Wednesday, December 14, 2011

Mereka memandang kita sebagai si PEMALAS

Sedang berlakunya satu perhimpunana yang besar tiba-tiba berlakunya hingar bingar dikalangan para himpunan. Perhimpunan ini sebenarnya adalah perhimpunan para paderi yang membincangkan masalah berkenaan agama mereka kristian yang dihadiri oleh ramai orang termasuk orang-orang yang terkemuka. Komferen ini menjadi bising seketika dan kembali senyap apabila telah ditenangkan oleh paderi yang ada disitu. Apakah sebenarnya yang menjadikan majlis ini kecoh seketika dan kembali senyap dalam masa yang sebentar sahaja.

Kehadiran seorang lelaki muslim kedalam majlis ini secara keebetulan telah menggelisahkan orang-orang yang ada di dalam majlis ini. Siapakah lelaki ini? Bagaimana ia begitu digeruni, adakah hanya kerana dia mempunyai 'title' sebagai muslim. Kehadiran lelaki ini yang tanpa dirancang telah menggemparkan majlis yang besar ini tetapi persoalan yang lain mula timbul bagaimanakah paderi di situ menghilangkan kegelisahan para penganutnya.

Apa kata paderi tersebut, " jangan bimbang kalian semua .Sesungguhnya lelaki muslim itu hanya datang sebagai untuk mendengar sahaja dan tidak ada apa-apa yang ia akan lakukan.Ketahuilah saya mengenali beliau dan ternyata beliau adalah orang yang malas dari kaum muslim. Selepas mendengar ucapan kita ini pun, tidak akan ada apa-apa tindakan yang akan dilakukan oleh beliau".

Ternyata itulah sifat kita pada hari ini. Keizzahan ummat islam semakin lama ditarik dari ummat ini kerana memang ternyata benar apa yang di ucapkan oleh paderi tersebut. Ummat ini semakin lama semakin malas dan jauh dari perjuangannya . Sehinggakan musuh tidak lagi gentar terhadap ummat islam yang ada pada hari ini.

Monday, December 12, 2011

selangkah ke hadapan kecundang di perbatasan

kalau hari ini kita melihat bahawa begitu banyak perkara yang tidak dapat di bayangkan. kadang-kadang bila di fikirkan balik mungkin kitalah yang menjadi asbab kepada kejatuhan dakwah ini. Lihat sahajalah apabila tarbiyyah ruhiyyah tidak di lakukan maka sudah pasti kita akan menjadi lemah. Apa itu sebenarnya tarbiyyah ruhiyyah itu? Ramai yang tahu tapi berapa ramaikah yang mengambil berat akan peranan tarbiyyah ini dalam membentuk insan unggul dalam dunia dakwah hari ini. Tak ramai yang mengambil berat akan peranan tarbiyyah ini dalam melalui denai-denai dakwah yang menantinya di hiliran.

Di dalam buku karangan Al Hamka  yang menyebut tentang pembangunan 2 benda yang amat penting di dalam diri manusia iaitu pembangunan akal dan budi. Tetapi jauh disana ada satu benda yang lebih dalam daripada budi iaitulah jiwa. Apa itu jiwa sehingga si penulis mengatakan jiwa itu melangkaui peranan budi. Jiwa ini bolehlah disinonimkan dengan ruh yang tidak nampak dengan mata kepala kasar tapi yakinlah melalui jiwa inilah akan menyelahkan budi yang ada pada diri atau boleh kita panggil sebagai akhlak.

Tuesday, November 29, 2011

Bila di ambang kejatuhan kenasionalisme dan sekularisme

Dewasa ini kepelbagaian perubahan telah melanda dunia apabila dunia pada hari ini telah menunjukkan satu kebangkitan anak-anak muda yang inginkan perubahan dalam hidup mereka. Kehidupan yang penuh dengan materialistik tidak menjanjikan kepuasan kepada diri apabila manusia mula menyedari kekosongan dalam jiwa yang tidak dimengerti untuk di isi dengan apa.

Mereka sedar keporokan yang berlaku dalam masyarakat mereka tetapi jalan kebenaran masih belum tersingkap untuk mereka. Kebanyakkan mereka sedar telah tiba masa untuk mereka berubah tetapi jalan perubahan yang macam mana yang mereka perlukan bagi mengubati kekosongan dalam hidup mereka.

Mereka sudah puas hidup dengan pemerintah yang hanya tahu memperalatkan harta kemewahan negara untuk kepentingan peribadi mereka sedangkan rakyat hidup dalam serba kedhoifan.

Islam jalan keluar dari belenggu kejahilan

Perubahan demi perubahan kita dapat saksikan pada hari ini. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada timur tengah menunjukkan bahawa sudah masa kita berubah. Pemerintah yang zalim mesti di singkirkan dari tampuk pemerintahan negara. Penggantinya yang adil dan berwibawa lagi berkebajikan kepada rakyat perlu di lahirkan bagi memastikan keadilan terus tertegak di bumi yang disyangi.

Tetapi cukupkah sekadar peminpin yang adil sahaja. Jikalau nak dikatakan adil dari sudut manakah yang kita nak ambil sebagai pemerintah yang adil.

Baliklah ke pangkal jalan


seringkali kita bertanya kepada diri kita kenapa kita melakukan kesalahan sedangkan kita telah tahu kesalahan dan kesilapan yang dilakukan itu tidak menguntungkan langsung diri kita ini. Bahkan kita pula yang akan sentiasa dihimpit dengan seribu kesempitan dan kesesakan kerana terasa sempit didada laksana jauhnya rahmat ilahi dari hati yang menunggu mati.

Ya, mungkin kita merasa seronok tatkala mengerjakan sesuatu yang berlawanan dengan perintah ilahi tapi sampai bilakah keseronokan itu akan bertahan . Ingatlah wahai sahabat dan juga teman sekalian , hidup ini tidak semestinya indah di mata kerana mungkin keindahan yang kita tempuhi sekarang ini adalah kesengsaraan kita di dunia kelak.

Persoalan berapa lama kita akan hidup di dunia ini tiada siapa yang dapat memberi jawapannya. Adakah kita hendak menunggu masa tua itu datang sedangkan kita tidak pasti sama ada kita sempat dengan masa itu. Lihatlah dunia hari ini yang tidak mengenal usia untuk di jemput bertandang di rumah yang sesempit rasa.

Kesukaran hari ini adalah kunci hari esok tapi sampai bila? ketika roh yang dikandung badan keluar menuju dunia yang satu lagi dan untuk itulah aku mengingatkan kamu semua dengan lambaian malaikat maut yang sentiasa melambai-lambai terhadap kamu semua bagi memisahkan kenikmatan hidup yang sementara kepada yang kekal abadi.

sekadar tazkirah dan renungan bersama




Tuesday, October 25, 2011

bila saat kebangkitan diriku

Aduhai, terasa lemah dirasa pada diriku ini. sekarang dah nak masuk pertengahan sem tetapi rasa macam banyak lagi perkara yang belum selesai. di mana silap sebenarnya ni. Rasa malas menghambur dalam diri bagaikan lembu yang kekenyangan.

Letih, masas dan tidak bertenaga dalam diri ini seakan-akan terasa seperti berpadu dalam menenggelamkan diriku ini di dalam jurang mariana yang berada di perlautan Filipina.


Kalaulah tidak mengenangkan ibu bapa , adik beradik yang berada di kampung tu tak tahulah apa yang akan aku jadi. Tak tahu kenapa rasa macam dah puas pula untuk menuntut ilmu. Kadang-kadang pernah juga terlintas di hati rasa ingin berhenti sahaja dari pengajian ini.

Sebenarnya, bukan ada apa-apa pun tapi kerana kelemahan diri ini yang di gunakan oleh para musuh-musuh Allah dalam melemahkan intituisi semangat dalam diri ini.

Pernah ku tanya pada diri ini kenapa aku begitu bersemangat sangat ni buat kerja Islam," suara kecil dalam hati berbunyi , "apakah kau telah lupa impianmu untuk melihat cahaya agama islam ini kembali semula di atas muka bumi ini".

Rasa macam ditempelak oleh diri sendirilah pula. kalau dah kata nak berjuang tu , menuntut ilmu pun termasuk dalam konteks perjuangan untuk menyebarkan agama Alllah ini melalui jihad ilmu.

Semangat kembali pulih

"Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka di biarkan sahaja mengatakan,'kami telah beriman' sedang mereka belum di uji lagi. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"
(surah al ankabut ayat 2-3)

Monday, September 19, 2011

FCR phase 2 , 17 and 18 sept 2011

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt yang telah mengurniakan pelbagai nikmat kepada hambanya ini terutamanya nikmat yang tidak dapat dibayar dengan harta wang dunia sekalipun ia ditukarkan dengan dunia ini keseluruhannya mahupun alam semesta.

Tidak dapat dibayangkan alangkah sepatutmya bersyukurnya mereka-mereka yang menyedari bahawa limpahan kurnia yang Allah berikan kepada mereka ini sehingga menjadikan mereka salah seorang daripada orang Islam. Tetapi apakah cukup hanya kita sahaja yang berasa gembira dengan nikmat ini sedangkan diluar sana masih ada ramai lagi manusia yang memerlukan bimbingan dan petunjuk dalam mencari ad-Din yang sebenarnya buat menerangi kehidupan mereka di dunia dan akhirat kelak.

