir bagiku. Apa yang penting adalah aku terus redho dengan takdir dariNya ini dan berusaha ke arah yang lebih baik. Aku tahu niat baikku ini pasti dimakbulkan oleh Allah suatu hari nanti.
Aku tersenyum melihat dan mendengar suara-suara mereka meminta nasihat dan bimbingan dariku, tetapi aku sendiri sebenarnya tidak terbimbing untuk membimbing mereka. Aku suka melihat mereka mengerjakan kebaikan. Rasa diri ini turut terdorong sama kearah itu. Islahkan diri dalam masa sama, islahkan orang lain. Mungkin ini apa yang perlu aku lakukan sekarang ini.
Masih segar dalam ingatanku saat aku berbicara dengan sahabatku,Ailani berkenaan perihal berkenaan surah al-Saff ayat yang ke dua dan ke tiga. Aku juga mengemukakan ayat 43 daripada surah al-Baqarah. Ancaman dan kecaman daripada hadis ku paparkan buat menyatakan hujah kebenaran bagi golongan ini. Siapakah golongan ini? Inilah golongan yang ramai dan banyak membiak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Golongan yang enak berkata-kata dengan madah-madah bait yang indah tetapi disebalik kata-katanya itu tidak disertai dengan tindakan.
Berkata memang mudah, tinggal sahaja untuk melaksanakan kata-kata itu. Berani aku katakan disini ramai antara mereka yang mendapat suluhan sinar cahaya petunjuk dariNya, menangis di waktu malam dan menyendiri dari manusia kerna menangisi kelemahan diri. Ya, mereka menangis kerana takut saat hari pengadilan menemui mereka. Sebab itulah jikalau dilihat pada hari ini sedikit sekali yang menjiwai apa yang diperkatakannya itu. Ramai manusia pada hari ini hebat dalam berkata-kata, tetapi sayangnya kata-kata mereka yang hebat itu tidak dapat menembusi hati khalayak yang mendengarnya. Mereka berceramah tetapi "audience" nya entah kemana.
Pembicaraan ini memberi begitu banyak manfaat dan pencerahan kepada diriku ini. Tinggal sahaja masa untuk aku berubah dan menyedari tanggungjawab yang sedang terpikul di pundak bahu. Ketahuilah bahawa dakwah melalui perbuatan itu lebih berkesan dari kata-kata.
Setan menjanjikan (menakut-nakuti) kemiskinan kepadamu dan menyuruh kamu berbuat keji (kikir), sedangkan Allah menjanjikan ampunan dan karunia-Nya kepadamu. Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui. Al-Baqarah, 268.
Pandangan basiroh (hati yang jernih) yang pernah disebut sahabatku Jauharul masihku ingat sampai hari ini. Seorang yang tegas dalam kata-katanya,"Cuba nta tengok, kita ceramah pon pam pon pam tetapi kenapa tidak berkesan. Sebab kita tak dok pandangan basiroh. Pandangan basiroh ni benda apa sheikh? Hati ke hati. Kita ceramah-ceramah tetapi kalam kita dok sapa ke hati mereka sebab kita sendiri dok buat apa yang kita kata dan mungkin kita sendiri yang jauh daripada Allah SWT." Kata-kata dari sahabatku ini masih segar dalam ingatanku.
(kisah saidina Uthman dengan sahabat yang melihat aurat)
Satu riwayat daripada Anas bahawa beliau berkata:" Sewaktu aku masuk menemui Uthman dan sebelum itu aku telah menemui seorang perempuan dalam perjalananku, aku melihat perempuan itu dengan penuh cemik dan kuamati kecantikannya. Apabila aku masuk Uthman terus berkata: " Seorang dari kamu masuk (menemui aku) sedang di kedua matanya (terdapat) kesan-kesan zina. Tidakkah kamu mengetahui bahawa zina kedua mata itu ialah pandangan? Hendaklah engkau bertaubat atau engkau ku hukum dengan hukuman taazir." Lantas aku pun berkata:"Adakah wahyu setelah Rasulullah?" Uthman menjawab: "Tidak, tetapi (itulah) penglihatan nurani, tanda-tanda dan firasat yang benar."
Ada kalanya aku penat dan lemah tetapi aku tahu ini adalah fitrah yang pasti akan dilalui oleh semua insan. Apa yang penting bagi diri yang bergelar daie ini adalah untuk cepat bangkit dan sedar dari kelemahan tersebut. Hidup kita semata-mata untuk melihat dan memastikan cahaya agama Islam ini kembali ke tempat asalnya. Sekaligus menundukkan segala kebatilan yang ada pada zaman ini. InsyaAllah, Allah pasti membimbing hati-hati yang ikhlas pada jalan-Nya. Hiduplah untuk melihat cahaya agama ini bergeluman dalam kehidupan mereka suatu hari nanti. Oleh itu, berusahalah wahai sahabat-sahabat seperjuanganku kearah jalan itu kerana penat kita ini akan berbaloi bila Syurga menjadi ganjarannya.Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhoan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya. Al-Baqarah, 207.
Friday, October 19, 2012
Adikku 2
Adikku,
Ilmu itu adalah
khazanah yang tak terkata
Adikku,
melihat engkau masih lagi dalam kelalaian membuatkan hati abangmu ini begitu
gusar dan bimbang terhadapmu. Bukan apa wahai adikku, kebimbangan ini dek
kerana melihat betapa tertinggalnya mereka yang tidak mempunyai ilmu.
Ketahuilah adikku,
ilmu itu pasti akan menjaga tuannya dan takkan pernah habis, malahan akan
semakin bertambah sekiranya ilmu itu dikongsi dengan sesiapa sahaja. Tetapi
tidak pada harta kerna ia akan kian habis dan tidak akan pernah memberikan
kesenangan buat selama-lamanya.
