Sunday, January 30, 2011

Satu hari dalam hidupku...

Satu hari dalam hidupku..

Satu hari dalam hidupku begitu bermakna demi Islam, setiap hari daku memikirkan usaha bagaimana untuk mengajak,menyeru dan maraih kembali pandangan umat islam hari ini.

Daku sedar saat ini kami hanyalah umat yang menganut islam hanya pada nama islamnya sahaja.  Kadang-kadang daku berfikir sendirian, adakah mungkin kami pada hari ini akan kembali mengikut dan mematuhi apa yang benar-benar di bawa oleh islam.

Apabila melihat anak-anak muda pada hari ini, adakah ini adalah balasan dan kemurkaan daripada Allah kerana kami tidak beramal dengan ajaran islam yang sebenarnya.Oooh, alangkah begitu ruginya kami semua pada hari ini. Kerugian ini sudah pasti akan membawa ke akhirat.

Ahh, tidak mungkin perkara ini akan di biarkan begitu sahaja. Usaha penyelamatan ummah perlu dilakukan dengan memberi kesedaran kepada seluruh bangsa manusia supaya kembali kepada cara hidup islam yang sebenar.

Sesungguhnya kita menjadi hina pada hari ini kerana kita meninggalkan dakwah iaitu menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada kemungkaran.Lantaran itu aku memikirkan usaha demi usaha yang perlu di garap kembali bagi membangunkan ummah ini daripada lena yang memanjang.

Tatkala, ini aku menjumpai satu jalan penyelesaian yang mana dengan cara ini sahaja kita dapat membangunkan kembali islam yang tercinta ini berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah. Tapi bukan mudah sahabatku sekalian yang kalian juga mempunyai satu fikrah denganku kerana ia jalan yang penuh dengan liku-liku cabaran dan dugaan.

Sudah pasti kalian yang faham maksudku ini, sudah dapat menanggapi maksudku itu. Ya, memang benar. Tidak lain dan tidak bukan kita perlu kembali kepada manhaj nubuwwah. Inilah cara yang di bawa oleh baginda rasulullah s.a.w dalam mengangkat martabat manusia  setinggi-tingginya dengan Islam.

Pembacaan perlu dilakukan terhadap buku-buku berkenaan sirah baginda dan para sahabat. Pengkajian fiqh sirah perlu di lakukan kerana inilah jalan yang perlu kita ikuti, dan sudah tentu tiada jalan yang lebih baik dari jalan ini dalam menyelesaikan masalah ummah islam pada hari ini.

Mungkin kita merasakan agak keberatan untuk masuk sama dalam menyertai angkatan dakwah ini kerana di bimbangi akan dihina , dicaci, dimaki dan mungkin yang lebih teruk daripada itu iaitu di sakiti.  Wahai kalian semua sedarlah bahawa baginda rasulullah sanggup melalui sagala keperitan itu keran Allah demi ummah tercinta tetapi kenapa pula kalian tidak sanggup merasai ujian yang  tidak seberapa ini.

Jasad yang mulia itu sanggup di sakiti iaitu orang yang paling di muliai dan dikasahi oleh Allah, apatah lagi diri kita ini yang serba hina di sisi-Nya itu. Ayuh semua marilah kita bangkit melaksanakan dakwah islam, kembali membawa kekuasaan islam di atas muka bumi ini. Berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah dalam menjalani liku-liku kehidupan menuju keredhoan ilahi.

Keizzahan islam perlu dikembalikan,
Kekuatan islam perlu di hidupkan,
Kemuliaan islam perlu di martabatkan kembali,
Ayuh semua, lakukan itu semua ,
Berpandukan bimbingan al-Quran dan as-Sunnah,
Demi islam kita dimuliakan,
Demi islam kita di angkat,
Maruah islam maruah kita,
Takkan islam dihina lagi selepas ini,
Bangkit,bangkit,bangkitlah wahai ummah islam!!!

Satu hari dalam hidupku adalah semuanya demi Islam yang ku cintai ini. Islam kan kembali lagi. Daku pasti menunggu saat itu kembali lagi dengan penuh kesabaran.
Tapi takkan daku berdiam diri menunggu saat itu, usaha menghidupkan kembali kefahaman ummah islam  akan dilakukan demi meraih janji Allah dan rasul di hari akhirat kelak.