Selesai sudah akhirnya kursus Friendly Comperative Religion (FCR) yang bernaung dibawah satu pertubuhan NGO Islamic Information Services (IIS) yang di handle oleh brother Shahkirit dan rakan-rakannya di Saba' Islamic Media yang terletak di Setiawangsa. Bahan-bahan yang dipersembahkan kepada semua peserta cukup menarik kecualilah kalau ada peserta yang tertidur.Hehehe...

Antara tajuk yang diperbentangkan ialah 'understanding non muslim termitology' , 'christology' , 'authenticity of quran' , 'ethics of disagreement' dan banyak lagi tajuk-tajuk yang lain yang cukup membuktikan kejahilan diri penulis ini . Barisan para pembentang yang tidak kurang hebatnya yang terdiri daripada brother shahkirit sendiri, brother Engku Muzafar, cik Tuti Abu Bakar dan Xifu Naser.

Jadi apa tunggu lagi!!! Jomlah join sekali.Hehehe...
(bila dah puas ada je ayat-ayat yang pelik-pelik)

Keadaan arus peredaran zaman pada hari ini menghendaki seorang daei itu mempunyai persediaan bagi mengharungi liku-liku yang mencabar di kemudian hari. Tanpa bekalan yang cukup sudah pasti seorang daie itu tidak akan bertahan lama atas jalan ini.

Melihatkan isu-isu yang melibatkan umat islam yang semakin parah lagi membarah tidak memungkinkan pencinta agama ini untuk duduk diam seribu bahasa tanpa menggerakkan sedikit pun akalnya.
Ya, akal . Apa lagi kalau bukan akal ini yang digunakan . Dahulu musuh menyerang Islam dengan pedang dan lembing tapi tidak lagi kini Kerana mereka menyedari ianya hanya sia-sia. Mereka telah menggunakan perang saraf dalam melumpuhkan ummah yang ada pada hari ini tetapi sampai bila???

Kata orang tua dahulu , lawanlah musuh dengan senjata yang sama dengan mereka. Akal lawan dengan akal.
Ye, sudah sampai masanya kita semua menggembleng tenaga dan buah fikiran untuk meninggikan kalimah islam ini.

(hai buruk benar tulisan, kena tingkatkan lagi gaya ni)

Ayuh syabab bangkitlah dalam menyelamatkan ummah ini jangan biarkan ummah ini rosak sedangkan kita mempunyai daya dan kekuasaan untuk merubahnya. Jangan sampai kelak kita akan dipersoalkan di mahkamah rabbul jalil akibat ketidak caknaan kita pada ummah ini.

Natijahnya pada hari ini kita amat memerlukan orang yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi Agama ini. Kes murtad yang semakin berleluasa memerlukan ramai orang seperti sheikh Ahmed Deedat, Dr. zulkarnaik, dan brother Shahkirit.

(alangkah sedikitnya orang2 macam mereka ni)

Ingat!!! Bukan sahaja kes murtad tetapi segala masalah yang melibatkan seluruh umat islam.
Kepimpinan yang ikhlas demi agama ini perlu dibentuk kembali dan menyikirkan keporokan pemimpin pada hari ini.

Nampaknya sudah jauh penulis terbabas dari topik penulisan , dah sampai di mana pun entahlah...
Tapi apa yang penting jumpa lagi di kursus FCR akan datang dalam fasa terakhir iaitu fasa 3.
Hehehehehehehehhehhehhehehehehehehe.....
(letih k tak payahlah suka ikut perkataan tu , skali pun cukup)

Daripada penulis yang serba tak kena cara penulisannya.

Wednesday, September 14, 2011

Adakah kita menghayati erti sebenar syawal

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang masih setia 
dan kekal mengikuti perkembangan semasa blog ini walaupun ia 
tidak beberapa sinonim dengan keadaan semasa. 
Apa taknya kalau si penulis malas menulis dan 
membiarkan blognya menyepi seribu bahasa . 
Akhirnya , jadilah blognya menangis tak berlagu,huhuhuhu.


Tapi bukan itu yang kita nak perbincangkan sekarang 
kerana masih banyak lagi kewajipan yang perlu dilaksanakan 
bak kata seorang tokoh ulung kewajipan 
kamu melebihi masa yang kamu miliki. 
Memikirkan Ramadhan yang telah berlalu 
dan melihatkan keadaan yang masih lagi lemau 
bab biskut marie yang dicicah air 
dikalangan ummah hari ini menjadikan diri ini sedikit terkilan.


Rumah-rumah Allah kembali menyepi seperti sedia kala dan 
hanya berpenghunikan orang-orang tua yang 
menunggu masa untuk dipanggil, 
selain tiangnya lebih banyak daripada penghuni yang bernyawa. 
Ramadhan pergi dengan 
meninggalkan bekas yang tidak terkesan langsung padanya. 
Hiburan media massa saban hari menjadikan ummah semakin leka, 
persiapan musuh untuk melekakan umat ini semakin rapi dan kencang.


Tetapi apa yang kita peduli tentang keadaan semasa yang 
semakin menbarah dalam jiwa masyarakat kita hari ini . 
Ummah yang semakin reput dengan keimanan 
dan menunggu masa untuk dimamah 
oleh serangga-serangga yang menyimpan 
naluri kejahatan sejak zaman berzaman ini 
tidak melepaskan peluang sedikit pun walau sedetik daripada masa.





Berbalik kepada realiti kehidupan ummah islam hari ini ternyata 
kehidupan kita jauh melencong daripada apa yang telah 
diungkapkan oleh kitabullah yang mulia yang menyatakan 
tentang realiti kehidupan umat islam yang sebenar. 
Aduhai, kita sekali lagi hidup dalam imaginasi dan fatamorgana semata-mata. 
Kenapa kita sering kalah? dan kalah tidak puas untuk 
datang menyapa kita setiap kali musuh memulakan lakonannya yang buruk lagi keji 
walaupun ia betul-betul berlangsung depan mata kepala kita sendiri.


Nak tahu kenapa? Kerana musuh kita sentiasa hidup dalam alam realiti 
dan mereka kenal asal usul mereka dan 
mereka faham apa yang mereka perlu lakukan . 
Apa taknya lihat sahajalah al-quran yang telah menyatakan sifat-sifat orang yahudi dan kristian , 
dan kalau kita kaji sifat mereka hari ini maka amat benarlah sifat 
mereka itu seperti yang terungkap di dalam al-quran.


Solusi kepada masalah ini ialah satu sahaja walaupun dah puas kita dengar 
tapi itulah janji Allah sentiasa benar walaupun kita semua sentiasa menidakkannya 
dalam keadaan sedar atau tidak iaitu 
kembalilah kita semua berpegang kepada 
kitab Allah dan sunnah nabinya secara keseluruhannya.


Rasanya masih tidak puas untuk menukilkan tinta ini 
bagi memberi kesedaran kepada diri ini dan ummah islam keseluruhannya 
kalau tidak memikirkan generasi pada hari ini cepat jemu dalam pembacaan yang panjang. 
Moga-moga nukilan ringkas ini sedikit sebanyak 
memberi saham kepada diri ini di akhirat kelak 
dalam menebus pelbagai kekhilafan yang sering dilakukan sepanjang 
bergelar hamba-Nya.


Dari Insan yang serba lemah dan hina

Wednesday, June 22, 2011

Di saat aku ketandusan idea untuk menulis

Hai, pelik-pelik. Apa tak peliknya tengok tajuk lah, ada ke patut macam ni nama tajuknya , ''di saat aku ketandusan idea untuk menulis''. Dah kehabisan idea sangat ke nak karang buah idea baru. Kata kebenaran yang tersirat.

Eh, mana ada kalau tak tulis macam tu takde orang yang nak baca nanti. Maklumlah nak menulis ni mesti bagi tanda soal dulu pada penulis ni , biar dia tertanya-tanya apa yang si pengarang ni nak bagitahu.

Cakap sorang diri la pulak, dah laa bahasa tidak mengikut spesifik bahasa yang dibenarkan.

Hai, makin hancurlah bahasa melayu ni . Apa taknya kalau tengok bahasa budak-budak sekarang memang teruk banyak, tak pernah belajar bahasa, dirojakkan bahasa tu sehinggakan india pun ada , melayu pun ada, mat salih pun ada. Cina ada tak hah? Umm, tu tak pasti sebab bukan ini topik perbincangan kita hari ini.

Di perpanjangkan cerita....

Hari ini kita telah melangkaui ke pertengahan bulan rejab yang menyaksikan peristiwa yang maha hebat yang disediakan bagi kekasihnya bagi membenarkan risalah Islam ini. Kejadian yang berlaku pada 27 rejab itu telah menguji keimanan manusia pada waktu itu sama ada untuk bertauhidkan Allah atau mengufurinya.

Kalau dulu mereka mempertikaikan cerita nabi muhammad dalam keadaan mereka masih kafir jahiliyyah tapi amat pelik dan ajaib sekali apabila mereka yang mengaku sebagai umat baginda ini tidak yakin dengan sistem yang di bawa oleh Islam itu sendiri.

Kita bertanya kepada mereka , ''Dari manakah sistem ini hadir?''. Adakah ia ciptaan manusia yang bijak pandai satu masa dahulu. Soalan ini tidak perlu dijawab melainkan tepuk dada dan tanyalah iman masing-masing.

