Wednesday, November 17, 2010

Dakwah diantara uslub dan penakut

“Islam for All” inilah ungkapan yang sering kita dengar ditanah air kita Malaysia bagi menyatakan bahawa islam adalah agama rahmat bagi seluruh alam.Islam bukan sahaja untuk orang melayu atau arab adtu lain-lain bangsa,tetapi alamiyyah yang menjadi sifat kepada islam itu menjadi syarat penerimaan islam oleh seluruh bangsa dan budaya manusia.

Oleh kerana itu kita sebagai ummat islam disyariatkan oleh Allah untuk menyampaikan dakwah islam kepada seluruh manusia.Secara umumnya sasaran dakwah yang ingin kita tuju itu terbahagi kepada dua iaitu:
1)      Ummah Al-Ijabah
2)      Ummah Ad-Dakwah

Ummah ijabah ialah orang yang telah memeluk islam ataupun orang islam sendiri.Ummah Ad Dakwah adalah orang yang belum memeluk islam ataupun orang bukan islam.

Saya tidak berhajat untuk menerangkan lebih lanjut lagi mengenai ummah Al-Ijabah dan Ad Dakwah ini,kerana saudara saudari sekalian boleh  merujuk kepada kitab karangan ulama’.Tetapi  post saya kali ini adalah untuk mengajak suadara berfikir serta melakukan muhasabah apakah yang telah terjadi kepada kita sebagai orang islam.

Kita sedar bahawa kewajipan berdakwah itu tertanggung di bahu kita,tetapi adakah kita telah melaksanakannya dengan rasa penuh tanggungjawab?atau sekadar mengambil tahu tentang hal ehwal dakwah sahaja?

Bukanlah saya seorang yang sempurna untuk saya katakan demikian,tetapi berdasarkan pengalaman dan keluhan hati nurani ini menjadikan saya terpanggil untuk meluahkannya kepada sahabat-shabat saya khasnya agar ianya menjadi muahsabah dan teladan kepada kita.

Sering kali kita berdepan dengan samada kawan-kawan kita,jiran kita,keluarga kita atau orang-orang kita yang kita tidak kenali  melakukan maksiat di hadapan mata kita, lalu betembunglah antara buat atau tidak sehingga menjadi delima buat hati orang mukmin.

“ kalau aku tegur nanti betul ke tindakan aku buat begitu?”
“ kalau akau tegur nanti bimbang tak kena uslub?”
“kalau aku tegur nanti aku pula kena marah.”
“ ish,,tak tergamaklah aku”
“ nantilah lain kali kalau ada peluang,mungkin hari ini tak sesuai”

Dan macam-macam kata hati yang bercampur  aduk dengan hasutan syaitan dan nafsu yang sentiasa berdampingan dengan kita.


Maka syaitan pun berbisik  di cuping telinga kita :
“ engkau tak payah tegur dia, nanti tak kena caranya engkau pula kena marah,engkau tak payah nasihat lagi sekarang ini nanti tak kena uslubnya”

Apabila mendengar kata syaitan “ tak kena uslubnya”hati  mula rasa putus asa dan hilang kekuatan untuk menegur dan menasihati saudara kita.

Bukanlah saya menafikan tentang uslub dan segala pertimbangan lain ketika kita berdakwah atau mencegah kemungkaran.Bahkan para ulama mengarang pula kitab-kitab tentang uslub berdakwah.Uslub dakwah memang saya akui ianya menjadi wasilah yang penting bagi memastikan dakwah kita diterima dan berkesan. 

Semestinya mereka yang berdakwah perlu mengusai ilmu tersebut sebagimana yang dijelaskan di dalam kitab yang saya  pilih di antaranya ialah : Dakwah Fardiah oleh Mustafa Masyhur, Islam,fikrah,dakwah dan daulah oleh Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang ,Dasar-dasar ilmu  Dakwah  oleh Abd Karim Zaidan dan lain-lain kitab lagi.Saya juga mensyorkan saudara membaca kitab ini kerana banyak isi kandunganya amat berguna kepada para daei.

Tetapi adakah selepas kita mendengar  nasihat syaitan kepada kita,kita melaksanakan dakwah selepas daripada itu?adakah kita mengadakan “ follow up” kepada sasaran dakwah itu? Atau adakah kita akan menemui saudara kita itu pada waktu lain pula?,jawapannya semestinya tidak  kerana nafsu dan syaitan yang jahat ini akan memberi fakta yang lain pula agar kita tetap tidak berdakwah atau melaksanakan amar makruf nahi mungkar ini, lalu tetaplah mereka yang lalai itu dalam kelalaian dan kesesatan yang tiada kehabisan sedangkan kita masih membelai syaitan dan nafsu yang jahat itu.

