Thursday, April 14, 2011

Melangkah sejenak ke tahun 1892

UMAR MUKHTAR

Melangkah sejenak ke tahun 1892, kita menyingkap sejarah tentang kelahiran seorang bayi serba daif di sebuah kampung pada zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah. Selepas ayahnya meninggal dunia pada usianya 16 tahun, anak muda ini diletakkan di bawah asuhan dan perhatian seorang syeikh (guru) di antara syeikh-syeikh yang ada di kampung beliau. Berkat didikan Syeikh tersebut, lama kelamaan beliau mula mengamalkan cara hidup Islamiyyah di mana beliau hanya tidur selama 3 jam setiap malam agar mudah bagi beliau untuk bangun bersembahyang pada sepertiga malam.
Tidak cukup sekadar itu, beliau juga gemar membaca ayat-ayat suci Al-Quran hingga fajar menyinsing. Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran sepanjang hidupnya, beliau berjaya menghafaz Al-Quran, dan mengulanginya dengan lengkap setiap tujuh hari.
Keberanian dan kebijaksaan beliau memang dikenali di setiap pelusuk daerah. Malah, beliau menjadi ikutan dan contoh kepada orang ramai pada ketika itu. Bukti keistimewaan beliau terserlah pada ketika beliau berkafilah (berdagang) ke Sudan semasa beliau masih muda. Ditakdirkan Tuhan, seekor singa telah menghalang kumpulan kafilah-kafilah ini daripada memasuki satu laluan sehingga mereka terpaksa mengubah hala mereka kerana takut akan si singa tadi. Untuk menyelamatkan diri, ada yang terpaksa mengorbankan unta mereka sebagai percubaan terakhir untuk melepaskan diri, walaupun unta pada ketika itu merupakan salah satu harta yang berharga buat mereka. Beliau yang mengetahui tentang ancaman singa berkenaan, lantas tampil untuk cuba meleraikan kekecohan. Tidak seperti kafilah-kafilah lain yang buntu mencari jalan penyelesaian, beliau tangkas menunggang kudanya bersama senapang beliau dan memburu singa tersebut. Sejurus kemudian, beliau mengejutkan kumpulan-kumpulan kafilah tadi apabila pulang dengan membawa kepala singa berkenaan. Mereka sangat bersyukur akan pengorbanan yang dilakukan beliau dan sejak dari itu lah beliau digelar ”Singa Cyrenaica” .

Dibesarkan dengan ajaran agama dan diserapkan dengan nilai-nilai keberanian seorang pahlawan, telah memberi impak yang hebat buat beliau. Akhlak dan karisma yang dimiliki bukan hanya memberi kesan pada kaum, negara dan bangsanya, malah kepada umat Islam sedunia selepas zaman penjajahan. Apabila umur beliau menjangkau lingkungan 20-an, beliau semakin dikenali berikutan kematangan dan kehandalan beliau dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang ditimbulkan suku bangsa beliau pada ketika itu. Pandangan serta nasihat beliau didengari oleh setiap penduduk kampung tidak kira di mana beliau berada. Kesopanan dan tata tertib yang dipamerkan dalam sikapnya yang disenangi ramai, memang cukup disegani. Kepetahan beliau tatkala berbicara, susunan ayat yang teratur, membuatkan orang ramai tertarik untuk mendengar ucapan mahupun ceramah yang disampaikan beliau. Keunikan inilah yang menjadi aset untuk beliau menyatukan puak-puak pada ketika itu di samping memudahkan usaha beliau untuk mengumpul kumpulan perang bagi melawan penjajah-penjajah yang datang untuk mengambil alih pemerintahan pada ketika itu.
Pada usia beliau 30an, bermulalah zaman penjajahan yang mula berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Fenomena ini telah membayangi kehidupan beliau untul tampil bertindak. Pada ketika dunia dirosakkan oleh anasir-anasir Eropah, beliau bangkit mempertahankan kedaulatan Islam dengan semangat kentalnya. Beliau bersama-sama dengan satu kumpulan bernama Banu Sanus, yang selepas itu dikenali dgn nama Sanusi, menentang penjajahan Perancis tanpa rasa takut walau sedikit pun. Mereka juga pernah menentang penjajah-penjajah Inggeris yang diselubungi rasa tamak dan haloba untuk menakluki tanah air mereka. Apabila Itali bersekongkol dengan negara-negara Eropah yang lain dalam membuat kacau-bilau di hemisfera selatan dengan menjajah Afrika Utara, beliau yang ketika itu sudah pun menjangkau usia 50-an, mula mengumpulkan pejuang-pejuang bagi menentang penjajahan di tanah air mereka, Libya.

Itali yang mula resah akan tindakan berani beliau dan pengikut-pengikutnya, mula mengatur strategi dengan cuba untuk merasuah beliau agar menyerah diri, dan menerima tawaran mereka untuk mentadbir dengan jawatan tinggi dalam kerajaan, selain menjanjikan harta kekayaan buat beliau. Taktik kotor mereka ditolak mentah-mentah. Kata-kata beliau terhadap mereka ketika itu yang amat terkenal berbunyi..”Saya bukannya orang yang mudah dipengaruhi. Betapa kuat cabaran dan desakan mereka untuk mengubah pendapat dan kepercayaan saya, Allah tidak akan mengizinkannya.” Gagal dengan strategi pertama, Itali mula menggunakan taktir kotor kedua mereka dengan menggesa beliau supaya meninggalkan bandar kediamannya, dan berpindah ke bandar yang lain, berhampiran dengan pusat pemerintahan kerajaan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga cuba menawan hati beliau dengan menawarkan gaji bulanan yang tinggi supaya beliau akur dengan kehendak mereka. Walaubagaimanapun, sekali lagi usaha mereka gagal apabila beliau menolak dengan berkata, ”Tidak! Aku sesekali tidak akan meninggalkan tanah airku sehinggalah tiba waktunya aku bertemu Tuhanku. Ajal adalah perkara yang paling hampir denganku berbanding yang lain. Aku menunggunya setiap waktu.”