Analogi mudah yang ingin saya sampaikan di sini, cuba kalian bayangkan jika lembu yang tanpa tuan di uruskan oleh lembu sendiri. Tentu sekali kita akan mengatakan mana mungkin lembu boleh di uruskan oleh lembu . Bahkan , kalau kita ceritakan pada sesiapa sahaja tentu  mereka akan mengatakan ,''tidak pernah sekali pun sepanjang hidup aku ini, aku mendengar cerita sebodoh ini''.

Apa maksudnya akal yang waras kita ni pun tidak dapat menerima hakikat lembu di 'handle' oleh lembu sendiri dengan sistem yang mengikut acuan lembu.

Hahaha, rasa nak tergelak la pula apabila menulis ni. Bukan apa rasa geli hati dengan analogi yang di cipta sendiri.

Tapi kebenarannya bukan pada cerita lawak lembu-lembu ini tapi apa yang tersirat dalam cerita ini.
Ye, tepat sekali. Itulah yang cuba saya sampaikan pada sidang pembaca semua.

Mana mungkin manusia lebih tahu apa yang terbaik bagi dirinya melainkan hanya penciptanya sahajalah yang lebih mengetahui apa yang terbaik bagi makhluk ciptaan-Nya.

kesimpulannya, kembalilah kepada fitrah asal kita sebagai hamba yang mempunyai tuhan.
Bukan hamba yang ingin menjadi tuhan.

Monday, May 23, 2011

Sajak Buatmu Guru Islam

Sajak Buatmu Guru Islam

guru aku mengenalimu sebagai serang yang berhempas pulas demi anak bangsa,
tapi saat ini aku merasakan satu perkara telah ditinggalkan oleh dirimu dalam mencurahkan ilmu kepada kami semua,
kini aku melihat engkau memberikan pelajaran kepada kami ,
tapi dimanakah didikan dari ilmu yang dicurahkan itu,

pelajaran dan pendidikan adalah dua entiti yang berbeza wahai guruku,
bukan niatku untuk menyakitkan dirimu wahai guru,
bukan juga hendak mengatakan aku lebih pandai darimu,wahai guruku,
aku tahu bahawa kalian para guru lebih mengetahui dari diriku ini,

tapi mana mungkin diri ini membisu seribu bahasa ,
tatkala melihat anak-anak bangsa menjadi punah dek harus zaman,
lebih menyedihkan lagi apabila kebanyakan mereka adalah dari persaudaraan akidah islam ini,

Apakah hari ini guru yang di anggap sepeti lilin ,
yang sanggup membakar diri untuk menerangi umat islam
hari ini sudah tidak wujud,
untuk apa kalian menjadi guru?
adakah semata-mata ingin mencari pendapatan,
sekaligus menjawat jawatan sebagai guru,

Wahai guruku peranan kalian amat besar,
lebih-lebih lagi terhadap agama tauhid ini,
kalianlah para guru yang akan menyuburkan tanaman ini,
jika kalian juga turut terleka ,
nescaya umat islam akan sentiasa di tidurkan,

sedarlah wahai guru walau apa-apa bidang sekalipun yang engkau ajari,
simpullah ia dengan agama tauhid ini,
tidak ada ilmu yang tidak berhubung dengan agama tauhid ini,
melainkan kalianlah yang akan menghubungkannya,

tanamkanlah dalam diri anak didikmu,
akan kehebatan umat islam,
serlahkanlah kemulian dan keizzahan agama ini,
di hadapan anak didikmu,

Agar satu hari nanti akan lahir pula pewaris cendikiawan islam
di tanganmu seperti mana telah terbukti satu ketika dahulu.
sekali lagi aku memohon maaf padamu guru,
kerana bukan niatku untuk menyakitkan hatimu
tetapi ini satu tanggungjawab di bahuku untuk menyedarkan kalian ,
apabila melihat kerosakan generasi muda pada hari ini,

maafkan aku wahai guru....

Mencari Bayu Yang Hilang

Mencari Bayu Yang Hilang

Hari ini kalau kita melihat keadaan semasa yang memamah generasi muda kita pada hari ini , kita menyedari saat kemusnahan dan keterpurukan yang mengikis sedikit demi sedikit menunggu masa untuk ditewaskan. Sungguh sedih hari ini apabila melihat generasi pemuda yang sebaya dalam menungkah arus modenisasi tanpa persediaan iman dan takwa. Mereka lemas dan tenggelam dalam keseronokan dan keselesaan tanpa memperdulikan bahawa mereka sebenarnya telah terjerat dalam lubang sangkar musuh yang menunggu masa untuk digoreng lalu dikicapkan bagi menjadi santapan pagi si perancang kejahatan.

Nilai murni yang sepatutnya menjadi pakaian mereka ditinggalkan kerana merasakan pakaian akhlak Islam tidak lagi sesuai dengan mereka, padahal mereka sebenarnya lupa bahawa pakaian itu di buat dari kain yang sama pernah menyelimuti mereka ketika kecil dahulu. Kain yang dicorakkan dengan celupan Allah itu dan apakah corak yang lebih baik dari celupan Allah ini telah di pandang sinis oleh manusia yang seagama denganku. Mereka sanggup mengambil celupan thaghut sesudah celupan yang terbaik diberikan pada mereka.

Dasar si pelupa yang tidak sedarkan diri dan tidak cuba menyedarkan diri dari kelekaan yang menunggu masa untuk menghempap mereka laksana buah kelapa yang menimpa kepala dari atas pokok. Cukupkah hanya kita sekadar menonton sketsa kehidupan ini tanpa cuba melakukan perubahan, ketika lawak kita ketawa, ketika sedih kita menitiskan air mata tanpa bertempat, ketika pengakhirannya gembira kita melahirkan rasa kesukaan, padahal nasib kita dikemudian hari menangis tidak bersepi akibat bius yang cukup mengkhayalkan ini.

Hai jauh lagi pemuda hari ini dibandingkan dengan terdahulu, kalau dahulu mereka penuh kewawasanan dalam diri untuk melakukan sesuatu untuk melihat permata Islam bersinar ke setiap penjuru dunia hanya pabila terkena sedikit sahaja  panahan cahaya matahari. Tapi kini tidak lagi apabila pemuda kita ibarat biskut yang lemau yang tidak lagi enak apatah lagi dipandang. Lemaunya kalian ni semua, rasa nak tergeli hati tengok kalian yang terus tidur dalam kebodohan tanpa ada sedikit peduli pada saudara-saudara kalian diluar sana yang sedang menyimpulkan seribu keazaman untuk meruntukan raksasa kejahilan berserta senjata si pertualang pengecut yang tidak berani berhadapan secara berdepan.

Meskipun mereka sedikit, penyediaan rempah ratus dan bahan-bahan masakan yang betul dan terpilih  mereka sediakan demi menyediakan ramuan masakan yang hebat walaupun mereka mengalami pelbagai cabaran dan ujian yang sangat hebat dari pencipta sekalian alam. Tapi ketabahan mereka dalam mencari dan memilih bahan-bahan terbaik ini telah meletakkan mereka sebagai tukang masak dalam menyediakan masakan terbaik yang mengharumkan nama Islam itu sendiri. Tidak seperti kalian yang mengambil ramuan yang jijik dan kotor tanpa memikirkan halal haram dalam penyediaanya sehinggalah lahir umat yang kekenyangan dalam kemalasan si lembu yang menunggu masa untuk di sembelih.

Sedarlah kalian semua, udara sejuk di pagi hari yang satu ketika dahulu biasa menyapa umat ini di waktu dinihari sudah tidak lagi dirasai tatkala bangkit untuk menunaikan perintah ilahi. Kerana umat ini leka sehingga hanya cahaya terik panahan matahari di tengahari sahaja yang mengenal kita untuk mengejukkan kita makan bagi memenuhi tong-tong kelaparan . Bangunlah sekali lagi dari lamunan kalian untuk mencari kembali bayu yang hilang ini.

Kelebihan Batu Yang Tidak Ada Pada Peluru

Kelebihan Batu Yang Tidak Ada Pada Peluru

Batu, walau engkau dicipta dengan bentuk yang buruk dan penuh dengan kesan lengkuk di sana sini tetapi tidak dinafikan engkaulah teman setia si mujahid kecil dan besar dalam melawan kedurjanaan si perosak di atas muka bumi yang penuh kelicikan dan kepengecutan yang sentiasa merancang kejahatan terhadap bumi Aqso sebagai senjata pilihan yang terbaik bagi mujahid.

Engkau menjadi pilihan terakhir anak-anak muda bagi menyatakan penentangan habis-habisan terhadap musuh yang sentiasa memusuhi Islam sepanjang zaman itu.

Sesungguhnya Allah swt berkuasa melakukan tiap-tiap sesuatu apabila hanya batu yang dilemparkan tetapi bagaikan nuclear dilepaskan apabila memberikan sejuta ketakutan dan kebimbangan kepada musuh-musuh penakut lagi pengecut itu.

Benarlah firman Allah apabila Ia berfirman, jadilah maka jadilah ia. Batu engkau makhluk yang dicipta tuhan dengan penuh kekerasan , menunggu masa untuk dilontarkan oleh tangan si peminang bidadari  yang penuh mulia lagi berizzah.

Bagi mereka jika syahid datang menggapai, kiranya sudilah engkau menjadi mahar untuk meminang bidadari-bidadari dari Ilahi yang bersiap-siap menunggu masa untuk dipertemukan dengan si mujahid.
Sesungguhnya kami tidak mempunyai apa-apa melainkan bekalan takwa dan pengharapan yang tinggi pada janji Ilahi.