For Islam We Life
Hihihi n_n

Thursday, January 27, 2011

Bila lagi Islam akan kembali bercahaya


Selalu kita mendengar ustaz bercerita berkenaan kehebatan umat terdahulu
dan saat itu juga aku akan merasa iri hati dengan mereka yang pernah hidup
dalam era keizahan(kehebatan) islam itu.
Hai, geramnya aku dan aku sering inginkan perkara sepeti itu
berlaku di zaman ini. Tapi bagaimana mungkin ia berlaku apabila maksiat
dan kerosakan umat semakin menjadi-jadi. Bagaimana kita nak
kembali kepada kehebatan islam dan kembali menjadi kuat???

Tidakkah kalian merasa hina dengan apa yang terjadi di sekeliling kita pada hari ini,
adakah ini yang kalian mahukan iaitu sentiasa hidup dalam ketakutan
yang memanjang. Bunuh,rogol, dan bermacam macam
lagi menjadi perkara biasa yang menghiasi dada akhbar pada
hari ini. Siapa tahu , boleh jadi giliran kita pula yang
akan menjadi mangsa di kemudian hari.
Apa jenis dunia yang kita hidup sekarang ni???
Aku tak faham kenapa dunia ini yang kalian pilih sebagai syurga.

Sedarkah kalian kerana kerosakan yang berlaku sekarang ini
adalah tukaran jual beli kalian dengan tuhan semesta alam.
Kalian telah menukarkannya dengan harga yang murah iaitu
harga keseronokan yang sementara dengan kemurkaan tuhan di atas
dunia ini. Kita semua sanggup membelakangkan perintah tuhan
demi memuaskan nafsu sendiri, memang benarlah kata rasulullah bahawa
jihad yang paling besar adalah menundukkan nafsu supaya patuh pada peritah Allah.
Oh, malangnya nasibku ini. Kalau sudah begini jadinya di dunia ini,
bagaimana pula nasibku ketika saat berlakunya hari kiamat nanti. Aku bukan marahkan kalian semua tetapi aku membenci diriku ini kerana tidak berusaha untuk membimbing kalian.

mungkin kerana dosaku yang bertimbung ini tidak melayakkanku menjadi
penyeru kepada kalian semua. Tetapi aku ingin kongsi satu perkara dengan kalian .
Adakah kalian pernah ingat bahawa rasulullah mengatakan
bahawa ada satu umat yang amat beliau cintai iaitu mereka
tidak wujud pada zaman rasulullah dan tidak pernah berjumpa dengan baginda lansung.
Siapa umat itu??? Itulah umat yang sentiasa beramal dengan apa yang pernah
rasulullah bawakan pada kita sehingga hari ini.
Mereka percaya mereka akan sentiasa di bimbing oleh Allah sampai hari kiamat.

Mereka percaya mereka tidak akan sesat selagi berpegang dengan dua
perkara ini iaitu kitab Allah dan sunnah rasulullah s.a.w. Walaupun mereka
sedar mereka adalah golongan yang sedikit tetapi
mereka tidak pernah berputus asa dari rahmat Allah.
Mereka sentiasa memikirkan bagaimana inigin memahamkan kalian
terhadap keindahan hidup dalam islam. Kerana mereka amat berharap
agar kalian pula yang akan membenarkan kehebatan
beramal dengan semua peraturan yang ada dalam agama ini,
dan mungkin boleh jadi kalian pula akan bersama dengan mereka untuk mendokong misi mulia ini.

Beruntunglah mereka kerana mereka golongan yang terasing,
memang benar islam datang secara dagang, kembalinya juga secara
dagang dan beruntunglah orang yang datang secara dagang itu,
Dan juga orang yang bersama mereka.
Mereka ini akan di anggap pelik oleh masyarakat kerana cuba
membawa islam kembali.Ku doakan agar aku juga tergolong
dalam dalam golongan ini.

Bila semua manusia kembali bersama mereka, aku yakin,
saat itulah islam akan tertegak kembali di atas muka bumi ini.
Marilah wahai kalian semua bersama kita melihat
agama Islam ini kembali tertegak di atas muka bumi ini.
Sesungguhnya aku amat rindu untuk melihat islam kembali bercahaya lagi.
Tolonglah kembali kepada fitrah Islam yang sebenar.
Alangkah sedihnya rasulullah  jika kalian tidak masuk ke dalam rahmat Alllah s.w.t.
Beliau begitu sayangkan kalian semua ,
sekali gus ingin kalian masuk syurga bersamanya.
Ayuh semua kita bangkit demi cinta kepada
Islam,Allah, dan Muhammad Rasulullah.