Keazaman dan kesungguhan beliau untuk menentang penjajahan walaupun pada usia 70-an telah berjaya membakar semangat bangsa dan kaum beliau untuk terus berjuang walaupun menderita. Beliau berikan mereka harapan dan keyakinan bagi menentang bala tentera penjajah yang jauh lebih ramai daripada pejuang-pejuang mereka sendiri. Di kala pihak penjajah dilengkapi alat-alat kelengkapan perang serba moden dan canggih, pejuang-pejuang ini tabah menahan lapar dan dahaga berbekalkan hanya senjata dan kuda-kuda mereka. Selepas kedudukannya kukuh, golongan Ummah mula mengelilinginya. Beliau berjaya menyerang bangsa Itali pada tempat kelemahan mereka. Beliau menyerang balas dengan tegas dan pantas terhadap golongan penjajah yang menyangka menguasai tanah orang Islam dan menindas mereka merupakan suatu kerja yang mudah.
Seorang pejuang yang berusia 90-an dari oasis Jalu, Abu Karayyim, merupakan salah seorang sahabat yang setia berjuang bersama beliau di selatan pedalaman. Walaubagaimanapun, kesukaran mendapatkan bekalan makanan menyebabkan kebanyakan daripada mereka kelaparan dan diserang penyakit. Ekoran itu, semakin berkuranglah bilangan pejuang-pejuang mereka bagi menentang Itali. Mengetahui situasi ini, askar-askar Itali telah mengambil kesempatan dengan membakar dan merompak kampung-kampung. Kaum wanita, warga tua, dan kanak-kanak tidak terkecuali dalam perbuatan jijik mereka. Atas desakan hidup, mereka terpaksa ditempatkan di kem-kem tahanan kerana tiada pilihan lain. Muhammad az-Zaway, seorang pahlawan yang dulunya pernah bersama beliau memerangi tentera Perancis, cuba memujuk beliau untuk berundur ke Mesir dengan pejuang-pejuang yang lain. Tetapi beliau enggan untuk menyerah kalah walaupun mengetahui bahawa peluang beliau semakin tipis untuk mengalahkan musuh yang boleh menghapuskan beliau dalam sekelip mata dek kerana bilangan mereka yang semakin bertambah dari semasa ke semasa. Bila ditanya, mengapa beliau masih setia berjuang, beliau menyatakan yang beliau berjuang kerana agama dan beliau tidak sanggup untuk melihat pihak musuh menduduki tanah airnya. Beliau akan terus menentang dan menentang kezaliman, tidak kira sama ada menang atau kalah. Yang pasti, kejayaan datang hanya dari Allah swt.
Beliau juga menolak untuk mengadakan perundingan damai dengan pihak penjajah dengan menyatakan bahawa ’mereka tidak mempunyai apa-apa melainkan untuk melawan musuh-musuh Allah.’ Selepas mengharungi beberapa peperangan yang tidak terkira banyaknya, akhirnya beliau tewas juga di tangan musuh. Di akhir peperangan tersebut, tinggal hanya beliau serta salah seorang pengikut setianya yang masih teguh berdiri di medan perang. Tangan dan kaki mereka dirantai dan dibawa ke bandar yang bernama Suluq di mana kubu tentera Italy berpusat. Pejuang yang dihormati ini percaya bahawa Jihad adalah disyariatkan pada setiap umat Islam sekiranya tanah air mereka dikuasai penjajah. Dengan semangat yang berkobar di dalam jiwanya, di samping keberanian dan sifat kesungguhan yang tinggi, menyebabkan beliau dihormati dan disegani oleh sesiapa saja termasuklah musuh-musuh beliau sendiri. Pegawai tentera yang menyoal siasat beliau berkata, “Apabila beliau tiba sampai ke pejabat saya, beliau kelihatan seperti seorang daripada beribu murabiteen yang saya lihat di medan perang padang pasir. Tangan beliau dirantai. Tulangnya patah akibat perang tetapi beliau memaksa dirinya berjalan dalam keadaan derita kesakitan. Beliau tidak seperti tawanan lain yang biasa ditangkap sebelum ini. Beliau berdiri di dalam pejabat saya dan menjawab segala soalan yang kami kemukakan dengan suara yang tenang dan jelas. Apabila beliau mahu mula beredar, tampak mukanya yang kelihatan bercahaya membuat saya terpegun dan terkejut. Terketar bicara saya di akhir perbualan kami semasa saya mengarah beliau kembali ke sel penjaranya sebelum upacara pengadilan di mahkamah pada sebelah petangnya.”
Umar Mukhtar ditahan oleh tentera Itali
Beliau adalah seorang lagenda yang tetap teguh pada agamanya walaupun teruk ditentang. Bilamana menteri-menteri dan ketua-ketua negara beliau yang lain menyerah diri begitu saja kepada Itali serta menyelamatkan diri sendiri dengan berpindah ke negara lain, beliau tanpa ragu-ragu tetap berjuang mempertahankan Islam dan tanah air daripada terus dijajah. Salah seorang ulama dari kalangan Sanusi, yang pernah bertarung bersama beliau menentang Perancis dan British, gagal menghantar bantuan kepada beliau tepat pada masanya. Malah, ramai di kalangan ulama-ulama ini sanggup berpaling tadah dengan menggadaikan tanah orang Islam bagi memperoleh belas simpati, gaji bulanan, serta bebas dari cukai pendapatan. Sikap seumpama inilah yang sering kita lihat pada sesetengah umat Islam yang belot pada hari ini. Berlawanan dengan tindakan kebanyakan orang Islam pada waktu itu, beliau mengeluarkan sebuah Al-Qur’an, dan bersumpah dengan nama Allah s.w.t. bahawa beliau akan terus menentang golongan penjajah, biarpun secara berseorangan mahupun sehingga syahid. Dalam 20 tahun terakhir hidupnya, beliau telah memimpin dan berjuang dalam 1000 peperangan.
Umar Mukhtar bersedia untuk syahid.
Apabila Ketua Panglima perang Itali menawarkannya peluang terakhir untuk hidup di bawah pemerintahannya, dengan syarat beliau mesti mematuhi segala arahannya, beliau menjawab, “Aku tidak akan berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu meninggalkan tanah airku, atau sehinggalah aku mati. Dan aku bersumpah kepada Allah Yang Maha Mengetahui sesuatu di dalam hati manusia, jikalau bukan kerana tanganku diikat sebegini, nescaya aku akan tetap melawanmu dengan tangan kosong, biarpun dalam keadaan yang tua dan cedar sebegini.” Pada waktu itulah, Ketua Panglima perang itu ketawa, sambil mengarahkan supaya beliau digantung, selepas mengadakan sebuah perbicaraan ‘olok-olok’ yang direka untuk menjaga maruah kerajaan Itali. Walaupun perbicaraan untuk beliau masih belum bermula, tali gantung telah pun disediakan untuk beliau di luar mahkamah. Penggantungan beliau telah disaksikan oleh ratusan puak pada tahun 1931. Namun demikian, kerjaan Itali tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menakutkan golongan orang Islam. Bahkan, yang sebaliknya pula yang terjadi. Kematian beliau telah menggoncang jiwa umat Islam seluruh dunia, dan dari situlah pelbagai penentangan bermula, terutamanya di Utara Afrika. Semoga Allah meninggikan darjatnya di syurga. Orang-orang Itali yang berjiwa kotor telah mengambil gambar mayat beliau yang diikat, sambil dikelilingi oleh panglima-panglima perang yang tersenyum puas bersama mereka-mereka yang riang gembira dengan kematian beliau. Tanpa disedari mereka, kematian di tangan musuh demi memperjuangkan hak Allah inilah yang sebenarnya menjadi idaman setiap orang Islam sejati.

Syahid di Tali Gantung
Pejuang unggul ini, tidak lain dan tidak bukan, adalah Umar Mukhtar, dan cerita tentang keperwiraannya akan kekal sehinggalah ke hari kiamat, insyaAllah. Dengan darahnya, beliau telah membawa cerita kejayaan, beliau telah menjadi lagenda di kalangan lagenda, dan beliau telah menjadi teladan untuk mereka yang ingin hidup dengan maruah Islam yang dihormati, walaupun pada saat-saat ditindas. Golongan yang menyerah kalah dan para ilmuan yang telah berpihak kepada kerajaan Itali tidak dibunuh ataupun dipenjarakan. Mereka mati dalam keadaan biasa’ dan mugkin di dalam keadaan mewah dan selesa, di bawah perlindungan golongan penjajah Itali. Naumn demikian, kematian mereka tidak membawa sebarang erti. Dan, Neraka Jahanam adalah tempat bagi mereka yang bersekongkol dengan golongan penjajah yang kafir. Omar Al Mukhtar hidup dan berjuang demi Islam sepanjang hayatnya. Beliau diikat, dipenjarakan, dan dihukum gantung. Namun, cerita keperwiraannya kekal berterusan, dan insyaAllah, Syurga adalah tempat bagi mereka yang syahid. Omar Al Mukhtar terikat kepada Allah s.w.t, bergantung hidup padaNya, dan sentiasa menerima takdir Ilahi. Beliau telah meminta daripada Allah s.w.t. untuk mati syahid, dan itulah yang telah beliau capai, InsyaAllah.

Kisah hidup dan perjuangannya telah diabadikan di dalam sebuah filem yang berjudul Lion of the Desert pada tahun 1981 lakonan Anthony Quinn sebagai Umar Mukhtar di bawah arahan Mustapha Akkad.

Monday, April 11, 2011

Contantinople dalam kenangan

Istanbul atau yang dulunya dikenali sebagai Costantinople, adalah salah sebuah bandar nostalgia dunia. Tidak setakat tercatat oleh tinta Sejarah Islam, bahkan statusnya sebagai salah sebuah bandar utama dunia, pasti mengundang seisi alam manusia untuk meninjau dan menghubungkan sejarah kegemilangan masing-masing dengannya Istanbul diasaskan pada tahun 330M oleh Maharaja Byzantine iaitu Costantine I. 

Kedudukannya yang strategik, diungkapkan oleh Napoleon Bonapart sebagai, “…kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Costantinople inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya!”. Costantinople telah pun menjadi ibu negara Empayar Byzantine semenjak penubuhannya. Ini menjadikan bandar berkenaan sebagai salah sebuah bandar terbesar dan utama dunia. 

Kedudukan Costantinople yang sedemikian rupa, meletakkan ia di kedudukan yang istimewa apabila umat Islam memulakan agenda pertembungan mereka dengan Empayar Byzantine. Rasulullah SAW telah pun beberapa kali memberikan khabar gembira tentang pembukaan kota ini di tangan umat Islam seperti yang dinyatakan oleh Baginda SAW di dalam peperangan Khandak. Sabda baginda SAW : 
“Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya” 

Terdapat banyak lagi hadith lain seperti ini dan ia menimbulkan keghairahan para khalifah dan pemimpin Islam untuk berusaha menawan kota Costantinople berkenaan. Usaha pertama dilancarkan pada tahun 44H iaitu di zaman Muawiyah bin Abi Sufian RA. Akan tetapi, usaha berkenaan gagal dan Abu Ayyub Al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat Nabi yang menyertainya, syahid di pinggir kota Costantinople berkenaan.

Manakala di zaman Sulaiman bin Abdul Malik pula, Khilafah Umayah telah menyediakan pasukan terhandal untuk menawan kembali kota berkenaan pada tahun 98H tetapi masih belum diizinkan oleh Allah SWT. (rujuk Al-Ibar oleh Ibnu Khaldun 3 / 70 dan Tarikh Khalifah bin Khayyath ms. 315) 

Di zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah, beberapa usaha diteruskan tetapi masih menemui kegagalan termasuk usaha di zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid tahun 190H. 