Manakala berbeza
pula dengan mereka yang mempunyai ilmu jauh meninggalkan mereka yang
ketinggalan dalam ilmu laksana mereka bagaikan bintang yang begitu bercahaya di
langit angkasaraya.
Adikku, betapa
ramai ulama-ulama terdahulu yang telah dimuliakan oleh manusia dek kerna ilmu
yang dimilikinya. Mereka telah dimuliakan bukan kerana diri mereka wahai
adikku, tetapi mereka dimuliakan kerana ilmu yang mereka miliki.
Wahai adikku
sungguh benar perbandingan para ulama dengan para ibadah seumpama perbandingan
bintang dan bulan. Sesungguhnya adikku orang yang berilmu dapat menunjukkan
jalan kepada manusia untuk mencapai redha Ilahi manakala para abid hanya untuk
dirinya sahaja.
Adikku, zaman remaja
yang dilaluimu amat membinbangkan abangmu ini tatkala melihat pembelajaranmu
tidak terurus. Adikku, apa yang kita belajar di sekolah adalah salah satu dari
ilmu yang mesti kita terokai habis-habisan.
Janganlah berpenat
dahulu adikku kerana jalanmu masih panjang, berusahalah sedaya yang mungkin
kerana dengan ilmu itulah yang menentukan engkau dikemudian hari.
Teringat abangmu
ini akan beberapa nasihat dan peringatan dari para ustaz dan ulama yang pernah
abang ziarahi. Antara mereka yang pernah abangmu ini ziarahi ialah ustaz Jaya,
Tuan guru ustaz Harun Taib, dan Tuan guru ustaz Zulkifli al-Bakri.
Apa yang abang
ingin sampaikan kepadamu seperti mana telah di pesan pada abangmu ini diakhir
pemisahan kami ialah banyaklah membaca wahai golongan muda.
Membaca, membaca,
dan membaca. Itulah kalam yang sering diperingatkan oleh para ulama kita yang
ingin melihat sinar cahaya ilmu Islam ini bergemerlapan di kemudian hari.
Bukan apa adikku, tengok dan lihatlah keadaan remaja-remaja seusiamu pada hari ini, sungguh menyedihkan
dan membimbangkan bagaikan masa depan yang menunggu mereka adalah malapetaka
dan bukan rahmat.
Teringat abangmu
satu petikan dari buku yang bertajuk “Risalah al-Nur , Peringatan buat Remaja”.
Dalam buku ini di mana Said al-Nuhsi Badiuzzaman ketika mana beliau berada di
belakang geriji penjara dan melihat beberapa kanak-kanak sedang bermain dengan
penuh gembira dan riangnya. Begitu indah sekali pemandangan yang terlihat
sedikit sebanyak mengubat luka lara beliau di dalam penjara.
Tiba-tiba pemandangan
itu berubah menjadi satu keadaan yang amat menyedihkan , kanak-kanak yang tadi
masih kecil dan putih bersih menjadi besar dengan noda dari maksiat yang
menjadi kebiasaan dalam hidup mereka.
Kehinaan dan
penyesalan telah menyentap mereka kedalam api yang panas membara dek kerana
kedurhakaan di dunia dahulu. Aduhai, alangkah sedihnya kanak-kanak ini apa yang
menunggu mereka di masa depan.
Adikku, begitu jauh
pengamatan seorang ulama terhadap umat ini dek kerana memikirkan umat Islam di
suatu masa nanti. Sedangkan hari ini noda ini telah melumpuri umat Islam
sekotor-kotornya.
Adikku, tahu tak
kenapa abangmu memperkatakan hal ini kepadamu? Ini kerana abangmu ini ingin
sekali melihat engkau menjadi manusia yang Berjaya dan cemerlang dalam hidup
ini. Berusahalah adikku dalam menuntut ilmu kerana hanya Ilmu sahaja menjadi
penyuluh kita di kemudian hari.
Abang tahu
kemampuanmu bukan setakat itu sahaja, teringat saat abang meminta dirimu
membaca surah al-Nahlu ketika saat umur mu masih 8 tahun. Sedikit terkejut dan
takjub dengan perkembangan dirimu yang dapat membaca surah itu. Kalau abang
ketika usia sebegitu pasti sudah tersekat-sekat.
Adikku, engkau
bukan pelajar yang lemah walaupun sekarang ini engkau duduk di kelas yang
belakang. Mungkin para guru-guru hanya memandang sebelah mata sahaja
pelajar-pelajar yang belajar di kelas yang hujung ini, tetapi aku tidak melihat
sebegitu. Bagiku ini adalah cabaran dan ujian bagimu untuk melepasinya dengan
cara yang bijak dan bersungguh-sungguh.
Berusahalah adikku,
abang yakin dengan potensi yang ada pada dirimu. Cuma apa yang perlu ada padamu
ialah kesedaran untuk meraihnya. Abang juga seperti adik, bukanlah orang yang
cerdik dan pandai tetapi jangan lupa wahai adikku perpatah ada menyebut “hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih”.
Jangan malu bertanya untuk ilmu wahai adikku.Mungkin kita akan dilihat bodoh kerana banyak bertanya lantaran tidak mengetahui apa yang dipelajari. Tetapi adikku ini lebih baik dari orang yang tak tahu tapi tidak bertanya. Mungkin kita akan
malu hari ini, tetapi siapa tahu siapa kita di masa depan. Oleh itu, adikku
berusahalah untuk meraih khazanah yang tidak ternilai ini. Hanya dengan
khazanah ilmu inilah yang akan mengangkat martabat mu.
Subscribe to:
Posts (Atom)