Friday, November 15, 2013

Usrah kehidupan: Di Lebatan Malam

Seusai tugas seharian, aku menjalani rutin harian seperti biasa di rumah bujangku. Kehidupan siang harinya sebagai penuntut ilmu tidak melupakan siapa aku sebagai seorang yang mesti punya tanggungjawab terhadap masyarakat. Ya, ilmu dituju tetapi dalam masa sama tugas sebagai sang pencerah tidak dilupakan.

Menemani teman yang setia berbuka puasa pada 10 muharam sempat membuka beberapa kisah kehidupan. Inilah yang dikatakan alam yang ditempuhi kini perlu sentiasa realiti agar kita sentiasa sedar bahawa kembali kelak, alam inilah yang menjadi kayu ukur berjaya atau gagal di alam seterusnya. Kadang-kadang bila kita berjumpa dan berbincang bersama sahabat kita, pasti kita akan temui beberapa perkara yang tak tersangka oleh pemikiran kita. Melihatnya dari luaran siapa sangka bagaimana dalamannya bermonolog. Oleh itu, disinilah peranan sahabat dalam memandu sahabatnya.

Melihat malam yang menunggu masa kehadiran hujan rahmat untuk membasahi bumi ilahi ini, diri termenung seketika sehingga disapa oleh seorang sahabat yang mengajakku dan teman serumahku untuk menjalankan beberapa aktiviti pada malam itu. Syah mengajak aku dan teman serumahku Fikri untuk menampal dan menggantung banner sempena program bicara ekonomi pasca 2014. Bagiku ini satu program yang bagus dan memberikan kesedaran terhadap masyarakat akan apa hak-hak mereka yang perlu mereka ketahui.

Dengan menaiki sebuah kereta kami bergerak ke Seremban dalam kerintikan hujan di malam hari. Setibanya di sana kami bergabung dengan dua orang lagi sahabat kami iaitu abang Rash dan abang Hal. Dengan abang Rash  sebagai master mind untuk operasi malam itu kami bergerak ke tempat-tempat tertentu untuk menggantung banner dan menampal poster pada malam itu.

Baru satu banner digantung dan hujan makin lebat sehingga kami terpaksa menangguh program kami di sebuah kedai makan di waktu dinihari ketika itu. Supper yang sepatutnya di waktu akhir diawalkan dek kerana menunggu hujan reda sedikit. Mmm, apa lagi aku dan saiful terus memesan "lamb chop" untuk hidangan "supper" kami pada malam itu. Hehehe, malu pua ada sebab melihat teman-teman yang lain hanya memesan hidangan yang biasa sahaja. Mataku terkebil-kebil keseorangan melihat orang didepan, kiri, dan terutamanya di kananku pada waktu itu.

Terasa bersalah juga pada waktu itu tetapi apakan daya "supper" kami pada malam itu ditanggung oleh seseorang. Huhuhu, balasannya aku tidak dapat makan "lamb chop" itu kerana tidak dapat diserasikan di dalam mulutku ini.Apa-apa pun terima kasih kepada yang sudi membelanja kami pada malam itu.

Sambil menikmati makan pada malam itu sempat kami berlima berbincang dan berdiskusi ringkas pada malam itu sebelum bergerak menyesalkan tugas kami yang sebelum ini tertangguh. Kami kembali menyesalkan tugas kami pada malam itu dalam keadaan hujan yang masih tetap turun menyimbah bumi ini. Walau apa sekali pun tugas mesti diselesaikan pada malam ini juga, kami bergegas ke tempat lokasi yang telah ditetapkan untuk menampal poster dan menggantung banner program.

Dalam hati, timbul rasa kekaguman terhadap jiwa-jiwa pemuda yang ada di sekelilingku ini. Mereka bukanlah pemuda yang hanya meletakkan setiap perkataan yang keluar dari mulut-mulut mereka tetapi setiap kata-kata mereka itu diletakkan pada tindakan mereka untuk menatijahkan keizzahan Islam itu, seakan-akan alam memahami tindakan kami pada malam itu dan turut serta menyimbahi bumi dengan hujan rahmat bagi melihat kehijauan alam ini terus berlansung.

Alhamdulillah, akhirnya selesainya tugas kami pada malam itu dan berakhir pada pukul 3.30 pagi dan kami terus pulang ke rumah masing-masing. Ketika didalam kereta dalam perjalanan pulang ke rumah, aku melihat sahabatku yang di depan sudah ketiduran dan sahabatku yang seorang lagi masih memandu kereta mencari skill-skill baru pemanduan. Dalam hatiku terdetik kata-kata, "keletihan kalian semua pada hari ini demi umat, alangkah bangganya dan kagumnya aku kerana dapat bersama merintis perjalanan ini bersama kalian".

Thursday, November 14, 2013

Perjalanan kemarin untuk hari ini

Hari semalam

Tidak semua sedar bahawa apa yang telah ia lalui semalam adalah menentukan siapa mereka di kemudian hari. Bukan semua perjalan yang dirancang itu berjalan seperti apa yang dirancang, ada kalanya keenakan dan keselesaan yang diimpikan itu tidak seperti yang dihajati. Tetapi sedarlah kita semua, bahawa peribadi orang-orang yang namanya gah pada hari ini, sudah sepastinya kita akan mendapati setiap ayunan langkah kaki mereka pernuh dengan cabaran dan ujian yang mendatang. Ya, mereka juga macam kita merancang tetapi persediaan untuk menghadapi perancangan itulah yang meletakkan kelebihan kepada mereka. Justeru, persoalan itu berbalik kepada kita,pernahkah kita selepas merancang sesuatu memikirkan pula bagaimana untuk menghadapi perancangan itu?

Tidak ramai yang berjaya dengan mudah. Jika ada mungkin itu rezeki dan anugerah yang diberikan pada mereka. Sebaliknya kebanyakkan dari rata-rata mereka yang berjaya pasti melalui pelbagai pengalaman dalam kehidupan mereka dan hasilnya itulah mereka yang berdiri pada hari ini.

Sebut soal usaha, dari mana kemahuan itu datang

Persoalan usaha dan kemahuan, inilah yang akan menatijahkan sama ada diri istiqomah atau tidak ke arah matlamat yang ingin dicapai. Mudah, tidak! Ia tidak semudah itu.

Usaha ini bertitik tolak dari kemahuan yang kuat yang lahir dari hati. Apa yang mendorong kemahuan tersebut sehingga menatijahkan tindakan usaha untuk mencapai apa yang dihajati. Mungkin inilah yang dikatakan sebagai kemahuan yang berpasak atau dipasak sehingga diterjemahkan sebagai satu keazaman yang bersimpul kukuh didalam hati untuk mencapai apa yang dihajati.

Adakah kemahuan itu boleh datang dan pergi sesuka hati? Ya, sudah tentu kemahuan itu boleh datang dan pergi sesuka hati jika ia diletakkan sebagai angan-angan kosong tetapi sebaliknya pasti berlaku jika kuasa dari kemahuan itu ditukar kepada kuasa keazaman untuk menggerakkan gear-gear usaha. Hal ini demikian kerana dari keazaman inilah yang sebenarnya akan diikuti pula oleh tindakan untuk mencapai matlamat yang diingini, sama ada matlamat jangka pendek atau panjang.

Dari kaca mata Islam

Soal hari semalam, hari ini dan masa hadapan, selalu dipandang serius oleh agama ini. Hal ini kerana Islam melihat tiga tempo masa ini saling berkait dalam kehidupan seorang individu muslim itu. Bukan itu sahaja, malah dari ketiga-tiga bahagian masa ini akan menterjemahkan jatuh bangun kehidupan umat itu sendiri. Lihat sahajalah bagaimana kombinasi dari tiga masa ini tidak pernah diabaikan dan disisihkan dari penceritaan di dalam al-Quran. Persoalannya, kenapa tiga masa ini diberi penekanan sebegitu rupa? Hal ini bertujuan umat manusia khususnya muslim sentiasa belajar dari kesilapan dan kejayaan umat-umat terdahulu untuk dibawa di dalam kehidupan mereka sehari-harian.