 Sekirannya kita menangguh nasihat dan teguran kita itu di atas dasar melihat kepada uslub dan pertimbangan ilmu yang  sebenarnya  tiadalah pula menjadi masalah.Tetapi yang menjadi masalah ialah sifat penakut dan iman yang lemah serta  alasan untuk tidak berdakwah  menjadikan kita senyap sepi  atau  yang lebih sesuai lagi  bagi orang alim ialah “ syaitan bisu”.

Kesimpulannya,terhalangnya kerja dakwah kita kepada orang lain bukanlah kerana uslubnya  yang sukar atau rumit tetapi lebih tepat bagi masalah ini adalah berpunca dari sifat penakut yang menghantui hati dan nurani kita ini.Tambahan pula iman kita yang lemah itu tidak yakin dengan janji Allah s.w.t kepada mereka yang menjalankan tugas ini.

Tuesday, November 16, 2010

Indahnya Alam

Subhanallah.... 
hu.. u.. u.... 

Indahnya alam ciptaan Tuhan,
 
Alangkah damainya ditepian pantai
 
Disitu terserlah kebesaran-Mu
 
Ya Allah bagi mereka yang cinta pada-Mu
 

Indahnya langit tidak bertiang
 
Lautan luas terbentang
 
Fajar dan senja silih berganti
 
Semuanya tunduk dan patuh pada-Mu
 

Alangkah besarnya nikmat-Mu pada hamba di sini
 
Betapa hebatnya kasih-Mu
 
Inilah pujian kami pada-Mu
 
Subhanallah
 

Indahnya alam ciptaan Tuhan,
 
Alangkah damainya ditepian pantai
 
Disitu terserlah kebesaran-Mu
 
Ya Allah bagi mereka yang cinta pada-Mu
 

Indahnya langit tidak bertiang
 
Lautan luas terbentang
 
Fajar dan senja silih berganti
 
Semuanya tunduk dan patuh pada-Mu
 

Alangkah besarnya nikmat-Mu pada hamba di sini
 
Betapa hebatnya kasih-Mu
 
Inilah pujian kami pada-Mu
 
Subhanallah
 

Alangkah besarnya nikmat-Mu pada hamba di sini
 
Betapa hebatnya kasih-Mu
 
Besarnya nikmat-Mu pada hamba di sini
 
Betapa hebatnya kasih-Mu
 
Inilah pujian kami pada-Mu
 
Subhanallah
 

Indahnya bintang begemerlapan,
 
Meriahkan malam yang kesunyian
 
Mergastua warnai alam maya
 
Mengalunkan madah mengakui Kau Maha Besar
 
Kau Maha Besar
 
Kau Maha Besar
 
Kau Maha Besar
 
Ya.. Allah...


http://sw-sess-lb-1763240709.us-east-1.elb.amazonaws.com/session.gif?section=1143045

Sunday, November 14, 2010

Antara nafsu dan iman

Antara nafsu dan iman yang mana satu yang mudah di turuti?
Sudah pasti nafsu kerana nafsu adalah benda yang amat menyeronokkan
dan amat disukai.
Walaupun jelas ia akan mendatangkan kemudharatan pada diri kita.
Ya, benar  memang seronok. Tengok sahajalah manusia pada hari ni.
Kerosakan muda mudi pada hari ini tiadak lain dan tidak bukan kerana
mengikut ajakan hawa nafsu.
Di tambah lagi dengan hiburan yang banyak merosakkan akhlak
muda-mudi kita pada hari ini. Inilah akibatnya apabila manusia hidup berpandukan nafsu
dan membelakangkan iman dalam kehidupan.
Satu kisah ketika Allah S.W.T menciptakan nafsu,
lalu Allah s.w.t memerintahkan nafsu supaya tunduk menyembah Allah tapi nafsu enggan sehinggalah Allah
memerintahkan malaikat membakar nafsu sebanyak tiga kali dalam api neraka,
barulah nafsu mengikut perintah Allah dan sujud menyembah Allah.
Bayangkan tiga kali nafsu di masukkan ke dalam neraka ,barulah ia menyembah Allah.
Alangkah degilnya nafsu dalam mematuhi perintah Allah.
Berbeza pula dengan iman apabila ia diciptakan , cepat-cepat ia
menyembah Allah apabila diciptakan.
Sebab itulah nafsu dan iman sentiasa bertembung dan tidak
boleh bersefahaman dalam sesuatu perkara. Namun begitu ada juga nafsu yang baik
dalam diri kita ini.
Tapi begitulah nafsu yang baik sentiasa berlawan dengan nafsu yang jahat.
Macam mana nak menang ye? Tidak lain dan tidak bukan , kita mestilah menggunakan
akal fikiran yang Allah S.W.T kurniakan pada kita ini dengan di pandu oleh cahaya iman.
Barulah perkara baik akan menang.
Bukan senang nak menang lawan nafsu ni...
Kadang-kadang  menang , kadang-kadang kalah.
Ada masa iman berjaya menundukkan nafsu tapi ada satu masa itu pula,
nafsu yang menundukkan iman.
Antara sebab utama kita kalah pada tuntutan nafsu
sebenarnya adalah berpunca dengan diri kita sendiri juga.
Sebabnya kita kurang bermunajat dan
bermuroqabah (mendekatkan diri) kepada  Allah S.W.T.
Oleh itu, saya menyeru kepada semua sahabat-sahabat yang saya kasihi
marilah kita muhasabah dan merenung diri masing-masing.
Sama ada kekuatan kita terletak pada iman atau nafsu.
Jika iman kita kuat , Alhamdulillah.
Tapi jika sebaliknya banyak lagi yang kita perlu baiki tentang diri ini.
Waallahu a'lam....