Selepas kejatuhan Baghdad tahun 656H, usaha menawan Costantinople diteruskan pula oleh kerajaan-kerajaan kecil di Asia Minor (Anatolia) terutamanya Kerajaan Seljuk. Pemimpin masyhurnya, Alp Arslan (455-465H / 1063-1072M) telah berjaya mengalahkan Maharaja Rum, Dimonos, pada tahun 463H / 1070M. Beliau telah menangkap lalu memenjarakannya sebelum dibebaskan dengan persetujuan untuk membayar jizyah tahunan kepada Kesultanan Seljuk. Peristiwa ini telah meletakkan sebahagian besar Empayar Rom di bawah pengaruh Kerajaan Islam Seljuk. 

Bagaimana pun, selepas daripada merosot dan jatuhnya Kerajaan Seljuk berkenaan, terbentuk pula beberapa kerajaan kecil di Anatolia. Antaranya ialah kerajaan Seljuk Rum yang telah berjaya meluaskan kekuasaannya sehingga ke pantai Laut Ege di barat, seterusnya melemahkan pengaruh dan kekuasaan Empayar Rom. 

Costantinople Dan Daulah Othmaniyyah 

Di awal kurun ke-8 hijrah / 14M, Daulah Othmaniyyah telah mengadakan persepakatan bersama Seljuk Rum yang ketika itu berpusat di bandar Konya. Persepakatan ini memberikan nafas baru kepada usaha umat Islam untuk menawan Costantinople. Usaha awal yang dibuat ialah di zaman Sultan Yildrim Beyazid yang mana beliau telah berjaya mengepung kota itu pada tahun 796H / 1393M. Peluang yang ada telah digunakan oleh Sultan Beyazid untuk memaksa Maharaja Byzantine menyerahkan Costantinople secara aman kepada umat Islam. Akan tetapi, usahanya itu menemui kegagalan dengan kedatangan bantuan Eropah dan dalam masa yang sama, tentera Mongol di bawah pimpinan Timurlank telah menyerang Daulah Othmaniyyah. Serangan itu dikenali sebagai Perang Ankara dan ini telah memaksa Sultan Beyazid untuk menarik balik tenteranya bagi mempertahankan negara dari serangan Mongol. Dalam peperangan itu, beliau telah ditawan dan kemudiannya meninggal dunia pada tahun 1402M. Kejadian itu telah menyebabkan idea untuk menawan Costantinople terhenti untuk beberapa ketika. 

Selepas Daulah Othmaniyyah mencapai ke peringkat yang lebih maju dan tersusun, roh jihad telah hidup semua dengan nafas baru. Semangat dan kesungguhan yang ada itu telah mendorong Sultan Murad II (824-863H / 1421-1451M) untuk meneruskan usaha menawan Costantinople. Beberapa usaha telah berjaya dibuat untuk mengepung kota itu tetapi dalam masa yang sama berlaku pengkhianatan di pihak umat Islam. Mahajara Byzantine telah mengambil peluang ini untuk menabur fitnah dan mengucar-kacirkan saf tentera Islam. Usaha Sultan Murad II itu tidak berjaya sampai ke sasarannya sehinggalah di zaman anak beliau, Sultan Muhammad Al-Fatih, sultan ke-7 Daulah Othmaniyyah. 

Semenjak kecil, Sultan Muhammad Al-Fatih telah meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Costantinople. Bahkan beliau terus mengkaji tentang usaha-usaha yang pernah dibuat sepanjang sejarah Islam ke arah itu, sehingga menimbulkan keazaman yang kuat untuk beliau meneruskan cita-cita umat Islam zaman berzaman itu. Ketika menaiki takhta pada tahun 855H / 1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan.. 

Kekuatan Sultan Muhammad Al-Fatih banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Semenjak kecil, beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulamak terulung di zamannya. Di zaman ayahnya, iaitu Sultan Murad II, Asy-Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Kurani telah menjadi murabbi Amir Muhammad (Al-Fatih). Ketika itu, Amir Muhammad adalah ketua bagi kawasan Manisa. Sultan Murad II telah menghantar beberapa orang ulamak untuk mengajar anaknya sebelum itu, tetapi tidak diendahkan oleh Amir Muhammad. Lalu, beliau menghantar Asy-Syeikh Al-Kurani dan memberikan kuasa kepadanya untuk memukul Amir Muhammad jika beliau membantah tunjuk ajar gurunya. Apabila beliau menemui Amir Muhammad dan menjelaskan tentang hak yang diberikan oleh baginda Sultan, Amir Muhammad ketawa lalu dipukul oleh Asy-Syeikh Al-Kurani dengan begitu kuat sekali. Peristiwa ini telah menimbulkan kesan yang mendalam pada diri Amir Muhammad lantas selepas itu beliau terus menghafal Al-Quran dalam masa yang singkat 

Tarbiah yang diberikan oleh para ulamak murabbi itu memberikan pengaruh yang besar, bukan hanya kepada peribadi Sultan, bahkan kepada corak pemerintahan dan adat resam Daulah Othmaniyyah itu sendiri. Sekiranya Sultan melakukan kesilapan, murabbinya itu akan menegur. Sultan juga dipanggilnya dengan nama dan apabila bersalam, Sultan yang akan mencium tangan ulamak yang menjadi murabbinya itu.Dengan tarbiah yang teliti dan penuh terhormat seperti ini, tidak hairanlah jika peribadi-peribadi yang unggul seperti Muhammad Al-Fatih lahir menempa nama di persada sejarah.. 


Asy-Syeikh Ak Semsettin 

Dalam masa yang sama Asy-Syeikh Ak Samsettin (Syamsuddin) merupakan murabbi Sultan Muhammad Al-Fatih yang hakiki. Namanya yang sebenar ialah Muhammad bin Hamzah Ad-Dimasyqi Ar-Rumi yang mana nasabnya sampai kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Beliau mengajar Amir Muhammad ilmu-ilmu asas iaitu Al-Qur’an, Al-Hadith, Feqah, Linguistik (Arab, Parsi dan Turki) dan juga ilmu kemahiran yang lain seperti Matematik, Falak, Sejarah, Ilmu Peperangan dan sebagainya. 

Semenjak kecil, Syeikh Ak Semsettin berjaya meyakinkan Amir Muhammad bahawa beliau adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadith pembukaan Costantinople berkenaan. Apabila beliau menaiki takhta, Sultan Muhammad segera menemui Syeikh Ak Semsettin bagi menyiapkan bala tentera ke arah penawanan Costantinople, demi merealisasikan hadith Rasulullah SAW berkenaan. Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari. 

Sultan Muhammad Al-Fatih sangat menyayangi Syeikh Ak Semsettin. Beliau mempunyai kedudukan yang istimewa pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih dan ini sangat jelas dinyatakan oleh beliau ketika pembukaan Istanbul, “…sesungguhnya kamu semua melihat aku gembira sekali. Kegembiraanku ini bukanlah semata-mata kerana kejayaan kita menawan kota ini, akan tetapi ia adalah kerana hadirnya di sisiku syeikhku yang mulia, dialah pendidikku, Asy-Syeikh Ak Semsettin.” 


Persediaan Ke Arah Penawanan 

Sultan Muhammad Al-Fatih telah membuat persediaan yang besar ke arah mencapai matlamatnya menawan Costantinople. Beliau telah menyediakan mujahid seramai kira-kira 250,000 dan ini merupakan angka yang begitu besar jika dibandingkan dengan tentera negara lain di zaman itu. Para mujahid berkenaan diberikan latihan intensif dan sentiasa diperingatkan dengan pujian Rasulullah SAW kepada tentera yang akan menawan Costantinople itu nanti 

Beliau telah membina Kota Rumeli (Rumeli Hisari) di tebing Eropah Selat Bosphorus iaitu di bahagian tersempit antara tebing Asia dan Eropah. Kota yang berhadapan dengan kota binaan Sultan Beyazid di sebelah tebing Asia ini, mempunyai peranan yang besar dalam usaha mengawal lalu lintas di selat tersebut. Maharaja Byzantine telah berusaha gigih untuk menghalang Sultan Muhammad Al-Fatih daripada membina kota berkenaan tetapi gagal menghalangnya. 

Sultan Muhammad Al-Fatih juga berusaha untuk mempertingkatkan kelengkapan senjatanya. Beliau telah menapatkan khidmat pakar membina meriam bernama Orban. Beberapa meriam telah dibina termasuk Meriam Diraja yang masyhur. Catatan menceritakan betapa meriam ini adalah yang terbesar di zaman berkenaan. Beratnya beratus tan dan memerlukan beratus tenaga tentera untuk mengangkutnya. Beliau juga menyediakan kira-kira 400 buah kapal laut untuk tujuan yang sama. 