Hadis baginda Rasulullah saw ini yang tidak asing bagi kita ini berkenaan seseorang yang mana sabda baginda jika di tangan kamu mempunyai sebiji dari biji tamar dan pada masa sama kiamat terlalu hampir dengan dirimu, jika sempat kamu menanamnya maka tanamlah biji tamar tersebut. Dari hadis ini dapat kita mengambil pengajaran supaya sentiasa melihat kehadapan dan tidak mudah memandang kebelakang kerana inilah ciri kemuliaan seorang muslim. Moving Forward.

Seharusnya kesedaran ini digerakkan bagi menggerakkan umat Islam yang masih lena dari tanggungjawab mereka. Supaya dengan ini mereka sedar akan peranan hidup mereka dan sekaligus bagaimana memperanankan kembali peranan hidup mereka sebagai khalifah di muka bumi Allah.

Semoga hadis ini mengingatkan kembali urusan yang belum kita selesaikan di atas muka bumi ini, "tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan tiap-tiap kamu akan dipertanggungjawabkan ke atas kepimpinan kamu".

Masa sebagai teman dan juga mungkin sebagai musuh dan pada saat itu, waspadalah!!!

Thursday, October 3, 2013

Seputar wacana anak muda

Wacana anak muda yang dianjurkan oleh NGo semalam sangat mengujakan dan menarik minat penulis untuk memberikan sedikit pandangan dan komentar persendirian. Sebelum itu penulis memberikan kredit kepada mereka yang berusaha menganjurkan program sebegini. Wacana yang diberi tajuk "Survival PAS dalam arena politik Malaysia" merupakan satu wacana yang menarik yang menggunakan satu kaedah dan metod sangat membantu dalam membenihkan lagi pencambahan pemikiran dewasa ini melalui soal jawab peserta dan ahli panel.


Beberapa pandangan penulis terhadap wacana anak muda

Penulis cuba bersikap objektif dalam setiap perkara sehinggalah walau siapa pun yang mengadakan program penulis akan cuba melibatkan diri tidak kiralah ia adalah program yang dianjurkan oleh ulama', pemuda, dan profesional. Bagi penulis sikap sebeginilah yang akan menjanjikan keterbukaan dan bukan hanya duduk dan membela sesetengah pihak sahaja.

Minda terjajah sudah tidak relevan lagi pada pandangan penulis pada hari ini. Apa yang penulis maksudkan dengan minda terjajah ini ialah tanpa mengkaji dan meneliti terhadap sesuatu perkara dan tambah buruk lagi jika ia dibina atas dasar fanatik dan taksub. Lalu disini penulis ingin bertanya dimanakah sifat keterbukaan disitu jika itulah yang menjadi landasan pemikiran.

Masyarakat yang bebas mengakses pelbagai maklumat hari ini tidak boleh disekat dan dihalang pemikirannya. Tetapi perlulah disediakan satu ruang bagi memberi mereka peluang untuk mengatur bicara peluang bagi menyatakan segala pandangan dan kritikan mereka. Bukan itu sahaja malah pengurusan pemikiran yang pelbagai ini perlu dilakukan dengan bijaksana agar dapat meraihkan pelbagai cabang pemikiran yang ada.

Penulis melihat bagaimana budaya mengkritisi sesuatu wujud dari wacana anak muda yang diadakan ini. Pandangan serta candangan dan tak dilupakan kritikan datang dari pelbagai pihak yang terdiri dari pelbagai jalur pemikiran dan tidak kurang juga dari Non-muslim.

Wacana yang diadakan ini telah memberikan satu ruang yang sangat didahagakan oleh orang muda sejak sekian lama. Hal ini kerana kita diajar hanya semata-mata untuk patuh dan mengikut sahaja tanpa boleh menyatakan cadangan serta pandangan. Melihat kepada program wacana yang dianjurkan semalam sangat terbuka dan meraihkan keterbukaan yang selama ini dilihat agak sempit.

Mungkin beredarnya masa di ikuti keterbukaan langit yang terbuka hari ini, tidak dapat tidak PAS juga seharusnya menerima keterbukaan ini dengan berlapang dada. Jika PAS ingin menyediakan garis panduan bagi perkara ini tidak ada salahnya cuma apa yang penting disini ruang keterbukaan yang sanggup mendengar dan menghadapi golongan yang pelbagai yang ada.

Konsep keterbukaan dalam wacana yang dianjurkan ini sangat mengujakan penulis apabila soalan yang datang dari pelbagai peserta program wacana anak muda ini dijawab dengan penuh bijaksana oleh para ahli panel.

Penulis secara jujurnya sangat menyokong program sebegini kerana ia membuka satu dimensi baru bagi setiap ahli PAS agar tidak lagi takut untuk berdepan dan menghadapi arus gelombang pemikiran yang semakin rancak bermain-main di lautan samudera. Seharusnya wacana seperti ini perlu disokong dan diadakan lebih kerap lagi agar kita dapat dengan mudah meneliti dan menghayati pemikiran mereka, sekaligus menyediakan satu ruang yang sebaiknya pada mereka agar "survivor" PAS terus bertahan selama-lamanya.


Beberapa perkara yang dikritisi penulis

Ahli panel tak tahu tajuk

Penulis terkejut juga apabila mengetahui apabila para ahli panel sendiri tidak tahu akan inti pati progran yang sedang diikutinya. Seharunya pihak penganjur perlu memastikan perkara yang kecil sebegitu tidak berulang lagi. Ia seakan program yang dijalankan ini tidak serius dan main-main. Ya, memang benar ia adalah hanya wacana orang muda tetapi janganlah memandang wacana ini seakan-akan program kanak-kanak sekolah.

Hal ini kerana penulis yakin semua peserta yang hadir adalah terdiri dari pelbagai latar belakang akademik, kerjaya dan lain-lain. Apa yang lebih penting ia adalah melibatkan nama PAS itu sendiri. Sedangkan yang hadir ada juga dari kalangan cina dan india di negara kita ini.

Perkara yang remeh tetapi pada penulis ia adalah satu perkara yang besar apabila ia menunjukkan bagaimana standard pengurusan mengendalikan sesuatu program itu. Jangan kerana kesilapan kita, orang lain yang mendapat nama.


Kain rentang tertulis wacana anak muda dan profesional, dimanakah keterbukaan dikatakan?

Apabila moderator menyebut wacana ini adalah bertujuan untuk meraihkan segala jenis keterbukaan yang ada, lalu penulis bertanya pada diri kenapa pada kain rentang tertulis perkataan ini "Wacana anak muda dan profesional". Dari perkataan yang tertulis itu penulis merasakan keterbukaan itu masih lagi sempit dan hanya berlegar-legar dalam kelompok yang syok sendiri. Lalu persoalannya dimanakah keterbukaan yang dikatakan itu.

Adakah wacana ini semata-mata golongan profesional sahaja yang boleh ikut turut serta. Jadi dimanakan tempat bagi golongan agama dalam wacana ini. Sepatutnya jika benar ia sebuah wacana yang terbuka perlu diteliti setiap perkataan yang dititipkan di atas kain rentang. Penulis beranggapan perkara ini perlu dilihat dan diamati di masa hadapan agar ia tidak berulang lagi.

Dengan ini penulis yakin keterbukaan yang dikatakan itu pasti mencapai matlamat dan objektif yang dikehendaki oleh penganjur di masa hadapan.

Hentaman terhadap Program Multaqa' ulama

Penulis sempat menghadiri dan mengikuti program Multaqo' Ulama' yang diadakan di Kedah baru-baru ini. Tetapi bayang-bayang moderator yang laju memperkatakan tentang sisi negatif program yang diadakan di kedah itu tidak pula penulis temui. Penulis tidak menyalahkan para moderator yang bertungkus lumus menjayakan program ini dengan bertanyakan beberapa soalan bagi mehidupkan suasana program.