Perjuangan jihad ini akan terus dilangsungkan sehinggalah Islam akan kembali menjarah di atas muka bumi walaupun ketika itu hanya batu sahajalah teman setia dalam perjuangan ini dalam berdada dengan golongan thaghut ini. Tatkala semua Negara muslim membisu seribu bahasa bersama kehinaan dan kejelikan peluru mereka.

Tetapi alangkah bangganya kami sebagai pejuang pembebasan tanah aqsa ini bersama teman rapat kami , walaupun semua orang memperlekehkannya. Kerana ia sahajalah sahabat kami yang rela dilontar di mana-mana sahaja, malah diminta untuk dilontari lantaran merasakan satu penghormatan berada di tangan mujahidin peminang bidadari. Ketidak sabaran untuk menghancurkan bangsa kufar yang pengecut lagi bodoh itu.

Batu walaupun engkau ketinggalan berbanding peluru tetapi yakinlah kemuliaanmu melebihinya , bahkan tidak layak sama sekali untuk engkau di samakan dengan mereka yang pengecut dan penakut di luar sana.

Teruskanlah lontaranmu itu kerana masih banyak lagi batu-batu yang lain yang akan dilahirkan dan mereka juga tidak sabar menunggu masa untuk mengambil alih tempatmu itu.

Ingatlah ketika kamu melontar, sebenarnya bukan kamu yang melontar tetapi kamilah yang melontari mereka. Sehinggalah saat kehancuran menghampiri mereka.


Thursday, April 14, 2011

Melangkah sejenak ke tahun 1892

UMAR MUKHTAR

Melangkah sejenak ke tahun 1892, kita menyingkap sejarah tentang kelahiran seorang bayi serba daif di sebuah kampung pada zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah. Selepas ayahnya meninggal dunia pada usianya 16 tahun, anak muda ini diletakkan di bawah asuhan dan perhatian seorang syeikh (guru) di antara syeikh-syeikh yang ada di kampung beliau. Berkat didikan Syeikh tersebut, lama kelamaan beliau mula mengamalkan cara hidup Islamiyyah di mana beliau hanya tidur selama 3 jam setiap malam agar mudah bagi beliau untuk bangun bersembahyang pada sepertiga malam.
Tidak cukup sekadar itu, beliau juga gemar membaca ayat-ayat suci Al-Quran hingga fajar menyinsing. Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran sepanjang hidupnya, beliau berjaya menghafaz Al-Quran, dan mengulanginya dengan lengkap setiap tujuh hari.
Keberanian dan kebijaksaan beliau memang dikenali di setiap pelusuk daerah. Malah, beliau menjadi ikutan dan contoh kepada orang ramai pada ketika itu. Bukti keistimewaan beliau terserlah pada ketika beliau berkafilah (berdagang) ke Sudan semasa beliau masih muda. Ditakdirkan Tuhan, seekor singa telah menghalang kumpulan kafilah-kafilah ini daripada memasuki satu laluan sehingga mereka terpaksa mengubah hala mereka kerana takut akan si singa tadi. Untuk menyelamatkan diri, ada yang terpaksa mengorbankan unta mereka sebagai percubaan terakhir untuk melepaskan diri, walaupun unta pada ketika itu merupakan salah satu harta yang berharga buat mereka. Beliau yang mengetahui tentang ancaman singa berkenaan, lantas tampil untuk cuba meleraikan kekecohan. Tidak seperti kafilah-kafilah lain yang buntu mencari jalan penyelesaian, beliau tangkas menunggang kudanya bersama senapang beliau dan memburu singa tersebut. Sejurus kemudian, beliau mengejutkan kumpulan-kumpulan kafilah tadi apabila pulang dengan membawa kepala singa berkenaan. Mereka sangat bersyukur akan pengorbanan yang dilakukan beliau dan sejak dari itu lah beliau digelar ”Singa Cyrenaica” .

Dibesarkan dengan ajaran agama dan diserapkan dengan nilai-nilai keberanian seorang pahlawan, telah memberi impak yang hebat buat beliau. Akhlak dan karisma yang dimiliki bukan hanya memberi kesan pada kaum, negara dan bangsanya, malah kepada umat Islam sedunia selepas zaman penjajahan. Apabila umur beliau menjangkau lingkungan 20-an, beliau semakin dikenali berikutan kematangan dan kehandalan beliau dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang ditimbulkan suku bangsa beliau pada ketika itu. Pandangan serta nasihat beliau didengari oleh setiap penduduk kampung tidak kira di mana beliau berada. Kesopanan dan tata tertib yang dipamerkan dalam sikapnya yang disenangi ramai, memang cukup disegani. Kepetahan beliau tatkala berbicara, susunan ayat yang teratur, membuatkan orang ramai tertarik untuk mendengar ucapan mahupun ceramah yang disampaikan beliau. Keunikan inilah yang menjadi aset untuk beliau menyatukan puak-puak pada ketika itu di samping memudahkan usaha beliau untuk mengumpul kumpulan perang bagi melawan penjajah-penjajah yang datang untuk mengambil alih pemerintahan pada ketika itu.
Pada usia beliau 30an, bermulalah zaman penjajahan yang mula berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Fenomena ini telah membayangi kehidupan beliau untul tampil bertindak. Pada ketika dunia dirosakkan oleh anasir-anasir Eropah, beliau bangkit mempertahankan kedaulatan Islam dengan semangat kentalnya. Beliau bersama-sama dengan satu kumpulan bernama Banu Sanus, yang selepas itu dikenali dgn nama Sanusi, menentang penjajahan Perancis tanpa rasa takut walau sedikit pun. Mereka juga pernah menentang penjajah-penjajah Inggeris yang diselubungi rasa tamak dan haloba untuk menakluki tanah air mereka. Apabila Itali bersekongkol dengan negara-negara Eropah yang lain dalam membuat kacau-bilau di hemisfera selatan dengan menjajah Afrika Utara, beliau yang ketika itu sudah pun menjangkau usia 50-an, mula mengumpulkan pejuang-pejuang bagi menentang penjajahan di tanah air mereka, Libya.

Itali yang mula resah akan tindakan berani beliau dan pengikut-pengikutnya, mula mengatur strategi dengan cuba untuk merasuah beliau agar menyerah diri, dan menerima tawaran mereka untuk mentadbir dengan jawatan tinggi dalam kerajaan, selain menjanjikan harta kekayaan buat beliau. Taktik kotor mereka ditolak mentah-mentah. Kata-kata beliau terhadap mereka ketika itu yang amat terkenal berbunyi..”Saya bukannya orang yang mudah dipengaruhi. Betapa kuat cabaran dan desakan mereka untuk mengubah pendapat dan kepercayaan saya, Allah tidak akan mengizinkannya.” Gagal dengan strategi pertama, Itali mula menggunakan taktir kotor kedua mereka dengan menggesa beliau supaya meninggalkan bandar kediamannya, dan berpindah ke bandar yang lain, berhampiran dengan pusat pemerintahan kerajaan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga cuba menawan hati beliau dengan menawarkan gaji bulanan yang tinggi supaya beliau akur dengan kehendak mereka. Walaubagaimanapun, sekali lagi usaha mereka gagal apabila beliau menolak dengan berkata, ”Tidak! Aku sesekali tidak akan meninggalkan tanah airku sehinggalah tiba waktunya aku bertemu Tuhanku. Ajal adalah perkara yang paling hampir denganku berbanding yang lain. Aku menunggunya setiap waktu.”