Sebelum serangan dibuat, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengadakan perjanjian dengan musuh-musuh yang lain. Ini merupakan strategi yang penting supaya seluruh tenaga dapat ditumpukan kepada musuh yang satu tanpa ada sebarang ancaman yang berada di luar jangkaan. Antaranya ialah perjanjian yang dibuat dengan kerajaan Galata yang berjiran dengan Byzantine. Perkembangan ini sangat membimbangkan Maharaja Byzantine lantas pelbagai cubaan dibuat untuk menawan hati Sultan Muhammad Al-Fatih supaya membatalkan hasratnya. Hadiah dan rasuh cuba dibuat untuk tujuan berkenaan. Akan tetapi semuanya menemui kegagalan. 

Keazaman yang begitu kuat pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih telah mendorong Maharaja Byzantine berusaha mendapatkan pertolongan daripada negara-negara Eropah. Tanpa segan silu, beliau memohon pertolongan dari kepimpinan gereja Katholik, sedangkan ketika itu semua gereja di Costantinople bermazhab Orthodoks. Atas dasar bermuka-muka demi mengekalkan kuasanya, Maharaja Byzantine telah mengaku bersetuju untuk menukar mazhab di Costantinople demi menyatukan kedua-dua aliran yang saling bermusuh itu.

Wakil telah dihantar dari Eropah ke Costantinople untuk tujuan berkenaan. Beliau telah berkhutbah di Gereja Aya Sofya menyatakan ketundukan Byzantine kepada Katholik. Akan tetapi hal ini telah menimbulkan kemarahan penduduk Costantinople yang bermazhab Orthodoks. Sehinggakan ada di antara pemimpin Orthodoks berkata, “sesungguhnya aku lebih rela melihat di bumi Byzantine ini serban para orang Turki (muslim) daripada aku melihat topi Latin!”Situasi ini telah mencetuskan pemberotakan rakyat terhadap keputusan maharaja yang dianggap khianat. 


Serangan 

Costantinople mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dari aspek geografi. Ia dikelilingi oleh lautan dari tiga penjuru iaitu Selat Bhosphore, Laut Marmara Dan Perairan Tanjung Emas (Golden Horn) yang dihalang pintu masuknya oleh rantai besi raksasa. Ia berfungsi menghalang kapal daripada masuk ke pintu utama Kota Costantinople. 

Selepas melalui proses persiapan yang teliti, akhirnya Sultan Muhammad Al-Fatih telah tiba di hadapan kota Costantinople pada hari Khamis 26 Rabiul Awal 857H bersamaan 6 April 1453M. Di hadapan tentera yang menjangkau jumpa 250 ribu, Al-Fatih telah menyampaikan khutbah mengingatkan para mujahid tentang kelebihan jihad, kepentingan memuliakan niat dan harapan kemenangan di hadapan Allah SWT dsb. Beliau juga membacakan ayat-ayat Al-Quran mengenainya serta hadith Nabi SAW tentang pembukaan kota Costantinople. Ini semua memberikan kesan semangat yang tinggi dan jitu pada bala tentera itu lantas mereka menyambutnya dengan zikir, pujian dan doa kepada Allah SWT.

Kehadiran para ulamak di tengah-tengah saf para mujahid itu juga menebalkan lagi keazaman mereka untuk menunaikan kewajipan jihad tersebut. 

Keesokan harinya, Sultan Muhammad Al-Fatih telah menyusun dan membahagikan tenteranya kepada tiga kumpulan. Pertamanya adalah kumpulan utama yang bertugas mengawal kota yang mengelilingi Costantinople. Di belakang kumpulan utama itu adalah tentera simpanan yang bertugas menyokong tentera utama di hadapan. Meriam Diraja telah dihalakan ke pintu Topkapi. Pasukan pengawal juga diletakkan di beberapa kawasan strategik seperti kawasan-kawasan bukit di sekitar Kota Byzantine itu. Kapal-kapal laut Othmaniyyah juga diletakkan di sekitar perairan yang mengelilingi Costantinople. Akan tetapi kapal-kapal berkenaan tidak berjaya memasuki perairan Tanjung Emas disebabkan oleh kehadiran rantai raksasa yang mengawal pintu masuk. 

Semenjak hari pertama serangan, tentera Byzantine telah berusaha keras menghalang tentera Othmaniyyah daripada merapati pintu-pintu masuk kota mereka. Tetapi serangan strategik tentera Islam telah berjaya mematahkan halangan itu, ditambah pula dengan serangan meriam dari pelbagai sudut. Bunyi meriam itu telah menimbulkan rasa takut yang amat sangat kepada penduduk Costantinople sehingga menjejaskan semangat mereka untuk bertahan. 

Tentera Laut Othmaniyyah telah mencuba beberapa kali untuk melepasi rantai besi di pintu masuk Tanjung Emas. Dalam masa yang sama, panahan diarahkan kepada kapal-kapal Byzantine danEropah yang tiba untuk membantu. Walau bagaimana pun usaha ini tidak berjaya, dan ini memberikan semacam semangat di awalnya kepada penduduk Costantinople. Para paderi berjalan di lorong-lorong kota, mengingatkan penduduk supaya membanyakkan sabar serta terus berdoa kepada Jesus dan Maryam supaya menyelamatkan Costantinople. Maharaja Byzantine juga berulang-alik ke Gereja Aya Sofya untuk tujuan yang sama. 

Perjanjian Al-Fatih Dengan Maharaja Costantine 

Maharaja Costantine mencuba sedaya upayanya untuk menundukkan Al-Fatih. Pelbagai hadiah dan tawaran dikemukakan demi untuk menyelamatkan kedudukannya itu. Akan tetapi Al-Fatih tidak menerima kesemua tawaran itu sebaliknya memberi kata putus supaya Costantinople diserahkan kepada Daulah Othmaniyyah secara aman. Al-Fatih berjanji, jika Costantinople diserahkan secara aman, tiada seorang pun yang akan diapa-apakan bahkan tiada gereja dan harta benda penduduk Costantinople yang akan dimusnahkan. Antara isi kandungan risalahnya itu, “… serahkan empayar kamu, kota Costantinople.

Aku bersumpah bahawa tenteraku tidak akan mengancam sesiapa sama ada nyawa, harta dan kehormatannya. Mereka yang mahu terus tinggal dan hidup dengan amat sejahtera di Costantinople, bebas berbuat demikian. Dan sesiapa yang mahu meninggalkan kota ini dengan aman sejahtera juga dipersilakan”. 

Walaupun begitu, kepungan tentera Al-Fatih masih belum sempurna disebabkan oleh rantai besi yang melindungi pintu masuk Tanjung Emas itu. Dalam pada itu, para mujahid tetap terus melancarkan serangan demi serangan dan pada 18 April 1453M, pasukan penyerang Othmaniyyah telah berjaya memecah tembok Byzantine di Lembah Lycos yang terletak di sebelah barat kota. Tentera Byzantine telah berusaha sedaya upayanya untuk mempertahankan kota dari serangan itu. Pertempuran sengit berlaku bersama iringan hujan anak panah yang amat dahsyat. 

Pada hari yang sama, beberapa buah kapal laut Othmaniyyah telah cuba merempuh rantai besi di Tanjung Emas. Akan tetapi, gabungan tentera laut Byzantine dan Eropah telah berjaya menangkis serangan itu bahkan beberapa buah kapal laut Othmaniyyah telah musnah menyebabkan yang lain terpaksa pulang ke kawasan masing-masing untuk mengelakkan kemusnahan yang berterusan. 

Dua hari selepas serangan itu, berlaku sekali lagi serangan laut antara kedua belah pihak. Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri mengawasi misi berkenaan dari pantai. Beliau telah menghantar utusan kepada tentera laut yang sedang berperang. Katanya, “.. sama ada kamu tawan kapal-kapal itu atau pun kamu tenggelamkan sahaja kesemuanya. Sekiranya kamu gagal, maka jangan pulang kepada kami sedangkan kamu semua hidup!”. 

Ketika itu juga, Sultan Muhammad Al-Fatih menunggang kudanya sehingga ke gigi laut sambil menjerit dengan sekuat hati nama ketua misi berkenaan, Palta Oglu, untuk memberikan semangat. Kesungguhan Al-Fatih itu, menaikkan semangat tenteranya. Namun, tentera kristian berjaya juga mematahkan serangan mujahidin walaupun mereka bersungguh- sungguh melancarkan serangan demi serangan. Kegagalan tersebut menyebabkan Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi begitu marah lalu memecat Palta Oglu dan digantikan dengan Hamzah Pasha. 