Tetapi penulis tidak dapat terima sesuatu kritikan soalan dari sesiapa sahaja jika ia tidak turut serta mengikuti program multaqo' ulama'. Seseorang yang tidak tahu tentang sesuatu perkara itu lalu ia bercakap tentang perkara itu. Lalu dimanakah keabsahan dari kata-katanya itu, sedangkan ia tidak menghadapi dan mengalami sendiri pengalaman itu.

Jadi dimanakah objektifnya soalan itu? Penulis melihat dan menekuni sesuatu perkara secara objektif. Ok, baiklah mungkin beliau para moderator melihat u-stream melalui internet. Tetapi soalan yang dibawa oleh para moderator seakan ingin membina jurang yang tinggi. Sedangkan beberapa resolusi dari program Multaqo' ulama' yang salah satunya dari resolusi itu adalah ingin melihat kesatupaduan dua kelompok ini dalam satu bahtera tidak pula dinyatakan.

Adakah benar para moderator mengikuti perkembangan program Multaqo' ulama di kedah melalui internet atau mungkin ada "hidden agenda" di sebalik soalan yang berbau permusuhan dan seakan membina jurang yang semakin dalam seakan-akan jurang Mariana di Filipina.


Kesudahannya.

Ini semua adalah pandangan, cadangan serta kritikan penulis terhadap wacana anak muda yang berlangsung semalam. Semoga program ini akan diteruskan lagi di masa hadapan dengan lebih "Objective" kerana di situ akan memperlihatkan lagi kematangan dan keterbukaan dalam meraih segala jenis pemikiran yang ada.

Semoga dengan penulisan ini penulis berharap inilah keterbukaan yang kita dambakan dan inginkan. Semoga ia dilihat sebagai satu kritikan yang positif oleh sesiapa sahaja. Akhir kata, penulis sangat menyokong program yang sebegini.

~Be Objective In Your Word And Action~



Wednesday, September 25, 2013

Berbicaralah dengan ulama' walau beliau sudah pergi

Berbicaralah selalu dengan ulama' walau beliau sudah tiada lagi di alam dunia ini. Ulama adalah penerang kepada kegelapan yang menyelimuti ulama. Merekalah yang menggalas amanah ini dibahu buat meneruskan perjuangan para ambiya' dan rasul. Kehadiran mereka menjadikan ummat ini celik akan ilmu pengetahuan. Kehilangan mereka merupakan satu kehilangan yang besar kepada ummah ini.

Mereka sedar akan hal ini, oleh itu mereka telah meninggalkan satu khazanah yang amat berharga kepada umat ini agar umat ini terus dibimbing dalam menelusuri lautan ilmu yang terbentang luas ini. Merekalah yang telah bersusah payah demi mempermudahkan urusan kita yang ada pada hari ini dalam mencari dan meneliti pelbagai ilmu pengetahuan yang ada pada hari ini.

Kitab-kitab karangan mereka menjadikan mereka sentiasa hidup disamping manusia yang ada pada hari ini, walau mereka telah meninggalkan dunia ini beratus-ratus tahun dahulu. Nasihat dan ajaran mereka terus hidup sehinggalah sudah tidak ada lagi masa buat dunia ini.

Membayangkan diri sedang duduk di kuliyah yang diajar oleh para ulama'-ulama' tatkala tangan ini membelek setiap lembaran kertas yang mengandungi penulisan ulama' silam yang sanggup menanggung jerit perih ini demi generasi ummah akan datang. Alangkah indahnya perasaan ini saat diri merasakan seakan-akan para cendikiawan islam sentiasa hidup dan terus hidup demi mendampingi mereka yang cintakan akan ilmu.

Mereka tidak pernah letih dan penat untuk menerangkan dan mencerahkan ummah ini agar sentiasa berada dalam lembayung rahmat ilahi. Tetapi sayangnya bila kebanyakan antara kita mula merasa jemu untuk membelek lembaran khazanah yang ditinggalkan ini. Hanya tinggal untuk difahami dan disampaikan sahaja, itu pun dikira susah dan sukar oleh ummat pada hari ini. Muhasabah diri perlu dilakukan bagi menginsafi diri kerana lihat sahaja bagaimana pengorbanan yang dilakukan umat terdahulu sehingga sanggup mengorbankan masa rehat mereka, sehingga ada juga yang tidak berkahwin kerana tidak pernah terlintas di fikirannya lantaran hanya memikirkan perihal ilmu setiap masa.

Semangat dan usaha yang pernah dirintis oleh ulama' terdahulu perlu dicontohi para pencinta ilmu yang ada pada hari ini. Hal ini kerana kalian telah selangkah melangkah menjejaki perjalanan sang pencerah ummah ini.Semoga suatu hari nanti nama kalian pula yang seharum nama-nama mereka yang telah menyediakan diri mereka demi menyambung perjuangan baginda Rasulullah saw terhadap ummah ini.

Thursday, September 19, 2013

Bila aku mengerti apa itu kehidupan

Nak mengerti bukan satu perkara yang mudah kerana banyak proses kehidupan yang perlu dilalui bagi membuahkan kematangan mendepani hari esok.

Kehidupan sesuatu perkataan yang tidak dapat tidak pasti akan ditempuhi oleh setiap orang yang bergelar insan. Selagi nyawa masih dikandung badan selagi itulah proses ini akan terus berjalan.

Kegagalan bukan suatu perkara yang asing dalam kehidupan ini. Kadang ialah peneman yang terbaik bagi kehidupan agar supaya rencana kehidupan dapat di atur dengan lebih baik selepas ini.

Hidup ini penuh dengan warna-warni tetapi persoalannya bagaimanakah kita mencorakkan warna tersebut agar ia menjadi satu seni yang agung dan tidak akan dilupakan manusia serta menjadi sebutan makhluk langit.
Seni, coretan, warna-warni, inilah yang sebenarnya menjadi pengisi keindahan dalam kehidupan itu.

Ujian dan cubaan tidak pernah sepi disepanjang lereng-lereng perjalanan agar menjadi satu latihan menuju kejayaan yang agung.

Teman-teman dan mereka yang disisi menjadi satu aspek pelonjak ke arah itu. Merekalah yang menjadi tempat buat mengadu suka duka kehidupan yang penuh mencabar ini. Oleh itu, bijaklah memilih rakan-rakan di samping agar mereka sudi berpimping tangan denganmu dalam meredah samudera kehidupan ini.

Kehidupan bukan sesuatu yang statik tetapi ia akan berubah-ubah mengikut keadaan seseorang itu, cuma bijaklah menilainya agar tidak tersilap langkah dalam memilih perjalanan ini.

Semoga Allah SWT membimbing setiap jiwa-jiwa ini dalam mencapai keredhoanNya di dalam dunia milikNya ini. Agar cabaran dan dugaan yang mendatang dapat dihadapi dengan hati yang tenang dan tabah.

Wednesday, September 18, 2013

Ulama dan Profesional mereka adalah makhluk Allah

Isu yang tak pernah selesai dari dulu sampai sekarang, sehingga kadang-kadang menjadikan diri ini sudah muak dengan apa yang berlaku. Siapa yang mewujudkan perbalahan ini? Bagi aku yang memerhatikan kedua-dua keadaan ini tidak ada apa-apa pun sebenarnya melainkan satu pembodohan yang dirancang bagi melemahkan lagi gerakan jemaah islam ini.

Tetapi yang masalah kepada permasalah ini ialah mereka yang dengki dan hasad antara satu sama lain. Golongan yang sentiasa mencari peluang untuk mengapikan keadaan perlu dilihat dan diperhati dengan teliti, agar tidak termasuk ke dalam jerangkap samar yang dipasang.

Mereka yang bermasalah dengan golongan ulama' ini sentiasa mencari ruang-ruang untuk mewujudkan bibit pemusuhan dalam kalangan ulama dan profesional. Natijahnya, mereka yang tidak tahu menahu menjadi mangsa kuda tunggangan untuk menyemarakkan lagi api kedengkian ini.

