Wednesday, June 6, 2012

Aku, Nokia dan Samsung.

Suatu malam yang sempoi-sempoi bahasa aku dan sahabatku, Najmudin baru pulang dari kedai runcit buat membeli sedikit barangan makanan bagi menggalas perut yang telah sarat dengan angin yang yang cukup ganas laksana taufan yang tidak dapat dihentikan kecualilah apabila ia telah disumbatkan dengan sesuatu.
(Tah macam mana tah, malam tu rasa lapar la pula, jadi keluar cari makanan sikit)

Selesai sudah amanah yang utama dilaksanakan Najmudin atau aku membahasakannya dengan Din bertanya padaku,"Min. yang motor kau tu bila kau nak repair. Kalau kau nak aku boleh tolong repairkan."

"Kau nak tolong repair ke Din, Kau ni ada pengalaman Tak?" Soalku seribu persoalan yang terbelit di pemikiranku ini. Bukan apa maklumlah sebeluim ni baiki motor hantar kedai tak pernah pun minta tolong kawan  
baikikan. Tapi apa salahnya dah ada orang yang sanggup tolong, jimat sedikit budjet saku ni. 

"Apa kau menungkan lagi tu Min, kau ni nak aku baikikan ke tak nak? Kalau nak cepatlah sedikit."

"Ok, Jom, kita pergi"

"Eh, jangan lupa bawa botol air tu sekali, nanti boleh terus isikan air Dr. Sukida tu nanti."

Ada orang nak tolong baikikan, oklah jugakan. Apalah aku ni kemahiran nak baiki motor pun takde, tahu naik je motor tu.Kalaulah abang Long tahu apa jadi pada motor ni tak tahulah nak cakap apa. Basuh pun jarang sekali.
(sah, memang sah tahap pemalas level tertinggi ni, janganlah ikut abg ni ye)

Aku membantu sahabatku ini membaiki motorku apa yang mampu ku bantu.
(Cehwah, ayat macam dia nak tolong baiki motor orang.) Aku juga membawa bersamaku handphone samsung yang ku miliki. Kata Najmudin aku hanya menyusahkan diri sahaja dengan membawa handphone ini. Bukan nak pergi mana pun hanya sekadar keluar nak baiki motor sahaja. Aku meletakkan samsungku itu sementara di atas tempat duduk motor di sebelah motorku yang sedang dibaiki oleh Din.

Keesokan paginya, aku bangun macam biasa dan menghirup udara yang sungguh segar di Kolej Kediaman Nilam Court, dan tiba-tiba aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan bagaikan satu perkara tidak lengkap dalam hidupku pada pagi ini.Ya Allah , aku tertinggal samsung ku di tempat motor rupanya. Aku cepat-cepat datang ke tempat letak motor dan melihat samsung ku tetapi hampa kerana aku tidak menjumpainya lagi. 

Dan pengakhirannya aku kembali kepada sahabatku yang lama iaitu Nokia.

No comments:

Post a Comment