Kegagalan serangan tersebut telah memberikan kesan yang besar kepada tentera Othmaniyyah. Khalil Pasha yang merupakan wazir ketika itu cuba untuk memujuk Al-Fatih supaya membatalkan serangan serta menerima sahaja perjanjian penduduk Costantinople untuk tunduk kepada Daulah Othmaniyyah tanpa menakluknya. Cadangan itu ditolak mentah-mentah oleh Al-Fatih. Kini tiba masanya beliau berfikir tentang helah untuk tentera laut Othmaniyyah berjaya membolos Tanjung Emas… 


Keajaiban Tentera Othmaniyyah 

Sultan Muhammad Al-Fatih telah menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas. Kaedah yang tidak pernah terfikir oleh mana-mana tentera sebelumnya untuk melakukannya. Beliau telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat! Malam itu juga, tentera Othmaniyyah dengan semangat dan kekuatan luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai Besiktas ke Galata melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu! Sesungguhnya kejadian ini sangat luar biasa dan di luar bayangan manusia hingga ke hari ini. 

Pagi 22 April itu, penduduk Costantinople dikejutkan dengan laungan takbir dan nasyid para mujahidin di Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Bahkan ada yang menyangka bahawa tentera Al-Fatih mendapat bantuan jin dan syaitan! Yilmaz Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana seorang ahli sejarah Byzantine berkata, “Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fatih telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-Fatih dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!” 

Costantine telah bermesyuarat dengan para pemimpin kerajaan Byzantine tentang strategi seterusnya, tetapi mereka gagal mencapai kata sepakat. Costantine menolak cadangan supaya beliau sendiri pergi mendapatkan pertolongan daripada umat kristian di Eropah bahkan tetap dengan keputusannya untuk mempertahankan Costantinople hingga ke titisan darah yang terakhir. 


Serangan Besar-besaran Mujahidin 

Dengan kedudukan tentera Othmaniyyah yang sudah semakin mantap, Sultan Muhammad Al-Fatih telah melancarkan serangan besar-besaran ke benteng terakhir Byzantine. Tembakan meriam yang telah memusnahkan sebuah kapal dagang di Tanjung Emas, menyebabkan tentera Eropah yang lain lari ketakutan. Mereka telah meninggalkan pertempuran melalui kota Galata. Semenjak kejayaan kapal mujahiden memasuki perairan Tanjung Emas, serangan dilancarkan siang dan malam tanpa henti. 

Laungan takbir “Allahu Akbar, Allahu Akbar!” yang mengisi ruang angkasa Costantinople telah memberikan semacam serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Seakan mendengar panahan petir, semangat mereka terus luntur dengan ancaman demi ancaman kalimah tauhid tentera Al-Fatih itu. Dalam masa yang sama, Al-Fatih dan tenteranya sentiasa mengejutkan mereka dengan seni perang yang baru sehingga menggawatkan pertahanan tentera salib itu. 

Ketika ribut yang ada belum reda, penduduk Costantinople menyedari bahawa tentera Islam telah mengorek terowong untuk masuk ke pusat kota. Ketakutan melanda penduduk sehingga mereka curiga dengan bunyi tapak kaki sendiri. Merasakan yang bila-bila masa sahaja tentera ‘Turki’ akan keluar dari perut bumi berikutan dengan pembinaan terowong itu. 

Usaha Damai Terakhir 

Sultan Muhammad Al-Fatih yakin bahawa kemenangan semakin hampir. Kecintaannya kepada Costantinople yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW, mendorong beliau untuk terus berusaha agar Costantine menyerah kalah tanpa terus membiarkan kota itu musnah. Sekali lagi beliau menghantar utusan meminta Costantine supaya menyerahkan Costantinople secara aman. Apabila utusan berkenaan sampai kepadanya, Costantine telah berbincang dengan para menterinya. Ada yang mencadangkan supaya mereka menyerah kalah dan ada pula yang mahukan pertahanan diteruskan hingga ke penamat.

Costantine akhirnya bersetuju dengan pandangan kedua lantas menghantar maklum balas dengan katanya, “… syukur kepada Tuhan kerana Sultan mahukan keamanan dan bersedia menerima pembayaran jizyah. Akan tetapi Costantine bersumpah untuk terus bertahan hingga ke akhir hayatnya demi takhta… atau mati sahaja dan dikuburkan di kota ini!”. Apabila jawapan Costantine ini diterima, Al-Fatih menjawab, “Baiklah… tidak lama lagi akan terhasil bagiku di Costantinople itu sama ada takhta atau keranda…!”. 
Perbincangan dilakukan oleh Al-Fatih tentang strategi seterusnya. Pelbagai kemungkinan dipertimbangkan dan akhirnya keputusan dibuat untuk meneruskan rancangan menawan Costantinople sebagaimana yang telah disusun. 


Hari Kemenangan 

Pada 27 Mei 1453, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama tenteranya telah berusaha keras membersihkan diri di hadapan Allah SWT. Mereka membanyakkan solat, doa dan zikir dengan harapan Allah SWT akan memudahkan kemenangan. Para ulamak pula memeriksa barisan tentera sambil memberi semangat kepada para mujahidin. Mereka diperingatkan tentang kelebihan jihad dan syahid serta kemuliaan para syuhada’ terdahulu khususnya Abu Ayyub Al-Ansari RA. “…sesungguhnya apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah ketika kemenangan hijrah, baginda SAW telah pergi ke rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Sesungguhnya Abu Ayyub telah pun datang (ke Costantinople) dan berada di sini!” Kata-kata ini telah membakar semangat tentera Al-Fatih hingga ke kemuncaknya. 

Dalam masa yang sama, penduduk Costantine melakukan upacara peribadatan secara bersungguh-sungguh dengan harapan Tuhan akan membantu mereka… 
Tepat jam 1 pagi hari Selasa 20 Jamadil Awal 857H / 29 Mei 1453M, serangan utama dilancarkan. Para mujahidin diperintahkan supaya meninggikan suara takbir kalimah tauhid sambil menyerang kota. Penduduk Costantinople telah berada di kemuncak ketakutan mereka pagi itu. Mujahidin yang sememangnya menginginkan syahid, begitu berani menyerbu tentera salib di kota itu. 

Tentera Othmaniyyah akhirnya berjaya menembusi kota Costantinople melalui Pintu Edirne dan mereka telah mengibarkan bendera Daulah Othmaniyyah di puncak kota. Costantine yang melihat kejadian itu berasa putus asa untuk bertahan lantas menanggalkan pakaian maharajanya supaya tidak dikenali musuh. Akhirnya beliau menemui ajal dalam keadaan yang amat mengaibkan. 

Berita kematian Costantine telah menaikkan lagi semangat tentera Islam untuk menyerang. Begitu juga sebaliknya, bagaikan pokok tercabut akar, tentera salib menjadi kucar kacir apabila berita kematian maharajanya tersebar. Kesungguhan dan semangat juang yang tinggi di kalangan tentera Al-Fatih, akhirnya berjaya sampai ke cita-cita mereka. Kejayaan menguasai Costantinople telah disambut dengan penuh rasa syukur oleh Al-Fatih serta… seisi langit dan bumi. Beliau bertitah, “.. Alhamdulillah, semoga Allah merahmati para syuhada’, memberikan kemuliaan kepada mujahidin, serta kebanggaan dan syukur buat rakyatku” 


Sebaik-baik Ketua Dan Tentera 

Pada hari itu, majoriti penduduk Costantinople bersembunyi di gereja-gereja sekitar kota. Sultan Muhammad Al-Fatih berpesan kepada tenteranya supaya bermuamalah dengan baik kepada penduduk Costantinople sambil mengucapkan tahniah kepada tenteranya yang berjaya merealisasikan sabda Rasulullah SAW: 

“Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya” 

Dengan penuh rasa syukur dan tawadhu, Sultan Muhammad Al-Fatih telah sujud ke bumi mengucapkan sebesar-besar syukur ke hadrat Allah atas kemenangan bersejarah itu. 

Beliau kemudiannya menuju ke Gereja Aya Sofya yang ketika itu menjadi tempat perlindungan sejumlah besar penduduk kota berkenaan. Ketakutan jelas terbayang di wajah masing-masing bilamana beliau menghampiri pintu. Salah seorang paderi telah membuka pintu gereja, dan Al-Fatih meminta beliau supaya menenangkan sekalian mereka yang ada. Dengan toleransi Al-Fatih, ramai yang keluar dari tempat persembunyian masing-masing bahkan ada di kalangan paderi yang terus menyatakan keislaman mereka. 

Selepas itu, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengarahkan supaya gereja berkenaan ditukar menjadi masjid supaya Jumaat pertama nanti akan dikerjakan solat di masjid ini. Para pekerja bertugas bertungkus lumus menanggalkan salib, patung dan gambar-gambar untuk tujuan berkenaan.