Bila diperhati dalam kalangan ulama ini, mereka ini tidaklah seperti yang dikatakan. Bahkan bila bercakap penuh hikmat dan bijaksana dalam ucapannya. Malahan mereka cuba berikhtiar untuk merapatkan jurang yang terbina ini dek kerana kesalah fahaman yang dibuat mainan oleh sesetengah pihak.

Lalu apa peranan kita? Adakah untuk menyemarakkan lagi api yang sudah sekian lama marak ini. Tidak sama sekali tidak, peranan kita juga adalah sama iaitu menjadi perapat kepada kedua-dua golongan ini dan mengurangkan kesalah tanggapan terhadap apa yang berlaku.

Semoga selepas ini kita tidak lagi "share" sesuatu melalui apa-apa laman sosial jika kita tidak mengetahui pangkal baik buruk ceritanya. Kadang-kadang mereka yang share ni tidak tahu apa yang berlaku tetapi oleh kerana di dorong oleh fahaman taksub yang membabi buta kononnya atas nama ingin membela seseorang yang mereka kagumi menheret semakin ramai yang terperangkap dalam kebodohan ini.

Dan akhir kata bijaksanalah ketika jari-jari tangan sedang leka menari di atas papan-papan 'keyboard'. Agar perpecahan dapat dibendung, sepakatan dapat dibina.

Kejernihan air sungai

Tidak siapa tahu apa yang ditempuhnya suatu hari nanti tetapi setiap apa yang telah ditulis di luh mahfuz ini hanya tuhan yang esa yang maha mengetahui tiap-tiap sesuatu baik buruknya. Tak dapat dibayangkan bagaimana lumpur hitam yang terpalit pada pakaian pasti hilang apabila ia dibasuh dengan serbuk cucian yang terbaik, lalu mengalirlah air membawa kesan-kesan lumpur yang sudah tertanggal itu.

Setiap insan tidak pernah mendapat semua yang dikehendakinya di dunia ini. Tahu kenapa? Kerana Allah ingin melihat bagaimana setiap hambanya berdepan menghadapi setiap ujian dan cubaan yang dikenakan atas setiap hambaNya itu.

Disangka setiap ujian itu hanyalah berbentuk kesusahan tetapi siapa sangka bentuk kesenanganlah yang paling dasyhat sekali. Kerana kedamaian itu menjadikan kita semua leka sehingga terlena sehingga tidak sedar malapetaka kehancuran semakin hampir.

Sekali kita bangkit dari kejatuhan jangan pernah untuk jatuh lagi kerana sekali kita jatuh adalah amat sukar untuk kita bangkit kembali seperti mana saat pertama kita memulakannya.

Peliharalah dirimu dari larangan dan dosa kerana dibimbangi akan mengundang kemurkaan tuhanmu. Semua yang terhalang boleh jadi berpunca dari diri kita sendiri yang bergelumang dengan dosa maksiat sehinggakan menyebabkan hati ini mati.

Peliharalah ia kerana dikau tidak tahu bila dikau akan kembali kepadanya.

Sunday, May 26, 2013

Dari tulisan turun ke hati


Dari tulisan turun ke hati

tetapi mana mungkin ia akan turun ke hati jika penulisnya tiada ikhlas. Waspadalah wahai teman kerana syaitan tak pernah lekang dari dirimu. Boleh sahaja ketika engkau meng update status2 islamik, syaitan melemparkan panah-panah berbisanya pada hatimu. Nilailah kembali perbuatanmu itu adakah ia ikhlas kerana Allah atau semata-mata untuk melihat ramainya orang LIKE pada statusmu itu.

Mungkin kisah pendek ini boleh jadi pengajaran pada kita semua.

Ada satu kisah di mana seorang tuan guru bersama pemandunya turun dari rumah untuk pergi menyampaikan ilmu di sebuah tempat pengajian agama. Dalam perjalanan tersebut tiba-tiba tuan guru tadi memerintahkan pemandunya untuk balik semula ke rumah.

Setibanya di rumah tuan guru tadi masuk melalui pintu rumah dan berhenti di belakang pintu dan memusingkan badannya menghadap ke luar rumah. Tuan guru berdiam diri sejenak kemudian melangkah kakinya keluar dari rumah lalu masuk kembali kedalam kereta.

Tuan guru memerintahkan kembali si pemandu kereta untuk membawanya kembali ke tempat pengajian tadi. Si pemandu merasa hairan dengan sikap dan perangai yang ditunjukkan tuan guru tersebut lalu beliau bertanya kepada tuan guru akan peristiwa yang berlaku sebentar tadi.

Kata tuan guru ketika dalam perjalanan yang pertama tadi datang satu perasaan ria' dalam hatinya lalu apabila dia sedar akan hal ini dia ingin balik semula ke rumah dan melangkah keluar dari rumah dengan niat yang ikhlas kerana Allah untuk menyampaikan agamaNya.

SubhanaAllah, lihatlah bagaimana seseorang itu sanggup mengulangi perjalanannya dari awal agar awal perjalanannya hingga akhirnya adalah semata-mata kerana Allah.

Semoga kisah pendek ini dapat mengoreksi balik diri kita sejauh mana perhubungan kita dengan Allah SWT selama ini. Adakah hati kita merasa sebegini??? Tak perlu jawab, tanyalah pada diri masing-masing.

Saturday, May 18, 2013

Edward B. Tylor dalam mendefinisikan agama

Rasanya belum ada lagi yang menulis pasal Edward B. Tylor ni. Jadi penulis tampil untuk menulis penulisan akademik dalam bentuk yang santai dan mudah difahami. Selepas dua hari membaca dengan tekun dan teliti, inilah yang dapat penulis temui dari seorang tokoh yang tidak asing di dunia barat sana. Suatu masa dahulu Beliau Sir. E. B. Tylor pernah menggemparkan dunia anthropology apabila beliau tampil dengan teori yang diasaskannya. Buku beliau yang rasanya belum ada yang diterjemahkan dalam bahasa melayu iaitu Animism dan the primitive culture cukup sinonim dengan dunia anthropologi.

Sesiapa yang mengaku terlibat dengan dunia anthropology tidak akan asing dari membaca bukunya, sekaligus menemui titik persamaan dan kritikan terhadap pandangan beliau sendiri.

Edward telah mendefinisikan agama sebagai the belief in spiritual being. Tetapi apa yang dimaksudkan dengan spiritual being itu tidak pula dijelaskan oleh beliau. Tetapi apa yang pasti Edward cuba menyadarkan sesuatu titik permulaan agama itu dengan animisme kerana katanya setiap perkara yang berlaku di dunia ini mesti mempunyai kaitan dengan animisme.

Teori yang menjadi sandaran Edward

Metod yang diguna pakai hanya bersandarkan pada teori spekulative semata-mata. Teori spekulative tidaklah berdasarkan mana-mana kajian tetapi hanya berdasarkan pandangan yang dilihat oleh beliau dan disandarkan kepada logik semata-mata.

Edward juga turut sama terlibat dengan teori evolusi yang diasaskan oleh Darwin walaupun dalam beberapa perkara beliau tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang dinyatakan oleh Darwin. Tetapi beliau cuba mengaitkan setiap evololusi itu mempunyai kaitan dengan primitive culture.

Kritikan terhadap Edward

Apa yang pasti mengenai idea yang dilantorkan oleh Edward ini dilihat terlalu primitif dan ke belakang. Hal ini disebabkan takrif sempit yang diberikan oleh Edward sendiri dalam meletakkan definisi terhadap agama itu. Ramai cendikiawan dari barat sekali pun melahirkan kritikan terhadap tulisan Taylor sendiri dalam bukunya berjudul 'Animism'.

Jika dilihat dari sudut pandang Islam sendiri sudah pasti ini jauh bertentangan dengan prisip al-Din dalam Islam itu sendiri.

Beberapa perkara yang dipersetujui

Tidak dapat tidak bukan semua perkara yang tertolak dari teori yang diasaskan oleh E.B.Taylor. Dalam keadaan ramai dikalangan para sarjana yang menolak perkara-perkara ghaib, Taylor tampil dengan mengentengahkan isu animism dalam masyarakat. Sekali gus membuktikan kepercayaan akan adanya alam ghaib di luar sana.