Saturday, November 13, 2010

Erti sebuah kehidupan

Siapalah kita tanpa diri-Nya
Kerana kita hanya insan yang lemah
Sungguh duka cita
Bila kita tak mengenal
Siapa empunya diri yang sebenarnya
Wahai insan kenangkanlah dirimu
Kerana hari esok kau kan kesempitan
Janganlah dikau sombong pada hari ini
Kerana kelak di sana kita keseorangan
Bersedialah sekarang mencari rahmat yang esa
Agar hidup selamat dunia dan akhirat
Di sini kita mencari hanya satu tujuan
Tak lain dan tak bukan
keredhoan dari ilahi....

Wednesday, November 10, 2010

Semalam dan hari ini...

Semalam kami adalah seorang insan yang hina.
kami tidak di kenali , apa lagi di pandang tinggi oleh kalian semua.
Kehidupan kami penuh dengan kejahilan.
Hidup berpoya-poya menjadi asam garam dalam kehidupan kami.
Pembunuhan menjadi kebiasaan bagi kami.
Siapa yang berkuasa akan di sanjung dalam kalangan kami.
Tapi sebenarnya kehidupan kami kosong.
Kami seakan-akan berlakon dalam kehidupan ini.
Entah kenapa kadang-kadang kami seperti memperbodohkan diri kami.
Tetapi pada siapa untuk kami mengadu.
Kami sibuk mempertahankan kejahilan yang kami miliki.
Kedatangan seorang pemuda telah mengubah kehidupan kami.
Walau begitu bukan semudah itu,
Untuk kami menerima seruannya.
Hal ini di sebabkan kehidupan jahiliah telah sebati dengan hidup kami.
Ya, benar. kebenaran sentiasa mengatasi kebatilan.
Walau macam mana teruk sekali rintangan yang beliau hadapi.
Beliau hadapi dengan tabah dan sabar.
Setiap kali cabaran yang dia hadapi,
Pasti di hadapinya dengan senyuman yang menguntum di bibir.
Kami begitu terpesona dengan keperibadian beliau,
Sehinggakan kami merasakan inilah masa untuk kami berubah.
Kebenaran yang di dedahkan tidak dapat di sangkal lagi.
Hari demi hari pengikutnya semakin bertambah.
Semakin ramai yang ingin mengorbankan diri demi beliau.
Kami berasa begitu takjub dengan keadaan yang berlaku.
kerana tidak pernah kami lihat seorang sahabat yang sanggup mempertaruhkan
nyawa sebegitu rupa kepada beliau.
Mereka sanggup mengorbankan diri demi beliau.
Sehingga satu ketika kami menerima risalah yang di bawa oleh beliau.
Kini baru kami sedar bahawa kamilah yang sebenarnya silap.
Kehidupan kami ini penuh dengan penipuan pada diri kami sendiri.
Ah, kenapa kami tidak mengikutnya dahulu.
Alangkah baiknya jika dahulu kami menundukkan ego kami ini.
Walau begitu kami tetap bersyukur kerana masih diberi peluang ini.
Syukur kepada Allah yang telah memberi nikmat iman dan Islam ini pada kami.
Dengan bimbingan dan panduan dari rasul-Nya , Muhammad rasulullah.
Kami telah mendapat hadiah yang paling bermakna dalam diri kami
Islam
Alangkah berbezanya kami pada hari semalam dan hari ini...