Keazaman dan kesungguhan beliau untuk menentang penjajahan walaupun pada usia 70-an telah berjaya membakar semangat bangsa dan kaum beliau untuk terus berjuang walaupun menderita. Beliau berikan mereka harapan dan keyakinan bagi menentang bala tentera penjajah yang jauh lebih ramai daripada pejuang-pejuang mereka sendiri. Di kala pihak penjajah dilengkapi alat-alat kelengkapan perang serba moden dan canggih, pejuang-pejuang ini tabah menahan lapar dan dahaga berbekalkan hanya senjata dan kuda-kuda mereka. Selepas kedudukannya kukuh, golongan Ummah mula mengelilinginya. Beliau berjaya menyerang bangsa Itali pada tempat kelemahan mereka. Beliau menyerang balas dengan tegas dan pantas terhadap golongan penjajah yang menyangka menguasai tanah orang Islam dan menindas mereka merupakan suatu kerja yang mudah.
Seorang pejuang yang berusia 90-an dari oasis Jalu, Abu Karayyim, merupakan salah seorang sahabat yang setia berjuang bersama beliau di selatan pedalaman. Walaubagaimanapun, kesukaran mendapatkan bekalan makanan menyebabkan kebanyakan daripada mereka kelaparan dan diserang penyakit. Ekoran itu, semakin berkuranglah bilangan pejuang-pejuang mereka bagi menentang Itali. Mengetahui situasi ini, askar-askar Itali telah mengambil kesempatan dengan membakar dan merompak kampung-kampung. Kaum wanita, warga tua, dan kanak-kanak tidak terkecuali dalam perbuatan jijik mereka. Atas desakan hidup, mereka terpaksa ditempatkan di kem-kem tahanan kerana tiada pilihan lain. Muhammad az-Zaway, seorang pahlawan yang dulunya pernah bersama beliau memerangi tentera Perancis, cuba memujuk beliau untuk berundur ke Mesir dengan pejuang-pejuang yang lain. Tetapi beliau enggan untuk menyerah kalah walaupun mengetahui bahawa peluang beliau semakin tipis untuk mengalahkan musuh yang boleh menghapuskan beliau dalam sekelip mata dek kerana bilangan mereka yang semakin bertambah dari semasa ke semasa. Bila ditanya, mengapa beliau masih setia berjuang, beliau menyatakan yang beliau berjuang kerana agama dan beliau tidak sanggup untuk melihat pihak musuh menduduki tanah airnya. Beliau akan terus menentang dan menentang kezaliman, tidak kira sama ada menang atau kalah. Yang pasti, kejayaan datang hanya dari Allah swt.
Beliau juga menolak untuk mengadakan perundingan damai dengan pihak penjajah dengan menyatakan bahawa ’mereka tidak mempunyai apa-apa melainkan untuk melawan musuh-musuh Allah.’ Selepas mengharungi beberapa peperangan yang tidak terkira banyaknya, akhirnya beliau tewas juga di tangan musuh. Di akhir peperangan tersebut, tinggal hanya beliau serta salah seorang pengikut setianya yang masih teguh berdiri di medan perang. Tangan dan kaki mereka dirantai dan dibawa ke bandar yang bernama Suluq di mana kubu tentera Italy berpusat. Pejuang yang dihormati ini percaya bahawa Jihad adalah disyariatkan pada setiap umat Islam sekiranya tanah air mereka dikuasai penjajah. Dengan semangat yang berkobar di dalam jiwanya, di samping keberanian dan sifat kesungguhan yang tinggi, menyebabkan beliau dihormati dan disegani oleh sesiapa saja termasuklah musuh-musuh beliau sendiri. Pegawai tentera yang menyoal siasat beliau berkata, “Apabila beliau tiba sampai ke pejabat saya, beliau kelihatan seperti seorang daripada beribu murabiteen yang saya lihat di medan perang padang pasir. Tangan beliau dirantai. Tulangnya patah akibat perang tetapi beliau memaksa dirinya berjalan dalam keadaan derita kesakitan. Beliau tidak seperti tawanan lain yang biasa ditangkap sebelum ini. Beliau berdiri di dalam pejabat saya dan menjawab segala soalan yang kami kemukakan dengan suara yang tenang dan jelas. Apabila beliau mahu mula beredar, tampak mukanya yang kelihatan bercahaya membuat saya terpegun dan terkejut. Terketar bicara saya di akhir perbualan kami semasa saya mengarah beliau kembali ke sel penjaranya sebelum upacara pengadilan di mahkamah pada sebelah petangnya.”
Umar Mukhtar ditahan oleh tentera Itali
Beliau adalah seorang lagenda yang tetap teguh pada agamanya walaupun teruk ditentang. Bilamana menteri-menteri dan ketua-ketua negara beliau yang lain menyerah diri begitu saja kepada Itali serta menyelamatkan diri sendiri dengan berpindah ke negara lain, beliau tanpa ragu-ragu tetap berjuang mempertahankan Islam dan tanah air daripada terus dijajah. Salah seorang ulama dari kalangan Sanusi, yang pernah bertarung bersama beliau menentang Perancis dan British, gagal menghantar bantuan kepada beliau tepat pada masanya. Malah, ramai di kalangan ulama-ulama ini sanggup berpaling tadah dengan menggadaikan tanah orang Islam bagi memperoleh belas simpati, gaji bulanan, serta bebas dari cukai pendapatan. Sikap seumpama inilah yang sering kita lihat pada sesetengah umat Islam yang belot pada hari ini. Berlawanan dengan tindakan kebanyakan orang Islam pada waktu itu, beliau mengeluarkan sebuah Al-Qur’an, dan bersumpah dengan nama Allah s.w.t. bahawa beliau akan terus menentang golongan penjajah, biarpun secara berseorangan mahupun sehingga syahid. Dalam 20 tahun terakhir hidupnya, beliau telah memimpin dan berjuang dalam 1000 peperangan.
Umar Mukhtar bersedia untuk syahid.
Apabila Ketua Panglima perang Itali menawarkannya peluang terakhir untuk hidup di bawah pemerintahannya, dengan syarat beliau mesti mematuhi segala arahannya, beliau menjawab, “Aku tidak akan berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu meninggalkan tanah airku, atau sehinggalah aku mati. Dan aku bersumpah kepada Allah Yang Maha Mengetahui sesuatu di dalam hati manusia, jikalau bukan kerana tanganku diikat sebegini, nescaya aku akan tetap melawanmu dengan tangan kosong, biarpun dalam keadaan yang tua dan cedar sebegini.” Pada waktu itulah, Ketua Panglima perang itu ketawa, sambil mengarahkan supaya beliau digantung, selepas mengadakan sebuah perbicaraan ‘olok-olok’ yang direka untuk menjaga maruah kerajaan Itali. Walaupun perbicaraan untuk beliau masih belum bermula, tali gantung telah pun disediakan untuk beliau di luar mahkamah. Penggantungan beliau telah disaksikan oleh ratusan puak pada tahun 1931. Namun demikian, kerjaan Itali tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menakutkan golongan orang Islam. Bahkan, yang sebaliknya pula yang terjadi. Kematian beliau telah menggoncang jiwa umat Islam seluruh dunia, dan dari situlah pelbagai penentangan bermula, terutamanya di Utara Afrika. Semoga Allah meninggikan darjatnya di syurga. Orang-orang Itali yang berjiwa kotor telah mengambil gambar mayat beliau yang diikat, sambil dikelilingi oleh panglima-panglima perang yang tersenyum puas bersama mereka-mereka yang riang gembira dengan kematian beliau. Tanpa disedari mereka, kematian di tangan musuh demi memperjuangkan hak Allah inilah yang sebenarnya menjadi idaman setiap orang Islam sejati.

Syahid di Tali Gantung
Pejuang unggul ini, tidak lain dan tidak bukan, adalah Umar Mukhtar, dan cerita tentang keperwiraannya akan kekal sehinggalah ke hari kiamat, insyaAllah. Dengan darahnya, beliau telah membawa cerita kejayaan, beliau telah menjadi lagenda di kalangan lagenda, dan beliau telah menjadi teladan untuk mereka yang ingin hidup dengan maruah Islam yang dihormati, walaupun pada saat-saat ditindas. Golongan yang menyerah kalah dan para ilmuan yang telah berpihak kepada kerajaan Itali tidak dibunuh ataupun dipenjarakan. Mereka mati dalam keadaan biasa’ dan mugkin di dalam keadaan mewah dan selesa, di bawah perlindungan golongan penjajah Itali. Naumn demikian, kematian mereka tidak membawa sebarang erti. Dan, Neraka Jahanam adalah tempat bagi mereka yang bersekongkol dengan golongan penjajah yang kafir. Omar Al Mukhtar hidup dan berjuang demi Islam sepanjang hayatnya. Beliau diikat, dipenjarakan, dan dihukum gantung. Namun, cerita keperwiraannya kekal berterusan, dan insyaAllah, Syurga adalah tempat bagi mereka yang syahid. Omar Al Mukhtar terikat kepada Allah s.w.t, bergantung hidup padaNya, dan sentiasa menerima takdir Ilahi. Beliau telah meminta daripada Allah s.w.t. untuk mati syahid, dan itulah yang telah beliau capai, InsyaAllah.

Kisah hidup dan perjuangannya telah diabadikan di dalam sebuah filem yang berjudul Lion of the Desert pada tahun 1981 lakonan Anthony Quinn sebagai Umar Mukhtar di bawah arahan Mustapha Akkad.

Monday, April 11, 2011

Contantinople dalam kenangan

Istanbul atau yang dulunya dikenali sebagai Costantinople, adalah salah sebuah bandar nostalgia dunia. Tidak setakat tercatat oleh tinta Sejarah Islam, bahkan statusnya sebagai salah sebuah bandar utama dunia, pasti mengundang seisi alam manusia untuk meninjau dan menghubungkan sejarah kegemilangan masing-masing dengannya Istanbul diasaskan pada tahun 330M oleh Maharaja Byzantine iaitu Costantine I. 

Kedudukannya yang strategik, diungkapkan oleh Napoleon Bonapart sebagai, “…kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Costantinople inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya!”. Costantinople telah pun menjadi ibu negara Empayar Byzantine semenjak penubuhannya. Ini menjadikan bandar berkenaan sebagai salah sebuah bandar terbesar dan utama dunia. 

Kedudukan Costantinople yang sedemikian rupa, meletakkan ia di kedudukan yang istimewa apabila umat Islam memulakan agenda pertembungan mereka dengan Empayar Byzantine. Rasulullah SAW telah pun beberapa kali memberikan khabar gembira tentang pembukaan kota ini di tangan umat Islam seperti yang dinyatakan oleh Baginda SAW di dalam peperangan Khandak. Sabda baginda SAW : 
“Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya” 

Terdapat banyak lagi hadith lain seperti ini dan ia menimbulkan keghairahan para khalifah dan pemimpin Islam untuk berusaha menawan kota Costantinople berkenaan. Usaha pertama dilancarkan pada tahun 44H iaitu di zaman Muawiyah bin Abi Sufian RA. Akan tetapi, usaha berkenaan gagal dan Abu Ayyub Al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat Nabi yang menyertainya, syahid di pinggir kota Costantinople berkenaan.