FOR ISLAM WE LIFE n_n

Friday, January 21, 2011

Kekuatan tahajud dalam menjana keunggulan Islam

Bila sebut tahajud ramai yang tertanya-tanya apa itu tahajud. Solat tahajud ada k? tak pernah dengar pun? bila masa ia di kerjakan? Mungkin kalu soalan ini di tanya pada remaja-remaja kita pada hari ini. Amalan ini sudah tidak lagi dikenali apa lagi di minati dan di amalkan.

Teringat pula satu hadis rasulullah berkenaan fadhilat atau kelebihan mengerjakan solat tahajud di tengah malam ini. Rasulullah s.a.w pernah berkata pada para sahabat : "Barang siapa yang solat di masjidil haram maka baginya pahala 100 000 pahala, barang siapa yang solat di masjidil aqsa maka baginya 10 000 pahala, dan barang siapa yang solat di masjid ku ( masjid nabawi) maka baginya 1000 pahala. Mahukah kamu aku beritahu pahala amalan yang lebih besar dari semua itu". Jawab para sahabat : "Sudah tentu ya rasulullah". Lalu rasulullah bersabda, "kamu bangun pada waktu malam dan kamu mengerjakan solat tahajud sebanyak dua rakaat. Nescaya pahalanya lebih besar dari semua itu".

Kalau kita imbau kembali kehidupan umat islam terdahulu , nescaya kita akan mendapati kehidupan mereka ini telah bermula sebelum subuh lagi. Maksudnya , umat islam terdahulu pukul 4 pagi sudah bangun daripada tidur mereka.Tidak kiralah sama ada pada waktu itu mereka mengarang kitab, menelaah kitab atau beribadah kepada Allah.

Kajian sains sendiri membuktikan bahawa oksigen(H2O) pada waktu pagi amat padat dan amat sesuai untuk badan kita beroperasi pada siang hari. Apatah lagi gas oksigen ini dapat menjadikan otak kita lebih likat untuk berfikir. Kalau di bandingkan dan di timbang kembali bahawa kehidupan umat islam terdahulu yang di ajar oleh rasulullah adalah amat idea(sesuai) sekali. Inilah kehidupan yang terbaik yang telah di buktikan dengan sains.

Sejarah juga menunjukkan tahajud adalah simbolik kepada kekuatan umat islam. Perkara ini telah di buktikan pada zaman rasulullah s.a.w, khulafa' arrasyidin, salahuddin al-ayubi, sultan muhammad al-fateh dan lain- lain lagi. Hebatnya keagungan islam terdahulu yang di hubungkan dengan tahajud. masakan mereka tidak hebat kerana Tuhan semesta alam ini yang menganugerahkan kepada mereka apabila tahajud yang di kerjakan selalu menghubungkan diri mereka kepada rabb pencinta alam ini.

Jadi cuba kita fikir kembali dan merenung hadis yang di baca sebentar tadi, adakah rasulullah menyuruh kita menunaikan solat tahajud berpuluh-puluh rakaat? Rasanya tidak, hanya sekadar menunaikan 2 rakaat pun diri ini tidak mampu. Jangankan nak mengerjakan tahajud , solat subuh yang wajib itu pun belum tentu terjaga. Apa dosa yang telah kita lakukan sehingga sungguh berat untuk kita tunduk patuh kepada perintah Allah.
Adakah kita tidak sedar bahawa segala-gala ini hanya pinjaman yang sementara sahaja yang pasti akan di pulangkan kembali.

Sedarlah, pada hari ini kita semua terlampau jauh dari rahmat Allah. Nauzubillah min zalik, moga-moga Allah s.w.t memberikan kita kekuatan untuk melakukan perintahnya. Sentiasalah berharap pada Allah kerana dengan-NYA kita di muliakan. Allah tidak rugi sedikit pun jika kita berpaling dari ajaran-NYA kerana Allah tidak memerlukan kita tetapi kitalah yang memerlukan Allah.

Wa allahu a'lam.

Monday, January 17, 2011

Generasi pemuda adalah pengubah masa hadapan

Kenapa generasi pemuda dikatakan sebagai mereka yang dikatakan sebagai pengubah masa hadapan. Hebat sangat ke golongan pemuda ini sampai mereka ni kita anggap macam merekalah yang akan membawa perubahan.