Akhir kata, ini hanyalah pandangan kerdil penulis terhadap Taylor kerana masih banyak kajian dan pembacaan perlu dilakukan jika kita hendak memperkatakan sesuatu hal terhadap seseorang itu. Moga penulisan ini sedikit sebanyak menjadi pembuka cerita terhadap siapa sebenarnya pelopor bidang Anthropology ini.

Segala kesilapan dan teguran serta kritikan amat dialu-alukan.

Wednesday, May 15, 2013

Manuskrip Melayu antara kebenaran dan penyelewengan sejarah

sejarah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan kita kerana ia mempunyai sisi pandang yang amat bermakna bagi menjadi persoalan kepada jawapan siapa diri kita dan dari mana kita datang. Melalui sejarah kita dapat mengenali tamadun yang telah dicipta oleh sesuatu manusia itu.

Keilmuan, senibudaya, ketamadunan yang dilangkarkan kalam, kemanakah ia?

Penulisan-penulisan yang mencatatkan peristiwa penting sejarah telah banyak hilang. Penulisan ini yang lebih sinonim dengan pamggilan manuskrip melayu lama, kebanyakan telah dibawa keluar dari negara kita.

Hari ini, negara-negara barat menyimpan segala hasil khazanah dan sejarah negara kita. Mereka yang telah menjajah kita suatu masa dahulu telah membawa keluar segala manuskrip yang menunjukkan sejarah peradaban melayu di alam melayu suatu masa dahulu. Di dalam manuskrip itulah yang menjelaskan siapa kita sebenarnya.

Segala-galanya telah dirompak keluar dan jika kita ingin membelinya sekalipun dengan harga yang sangat mahal mereka tidak akan menjualnya kerana bimbang kebenaran yang telah disembunyikan akan tersingkat. Jika dapat pun hanya cebisan manuskrip yang tidak mempunyai harga dan kepentingan pada mereka.

Penyelewengan sejarah tanah melayu oleh para penjajah barat.

Ada kata-kata yang mengatakan bahawa jika kamu mahu menawan sesuatu bangsa, maka dalamilah dahulu keilmuan mereka. Hari ini sudah terbukti apabila sejarah negara kita tidak dimiliki oleh kita malahan tersimpan kemas di perpustakaan luar negara antaranya perpustakaan British, Landon dan lain-lain.

Oleh itu, mereka amat jelas dengan perilaku dan tabiat orang melayu kerana mereka mengkaji manuskrip-manuskrip sejarah tanah melayu. Lalu apa jadinya pada kita kini ialah kita dihidangkan dengan sejarah yang telah diputar belitkan oleh tangan-tangan durjana agar bangsa ini tidak dapat melihat kebenaran yang hak.

Tambahan lagi bangsa yang menghuni nusantara tanah melayu ini telah menerima Islam sebagai pegangannya sejak sekian lamanya. Sudah tentu ini mengundang permusuhan antara agama. Justeru, kita memahami bahawa Islam tidak akan pernah suram dari dimusuhi dan diserang.

Kesedaran generasi hari ini untuk mengembalikan kembali sejarah negara amat wajar. Pembersihan sejarah tanah melayu dari penyelewengan sejarah perlu dilakukan. Seharusnya tindakan sewajarnya perlu dilakukan kerana kita tidak mahu lagi para pejuang tanah air kita yang kebanyakannya terdiri dari para ulama ditohmah sebagai pemberontak dalam buku teks sejarah dalam negara kita.

Masyarakat kita perlu disedarkan bahawa nadi keilmuan  pernah bertapak di negara kita suatu masa terdahulu adalah kerana jasa para ulama di nusantara tanah melayu.

Cukuplah kita telah diperbodohkan oleh sejarah yang diputarbelitkan ini. Kita seharusnya mencari dan berusaha menjaga manuskrip melayu yang masih tersisa dan memeliharanya. 

Serta dalam masa sama berusaha mencari dan mengumpulkan manuskrip lama yang masih ada dalam negara kita agar ia terus terpelihara untuk tatapan keilmuan generasi masa depan agar mereka tidak lagi diperbodohkan seperti generasi yang ada pada hari ini.

Sunday, March 31, 2013

Aku menulis untuk apa

Bila difikirkan balik untuk apa aku menulis selama ini, adakah semata-mata untuk meraih populariti atau glamor atau mungkin dengan pelbagai lagi niat. Mmm, terserah. Tetapi apa yang pasti setiap penulisan itu mesti ada tujuan dan matlamat yang jelas dan memudahkan para pembaca untuk menghadamnya. Mungkin sedikit muhasabah untuk penulis untuk merenungi sejauh mana hubungannya dengan Allah selama ini.

Bila melihat beberapa penulisan dari blog yang lain aku rasa perlu untuk aku memuhasabah bahan penulisanku yang selama ini aku coretkan di atas kertas maya ini. Bagi kalian semua yang pernah ikut blog kebenaran tersirat ini mungkin sedikit kecewa kerana bahan bacaannya yang berterabur dan tidak tersusun rapi.

InsyaAllah dalam masa yang terdekat ini aku akan baiki persembahanku ini agar memudahkan kalian untuk membacanya. Mungkin beberapa sisi perubahan yang perlu aku lakukan untuk menjadikan ia lebih mudah dan menarik untuk ditatapi.

Apa yan pasti pengklafikasian bahan bacaan perlu dilakukan. Untuk sementara ini beberapa domain penulisan yang aku akan fokuskan adalah isu semasa, dakwah, tarbiyah, cerpen islamik, pengalaman penulis, dan keluarga.

Semoga penulis dapat sajikan yang terbaik dari masa ke semasa kepada semua pembaca.

Friday, March 8, 2013

Lahad Datu bergolak

Beberapa hari lepas tidak semena-mena negeri Sabah iaitu negeri kelahiran ibuku bergolak. Peristiwa penyerangan tentera sulu keatas wilayah sabah itu menggemparkan seluruh negara kerana menyebabkan kematian beberapa orang anggota polis Malaysia.

Deretan dari peristiwa ini, askar di bawah Kementerian Pertahanan telah dikerah ke kawasan tersebut bagi mengawal keadaan.

Buat pertama kalinya Malaysia kembali berada dalam situasi peperangan setelah sekian lama menyepi darinya. Serangan ini benar-benar mengejutkan keseluruhan rakyat negara ini.

Bersatu adalah jalan yang terbaik buat masa ini bagi semua pihak di Malaysia kerana tidak kurang juga yang mempolitikkan isu ini demi meraih undi dari rakyat kerana dalam masa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) sudah semakin begitu hampir menjelang.

Jalan yang terbaik bagi menyelesaikan tragedi ini perlu difikirkan kerana kedua-dua yang sedang berperang ini adalah dari umat Islam sendiri. Semoga perkara ini tidak merugikan umat Islam kelak kerana yang untungnya adalah pihak yang lain.

Tuesday, February 12, 2013

Di sebalik perjuangannya

Abdullah Ibnu Maqtum

Ayat 95

perihal dirinya disebut didalam al-Quran

2 golongan mujahidin dan qoi'dum

zaid bin thabit

turun tambahan ayat

kisah beliau dengan khalifah Umar

Matinya sebagai seorang syuhada

Rehlah dikala matahari terbenam

Di tepi pantai yang indah

Soal budi

Kacang cap tangan

Dalam hatiku kalaulah aku tak segan dengan mereka ini pasti penyampaianku lebih baik


pengalaman sebagai guru kafa

Teringat kenangan mengajar sebagai guru kafa pada tahun 2010 di sebuah sekolah rendah bukit tumbuh.

Mengajar di sekolah rendah Bukit tumbuh

Saat berhadapan dengan karenah anak-anak murid

Hari Guru di sekolah rendah bukit tumbuh

Sebenarnya aku tak patut menghukumnya sebegitu rupa

Anak-anak ini takkan ku lupakan

Selamat tinggal sekolah.