Manakala di zaman Sulaiman bin Abdul Malik pula, Khilafah Umayah telah menyediakan pasukan terhandal untuk menawan kembali kota berkenaan pada tahun 98H tetapi masih belum diizinkan oleh Allah SWT. (rujuk Al-Ibar oleh Ibnu Khaldun 3 / 70 dan Tarikh Khalifah bin Khayyath ms. 315) 

Di zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah, beberapa usaha diteruskan tetapi masih menemui kegagalan termasuk usaha di zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid tahun 190H. 

Selepas kejatuhan Baghdad tahun 656H, usaha menawan Costantinople diteruskan pula oleh kerajaan-kerajaan kecil di Asia Minor (Anatolia) terutamanya Kerajaan Seljuk. Pemimpin masyhurnya, Alp Arslan (455-465H / 1063-1072M) telah berjaya mengalahkan Maharaja Rum, Dimonos, pada tahun 463H / 1070M. Beliau telah menangkap lalu memenjarakannya sebelum dibebaskan dengan persetujuan untuk membayar jizyah tahunan kepada Kesultanan Seljuk. Peristiwa ini telah meletakkan sebahagian besar Empayar Rom di bawah pengaruh Kerajaan Islam Seljuk. 

Bagaimana pun, selepas daripada merosot dan jatuhnya Kerajaan Seljuk berkenaan, terbentuk pula beberapa kerajaan kecil di Anatolia. Antaranya ialah kerajaan Seljuk Rum yang telah berjaya meluaskan kekuasaannya sehingga ke pantai Laut Ege di barat, seterusnya melemahkan pengaruh dan kekuasaan Empayar Rom. 

Costantinople Dan Daulah Othmaniyyah 

Di awal kurun ke-8 hijrah / 14M, Daulah Othmaniyyah telah mengadakan persepakatan bersama Seljuk Rum yang ketika itu berpusat di bandar Konya. Persepakatan ini memberikan nafas baru kepada usaha umat Islam untuk menawan Costantinople. Usaha awal yang dibuat ialah di zaman Sultan Yildrim Beyazid yang mana beliau telah berjaya mengepung kota itu pada tahun 796H / 1393M. Peluang yang ada telah digunakan oleh Sultan Beyazid untuk memaksa Maharaja Byzantine menyerahkan Costantinople secara aman kepada umat Islam. Akan tetapi, usahanya itu menemui kegagalan dengan kedatangan bantuan Eropah dan dalam masa yang sama, tentera Mongol di bawah pimpinan Timurlank telah menyerang Daulah Othmaniyyah. Serangan itu dikenali sebagai Perang Ankara dan ini telah memaksa Sultan Beyazid untuk menarik balik tenteranya bagi mempertahankan negara dari serangan Mongol. Dalam peperangan itu, beliau telah ditawan dan kemudiannya meninggal dunia pada tahun 1402M. Kejadian itu telah menyebabkan idea untuk menawan Costantinople terhenti untuk beberapa ketika. 

Selepas Daulah Othmaniyyah mencapai ke peringkat yang lebih maju dan tersusun, roh jihad telah hidup semua dengan nafas baru. Semangat dan kesungguhan yang ada itu telah mendorong Sultan Murad II (824-863H / 1421-1451M) untuk meneruskan usaha menawan Costantinople. Beberapa usaha telah berjaya dibuat untuk mengepung kota itu tetapi dalam masa yang sama berlaku pengkhianatan di pihak umat Islam. Mahajara Byzantine telah mengambil peluang ini untuk menabur fitnah dan mengucar-kacirkan saf tentera Islam. Usaha Sultan Murad II itu tidak berjaya sampai ke sasarannya sehinggalah di zaman anak beliau, Sultan Muhammad Al-Fatih, sultan ke-7 Daulah Othmaniyyah. 

Semenjak kecil, Sultan Muhammad Al-Fatih telah meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Costantinople. Bahkan beliau terus mengkaji tentang usaha-usaha yang pernah dibuat sepanjang sejarah Islam ke arah itu, sehingga menimbulkan keazaman yang kuat untuk beliau meneruskan cita-cita umat Islam zaman berzaman itu. Ketika menaiki takhta pada tahun 855H / 1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan.. 

Kekuatan Sultan Muhammad Al-Fatih banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Semenjak kecil, beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulamak terulung di zamannya. Di zaman ayahnya, iaitu Sultan Murad II, Asy-Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Kurani telah menjadi murabbi Amir Muhammad (Al-Fatih). Ketika itu, Amir Muhammad adalah ketua bagi kawasan Manisa. Sultan Murad II telah menghantar beberapa orang ulamak untuk mengajar anaknya sebelum itu, tetapi tidak diendahkan oleh Amir Muhammad. Lalu, beliau menghantar Asy-Syeikh Al-Kurani dan memberikan kuasa kepadanya untuk memukul Amir Muhammad jika beliau membantah tunjuk ajar gurunya. Apabila beliau menemui Amir Muhammad dan menjelaskan tentang hak yang diberikan oleh baginda Sultan, Amir Muhammad ketawa lalu dipukul oleh Asy-Syeikh Al-Kurani dengan begitu kuat sekali. Peristiwa ini telah menimbulkan kesan yang mendalam pada diri Amir Muhammad lantas selepas itu beliau terus menghafal Al-Quran dalam masa yang singkat 

Tarbiah yang diberikan oleh para ulamak murabbi itu memberikan pengaruh yang besar, bukan hanya kepada peribadi Sultan, bahkan kepada corak pemerintahan dan adat resam Daulah Othmaniyyah itu sendiri. Sekiranya Sultan melakukan kesilapan, murabbinya itu akan menegur. Sultan juga dipanggilnya dengan nama dan apabila bersalam, Sultan yang akan mencium tangan ulamak yang menjadi murabbinya itu.Dengan tarbiah yang teliti dan penuh terhormat seperti ini, tidak hairanlah jika peribadi-peribadi yang unggul seperti Muhammad Al-Fatih lahir menempa nama di persada sejarah.. 


Asy-Syeikh Ak Semsettin 

Dalam masa yang sama Asy-Syeikh Ak Samsettin (Syamsuddin) merupakan murabbi Sultan Muhammad Al-Fatih yang hakiki. Namanya yang sebenar ialah Muhammad bin Hamzah Ad-Dimasyqi Ar-Rumi yang mana nasabnya sampai kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Beliau mengajar Amir Muhammad ilmu-ilmu asas iaitu Al-Qur’an, Al-Hadith, Feqah, Linguistik (Arab, Parsi dan Turki) dan juga ilmu kemahiran yang lain seperti Matematik, Falak, Sejarah, Ilmu Peperangan dan sebagainya. 

Semenjak kecil, Syeikh Ak Semsettin berjaya meyakinkan Amir Muhammad bahawa beliau adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadith pembukaan Costantinople berkenaan. Apabila beliau menaiki takhta, Sultan Muhammad segera menemui Syeikh Ak Semsettin bagi menyiapkan bala tentera ke arah penawanan Costantinople, demi merealisasikan hadith Rasulullah SAW berkenaan. Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari. 

Sultan Muhammad Al-Fatih sangat menyayangi Syeikh Ak Semsettin. Beliau mempunyai kedudukan yang istimewa pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih dan ini sangat jelas dinyatakan oleh beliau ketika pembukaan Istanbul, “…sesungguhnya kamu semua melihat aku gembira sekali. Kegembiraanku ini bukanlah semata-mata kerana kejayaan kita menawan kota ini, akan tetapi ia adalah kerana hadirnya di sisiku syeikhku yang mulia, dialah pendidikku, Asy-Syeikh Ak Semsettin.” 


Persediaan Ke Arah Penawanan 

Sultan Muhammad Al-Fatih telah membuat persediaan yang besar ke arah mencapai matlamatnya menawan Costantinople. Beliau telah menyediakan mujahid seramai kira-kira 250,000 dan ini merupakan angka yang begitu besar jika dibandingkan dengan tentera negara lain di zaman itu. Para mujahid berkenaan diberikan latihan intensif dan sentiasa diperingatkan dengan pujian Rasulullah SAW kepada tentera yang akan menawan Costantinople itu nanti 

Beliau telah membina Kota Rumeli (Rumeli Hisari) di tebing Eropah Selat Bosphorus iaitu di bahagian tersempit antara tebing Asia dan Eropah. Kota yang berhadapan dengan kota binaan Sultan Beyazid di sebelah tebing Asia ini, mempunyai peranan yang besar dalam usaha mengawal lalu lintas di selat tersebut. Maharaja Byzantine telah berusaha gigih untuk menghalang Sultan Muhammad Al-Fatih daripada membina kota berkenaan tetapi gagal menghalangnya. 

Sultan Muhammad Al-Fatih juga berusaha untuk mempertingkatkan kelengkapan senjatanya. Beliau telah menapatkan khidmat pakar membina meriam bernama Orban. Beberapa meriam telah dibina termasuk Meriam Diraja yang masyhur. Catatan menceritakan betapa meriam ini adalah yang terbesar di zaman berkenaan. Beratnya beratus tan dan memerlukan beratus tenaga tentera untuk mengangkutnya. Beliau juga menyediakan kira-kira 400 buah kapal laut untuk tujuan yang sama. 