Bukan ke sekarang ni yang memerintah negara adalah orang-orang yang kebanyakannya berumur dan berpengalaman luas dalam segala-galanya. Ya, memang betul itu semua tetapi jangan lupa mereka yang memerintah hari ini pernah menghadapi masa muda atau masa syabab.

Masa mereka penuh bersemangat dan ingin melakukan segala-galanya. Oh, lupa nak terangkan apa itu sebenarnya syabab. Takutlah nanti orang kata syok sendiri pula dalam menulis . Dalam bahasa arab golongan pemuda di gelar sebagai syabab yang mana telah digelar rasulullah pada masa syabab ini mereka adalah orang yang paling bersemangat dan ingin melakukan apa sahaja.

Lihat sahajalah masa perjuangan baginda di kota mekah ketika awal-awal dakwah islam ingin dibawa. Siapa yang paling ramai menyambut tangan rasulullah. Adakah golangan pemuda atau golongan tua? Dalam sejarah melayu sendiri terdapat pembalahan antara golongan pemuda dan golongan tua yang kita kenali mereka dalam buku-buku sejarah sebagai kaum tua dan kaum muda.

Kaum muda yang pulang dari timur tengah yang membawa pelbagai kesedaran dalam membebaskan pemikiran orang melayu yang cuba di jajah dan di rosakkan  oleh golongan british pada masa itu telah mendapat tentangan dari golongan tua.

Hal ini disebabkan mereka tidak mengetahui semangat golongan pemuda yang ingin membebaskan belengu dari tengkuk penjajah. Dalam sejarah banyak menampakkan dan mmenampilkan golongan pemuda sebagai orang yang ke hadapan dalam memperjuangkan sesuatu perkara.

Oleh itu, pemuda perlu di bangkitkan dari lena mereka. Kita tidak mahu mereka yang lesu ini memerintah negara kita di kemudian hari. Alangkah lagi baik jika pemuda kita mempunyai kesedaran untuk kembali kepada islam.

Seperti mana yang pernah di ungkapkan oleh saidina umar al-khatob: "kami adalah kaum yang di muliakan Allah dengan islam,dan jika kalian meninggalkannya kalian akan di hina Oleh Allah".
Oleh itu, ayuh golongan pemuda bukalah mata kamu sekarang dan sama-sama kita membawa islam kembali ke atas muka bumi ini.

Golongan Intelektual Islam

Bila sebut pasal golongan intelektual islam, sudah pasti kita mengharapkan golongan yang mempunyai ilmu yang luas dan di tambah kesedaran untuk kembali kepada cara hidup islam yang syumul. Mereka yang di katakan golongan berilmu ini seharusnya menjadi pemangki kepada kemajuan masyarakat kerana mereka lebih mengetahui banyak ilmu pengatahuan berbanding orang-orang awam.

Tetapi amat malanglah golongan yang kita anggap sebagai ilmuan ini tidak mempunyai kesedaran terhadap islam, apatah lagi kalau merekalah yang menjadi orang pertama yang mempertikaikan tentang kehebatan tamadun islam yang berasaskan kepada Al-quran dan As-sunnah.. Sebab itulah golongan ilmuan atau kita panggil hari ini sebagai intelektual perlu bangkit menyuarakan pandangan mereka .

Mereka perlu berani mengetengahkan pandangan mereka dalam membawa keadilan yang telah di bawa oleh baginda rasulullah. Tetapi apakan daya golongan intelektual islam kita juga di tidurkan seperti orang-orang yang tidak berpendidikan.Ish,ish,ish,kasihan mereka ini. Mereka yang diharapkan tapi mereka yang pertama sekali menjadi lembap dalam segala hal.

Sebab itulah hari ini ramai yang menganggur rupanya tidak pandai berdikari. Macam manalah nak berdikari kalau nak bagi pandangan dan menyuarakan pendapat pun takut. Kalau inilah yang berlaku dan berterusan sehingga kemudian hari maka kalian bukanlah golomgan syabab yang akan mengangkat kemuliaan islam seperti yang di sabdakan rasulullah .

Dan sudah tentu kepimpinan negara akan di pegang oleh orang yang tidak berwawasan kerana mereka tidak bermatlamatkan islam dalam kehidupan mereka. Kalian fikirkanlah sendiri jika kalian semua masih ada nur hati.