Monday, January 17, 2011

Generasi pemuda adalah pengubah masa hadapan

Kenapa generasi pemuda dikatakan sebagai mereka yang dikatakan sebagai pengubah masa hadapan. Hebat sangat ke golongan pemuda ini sampai mereka ni kita anggap macam merekalah yang akan membawa perubahan.

Bukan ke sekarang ni yang memerintah negara adalah orang-orang yang kebanyakannya berumur dan berpengalaman luas dalam segala-galanya. Ya, memang betul itu semua tetapi jangan lupa mereka yang memerintah hari ini pernah menghadapi masa muda atau masa syabab.

Masa mereka penuh bersemangat dan ingin melakukan segala-galanya. Oh, lupa nak terangkan apa itu sebenarnya syabab. Takutlah nanti orang kata syok sendiri pula dalam menulis . Dalam bahasa arab golongan pemuda di gelar sebagai syabab yang mana telah digelar rasulullah pada masa syabab ini mereka adalah orang yang paling bersemangat dan ingin melakukan apa sahaja.

Lihat sahajalah masa perjuangan baginda di kota mekah ketika awal-awal dakwah islam ingin dibawa. Siapa yang paling ramai menyambut tangan rasulullah. Adakah golangan pemuda atau golongan tua? Dalam sejarah melayu sendiri terdapat pembalahan antara golongan pemuda dan golongan tua yang kita kenali mereka dalam buku-buku sejarah sebagai kaum tua dan kaum muda.

Kaum muda yang pulang dari timur tengah yang membawa pelbagai kesedaran dalam membebaskan pemikiran orang melayu yang cuba di jajah dan di rosakkan  oleh golongan british pada masa itu telah mendapat tentangan dari golongan tua.

Hal ini disebabkan mereka tidak mengetahui semangat golongan pemuda yang ingin membebaskan belengu dari tengkuk penjajah. Dalam sejarah banyak menampakkan dan mmenampilkan golongan pemuda sebagai orang yang ke hadapan dalam memperjuangkan sesuatu perkara.

Oleh itu, pemuda perlu di bangkitkan dari lena mereka. Kita tidak mahu mereka yang lesu ini memerintah negara kita di kemudian hari. Alangkah lagi baik jika pemuda kita mempunyai kesedaran untuk kembali kepada islam.

Seperti mana yang pernah di ungkapkan oleh saidina umar al-khatob: "kami adalah kaum yang di muliakan Allah dengan islam,dan jika kalian meninggalkannya kalian akan di hina Oleh Allah".
Oleh itu, ayuh golongan pemuda bukalah mata kamu sekarang dan sama-sama kita membawa islam kembali ke atas muka bumi ini.

No comments:

Post a Comment