Sebelum serangan dibuat, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengadakan perjanjian dengan musuh-musuh yang lain. Ini merupakan strategi yang penting supaya seluruh tenaga dapat ditumpukan kepada musuh yang satu tanpa ada sebarang ancaman yang berada di luar jangkaan. Antaranya ialah perjanjian yang dibuat dengan kerajaan Galata yang berjiran dengan Byzantine. Perkembangan ini sangat membimbangkan Maharaja Byzantine lantas pelbagai cubaan dibuat untuk menawan hati Sultan Muhammad Al-Fatih supaya membatalkan hasratnya. Hadiah dan rasuh cuba dibuat untuk tujuan berkenaan. Akan tetapi semuanya menemui kegagalan. 

Keazaman yang begitu kuat pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih telah mendorong Maharaja Byzantine berusaha mendapatkan pertolongan daripada negara-negara Eropah. Tanpa segan silu, beliau memohon pertolongan dari kepimpinan gereja Katholik, sedangkan ketika itu semua gereja di Costantinople bermazhab Orthodoks. Atas dasar bermuka-muka demi mengekalkan kuasanya, Maharaja Byzantine telah mengaku bersetuju untuk menukar mazhab di Costantinople demi menyatukan kedua-dua aliran yang saling bermusuh itu.

Wakil telah dihantar dari Eropah ke Costantinople untuk tujuan berkenaan. Beliau telah berkhutbah di Gereja Aya Sofya menyatakan ketundukan Byzantine kepada Katholik. Akan tetapi hal ini telah menimbulkan kemarahan penduduk Costantinople yang bermazhab Orthodoks. Sehinggakan ada di antara pemimpin Orthodoks berkata, “sesungguhnya aku lebih rela melihat di bumi Byzantine ini serban para orang Turki (muslim) daripada aku melihat topi Latin!”Situasi ini telah mencetuskan pemberotakan rakyat terhadap keputusan maharaja yang dianggap khianat. 


Serangan 

Costantinople mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dari aspek geografi. Ia dikelilingi oleh lautan dari tiga penjuru iaitu Selat Bhosphore, Laut Marmara Dan Perairan Tanjung Emas (Golden Horn) yang dihalang pintu masuknya oleh rantai besi raksasa. Ia berfungsi menghalang kapal daripada masuk ke pintu utama Kota Costantinople. 

Selepas melalui proses persiapan yang teliti, akhirnya Sultan Muhammad Al-Fatih telah tiba di hadapan kota Costantinople pada hari Khamis 26 Rabiul Awal 857H bersamaan 6 April 1453M. Di hadapan tentera yang menjangkau jumpa 250 ribu, Al-Fatih telah menyampaikan khutbah mengingatkan para mujahid tentang kelebihan jihad, kepentingan memuliakan niat dan harapan kemenangan di hadapan Allah SWT dsb. Beliau juga membacakan ayat-ayat Al-Quran mengenainya serta hadith Nabi SAW tentang pembukaan kota Costantinople. Ini semua memberikan kesan semangat yang tinggi dan jitu pada bala tentera itu lantas mereka menyambutnya dengan zikir, pujian dan doa kepada Allah SWT.

Kehadiran para ulamak di tengah-tengah saf para mujahid itu juga menebalkan lagi keazaman mereka untuk menunaikan kewajipan jihad tersebut. 

Keesokan harinya, Sultan Muhammad Al-Fatih telah menyusun dan membahagikan tenteranya kepada tiga kumpulan. Pertamanya adalah kumpulan utama yang bertugas mengawal kota yang mengelilingi Costantinople. Di belakang kumpulan utama itu adalah tentera simpanan yang bertugas menyokong tentera utama di hadapan. Meriam Diraja telah dihalakan ke pintu Topkapi. Pasukan pengawal juga diletakkan di beberapa kawasan strategik seperti kawasan-kawasan bukit di sekitar Kota Byzantine itu. Kapal-kapal laut Othmaniyyah juga diletakkan di sekitar perairan yang mengelilingi Costantinople. Akan tetapi kapal-kapal berkenaan tidak berjaya memasuki perairan Tanjung Emas disebabkan oleh kehadiran rantai raksasa yang mengawal pintu masuk. 

Semenjak hari pertama serangan, tentera Byzantine telah berusaha keras menghalang tentera Othmaniyyah daripada merapati pintu-pintu masuk kota mereka. Tetapi serangan strategik tentera Islam telah berjaya mematahkan halangan itu, ditambah pula dengan serangan meriam dari pelbagai sudut. Bunyi meriam itu telah menimbulkan rasa takut yang amat sangat kepada penduduk Costantinople sehingga menjejaskan semangat mereka untuk bertahan. 

Tentera Laut Othmaniyyah telah mencuba beberapa kali untuk melepasi rantai besi di pintu masuk Tanjung Emas. Dalam masa yang sama, panahan diarahkan kepada kapal-kapal Byzantine danEropah yang tiba untuk membantu. Walau bagaimana pun usaha ini tidak berjaya, dan ini memberikan semacam semangat di awalnya kepada penduduk Costantinople. Para paderi berjalan di lorong-lorong kota, mengingatkan penduduk supaya membanyakkan sabar serta terus berdoa kepada Jesus dan Maryam supaya menyelamatkan Costantinople. Maharaja Byzantine juga berulang-alik ke Gereja Aya Sofya untuk tujuan yang sama. 

Perjanjian Al-Fatih Dengan Maharaja Costantine 

Maharaja Costantine mencuba sedaya upayanya untuk menundukkan Al-Fatih. Pelbagai hadiah dan tawaran dikemukakan demi untuk menyelamatkan kedudukannya itu. Akan tetapi Al-Fatih tidak menerima kesemua tawaran itu sebaliknya memberi kata putus supaya Costantinople diserahkan kepada Daulah Othmaniyyah secara aman. Al-Fatih berjanji, jika Costantinople diserahkan secara aman, tiada seorang pun yang akan diapa-apakan bahkan tiada gereja dan harta benda penduduk Costantinople yang akan dimusnahkan. Antara isi kandungan risalahnya itu, “… serahkan empayar kamu, kota Costantinople.

Aku bersumpah bahawa tenteraku tidak akan mengancam sesiapa sama ada nyawa, harta dan kehormatannya. Mereka yang mahu terus tinggal dan hidup dengan amat sejahtera di Costantinople, bebas berbuat demikian. Dan sesiapa yang mahu meninggalkan kota ini dengan aman sejahtera juga dipersilakan”. 

Walaupun begitu, kepungan tentera Al-Fatih masih belum sempurna disebabkan oleh rantai besi yang melindungi pintu masuk Tanjung Emas itu. Dalam pada itu, para mujahid tetap terus melancarkan serangan demi serangan dan pada 18 April 1453M, pasukan penyerang Othmaniyyah telah berjaya memecah tembok Byzantine di Lembah Lycos yang terletak di sebelah barat kota. Tentera Byzantine telah berusaha sedaya upayanya untuk mempertahankan kota dari serangan itu. Pertempuran sengit berlaku bersama iringan hujan anak panah yang amat dahsyat. 

Pada hari yang sama, beberapa buah kapal laut Othmaniyyah telah cuba merempuh rantai besi di Tanjung Emas. Akan tetapi, gabungan tentera laut Byzantine dan Eropah telah berjaya menangkis serangan itu bahkan beberapa buah kapal laut Othmaniyyah telah musnah menyebabkan yang lain terpaksa pulang ke kawasan masing-masing untuk mengelakkan kemusnahan yang berterusan. 

Dua hari selepas serangan itu, berlaku sekali lagi serangan laut antara kedua belah pihak. Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri mengawasi misi berkenaan dari pantai. Beliau telah menghantar utusan kepada tentera laut yang sedang berperang. Katanya, “.. sama ada kamu tawan kapal-kapal itu atau pun kamu tenggelamkan sahaja kesemuanya. Sekiranya kamu gagal, maka jangan pulang kepada kami sedangkan kamu semua hidup!”. 

Ketika itu juga, Sultan Muhammad Al-Fatih menunggang kudanya sehingga ke gigi laut sambil menjerit dengan sekuat hati nama ketua misi berkenaan, Palta Oglu, untuk memberikan semangat. Kesungguhan Al-Fatih itu, menaikkan semangat tenteranya. Namun, tentera kristian berjaya juga mematahkan serangan mujahidin walaupun mereka bersungguh- sungguh melancarkan serangan demi serangan. Kegagalan tersebut menyebabkan Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi begitu marah lalu memecat Palta Oglu dan digantikan dengan Hamzah Pasha. 

Kegagalan serangan tersebut telah memberikan kesan yang besar kepada tentera Othmaniyyah. Khalil Pasha yang merupakan wazir ketika itu cuba untuk memujuk Al-Fatih supaya membatalkan serangan serta menerima sahaja perjanjian penduduk Costantinople untuk tunduk kepada Daulah Othmaniyyah tanpa menakluknya. Cadangan itu ditolak mentah-mentah oleh Al-Fatih. Kini tiba masanya beliau berfikir tentang helah untuk tentera laut Othmaniyyah berjaya membolos Tanjung Emas… 


Keajaiban Tentera Othmaniyyah 

Sultan Muhammad Al-Fatih telah menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas. Kaedah yang tidak pernah terfikir oleh mana-mana tentera sebelumnya untuk melakukannya. Beliau telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat! Malam itu juga, tentera Othmaniyyah dengan semangat dan kekuatan luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai Besiktas ke Galata melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu! Sesungguhnya kejadian ini sangat luar biasa dan di luar bayangan manusia hingga ke hari ini. 