Pengalaman sebagai kuli

Pengalaman yang dilalui banyak mengajar erti kehidupan. Kisah kali ini ingin aku kongsikan pengalaman bekerja sebagai seorang buruh kontrak di tapak pembinaan.

Tak dapat dinafikan banyak perkara yang dapat aku belajar daripada pekerjaan ini. Aku merasa malu bagaimana aku yang sepatutnya sebagai seorang pemuda yang mempunyai pendidikan di peringkat tinggi boleh gagal dalam pengurusan kendiri berbanding mereka semua.

Sikap melengah-lengahkan masa  akan menyusahkan diri kamu suatu hari nanti Min. Hari ni mu masih muda takperlah tapi kalau mu sudah tua susah nak kikisa tabiat buruk tu. Aku tengok orang yang ada perangai gini min susah nak maju. Ni nasihat aku padamu min sebab kita pegang amanah dari orang. Kalau kita kerja pukul 8 pagi maka pukul 8 pagi kita kena mula start kerja. Nasihat Awang semen padaku.

Soal meleweh-lewehkan masa sangat membahaya. Aku tahu ye pasti merugikan diriku di masa hadapan kelak. Jangan tinggi masa hadapan sekarang ini pun aku dah banyak rugi dan ketinggalan berbanding orangyang lain.

Sifat selalu berprasangka dalam diri dan berangan-angan tanpa disusuli engan tindakan sangat merugikan diri ini. Berubahbukanlah sesuatu yang mudah tetapi apa salahnya kalau kita berubah untuk sesuatu yang akan menjamin kebaikan kita pada masa hadapan walaupun sekarang ini kesusahan yang dilalui.

Soal pergaulan dengan masyarakat pekerja disini menjadikan aku lebih banyak mendengar dan memerhati dari bersembang dengan mereka, tetapi tidaklah sampai jika ditanya aku akan senyap. Aku tetap masih akan berbicara tetapi hanya sekadar yang diperlukan.

Apa yang penting semua orang senang dengan kehadiranku dan aku boleh masuk dalam kelompok mereka. Kelompok yang terdiri dari semuda-muda umur 19 tahun sehinggalah paling tua dalam kalangan kami 58 tahun. Aku tidak kekok untuk menyantuni mereka tetapi kadang-kadang bahasa percakapan terpaksa diubah sedikit. Masak kandang lembu kita mengembu, masuk kadang kambing kita mengembek.

Rezeki yang halal dari pekerjaan yang diredhoi dilakukan demi menuntut keredhoan daripada Ilahi. Walau kadang-kadang kerja itu penat dan memenatkan. Sedih memikirkan nasib pemuda-pemuda hari ini yang cukup memilih kerja dengan beranggapan pekerjaan sekian-sekian gajinya rendah dan akhirnya pekerjaan yang banyak dipilih orang adalah menganggur.

Akhir sekali siapa lagi kalau bukan orang asinglah yang dicari bagi mengisi kekosongan kerja bagi mereka yang malas dan suka memilih kerja.

Apa yang lebih penting pengalaman ini mengajar aku sedar diri dan takkan lupa pada orang bawahan. Di mana-mana penjuru sekali pun mereka duduk mereka adalah manusia yang selayaknya kita santuni dan hormati.

Duduklah setinggi mana pun tapi jangan lupa mungkin hari esok giliran engkau pula yang di bawah. Oleh itu, hormatilah mereka selayak-layaknya.

Tuesday, January 29, 2013

Sebuah perjalanan dalam menuju kemenangan

Perjalanan yang dilalui sudah pasti tidak pernah sunyi dari menerima ujian dan cabaran. Teman-teman sekalian itulah yang kita namakan sebagai kehidupan. Jika ini adalah syurga sudah pasti segala cabaran dan ujian tidak akan kita lalui melainkan hanya ganjaran dan nikmat pembalasan atas apa yang telah di usahakan ketika alam kehidupan ini.

Perjalanan yang tanpa onak duri seakan tidak mempunyai makna bagaikan masakan yang tanpa garam, gula, dan perasa bagi meyedapkan masakan tersebut. Jika kita lihat kepada perbualan yang di antara saidina umar al-Khattab dan Ubai bin Kaab.

Sahabatku pada padanganmu bagaimanakah hakikat takwa itu yang sebenarnya?

Wahai Umar, pernahkah engkau melalui satu perjalanan yang mana dihadapan kamu itu penuh dengan onak duri?

Lalu umar menjawab, "Ya aku pernah melaluinya".

Justeru itu, apa yang telah engkau lakukan ketika ingin melalui keadaan yang sebegitu rupa?

Sudah pasti ketika aku ingin melaluinya aku akan berjalan dengan penuh berhati-hati agar kakiku ini tidak terpijak oleh onak duri.

Ketahuilah Umar itulah hakikat takwa yang sebenarnya.

Perjalanan dalam menuju kemenangan adalah satu kebohongan dan pendustaan jika ia tanpa ujian dan cabaran. Kerana ujian dan cabaran inilah yang mematangkan sesuatu perjuangan tersebut.

Bila sebut pasal soal ke arah kemenangan kita tidak dapat lari dari berusaha keras untuk mencurahkan keringat tenaga, idea dan wang ringit. Disinilah yang kita katakan sebagai satu pelaburan yang tidak dapat tidak, wajib kita laksanakan demi meraih kemenangan yang ingin kita miliki.

Kemenangan bermatlamatkan Islam menjadi idaman bagi para pencinta agama yang mulia ini. Inilah matlamat akhir yang ingin mereka capai iaitu melihat Islam kembali gah di atas muka bumi ini. Serta sekali gus segala ajaran dari sumber yang mulia ini di praktikkan secara mutlak di atas muka buminya ini.

Kemenangan yang ingin dicapai ini tidak semudah yang dikata kerana ia menuntut setiap orang yang ingin sampai ke destinasi kemenangan Islam ini, perlu melalui satu perjalanan yang jauh. Sudahlah perjalanan itu jauh, ditambah lagi dengan halangan yang setia menunggu di sepanjang simpang perjalanan. Menjadikan perjalanan ini semakin mencabar. Mungkin inilah sunnatuallah bagi para pejuang agama ini.




Thursday, January 24, 2013

Sambutan Mauludul Rasul antara perayaan dan penghayatan

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT kini kita sekali lagi menyambut sambutan mauludul rasul bagi tahun 1434 bersamaan 2013 masihi. Di Malaysia kita lebih sinonim dengan tarikh 12 rabiulawal berbanding tarikh 9, 7 dan lain-lain lagi khilaf tarikh kelahiran Rasulullah SAW.

Walau apa pun tarikh kelahiran baginda Rasulullah saw itu adalah khilaf di kalangan ulama dan tidak perlulah kita berbalah kerana perkara ini kerana perkara ini tidak jelas. Para ulama' ini hanya mengatakan berasaskan kajian dan hujah yang mereka ada.

Baik, kita tinggalkan dahulu persoalan berkenaan khilafiyyah kerana bukan itu maudu' perbahasan kita untuk kali ini. Sering kali kita menyambut sambutan mauludul rasul bahkan ia sudah sebati dengan masyarakat Islam di Malaysia. 

Tentu sahabat-sahabat pernah ketika berada di alam persekolahan, satu majlis perarakan mauludul rasul diadakan di sekolah. Lalu bergemalah bunyi pukulan gendang yang memecah keheningan disertai dengan selawat beramai-ramai yang dialunkan oleh para pelajar. Tak kurang juga di kampung-kampung dan juga masjid suasana inilah yang akan kita dapati tatkala 12 rabiulawal datang menyinggah.

Cukupkah ia sekadar perayaan semata-mata?

Sahabat-sahabat yang ku kasihi sekalian, dahulu bukan main bersemangatnya kita tatkala berselawat dan memukul gendang tanda kegembiraan menyambut maulid nabi kita Muhammad  SAW. 

Riak muka yang gembira terlihat dari wajah-wajah kanak-kanak dan orang dewasa. Sehinggakan tak terasa perarakan yang jauh itu. Merasakan bagaikan baru sebentar berjalan. Sudah pasti selepas itu ceramah bersempena mengingati nabi Muhammad pula yang akan disampaikan.