Pada hari Jumaat itu, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama para muslimin telah mendirikan solat Jumaat di Masjid Aya Sofya. Khutbah yang pertama di Aya Sofya itu telah disampaikan oleh Asy-Syeikh Ak Semsettin. Pada hari itu juga Sultan Muhammad Al-Fatih telah bersumpah bahawa barangsiapa yang menukar Masjid Aya Sofya kembali kepada gereja, maka akan berolehlah kutukan dan laknat darinya dan Tuhan Masjid Aya Sofya itu. 

Nama Costantinople kemudiannya ditukar kepada “Islam Bol”, yang bermaksud “Bandar Islam” dan kemudiannya dijadikan sebagai ibu negara ketiga Khilafah Othmaniyyah selepas Bursa dan Edirne . Kekallah bumi yang mulia itu sebagai pusat pemerintahan, ketamadunan, keilmuan dan keagungan Islam berkurun lamanya.. sehinggalah Khilafah Othmaniyyah ditamatkan sejarahnya oleh Mustafa Kemal Ataturk secara rasminya pada tahun 1924M. 

Aya Sofya kembali dikristiankan oleh Ataturk atas nama muzium. Gambar- gambar syirik kembali bertempelan di kubah masjid yang berdukacita itu. Manifesto Parti Refah pada pilihanraya yang lalu untuk mengembalikan Masjid Aya Sofya ke kegemilangan sejarahnya, berkubur buat sementara dengan pengharaman parti itu beberapa tahun yang lalu.

Sesungguhnya seluruh umat Islam merindukan suara azan membesarkan Allah kembali berkumandang di menara Aya Sofya. Semoga Istanbul kembali ke pangkuan Islam dan muslimin.
Amien ya Rabbal ‘Alamin….

Friday, April 8, 2011

Dalam mencari keheningan malam


Ah,sungguh hening malam ini apabila sesekali mendengar kicauan cengkerik di malam hari. Sebentar tadi ku menghadiri satu lagi siri bedah buku yang di adakan di tempat pengajianku. Uhh, sungguh menarik sekali program bedah buku yang diadakan itu di tambah lagi kupasan mantap daripada penceramah yang tidak kurang hebatnya dalam mencelotehkan segala ilmu yang beliau miliki kepada kami.

Kupasan ini begitu menarik minatku kerana ia berkaitan dengan bidang yang paling ku gemari iaitu akidah dalam menelusuri dunia sains al-Quran. Sebenarnya aku pun tidak mengetahui adanya program ini pada hari ini tapi Allah swt lah yang menbimbing aku untuk hadir dalam kebun-kebun syurganya ini. Bukankah kalau Allah swt inginkan kebaikan kepada Hambanya maka Dia akan menambahkan kefahaman agama kepada hamba-Nya itu.

Alhamdulillah, aku bersyukur kerana terpilih dalam ribuan pelajar kami untuk hadir bicara ilmiah ini. Mendengar bicara yang di luahkan oleh penceramah jemputan cukup memukau hati ini tapi kadang-kadang aku tersengguk juga dalam kekhusyukan itu.

Bukan apa, maklumlah seharian sibuk dengan kerja-kerja sampingan kelas. Ish, ingatkan tugasan kerja je rupanya ada juga tugas yang perlu di jalankan semata-mata untuk melihat islam hidup dalam dada pelajar di sini.

Bila di fikirkan balik bicara ilmiah yang telah diadakn memang tidak dapat dinafikan bahawa al-Quran ini satu mukjizat yang tidak dapat dipertikaikan kehebatannya. memang cukup menyeronokkan dapat hadir program ini. Tapi sebenarnya ada satu lagi yang seronak kalau ia benar-benar berlaku di sini.

Apa dia ? Kita jemput ustaz Azhar Idrus pula ceramah,hahaha..pasti tak kering gusi kalau ustaz Azhar yang menjadi penceramahnya. Umm..dah lama tak dengar pasal ustaz dulu selalu pergi tapi kini.. bukan apa kalau bukan kerana hambatan tugas sebagai pelajar aku pasti akan menjadi hadirin yang paling hampir dengan ustaz. Hihihi...

Tuesday, April 5, 2011

Banyaknya tugasan.....

Hai, itulah ana dah cakap awal-awal kerja jangan ditangguh. Umm..susah benarlah nak buang sifat malas ni dalam diri kita ni ye. dah tahu tanggungjawab melebihi masa yang ada tapi sayang praktikalnya entah ke mana. Teringat zaman belajar di sekolah dahulu  dan dalam satu usrah yang indah. Ingat wahai sahabat semua kita ni banyak lagi kewajipan yang hendak dilaksanakan dalam hidup kita. Jangan jadi macam lembu yang tahu makan ,minum, dan tidur sahaja. Hai, keras pulak la pulok naqib aku bagi peringatan hari ini tapi apa nak buat memang tu semua kena atas kepalaku ini. Mahu tak nye kata nak bawa islam tapi perangai hampeh tak macam orang nak bawa islam.Ish,ish,ish, malu,malu.

sesungguhnya nak berubah itu satu kesusahan dan bukan mudah nak dilakukan. Kalau kat sekolah dulu last-last minit baru buat kerja sekolah takkanlah kat Universiti nak buat macam ni kot. Hai malu macam ni tak nampak orang yang cakna dengan ilmu pengetahuan.

Hai teringat pula Ustaz pesan kamu sebagai pelajar mesti menguasai ilmu pengetahuan, tambahan lagi ilmu bahasa perlu ditekankan. Macam manalah nak kuasai ilmu kalu bahasa arab dan bahasa inggeris nye berterabur.Huhuhu, malunya rasanya . Apa tak malunya Kedua-dua bahasa tu amat penting dikuasai dengan semaster-masternya.

Hah, tulah sudah terhantuk baru tergadah kan dah menyesal sekarang. Ye memang dah menyesal sekarang tapi alangkah lebih malang lagi jika sesalan itu hanya tinggal sesalan. Perubahannya mana? Kata alim ulama' jangan terlampau gembira dengan hidup ini kerana masa yang ditinggalkan semalam menandakan semakin hampir saat kita bertemu kematian.

Sebenarnya kesayangan terhadap dunia nilah punca segala masalah dal;am hidup kita. Apa taknya kalau tanya korang semua berapa banyak masa korang semua habiskan dengan merapu dan bersembang tah apa-apa tah, duduk kedai kopi, main game, tonton cerita movie dan banyak lagi lah perkara lagho yang seerti dengannya.

Macam manalah Islam nak menang kalu kita ni berasa tidak sedar diri. Cakap bukan main tapi pelaksanaannya hampeh. Harapkan matlamat je besar untuk islam tapi waktu buat kerja .... Tulah banyak cakap banyak dosa. Buat banyak cakap kurang kan bagus tu.

Monday, April 4, 2011

Segala-galanya bermula dari medan tarbiah

Segala-galanya bermula dari medan tarbiah

        Oh, alangkah indahnya mengimbau kembali memori lama yang mana di situlah yang meletakkan diri kami pada hari ini. Tidak ku sangka pandangan sinisku suatu masa dahulu terhadap apa yang kami lalui ketika sekolah telah mengubah diriku pada hari ini. Daku tidak tahu sehinggalah masa yang berlalu telah menarik minatku tanpa padanya tanpa ku sedari. Setiap kali mengingati memori itu, daku berharap ia akan berulang kembali.

        Kemanisan yang di kecapi tidak mungkin dapat di gambarkan dengan kata-kataku ini. Bagaikan zaman telah berundur ke belakang apabila persahabatan diletakkan atas dasar iman. Umm, persahabatan kerana allah. Bukankah ini yang telah disemai oleh baginda rasulullah sehingga telah mengangkat mereka sebagai ummah yang digeruni dan dihormati kerana akidah mereka. Bukankah Allah telah berfirman,” sesungguhnya orang-orang yang beriman itu dalah bersaudara”. Adakah persahabatan yang lebih hebat daripada ini yang telah menghubungkan kami kerana akidah islam. Sesungguhnya tidak ku dapati persahabatan yang lebih hebat daripada ini.

          Tahukah kalian daripada mana ini semua bermula, tidak tahu mengapa seakan–akan air mata ini ingin mengalir untuk menukilkan kalimah tersebut pada kalian kerana disitulah hidup kami di ajar hanya untuk Allah. Segala-galanya untuk Allah. Oh, indahnya hidup yang sebegini yang memberikan seribu makna pada kami bahawa kehidupan ini tidak berakhir hanya di sini tetapi sebagai satu jambatan kami untuk kami seberangi ke dunia yang satu lagi. Itulah dia usrah, kalimah yang kian dilupai padahal baginda rasulullah lah yang menjadi orang yang pertama yang telah merintis pelaksanaannya suatu masa dahulu. Melalui usrahlah, baginda telah berjaya menyediakan pemuka-pemuka islam yang sanggup tampil ke depan untuk menjulang kewibawaan agama ini.

