Tuesday, April 17, 2012

Kehilangan yang perlu diganti kembali

Saat perubahan semakin jelas apabila melihat kondisi keadaan pada hari ini, tetapi apakah perubahan itu menuju kepada keadaan yang lebih baik atau menjadi semakin buruk akibat rentetan dari amukan manusia yang kian membenci kezaliman yang sekian lama ditahan . Adakah benar dan nyata tindakan ini dalam menuntut erti keadilan yang dikehendaki. Mungkin penulisan ini bagaikan ketinggalan dari masa berlakunya kejadian tersebut, apa tidaknya kejadian ini sudah berlaku hampir setahun dan bagaikan si penulis juga baru menerima kesedaran untuk berkongsi bersama dunia. Walau bagaimana sekalipun yang difikirkan oleh kalian semua, aku merasakan masih ada simbahan dakwah dari pena ini yang akan membuka mata sedikit sebanyak manusia diluar sana.

Apa yang ingin aku kongsikan ini berkenaan sebuah negara yang satu masa dahulu dikenali sebagai Syam yang merangkumi tiga buah negara pada hari ini yang dikenali oleh Syria, Lebanon dan Iran. Fokus pada negara Syria yang mana dikatakan disitulah akan turunnya nabi Isa a.s . Syria juga terkenal dengan banyaknya sahabat-sahabat rasulullah yang meninggal di sana. Bahkan , kubur Salahuddin Al Ayyubi sendiri terletak di Syria yang telah berjaya merampas kembali palestin dari tangan Kerajaan Romawi ketika penaklukannya oleh  
Romawi.

Tetapi bukan sejarah yang ingin ku bicarakan pada kali ini, apa yang ingin aku lakukan kali ini adalah untuk membawa kalian semua merenung apa yang berlaku pada hari ini di Syria. Sebagai merenung dan menghayati apakah kita benar-benar berusaha dalam kehidupan ini. Bahkan kita masih terbuai lena dengan ulitan mimpi yang indah dan maih bermain-main dengan madah-madah bicara buat menunjukkan kita bersama mereka tetapi benarkah itu semua atau sekadar berlakon di pentas sandiwara dunia semata-mata sebelum diadili majlis anugerah Rabbul jalil. Itu bagi mereka yang berpura-pura tetapi bagaimana pula mereka yang tidak pernah ambil kisah pasal apa yang berlaku kepada saudara mereka. Ini tentulah lagi teruk dari Sambal belacan yang sudah basi.

Apa yang bagi kepada Syria adalah satu jenayah yang amat teruk dan jahat di atas muka bumi ini dan aku merasakan sudah masa mereka menyuarakan pendapat mereka serta hak yang telah didiamkan selama hampir berdekad-dekad. Kerajaan yang seumpama kerajaan firaun telah kembali pada abad ini disangkakan telah lenyap dan pupus dari dunia tetapi anak cicitnya masih ada dan menunggu masa untuk mengaum kembali. Berani dan sungguh biadap apabila berani menggelar bahawa diri adalah tuhan yang perlu disembah dan Allah tidak layak disembah.

 Diperintahkan rakyat untuk menyembah pemerintah basyar asad laknatullah. Tunggulah saat dan ketika kemenangan semakin hampir kepada kami dan Allah menghancurkan kerajaan kamu sehancur-hancurnya sebagaimana hancurnya kerajaan firaun laknatullah di atas muka bumi ini satu ketika dahulu.

Kita semua jika hendak dibandingkan dengan apa yang dimiliki oleh musuh-musuh Allah kita sebenarnya telah kalah dari awal lagi tetapi apa yang menyebabkan kita menang dan sentiasa menang keatas mereka adalah TAKWA KITA PADA ALLAH.

No comments:

Post a Comment