Selesai sahaja ceramah, semua hadirin hadirat berserta dengan tepikan kanak-kanak riang berkejaran ke meja makan untuk mengambil makanan. Terpampang wajah-wajah kegembiraan mereka semua. Selesai sahaja semua itu mereka pun beransur-ansur pulang.

Kemudian apa yang berlaku perkara semalam akan dilupai dan kita wahai sahabat-sahabat semuya kembali hidup memikirkan kehidupan di dunia ini. Masalah-masalah kehidupan yang membelengu pemikiran kembali menjadi perkara utama untuk diselesaikan. Sehinggakan kadang-kadang kita mengambil cara-cara yang bertentangan dengan syariat Islam itu sendiri.

Apakah ini ajaran yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW!!!Tidak sekali-kali tidak wahai sahabat-sahabat sekalian. Hanya sekadar mengingati tarikh kelahiran baginda bukan pelengkap syarat bahawa kita akan terlepas dari taklifan sebagai hamba Allah SWT. Tugas baginda adalah sebagai penyeru kepada ajaran Islam yang mulia ini.

Jadi tanyalah diri kita sendiri apakah kehidupan yang kita jalani pada hari ini telah mengikut seratus peratus dari manhaj kehidupan yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW dari segi sosial, ekonomi, jenayah,politik dan lain-lain lagi. Hal ini kerana ajaran yang di bawa oleh baginda Rasulullah SAW adalah ajaran syumul dan menyeluruh.

Firman Allah SWT, "Masuklah kamu kedalam agama ini secara menyeluruh"



Penghayatan dari ajaran Islam yang dibawa nabi Muhammad SAW

Sahabat-sahabat sekalian, kedatangan baginda Rasulullah SAW adalah sebagai Rahmat bagi sekalian alam. Kedatangannya adalah membawa satu seruan dari langit untuk membimbing manusia menuju cahaya petunjuk yang diredhoi Allah SWT.

"Dialah Allah yang mengutuskan seorang rasul dengan petunjuk dan agama yang hak(benar), untuk menzahirkan keatas agama-agama yang lain". Inilah tujuan kedatangan nabi Muhammad SAW kalau tidak bukan melainkan untuk membawa seruan petunjuk untuk memimpin manusia kearah kehidupan yang diredhoi oleh tuhan pencipta alam.

Penghayatan melahirkan pengamalan terhadap ajaran yang dibawa Rasulullah

Apabila kita telah sedar kebaikan yang akan didapati daripada ajaran Islam ini, maka akan melahirkan satu proses kearah untuk menggerakkannya dalam kehidupan kita seharian. Lalu Rasulullah tidak sahaja hanya berada bersama kita pada 12 rabiul awal malahan setiap hari kita bersama dengan Rasulullah dengan mempratikkan segala ajaran Islam yang dibawanya.

Keindahan Islam pasti akan terpancar sekali lagi di atas muka bumi Allah ini. Sesungguhnya keindahan agama ini bukan dari banyaknya bercakap tetapi dari apa yang telah dibuktikan oleh penganut-penganut agama Islam ini dengan amalan kehidupan seharian mereka. 

Sesungguhnya kehidupan mereka adalah seratus peratus berasaskan kepada ajaran Islam ini. Dengan ini secara tidak langsung tersebarnya kebaikan keserata penjuru dunia dan mengagungkan mereka yang melihatnya.

Firman Allah SWT di dalam surah al-nasr," Dan engkau melihat manusia masuk kepada agama Allah beramai-ramai".

Kesimpulannya sahabat-sahabat sekalian, kita bukan sahaja merayakannya sebagai satu perayaan tetapi juga sebagai satu penghayatan untuk diamalkan dalam kehidupan kita seharian. Nescaya, pasti kita akan merasai bahawa rasulullah sentiasa hidup disamping kita.


Salam mauludul rasul 12 rabiul awal 1434 H bersamaan 24 januari 2013.

Tuesday, January 22, 2013

MENJELANG PRU 13

Tidak sampai 3 bulan lagi yang ada sebelum tarikh pembubaran parlimen dan dun secara otometik akan berlaku. Apabila perkara ini berlaku maka kerajaan sudah tidak ada alasan lagi untuk menangguhkannya kecualilah jika berlaku darurat.

Tetapi ada ke orang yang sangup menyebabkan darurat kerana impak dan implikasinya amat besar terhadap negara. Negara akan diisytiharkan sebagai tidak selamat untuk pelancong dan juga untuk tujuan pelaburan bagi pelabur luar. Sudah pasti ini akan mendatangkan kerugian dan kedasyatan yang amat besar.

Mustahil bagi untuk ke arah itu melainkan jika ada perancangan bodoh yang tidak memikirkan jauh ke hadapan dan hanya melihat kearah jangka masa yang singkat.

Kesimpulannya, adalah amat mustahil perkara ini akan berlaku.

Jadi kita berbalik kepada perbincangan kita tadi. Bahawa apa yang kita maklumi pilihan raya umum ke 13 semakin menghampiri. Detik masa yang tinggal sudah tidak banyak lagi. Segala wang ringgit dan tenaga dikerahkan sepenuhnya dalam menuju ke Putra Jaya, mahupun kerajaan yang ada sekarang ini atau pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR).

Apa Persediaan para pengundi

Orang yang layak mengundi pada masa akan datang perlu bijak menilai sama ada untuk kekal bersama kerajaan atau kita memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah. Kita lihat dan perhatikan bagaimana corak pemerintahan yang dibawa oleh PR menguntungkan atau tidak.

Jika tidak menguntungkan, untuk mengubahnya terserah pada rakyat pada PRU akan datang. Bukan apa kadang-kadang kita perlu berubah iklim suasana baharulah kita boleh bangkit.

Jika hanya dengan keadaan yang sama, orang yang sama, dan segala-galanya sama. Bila kita nak nampak perubahan itu.

Persaingan budaya yang sihat

Ya, sudah lama di negara Malaysia yang kita cintai ini dikekalkan dengan sistem 1 pemerintahan. Justeru, kita tidak dapat membuat "check and balance" disitu. Yang mana kurang dan yang mana terlebih.

Tetapi zaman telah berubah dan membawa arus perubahan yang baru yang mengatakan negara aku ini perlukan perubahan. Maka tahun 2008 menyaksikan Malaysia telah menukar arus aliran angin ini dan menjadikan negara kita mempunyai dua sistem parti.

Dua sistem parti ini mendatangkan banyak faedah kerana pelbagai check and balance dapat dilakukan. Malahan ini menjadikan rakyat lebih terbuka dan cerdik untuk memilih siapa bakal pemimpin mereka masa hadapan.

Sudah sampai masanya kita berubah

Perubahan merupakan perkara biasa yang akan kita alami. Barang siapa yang masih ingin hidupdan duduk di takuk yang lama, nescaya beliau akan ketinggalan. Sesiapa sahaja pasti akan mempotensikan dirinya sebaik yang mungkin demi melihat masa hadapan dirinya terjamin.

Bagi negara pula untuk melihatnya terus makmur, sudah pasti pemerintahnyalah yang menjadi tonggak yang utama dalam kelangsungan keharmonian rakyat dan negaranya.

Jadi apa tunggu lagi? Pilihannya di tangan kalian untuk menentukannya sebagai rakyat yang bijak dan cerdik dalam melihat serta menganalisa apa yang berlaku di negara Malaysia yang tercinta ini.

Buang kaca mata hijau kalian dan juga buang kaca mata biru kalian.Duduklah ditengahnya dan buatlah perbandingan di antara kedua-duanya lalu pilihlah yang terbaik untuk masa hadapan negara kita ini.

Pilihannya di tangan kalian.
Serta jadilah orang yang bijak dalam memilih.
Daripada insan yang ingin melihat perubahan di negaranya yang tercinta.

Main Chess

Apa khabar semua? Sihat. Hehehe, senyum sentiasa ya. Mmm, bila kita senyum ni sedekah kata orang dan langsung tidak merugikan kita langsung malah membahagiakan diri lagi adalah. Setuju? Kalau setuju sila like statement di atas ni. 