          Ya, sesungguhnya di sinilah segala-galanya bermula. Kami di ajar untuk memahami islam yang sebenar. Ya, kami di fahamkan dengan islam yang dibawa oleh Muhammad rasulullah sebuah nama yang tidak asing lagi dan sentiasa meniti dibibir musuh dan kawan walau siapa sahaja mereka. Hari ini islam cuba di rosakkan tanpa kami sedari. Dan daku bersyukur kepada Allah kerana telah memilih ku dalam majlis usrah ini walaupun pada mulanya jiwaku memberontak dengan aktiviti ini. Tapi itu dulu, tidak lagi kini. Islam yang membawa penganutnya kepada penghayatan hidup berpandukan al-Quran dan as-Sunnah adalah cukup menarik minatku.

         Rupanya islam yang di bawa oleh rasulullah telah banyak ditinggalkan oleh umat islam pada hari ini. Dan di dalam usrah kami di bentuk kembali untuk memahami ajaran islam yang sebenar. Menyedari keadaan ini, daku semakin bersemangat untuk mengkaji dan belajar apa itu islam yang sebenar. Buku mengapa aku menganut islam menjadi teks wajib dalam perbincangan usrah kami. Aku difahamkan sedikit demi sedikit berkenaan islam oleh naqib kami. Keindahan islam yang sebenar mula terungkap di hadapan mata kami apabila menghayati sejarah hidup baginda rasulullah dan para sahabatnya.

         Daku mula bercita-cita untuk mencontohi para sahabat dan kehidupan rasulullah dalam hidupku ini. Tetapi melihat keadaan umat islam yang begitu tenat pada hari ini tidak memungkinkan aku seorang sahaja yang berkehendak pada kemuliaan islam ini. Daku mula mengira bagaimana kiranya untuk aku mengajak dan menyeru mereka kepada kesyumulan islam yang penuh dengan warna-warni keindahannya yang telah mengangkat kemuliaan ummah-ummah terdahulu. Usaha demi usaha ku lakukan demi islam untuk mengajak mereka untuk hidup kerana Allah.

           Takkan daku biarkan mereka hanyut di buai oleh arus yang direncana oleh musuh-musuh islam. Penyedaran mereka perlu di lakukan bagi menggerakkan mereka daripada tidur walaupun kepahitan dan kesedihan menunggu di tepian jalan untuk melakukan usaha ini. Perempuan dan lelaki semuanya sama, mereka semua saudara kita dalam satu akidah. Mereka perlukan bantuan tapi persoalannya siapa yang sanggup menghulurkan tangan untuk membimbing mereka dalam mengeluarkan mereka dari jurang kegelapan kalau bukan kalian semua yang menyedari hakikat kehidupan islam yang sebenar.

            Aku takkan berhenti dari kerja ini kerana aku tahu bahawa musuh-musuh islam juga tidak tidur semata-mata ingin memikirkan usaha untuk menghancurkan umat islam, sekali gus mengjauhkan umat islam daripada beramal dengan ajaran islam ini. Ya aku tahu di sana juga ada orang yang seperti ku yang memikirkan usaha untuk mengembalikan islam pada tempatnya. Ya takkan putus asa sehingga saat itu akan tiba kembali atau aku menjadi salah satu dari mata rantaian perjuangan islam.

               Sesungguhnya aku begitu cintakan akan umat ini kerana rasulullah telah mengajarkan kita bahawa perhubungan kita bukan ditentukan oleh darah tetapi dengan akidah islam yang sebenar.
n_n  Islam pasti akan kembali lagi, insyaAllah.
    

Maafkan aku kalian semua


Aku bila melihat kalian semua, aku menangis dan memberi sejuta semangat pada diri aku
untuk berusaha bersungguh-sungguh. Aku begitu bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara.
Jika ada yang menyebut atau menyatakan ingin melakukan kebaikan
maka pasti aku akan tampil ke hadapan untuk menyokongnya.
Aku begitu ghairah dalam menyatakan perlunya kita kepada islam.
Di mana-mana sahaja aku mencanangkan kepada corong-corong surau agar kembali
melakukan kebaikan dan amar maa'ruf nahi mungkar.

Aku tak tahan apabila melihat saudara-saudara aku di aniya di luar sana. Aku begitu marah
dan kadang-kadang aku ingin menghancurkan golongan musuh islam
secepat yang mungkin. Apabila melihat klip video Palestin aku berasa ingin
mencurahkan air mata yang tidak dapat aku tahan tatkala melihat penderitaan yang sedang mereka alami.
Tidak!!!Ucapan ini aku bisikkan dalam diriku.Aku mula bermonolog dalam diri ini,”kami kaum yang di muliakan Allah dengan Islam”. 
Aku tak boleh mengalirkan air mata sekarang kerana ini bukan masanya, perasaan marah yang membara
aku salurkan dalam memberi seribu inspirasi kepada diri ini.Aku mula melakukan sesuatu
lantaran kerana di dorong oleh semangat hamasah yang menebal ketika itu.
Aku melaungkan selogan kalimah la ilaha illallah serta meninggikannya. Aku tak hirau apa orang nak kata, katalah.
Kononnya , pada waktu itu akulah penegak agama ini.

Aku begitu berani sehingga kadang-kadang aku bergerak berseorangan . Kalau orang lain mereka menjadi samseng dengan berkumpulan maka aku menjadi samseng berseorangan. Aku terlupa bahawa melakukan sesuatu tanpa persediaan ilmu yang cukup dalam gerak kerja dakwah merupakan satu kesilapan yang besar. Kata-kata dari mereka tidak kiralah guru atau pelajar tidak aku pedulikan.Kata guru sesungguhnya apa yang aku lakukan itu adalah paksaan dan apa yang paling penting ia melawan arus zaman ini.
Ah, karut semua itu.Sepatutnya kalian yang membawa Islam ini dan menjadi contoh kepada pelajar dan membimbing pelajar di sekolah ini. Kalian tidak merasai apa yang aku rasakan, kerosakan akhlak pelajar dan  ada yang lebih teruk daripada itu yang tidak dapat aku ceritakan di sini. Aku bukan tidak menghormati guru-guru ku itu, tetapi di sebabkan apa yang aku alami ini. Tidak memungkinkan aku membisu seribu bahasa begitu sahaja. Pembangunan pelajar mesti di lakukan. Cukuplah ia hanya menjadi rahsia yang cuba aku lupakan dari diri ini.

Apakah salah apa yang ingin ku lakukan ini. Aku cuma ingin menghidupkan kembali bi’ah(suasana) ini di sekolah kita. Apa yang kalian lakukan untuk Islam? Aku mempersoalkannya di dalam hati kecilku ini dengan penuh keras walaupun aku hanya membisu seribu bahasa tatkala guru bertanya siapa yang melakukannya. Tidak perlu di beritahu , cikgu atau pelajar sudah tentu dapat menekanya.

Di kalangan pelajar pula sudah tentu mereka akan mengatakan sesuatu yang tidak baik tentangku. Paling tidak mereka akan mengadu pada guru mereka dan kalau kebetulan guru mereka mengajar aku, sudah pasti aku di salahkan atau mungkin di sindir secara tidak lansung.
Macam biasa jugalah, aku hanya buat tidak endah terhadap apa yang guru katakan. Sudah pasti yang paling tidak menyukai empunya diri ini adalah golongan pelajar yang duduk dalam asrama. Apa tidaknya mereka terpaksa ikut apa yang aku lakukan iaitu mengetatkan disiplin agama. Kadang-kadang itu ada juga yang sampai tahap nak menimbulkan perbalahan dan pergaduhan, tapi syukur pada Allah kerana menjauhkannaya daripada berlaku.


Aku tidak suka bergaduh, apa lagi mencari gaduh. Bahkan kalau aku tahu ada pelajar asrama yang bergaduh maka tunggulah jawabnya.
Aku bukan apa , aku ingin melihat kaum muslimin kembali bersatu dan cinta menyintai antara satu sama lain. Kata-kata ”sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara” sentiasa aku laungkan. Aku ingin menyemai bi’ah(suasana) ini dalam diri mereka sebelum mereka keluar dari sini, serta sekali gus akan mempraktikkannya di kemudian hari.

Kenapa aku melakukan semua itu, walaupun banyak kata-kata sindiran dan umpatan yang di lemparkan saban hari.
Kerana siapa, kalau bukan demi Islam yang aku cintai. aku mula metakkan prinsip hidupku dan membina matlamat hidupku.