Pagi 22 April itu, penduduk Costantinople dikejutkan dengan laungan takbir dan nasyid para mujahidin di Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Bahkan ada yang menyangka bahawa tentera Al-Fatih mendapat bantuan jin dan syaitan! Yilmaz Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana seorang ahli sejarah Byzantine berkata, “Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fatih telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-Fatih dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!” 

Costantine telah bermesyuarat dengan para pemimpin kerajaan Byzantine tentang strategi seterusnya, tetapi mereka gagal mencapai kata sepakat. Costantine menolak cadangan supaya beliau sendiri pergi mendapatkan pertolongan daripada umat kristian di Eropah bahkan tetap dengan keputusannya untuk mempertahankan Costantinople hingga ke titisan darah yang terakhir. 


Serangan Besar-besaran Mujahidin 

Dengan kedudukan tentera Othmaniyyah yang sudah semakin mantap, Sultan Muhammad Al-Fatih telah melancarkan serangan besar-besaran ke benteng terakhir Byzantine. Tembakan meriam yang telah memusnahkan sebuah kapal dagang di Tanjung Emas, menyebabkan tentera Eropah yang lain lari ketakutan. Mereka telah meninggalkan pertempuran melalui kota Galata. Semenjak kejayaan kapal mujahiden memasuki perairan Tanjung Emas, serangan dilancarkan siang dan malam tanpa henti. 

Laungan takbir “Allahu Akbar, Allahu Akbar!” yang mengisi ruang angkasa Costantinople telah memberikan semacam serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Seakan mendengar panahan petir, semangat mereka terus luntur dengan ancaman demi ancaman kalimah tauhid tentera Al-Fatih itu. Dalam masa yang sama, Al-Fatih dan tenteranya sentiasa mengejutkan mereka dengan seni perang yang baru sehingga menggawatkan pertahanan tentera salib itu. 

Ketika ribut yang ada belum reda, penduduk Costantinople menyedari bahawa tentera Islam telah mengorek terowong untuk masuk ke pusat kota. Ketakutan melanda penduduk sehingga mereka curiga dengan bunyi tapak kaki sendiri. Merasakan yang bila-bila masa sahaja tentera ‘Turki’ akan keluar dari perut bumi berikutan dengan pembinaan terowong itu. 

Usaha Damai Terakhir 

Sultan Muhammad Al-Fatih yakin bahawa kemenangan semakin hampir. Kecintaannya kepada Costantinople yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW, mendorong beliau untuk terus berusaha agar Costantine menyerah kalah tanpa terus membiarkan kota itu musnah. Sekali lagi beliau menghantar utusan meminta Costantine supaya menyerahkan Costantinople secara aman. Apabila utusan berkenaan sampai kepadanya, Costantine telah berbincang dengan para menterinya. Ada yang mencadangkan supaya mereka menyerah kalah dan ada pula yang mahukan pertahanan diteruskan hingga ke penamat.

Costantine akhirnya bersetuju dengan pandangan kedua lantas menghantar maklum balas dengan katanya, “… syukur kepada Tuhan kerana Sultan mahukan keamanan dan bersedia menerima pembayaran jizyah. Akan tetapi Costantine bersumpah untuk terus bertahan hingga ke akhir hayatnya demi takhta… atau mati sahaja dan dikuburkan di kota ini!”. Apabila jawapan Costantine ini diterima, Al-Fatih menjawab, “Baiklah… tidak lama lagi akan terhasil bagiku di Costantinople itu sama ada takhta atau keranda…!”. 
Perbincangan dilakukan oleh Al-Fatih tentang strategi seterusnya. Pelbagai kemungkinan dipertimbangkan dan akhirnya keputusan dibuat untuk meneruskan rancangan menawan Costantinople sebagaimana yang telah disusun. 


Hari Kemenangan 

Pada 27 Mei 1453, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama tenteranya telah berusaha keras membersihkan diri di hadapan Allah SWT. Mereka membanyakkan solat, doa dan zikir dengan harapan Allah SWT akan memudahkan kemenangan. Para ulamak pula memeriksa barisan tentera sambil memberi semangat kepada para mujahidin. Mereka diperingatkan tentang kelebihan jihad dan syahid serta kemuliaan para syuhada’ terdahulu khususnya Abu Ayyub Al-Ansari RA. “…sesungguhnya apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah ketika kemenangan hijrah, baginda SAW telah pergi ke rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Sesungguhnya Abu Ayyub telah pun datang (ke Costantinople) dan berada di sini!” Kata-kata ini telah membakar semangat tentera Al-Fatih hingga ke kemuncaknya. 

Dalam masa yang sama, penduduk Costantine melakukan upacara peribadatan secara bersungguh-sungguh dengan harapan Tuhan akan membantu mereka… 
Tepat jam 1 pagi hari Selasa 20 Jamadil Awal 857H / 29 Mei 1453M, serangan utama dilancarkan. Para mujahidin diperintahkan supaya meninggikan suara takbir kalimah tauhid sambil menyerang kota. Penduduk Costantinople telah berada di kemuncak ketakutan mereka pagi itu. Mujahidin yang sememangnya menginginkan syahid, begitu berani menyerbu tentera salib di kota itu. 

Tentera Othmaniyyah akhirnya berjaya menembusi kota Costantinople melalui Pintu Edirne dan mereka telah mengibarkan bendera Daulah Othmaniyyah di puncak kota. Costantine yang melihat kejadian itu berasa putus asa untuk bertahan lantas menanggalkan pakaian maharajanya supaya tidak dikenali musuh. Akhirnya beliau menemui ajal dalam keadaan yang amat mengaibkan. 

Berita kematian Costantine telah menaikkan lagi semangat tentera Islam untuk menyerang. Begitu juga sebaliknya, bagaikan pokok tercabut akar, tentera salib menjadi kucar kacir apabila berita kematian maharajanya tersebar. Kesungguhan dan semangat juang yang tinggi di kalangan tentera Al-Fatih, akhirnya berjaya sampai ke cita-cita mereka. Kejayaan menguasai Costantinople telah disambut dengan penuh rasa syukur oleh Al-Fatih serta… seisi langit dan bumi. Beliau bertitah, “.. Alhamdulillah, semoga Allah merahmati para syuhada’, memberikan kemuliaan kepada mujahidin, serta kebanggaan dan syukur buat rakyatku” 


Sebaik-baik Ketua Dan Tentera 

Pada hari itu, majoriti penduduk Costantinople bersembunyi di gereja-gereja sekitar kota. Sultan Muhammad Al-Fatih berpesan kepada tenteranya supaya bermuamalah dengan baik kepada penduduk Costantinople sambil mengucapkan tahniah kepada tenteranya yang berjaya merealisasikan sabda Rasulullah SAW: 

“Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya” 

Dengan penuh rasa syukur dan tawadhu, Sultan Muhammad Al-Fatih telah sujud ke bumi mengucapkan sebesar-besar syukur ke hadrat Allah atas kemenangan bersejarah itu. 

Beliau kemudiannya menuju ke Gereja Aya Sofya yang ketika itu menjadi tempat perlindungan sejumlah besar penduduk kota berkenaan. Ketakutan jelas terbayang di wajah masing-masing bilamana beliau menghampiri pintu. Salah seorang paderi telah membuka pintu gereja, dan Al-Fatih meminta beliau supaya menenangkan sekalian mereka yang ada. Dengan toleransi Al-Fatih, ramai yang keluar dari tempat persembunyian masing-masing bahkan ada di kalangan paderi yang terus menyatakan keislaman mereka. 

Selepas itu, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengarahkan supaya gereja berkenaan ditukar menjadi masjid supaya Jumaat pertama nanti akan dikerjakan solat di masjid ini. Para pekerja bertugas bertungkus lumus menanggalkan salib, patung dan gambar-gambar untuk tujuan berkenaan.

Pada hari Jumaat itu, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama para muslimin telah mendirikan solat Jumaat di Masjid Aya Sofya. Khutbah yang pertama di Aya Sofya itu telah disampaikan oleh Asy-Syeikh Ak Semsettin. Pada hari itu juga Sultan Muhammad Al-Fatih telah bersumpah bahawa barangsiapa yang menukar Masjid Aya Sofya kembali kepada gereja, maka akan berolehlah kutukan dan laknat darinya dan Tuhan Masjid Aya Sofya itu. 

Nama Costantinople kemudiannya ditukar kepada “Islam Bol”, yang bermaksud “Bandar Islam” dan kemudiannya dijadikan sebagai ibu negara ketiga Khilafah Othmaniyyah selepas Bursa dan Edirne . Kekallah bumi yang mulia itu sebagai pusat pemerintahan, ketamadunan, keilmuan dan keagungan Islam berkurun lamanya.. sehinggalah Khilafah Othmaniyyah ditamatkan sejarahnya oleh Mustafa Kemal Ataturk secara rasminya pada tahun 1924M. 

Aya Sofya kembali dikristiankan oleh Ataturk atas nama muzium. Gambar- gambar syirik kembali bertempelan di kubah masjid yang berdukacita itu. Manifesto Parti Refah pada pilihanraya yang lalu untuk mengembalikan Masjid Aya Sofya ke kegemilangan sejarahnya, berkubur buat sementara dengan pengharaman parti itu beberapa tahun yang lalu.

Sesungguhnya seluruh umat Islam merindukan suara azan membesarkan Allah kembali berkumandang di menara Aya Sofya. Semoga Istanbul kembali ke pangkuan Islam dan muslimin.
Amien ya Rabbal ‘Alamin….