Tuesday, November 9, 2010

Betapa kita semua memerlukan-Nya

Dahulu aku mencari apa itu erti cinta yang sebenar.
Kadang-kadang aku sendiri bingung dengan kehidupanku ini.
Sehingga satu saat aku merasakan bahawa tuhan itu tidak pernah wujud dan
aku merasakan bahawa di sinilah syurga kenikmatan yang sepatutnya
di hayati sebelum kematian datang menjemput.
Aku habiskan hidupku dengan perkara yang sia-sia,
aku buat konsert dan memperdengarkan laguku ini kepada semua peminatku
yang selama ini menyokong dan memberi semangat kepadaku untuk menyampaikan
lagu kepada mereka.
Aku dan rakan-rakanku menyanyi dan menari di atas pentas
demi peminat yang aku cintai.
Kehidupanku ini penuh dengan hiburan setiap masa
dan aku tidak mengenal erti apa itu kesukaran dan kesulitan.
Malahan, apa yang lebih teruk lagi adalah aku tidak ada
sedikit pun rasa pengharapan pada tuhan.
Ya memang betul, mungkin aku ini
tidak percaya pada tuhan yang menyebabkan aku merasa begitu.
Tapi satu peristiwa telah mengubah kehidupanku ini
dan menjadikan aku terus berubah.
Asalnya bermula untuk bersuka ria
tetapi telah bertukar menjadi satu tragedi kepada diriku ini.
Apa yang aku kesali apabila kapal terbang yang aku naiki
telah terhempas di dalam laut dan aku berjaya keluar dengan selamat dari dalam kapal terbang
tapi tidak penumpang yang lain.
Aku berasa bahawa aku sangat bernasib baik
tapi keadaanku masih belum menjamin bahawa aku benar-benar
selamat kerana saat tika ini aku keseorangan di tengah-tengah lautan.
Ketika ini juga terfikir dalam diriku
adakah pasukan penyelamat akan menemuiku di sini.
Lalu aku terfikir pada tuhan.
adakah tuhan boleh menyelamatkan keadanku ketika ini.
Entah kenapa pengharapanku ketika itu hanya pada tuhan.
Tapi tuhan yang mana harus aku seru untuk menyelamatkanku ini.
Lalu aku berkata,
'' wahai tuhan , jika engkau menyelamatkanku maka aku akan beriman kepadamu''.
Kemudian, aku menyebut satu persatu nama tuhan yang ada
sama ada tuhan hindu ,kristian, buddha, dan lain-lain tapi keputusannya mengecewakan.
Aku mula berputus asa
tapi di saat akhir itu aku di ilhamkan
bahawa ada satu lagi tuhan yang
belum aku seru iaitu tuhan umat islam ,
Allah.
Kemudian , aku menyebut nama Allah
dan tanpa di sangka-sangka datang embok besar
secara tiba-tiba menghempap diriku ini.
Mungkin di sinilah pengakhiran hidupku sebagai
seorang penghibur dan aku tidak menyangka sama sekali
beginilah pengakhiran hidupku ini.
Kepalaku berasa berpinar-pinar dan aku mendapati aku terdampar di sebuah pulau.
Aku berasa begitu gembira kerana di selamatkan daripada maut.
Tiba-tiba datang suara dalam kepalaku yang berbunyi ,
''ingatkah kamu pada janji kamu ketika di laut''.
Aku teringat bahawa aku akan beriman kepada tuhan
yang menyelamatkan aku dan tuhan yang akhir di sebut oleh aku adalah Allah.
Lalu aku mula mengkaji kebenaran agama islam
dan menemui bahawa agama islam adalah satu agama yang benar,
serta merta juga aku menganut agama islam.
Peristiwa ini benar-benar membuat aku jatuh cinta kepada Allah
dan aku mengetahui bahawa Allah lah tuhan yang
maha berkuasa atas sesuatu yang Dia kehendaki.
Aku kini bergiat cergas dalam dakwah Islam
melalui lagu yang mengandungi nilai-nilai Islam di dalamnya.
Aku menyampaikan dakwah Islam melalui nasyid
kerana menyedari kebenaran agama Islam ini.
Aku terus menyampaikan seruan Islam melalui lagu tanpa jemu.
Tahukah kamu siapa aku?
Akulah Yusof Islam.

Monday, November 8, 2010

Ah satu permulaan buat diriku....

Inilah kali pertama saya menulis dalam blog.
Saya menulis bukan untuk meraih publisiti murahan yang kebanyakan
dilakukan oleh muda mudi pada hari ini.
Tidak kiralah siapa mereka , tapi blog ini terhasil mempunyai tujuannya yang tersendiri.
Apa ya tujuannya?
Tidak lain dan tidak bukan unutuk menyeru diri saya terlebih dahulu
dan kemudian diri semua manusia
yang di ciptakan Allah di atas muka bumi ini.
Kerana inilah sebab rasulullah di utuskan adalah
untuk membawa rahmat kepada seluruh manusia
supaya kembali kepada cara hidup islam yang sebenarnya ,
yang sudah pasti di sana terdapatnya
keredhoan daripada Yang Maha Pencipta.
Oleh itu, saya berharap usaha
penulisan saya yang tidak seberapa  ini
akan di kira sebagai satu ibadah
kepada Allah S.W.T.
Ku berdoa pada Allah agar kemenangan islam kan semakin menghampiri.
Amin ya rabbal a'lamin. n_n