Aku melakukan segala-galanya tapi aku lupa siapa diri aku yang sebelum ini, aku tanya kalian semua adakah mungkin seorang yang kalian pandang hebat daripada zohirnya tapi amat rapuh dari segi batinnya akan diberikan pertolongan oleh Allah azza wa jala.Mana mungkin seseorang yang melakukan kerja-kerja dakwah dalam masa yang sama ada tunggangan maksiat di belakangnya. Adakah ini golongan pemuda atau kita panggil sebagai syabbab yang akan membawa masa depan Islam di kemudian hari yang kalian semua harapkan. Lupakah kita pada firman Allah dalam surah as-sajdah yang selalu di baca oleh imam-imam masjid pada waktu subuh hari jumaat satu minggu sekali itu. Allah berfirman adakah sama orang-orang yang mukmin dengan orang-orang yang fasik, apa jawab Allah , sama sekali takkan sama. Oh, alangkah lemahnya diri ini dalam melaksanakan perintah-Nya itu. 

Aku menangis bersama seorang sahabatku yang sanggup menangis bersamaku. Dialah sahabat yang sanggup menemaniku menangis memikirkan usaha dakwah kami yang menanggung pelbagai ujian di sini. Di luar aku nampak bengis tapi siapa tahu di waktu yang lain air mata ini mengalir memikirkan keadaanku dan diri mereka. aku memikirkan kenapa aku begitu mengambil berat persoalan pembentukan akhlak pelajar di sekolah ini. Siapa aku ni pada mereka, aku bukan ahli keluarga mereka tapi kenapa,kenapa aku terlalu mengambil berat hal mereka. Aku pun tak tahu kenapa aku berkelakuan begini. Aku Cuma menganggap mereka macam saudaraku sendiri yang perlu di tarbiah dan di didik dalam merentasi usia remaja yang menipu daya ini. Bukan apa kerana aku pernah sesat didalamnya kalau bukan Allah datang membimbingku kembali, aku pun tidak tahu apa yang aku akan jadi sekarang. Tak payahlah aku ceritakan sejarah silam yang telah memalit kotoran pada diriku ini. Cukuplah aku menebus kembali dengan memimpin mereka di bawahku ini dalam memilih jalan yang benar.

Sekali lagi aku ingin memohon maaf kepada kalian jika kelakuan ini telah menambah benci kalian pada diriku ini. Tetapi sedarlah bahawa aku lakukan itu adalah untuk melihat kalian menjadi seorang yang berakhlak dengan islam. Bukan untuk diriku tetapi segala-galanya demi kalian kerana Allah dan rasul yang ku cintai.


Aku bila melihat kalian semua, aku menangis dan memberi sejuta semangat pada diri aku
untuk berusaha bersungguh-sungguh. Aku begitu bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara.
Jika ada yang menyebut atau menyatakan ingin melakukan kebaikan
maka pasti aku akan tampil ke hadapan untuk menyokongnya.
Aku begitu ghairah dalam menyatakan perlunya kita kepada islam.
Di mana-mana sahaja aku mencanangkan kepada corong-corong surau agar kembali
melakukan kebaikan dan amar maa'ruf nahi mungkar.


Aku begitu berani sehingga kadang-kadang aku bergerak berseorangan . Kalau orang lain mereka menjadi samseng dengan berkumpulan maka aku menjadi samseng berseorangan. Aku terlupa bahawa melakukan sesuatu tanpa persediaan ilmu yang cukup dalam gerak kerja dakwah merupakan satu kesilapan yang besar. Kata-kata dari mereka tidak kiralah guru atau pelajar tidak aku pedulikan.Kata guru sesungguhnya apa yang aku lakukan itu adalah paksaan dan apa yang paling penting ia melawan arus zaman ini.
Ah, karut semua itu.Sepatutnya kalian yang membawa Islam ini dan menjadi contoh kepada pelajar dan membimbing pelajar di sekolah ini. Kalian tidak merasai apa yang aku rasakan, kerosakan akhlak pelajar dan  ada yang lebih teruk daripada itu yang tidak dapat aku ceritakan di sini. Aku bukan tidak menghormati guru-guru ku itu, tetapi di sebabkan apa yang aku alami ini. Tidak memungkinkan aku membisu seribu bahasa begitu sahaja. Pembangunan pelajar mesti di lakukan. Cukuplah ia hanya menjadi rahsia yang cuba aku lupakan dari diri ini.

Apakah salah apa yang ingin ku lakukan ini. Aku cuma ingin menghidupkan kembali bi’ah(suasana) ini di sekolah kita. Apa yang kalian lakukan untuk Islam? Aku mempersoalkannya di dalam hati kecilku ini dengan penuh keras walaupun aku hanya membisu seribu bahasa tatkala guru bertanya siapa yang melakukannya. Tidak perlu di beritahu , cikgu atau pelajar sudah tentu dapat menekanya.

Di kalangan pelajar pula sudah tentu mereka akan mengatakan sesuatu yang tidak baik tentangku. Paling tidak mereka akan mengadu pada guru mereka dan kalau kebetulan guru mereka mengajar aku, sudah pasti aku di salahkan atau mungkin di sindir secara tidak lansung.
Macam biasa jugalah, aku hanya buat tidak endah terhadap apa yang guru katakan. Sudah pasti yang paling tidak menyukai empunya diri ini adalah golongan pelajar yang duduk dalam asrama. Apa tidaknya mereka terpaksa ikut apa yang aku lakukan iaitu mengetatkan disiplin agama. Kadang-kadang itu ada juga yang sampai tahap nak menimbulkan perbalahan dan pergaduhan, tapi syukur pada Allah kerana menjauhkannaya daripada berlaku.



Aku tidak suka bergaduh, apa lagi mencari gaduh. Bahkan kalau aku tahu ada pelajar asrama yang bergaduh maka tunggulah jawabnya.
Aku bukan apa , aku ingin melihat kaum muslimin kembali bersatu dan cinta menyintai antara satu sama lain. Kata-kata ”sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara” sentiasa aku laungkan. Aku ingin menyemai bi’ah(suasana) ini dalam diri mereka sebelum mereka keluar dari sini, serta sekali gus akan mempraktikkannya di kemudian hari.

Kenapa aku melakukan semua itu, walaupun banyak kata-kata sindiran dan umpatan yang di lemparkan saban hari.
Kerana siapa, kalau bukan demi Islam yang aku cintai. aku mula metakkan prinsip hidupku dan membina matlamat hidupku.

Aku melakukan segala-galanya tapi aku lupa siapa diri aku yang sebelum ini, aku tanya kalian semua adakah mungkin seorang yang kalian pandang hebat daripada zohirnya tapi amat rapuh dari segi batinnya akan diberikan pertolongan oleh Allah azza wa jala.Mana mungkin seseorang yang melakukan kerja-kerja dakwah dalam masa yang sama ada tunggangan maksiat di belakangnya. Adakah ini golongan pemuda atau kita panggil sebagai syabbab yang akan membawa masa depan Islam di kemudian hari yang kalian semua harapkan. Lupakah kita pada firman Allah dalam surah as-sajdah yang selalu di baca oleh imam-imam masjid pada waktu subuh hari jumaat satu minggu sekali itu. Allah berfirman adakah sama orang-orang yang mukmin dengan orang-orang yang fasik, apa jawab Allah , sama sekali takkan sama. Oh, alangkah lemahnya diri ini dalam melaksanakan perintah-Nya itu. 

Aku menangis bersama seorang sahabatku yang sanggup menangis bersamaku. Dialah sahabat yang sanggup menemaniku menangis memikirkan usaha dakwah kami yang menanggung pelbagai ujian di sini. Di luar aku nampak bengis tapi siapa tahu di waktu yang lain air mata ini mengalir memikirkan keadaanku dan diri mereka. aku memikirkan kenapa aku begitu mengambil berat persoalan pembentukan akhlak pelajar di sekolah ini. Siapa aku ni pada mereka, aku bukan ahli keluarga mereka tapi kenapa,kenapa aku terlalu mengambil berat hal mereka. 

Aku pun tak tahu kenapa aku berkelakuan begini. Aku Cuma menganggap mereka macam saudaraku sendiri yang perlu di tarbiah dan di didik dalam merentasi usia remaja yang menipu daya ini. Bukan apa kerana aku pernah sesat didalamnya kalau bukan Allah datang membimbingku kembali, aku pun tidak tahu apa yang aku akan jadi sekarang. Tak payahlah aku ceritakan sejarah silam yang telah memalit kotoran pada diriku ini. Cukuplah aku menebus kembali dengan memimpin mereka di bawahku ini dalam memilih jalan yang benar.

Sekali lagi aku ingin memohon maaf kepada kalian jika kelakuan ini telah 
menambah benci kalian pada diriku ini. 
Tetapi sedarlah bahawa aku lakukan itu adalah untuk melihat 
kalian menjadi seorang yang berakhlak dengan islam. 
Bukan untuk diriku tetapi segala-galanya demi kalian 
kerana Allah dan rasul yang ku cintai.

Dari insan yang serba lemah dan dhoif.