Friday, June 15, 2012

Hati Ayah mana yang tidak hiba

Pada hari rabu yang lepas bersamaan 13 hari bulan 6 2012 iaitu pada hari rabu yang lepas, aku dan beberapa orang sahabat berserta dengan felo dan pengetua kolej kediaman telah pergi bersama-sama untuk melawat pelajar tamhidi kolej kediaman kami yang masih koma di hospital Seremban.

Dua orang pelajar tamhidi yang menginap di kolej kediaman kami telah mengalami kemalangan jalan raya. Salah seorang daripada pelajar tersebut telah meninggal dunia dan seorang lagi masih dalam keadaan koma masih belum sedarkan diri.

(Al-Fatihah dan doa kita panjatkan untuk arwah. Moga2 kita doakan ruh arwah bersama2 dengan orang2 yang beriman)

Tatkala tiba di hospital kami bertemu dengan ayah pelajar tamhidi yamg masih koma itu, kami difahamkan oleh ayah pelajar terbabit yang anaknya masih lagi koma. Sedang kami bertanya tentang anak beliau tiba-tiba   beliau menjadi hiba dan sedih memikirkan nasib anaknya itu kerana itulah salah satu anak lelaki dalam keluarga beliau dan dan anak sulung dari dua orang adik beradik.

Hati ayah mana yang tidak hiba melihatkan perkara buruk yang sedang menimpa anaknya itu. Kalau ayah sudah begini apalah lagi jika nak dibandingkan dengan si ibu yang melahirkan sendiri si anak.

Moga-moga kita doakan sahabat kita ini cepat sembuh dari komanya dan sesungguhnya Allah sahajalah tempat untuk memanjatkan doa dan pertolongan.Amin...

Sunday, June 10, 2012

Cahaya yang menerangi jalan



Waktu petang yang hening seusai menunaikan solat asar berjemaah, kami menunggu kehadiran seseorang yang amat kami rindui dan nanti-nantikan. Susuk tubuh yang tidak pernah mengenal erti penat lelah dalam mengendarai dakwah ketika mana umat lemas dengan dunia yang melilit kiri dan kanan. Diri yang sentiasa membawa perwatakan wasatiyyah dalam melakukan segala sesuatu termasuklah dalam menetapkan sesuatu pandangan dengan mengambil kira semua pandangan dari pelbagai aliran mazhab menyebabkan mereka yang mengenali al-fadhil Dr. Abdul Basit Abdul Rahman pasti kagum dan terpana dengan kehebatan serta keilmuan yang dimiliki oleh beliau.

Demi memenuhi tugasan yang semakin hari kian bertambah tidak melupakan beliau kepada generasi muda yang bagi beliau seharusnya dibimbing dan dibentuk agar menjadi insan rabbani bagi masa hadapan. Siapalah kami ini jika hendak dibandingkan dengan beliau tetapi itulah diri beliau yang sentiasa mengambil tanggungjawab ini sabagai satu amanah buat membajai anak-anak pokok dengan kalam yang penuh dengan seribu aspirasi dengan harapan pokok bunga ini akan berkembang mekar suatu hari nanti. Bagi kami pula sebagai anak-anak muda pada masa kini tidak pernah puas dek kerana mendengar kalam bicaranya yang sarat dengan petunjuk dan nasihat yang penuh makna itu.

Thursday, June 7, 2012

Nasihat dari ayahanda tercinta

Damainya suasana waktu pagi
Alhamdulillah, betapa murahnya rezeki Allah ini diberi lagi peluang untuk aku meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba. Tak ku ketahui adakah nilai pemhambaanku ini cukup buat menyelamatkan diri ini di akhirat kelak, tetapi ku sedar bahawa tidak mungkin aku akan selamat dengan diri ini yang hanya berbekalkan bekalan amal ibadah sahaja.

Tidaklah diri ini akan selamat melainkan hanya dengan syafaat dari Allah tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang berserta juga syafaat daripada Rasulullah SAW bagi umatnya. Pada waktu pagi yang sungguh nyaman itu aku menunggang motorsikal ke masjid bagi menunaikan solat subuh berjemaah di masjid. Alangkah sepinya masjid apabila jemaah yang datang tidaklah ramai, bahkan melihat kepada rata-rata jemaahnya juga kebanyakan hanya terdiri dari kalangan golongan tua berbanding orang muda.

Sesungguhnya ini seharusnya dijadikan pengajaran dan iktibar kepada jiwa-jiwa yang sentiasa menginsafi keadaan yang telah berlaku pada hari ini. Sedih dan cukup menyedihkan apabila kita melihat dan memerhatikan  kehidupan masyarakat Islam di Malaysia ini. Kehidupan material telah mengaburi segala-galanya sehingga rasa ketuhanan sedikit demi sedikit terhakis dari diri tanpa disedari.

Menunggu masa solat subuh menjadi seperti solat jumaat perlu dimulakan dengan diri yang mempunyai kesedaran dan ketakwaan pada Allah yang esa, kerana sesungguhnya jika saat itu berjaya dilaksanakan, sudah pasti umat Islam kembali Digeruni dan dimuliakan. Generasi rabbani yang diimpikan perlu dimulakan dengan diri sendiri sebelum disebar luaskan kepada seluruh manusia.

