Sunday, January 30, 2011

Satu hari dalam hidupku...

Satu hari dalam hidupku..

Satu hari dalam hidupku begitu bermakna demi Islam, setiap hari daku memikirkan usaha bagaimana untuk mengajak,menyeru dan maraih kembali pandangan umat islam hari ini.

Daku sedar saat ini kami hanyalah umat yang menganut islam hanya pada nama islamnya sahaja.  Kadang-kadang daku berfikir sendirian, adakah mungkin kami pada hari ini akan kembali mengikut dan mematuhi apa yang benar-benar di bawa oleh islam.

Apabila melihat anak-anak muda pada hari ini, adakah ini adalah balasan dan kemurkaan daripada Allah kerana kami tidak beramal dengan ajaran islam yang sebenarnya.Oooh, alangkah begitu ruginya kami semua pada hari ini. Kerugian ini sudah pasti akan membawa ke akhirat.

Ahh, tidak mungkin perkara ini akan di biarkan begitu sahaja. Usaha penyelamatan ummah perlu dilakukan dengan memberi kesedaran kepada seluruh bangsa manusia supaya kembali kepada cara hidup islam yang sebenar.

Sesungguhnya kita menjadi hina pada hari ini kerana kita meninggalkan dakwah iaitu menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada kemungkaran.Lantaran itu aku memikirkan usaha demi usaha yang perlu di garap kembali bagi membangunkan ummah ini daripada lena yang memanjang.

Tatkala, ini aku menjumpai satu jalan penyelesaian yang mana dengan cara ini sahaja kita dapat membangunkan kembali islam yang tercinta ini berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah. Tapi bukan mudah sahabatku sekalian yang kalian juga mempunyai satu fikrah denganku kerana ia jalan yang penuh dengan liku-liku cabaran dan dugaan.

Sudah pasti kalian yang faham maksudku ini, sudah dapat menanggapi maksudku itu. Ya, memang benar. Tidak lain dan tidak bukan kita perlu kembali kepada manhaj nubuwwah. Inilah cara yang di bawa oleh baginda rasulullah s.a.w dalam mengangkat martabat manusia  setinggi-tingginya dengan Islam.

Pembacaan perlu dilakukan terhadap buku-buku berkenaan sirah baginda dan para sahabat. Pengkajian fiqh sirah perlu di lakukan kerana inilah jalan yang perlu kita ikuti, dan sudah tentu tiada jalan yang lebih baik dari jalan ini dalam menyelesaikan masalah ummah islam pada hari ini.

Mungkin kita merasakan agak keberatan untuk masuk sama dalam menyertai angkatan dakwah ini kerana di bimbangi akan dihina , dicaci, dimaki dan mungkin yang lebih teruk daripada itu iaitu di sakiti.  Wahai kalian semua sedarlah bahawa baginda rasulullah sanggup melalui sagala keperitan itu keran Allah demi ummah tercinta tetapi kenapa pula kalian tidak sanggup merasai ujian yang  tidak seberapa ini.

Jasad yang mulia itu sanggup di sakiti iaitu orang yang paling di muliai dan dikasahi oleh Allah, apatah lagi diri kita ini yang serba hina di sisi-Nya itu. Ayuh semua marilah kita bangkit melaksanakan dakwah islam, kembali membawa kekuasaan islam di atas muka bumi ini. Berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah dalam menjalani liku-liku kehidupan menuju keredhoan ilahi.

Keizzahan islam perlu dikembalikan,
Kekuatan islam perlu di hidupkan,
Kemuliaan islam perlu di martabatkan kembali,
Ayuh semua, lakukan itu semua ,
Berpandukan bimbingan al-Quran dan as-Sunnah,
Demi islam kita dimuliakan,
Demi islam kita di angkat,
Maruah islam maruah kita,
Takkan islam dihina lagi selepas ini,
Bangkit,bangkit,bangkitlah wahai ummah islam!!!

Satu hari dalam hidupku adalah semuanya demi Islam yang ku cintai ini. Islam kan kembali lagi. Daku pasti menunggu saat itu kembali lagi dengan penuh kesabaran.
Tapi takkan daku berdiam diri menunggu saat itu, usaha menghidupkan kembali kefahaman ummah islam  akan dilakukan demi meraih janji Allah dan rasul di hari akhirat kelak.

For Islam We Life
Hihihi n_n

No comments:

Post a Comment