Friday, January 21, 2011

Kekuatan tahajud dalam menjana keunggulan Islam

Bila sebut tahajud ramai yang tertanya-tanya apa itu tahajud. Solat tahajud ada k? tak pernah dengar pun? bila masa ia di kerjakan? Mungkin kalu soalan ini di tanya pada remaja-remaja kita pada hari ini. Amalan ini sudah tidak lagi dikenali apa lagi di minati dan di amalkan.

Teringat pula satu hadis rasulullah berkenaan fadhilat atau kelebihan mengerjakan solat tahajud di tengah malam ini. Rasulullah s.a.w pernah berkata pada para sahabat : "Barang siapa yang solat di masjidil haram maka baginya pahala 100 000 pahala, barang siapa yang solat di masjidil aqsa maka baginya 10 000 pahala, dan barang siapa yang solat di masjid ku ( masjid nabawi) maka baginya 1000 pahala. Mahukah kamu aku beritahu pahala amalan yang lebih besar dari semua itu". Jawab para sahabat : "Sudah tentu ya rasulullah". Lalu rasulullah bersabda, "kamu bangun pada waktu malam dan kamu mengerjakan solat tahajud sebanyak dua rakaat. Nescaya pahalanya lebih besar dari semua itu".

Kalau kita imbau kembali kehidupan umat islam terdahulu , nescaya kita akan mendapati kehidupan mereka ini telah bermula sebelum subuh lagi. Maksudnya , umat islam terdahulu pukul 4 pagi sudah bangun daripada tidur mereka.Tidak kiralah sama ada pada waktu itu mereka mengarang kitab, menelaah kitab atau beribadah kepada Allah.

Kajian sains sendiri membuktikan bahawa oksigen(H2O) pada waktu pagi amat padat dan amat sesuai untuk badan kita beroperasi pada siang hari. Apatah lagi gas oksigen ini dapat menjadikan otak kita lebih likat untuk berfikir. Kalau di bandingkan dan di timbang kembali bahawa kehidupan umat islam terdahulu yang di ajar oleh rasulullah adalah amat idea(sesuai) sekali. Inilah kehidupan yang terbaik yang telah di buktikan dengan sains.

Sejarah juga menunjukkan tahajud adalah simbolik kepada kekuatan umat islam. Perkara ini telah di buktikan pada zaman rasulullah s.a.w, khulafa' arrasyidin, salahuddin al-ayubi, sultan muhammad al-fateh dan lain- lain lagi. Hebatnya keagungan islam terdahulu yang di hubungkan dengan tahajud. masakan mereka tidak hebat kerana Tuhan semesta alam ini yang menganugerahkan kepada mereka apabila tahajud yang di kerjakan selalu menghubungkan diri mereka kepada rabb pencinta alam ini.

Jadi cuba kita fikir kembali dan merenung hadis yang di baca sebentar tadi, adakah rasulullah menyuruh kita menunaikan solat tahajud berpuluh-puluh rakaat? Rasanya tidak, hanya sekadar menunaikan 2 rakaat pun diri ini tidak mampu. Jangankan nak mengerjakan tahajud , solat subuh yang wajib itu pun belum tentu terjaga. Apa dosa yang telah kita lakukan sehingga sungguh berat untuk kita tunduk patuh kepada perintah Allah.
Adakah kita tidak sedar bahawa segala-gala ini hanya pinjaman yang sementara sahaja yang pasti akan di pulangkan kembali.

Sedarlah, pada hari ini kita semua terlampau jauh dari rahmat Allah. Nauzubillah min zalik, moga-moga Allah s.w.t memberikan kita kekuatan untuk melakukan perintahnya. Sentiasalah berharap pada Allah kerana dengan-NYA kita di muliakan. Allah tidak rugi sedikit pun jika kita berpaling dari ajaran-NYA kerana Allah tidak memerlukan kita tetapi kitalah yang memerlukan Allah.

Wa allahu a'lam.

No comments:

Post a Comment