"Eh, macam abang Nawawi je duduk sebelah sana, tak mengapa nanti aku sapa." monolog diriku . Memang sah abang Nawi rupanya yang memakai serban merah itu.Hahaha, cantik juga gaya pemakaian abang Nawi ni.(Dah lama tak pakai serban sejak masuk kampus ni, tu yang jiwa jadi kecut tu.) Setelah bertegur sapa dengan abang Nawi maka aku meneruskan misi peribadiku iaitu mengisi perut di kedai makan Mannu Salwa. Roti canai pun roti canailahhh.

Ke rumah Dr Zulkifli al-Bakri

Hari ni kami semua telah bercadang untuk pergi berziarah ke rumah Dr. Zulkifli al-Bakri seorang ulama yang tidak asing lagi dalam negara ini. Beliau seorang yang faqih dalam bidang syariat. Seseorang yang sentiasa dijemput di mana-mana sahaja bagi menyampaikan kuliah agamanya dek kerana ilmu yang dikuasai oleh beliau.

Rombongan kami yang terdiri dari pelajar muslimin dan muslimat selamat tiba di rumah Dr. Zulkifli al-Bakri yang diketuai oleh sahabatku Syed Haashim yang telah mengaturkan segala-galanya bagi aktiviti ziarah yang penuh bermakna ini. Ustaz Zul sanggup menangguhkan programnya yang lain kerana anak muridnya ini datang berziarah ke rumahnya, alangkah betapa segannya kami rasakan pada beliau.

Taujihat dan tahsiyah daripada ayahanda Dr. Zulkifli al-Bakri amat bermakna apabila beliau mengingatkan kepada semua pelajar agar sentiasa memanfaatkan masa yang sebaik yang mungkin kerana ini adalah masa yang terbaik untuk menggarap segala ilmu pengetahuan. Kata beliau segala usaha perlu diarahkan kearah itu bagi menjadi seorang yang pakar dalam bidang masing-masing. Untuk menjadi seorang yang hebat perlu bermula dari sekarang kerana mereka yang berusaha secara biasa akan mendapat hasil yang juga biasa-biasa.


Tambahan lagi, ustaz Zul berpesan setiap daripada kita hendaklah menjadi benteng dari bidang masing-masing. Usahakanlah bersungguh-sungguh agar kita dapat menguasai bidang kita itu dengan sepakar-pakarnya buat menjadi penunjuk jalan kepada umat di masa hadapan.

Nasihat yang cukup baik bagi kami para pelajar dari ustaz Zul yang mengandungi seribu mutiara kata buat memandu kami dalam menelusuri jalan-jalan yang penuh liku di kemudian hari. Terima kasih ustaz Zul. Nasihat ini tidak akan kami lupakan dan akan kami sematkan ia baik-baik dalam dada kami.

Dan pengakhirannya sudah pasti makan-makan pula.
(takkan nak cerita juga kot...)

Wednesday, June 6, 2012

Aku, Nokia dan Samsung.

Suatu malam yang sempoi-sempoi bahasa aku dan sahabatku, Najmudin baru pulang dari kedai runcit buat membeli sedikit barangan makanan bagi menggalas perut yang telah sarat dengan angin yang yang cukup ganas laksana taufan yang tidak dapat dihentikan kecualilah apabila ia telah disumbatkan dengan sesuatu.
(Tah macam mana tah, malam tu rasa lapar la pula, jadi keluar cari makanan sikit)

Selesai sudah amanah yang utama dilaksanakan Najmudin atau aku membahasakannya dengan Din bertanya padaku,"Min. yang motor kau tu bila kau nak repair. Kalau kau nak aku boleh tolong repairkan."

"Kau nak tolong repair ke Din, Kau ni ada pengalaman Tak?" Soalku seribu persoalan yang terbelit di pemikiranku ini. Bukan apa maklumlah sebeluim ni baiki motor hantar kedai tak pernah pun minta tolong kawan  
baikikan. Tapi apa salahnya dah ada orang yang sanggup tolong, jimat sedikit budjet saku ni. 

"Apa kau menungkan lagi tu Min, kau ni nak aku baikikan ke tak nak? Kalau nak cepatlah sedikit."

"Ok, Jom, kita pergi"

"Eh, jangan lupa bawa botol air tu sekali, nanti boleh terus isikan air Dr. Sukida tu nanti."

Ada orang nak tolong baikikan, oklah jugakan. Apalah aku ni kemahiran nak baiki motor pun takde, tahu naik je motor tu.Kalaulah abang Long tahu apa jadi pada motor ni tak tahulah nak cakap apa. Basuh pun jarang sekali.
(sah, memang sah tahap pemalas level tertinggi ni, janganlah ikut abg ni ye)

Aku membantu sahabatku ini membaiki motorku apa yang mampu ku bantu.
(Cehwah, ayat macam dia nak tolong baiki motor orang.) Aku juga membawa bersamaku handphone samsung yang ku miliki. Kata Najmudin aku hanya menyusahkan diri sahaja dengan membawa handphone ini. Bukan nak pergi mana pun hanya sekadar keluar nak baiki motor sahaja. Aku meletakkan samsungku itu sementara di atas tempat duduk motor di sebelah motorku yang sedang dibaiki oleh Din.

Keesokan paginya, aku bangun macam biasa dan menghirup udara yang sungguh segar di Kolej Kediaman Nilam Court, dan tiba-tiba aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan bagaikan satu perkara tidak lengkap dalam hidupku pada pagi ini.Ya Allah , aku tertinggal samsung ku di tempat motor rupanya. Aku cepat-cepat datang ke tempat letak motor dan melihat samsung ku tetapi hampa kerana aku tidak menjumpainya lagi. 

Dan pengakhirannya aku kembali kepada sahabatku yang lama iaitu Nokia.