Oh, lupa ini blog bukan FB. ^_^

Dah lama tak main chess. Saat diri ini kembali bermain merasakan betapa sukarnya untuk menang. Apa tidaknya dah hampir tiga kali nak kalah. Nak main chess ini perlu ada strategi dan tahu arah gerakan setiap buah catur yang dimainkan.

Anologi kehidupan daripada permainan chess

Ok, kalau kalian semua tahu berapa peranankah buah chess yang ada dalam permainan chess ini. Dalam permainan ini jika dimain wajib ada king, queen, bishop, knight, soldier and the gang (lupa satu nama).

Sebenarnya bila kita bermain chess tak dapat tidak pada diri kita perlu ada perancangan strategi hidup begitu juga dengan bermain chess. Pasti teman-teman pernah mendengar kalam ini. "Setiap orang adalah apa yang ia rancang untuknya".

So, ringkas ceritanya rancanglah strategi kehidupan anda kerana kehidupan ini bukan semudah memakang kacang pagoda.

Sajak Cinta buatmu

Cinta itu Indah,
Seindah mawar berduri,
Kerana ia cantik,
Lagi menenagkan jiwa,

Bila kita dalam cinta,
Tiada lagi diingati,
melainkan orang yang dicintai,
Kerana cinta telah membutakannya,

Mencintai Allah dan rasulNya,
Adalah segala-galanya,
Ohh, cinta engkau menjadikanku,
Tidak ingat sesiapa lagi melainkan hanya Dia,

Cintakan makhluk tak pernah kekal,
Cintakan Allah selama-lamanya,
Marilah kita bersama-sama mencintainya,
Bersama-sama sebagai hambanya,

Cinta ini terbukti apabila dikau,
Mula mematuhi segala perintahnya,
Tinggalkan larangannya,
Menjadikan dirimu hamba yang dikasihinya,

OooooOooooOoooo

Cinta akan RasulNya,
Menjadikan segala sunnah kehidupannya sebagai ikutan,
Cinta ini juga membawa kepada jalan perjuangannya,
Sesungguhnya ini merelakan diri untuk merasai,
Pahit getir perjuangan,

Disini terzahirnya cinta akan rasul,
Sebagai harapan syafaat yang diraih darinya,
Cinta, ooo cinta, ooo cinta yang hakiki...


Monday, January 21, 2013

Mari minum kopi

Assalamualaikum semua, mmm apalah yang nak diceritakan malam ini ya. Huh, exam dah selesai. So, takkan nak buang masa kot tapi aku rasa macam masaku ini dah banyak terkandas ditengah jalan.

Aduhai diri yang lara ini. Mungkin inilah padahnya kalau diri hidup dalam keselesaan dan tanpa tekanan.

Kadang-kadang tu bila aku fikirkan kembali pasal umat Islam ini, mereka ini takkan bangkit selagi mana mereka hidup dalam "comfort zone". Kehidupan inilah yang kebanyakkannya membunuh potensi hidup mereka.

Mengantuk betul malam-malam macam ini kalau minum kopi secawan sedap juga ni. Siapalah nak buat untuk kita kopi. Tapi kalau dia ada mesti buat. Hahaha, dah melalut dah tulisan aku ini.

Ok, lupakannya.

Sekarang ini apa yang penting "what do you thing, what you can get back". Jadi apa tunggu lagi kawan kamu adalah apa yang kamu fikirkan. Apa yang penting adalah positifkan diri dalam berfikir.

Sunday, January 20, 2013

HKR 112 Dan Isu Listen, listen, listen...Let me speak.

Assalamualaikum, apa khabar sahabat-sahabat semua. Bagaimana khabar iman hari ini. Apakah ia masih sesegar seperti embun di pagi hari yang mendamaikan suasana itu. Apa ye nak cerita hari ini. Sebenarnya saya nak berkongsi dengan kalian semua beberapa peristiwa yang berlaku dalam masa satu bulan ini.

Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR 112)

Tahukah kalian nampaknya arus tiupan angin di Malaysia telah berubah. Sekarang ini zaman generasi baru pula untuk melakukan perubahan di Malaysia. Ya, perubahan yang kami mahukan.
Kami datang dan berkumpul secara aman semata-mata untuk menyatakan bahawa kami sudah bosan dengan janji yang hanya tinggal janji sahaja.

Perubahan menuju kearah kebaikan yang dijanjikan oleh pembangkang itu kami mahu lihat dan rasakan. Sudah lama kalian memerintah dan sekarang ini kami nak bagi peluang pada yang lain pula.

Bukan kami membenci kalian tetapi moga dengan perubahan ini kalian akan berubah dan melakukan persaingan untuk menjadi yang terbaik di mata rakyat.

Apa yang penting apa yang dibawa oleh pembangkang yang digelar oleh kalian hari ini yang membawa keadilan yang disandarkan pada agama lebih menyakinkan kami. Kami merasakan janji yang dijanjikan ini lebih benar dan dipercayai.

Perhimpunan kali ini menunjukkan bahawa kami (rakyat) mahukan perubahan kearah kehidupan yang lebih baik dari segi keamanan, ekonomi, kehidupan, pendidikan dan lain-lain lagi. Dan kami dapat lihat perubahan yang ingin dibawa ini terdapat pada parti yang bergelar pembangkang hari ini.

Listen, listen, listen....Let me Speak.

Hahaha, tak sangka rasanya Isu Bawani KS ini meletup selepas sehari perhimpunan HKR 112 di adakan. Bahkan kalau dilihat bahawa isu Bawani ini seakan-akan menenggelamkan isu HKR 112. Tetapi apa-apa pun dua isu ini membawa satu mesej yang sama bahawa rakyat sudah benci dengan apa yang ada pada hari ini. 

Tidak kiralah dari segi hak kebebasan  bersuara , pendidikan, sosial, ekonomi dan pelbagai lagi. Segala-gala yang dilukukan serba tak kena.

Dari Sisi mahasiswa

Mahasiswa perlu melihatnya dari sudut pandangan yang jauh dan tidak terperangkap dengan mainan politik. Maksud saya bukan mengatakan bahawa mahasiswa itu lari dari politik tetapi saya bermaksud bahawa mahasiswa perlu memandang dari kaca seorang mahasiswa.

Mahasiswa menjadi sebagai apa yang diistilahkan sebagai "check and balance" terhadap setiap apa yang berlaku.

Siapa tahu orang yang seumpama Syarifah itu lahir dari sistem pendidikan yang ada pada hari ini. Oleh itu, kita tidak mahu lagi melahirkan kak Syarifah yang kedua. Perubahan dari sistem pendidikan yang ada pada hari ini perlu dilakukan dan di ubah demi kebaikan dan kesejahteraan generasi masa depan.

Rasanya cukuplah coretan untuk kali ini dari kaca mata seorang  yang sentiasa memerhati. Moga-moga apa yang berlaku pada hari ini mendatangkan natijah yang baik pada seluruh rakyat Malaysia pada masa hadapan.

Sunday, January 6, 2013

2013

Siapakah aku pada 2013 ini? Kini 2013 telah menjelma kembali sebagai tahun baru yang seterusnya. Entah apa yang akan berlaku pada diriku ini buat kali ini. Menyorot kembali peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam hidupku pada tahun 2012 membuatku memuhasabah diri ini. Begitu banyak kesalahan dan kekurangan yang ku lakukan sepanjang tahun itu.

Kini perkara yang lepas biarkan ia pergi tetapi persoalannya kini aku dimasa ini. Inginkah lagi ku mengulanginya lagi? Tanyalah diri sendiri.

Meningkatnya tahun menandakan bahawa semakin meningkatnya usia. Sedangkan pada masa yang sama banyak lagi perkara yang belum diselesaikan yang sepatutnya pada usia ini telah diselesaikan.      

Semago perancanganku lebih baik pada tahun ini. Ameen.

Muhasabah ringkas buat tahun 2012.