Thursday, January 27, 2011

Bila lagi Islam akan kembali bercahaya


Selalu kita mendengar ustaz bercerita berkenaan kehebatan umat terdahulu
dan saat itu juga aku akan merasa iri hati dengan mereka yang pernah hidup
dalam era keizahan(kehebatan) islam itu.
Hai, geramnya aku dan aku sering inginkan perkara sepeti itu
berlaku di zaman ini. Tapi bagaimana mungkin ia berlaku apabila maksiat
dan kerosakan umat semakin menjadi-jadi. Bagaimana kita nak
kembali kepada kehebatan islam dan kembali menjadi kuat???

Tidakkah kalian merasa hina dengan apa yang terjadi di sekeliling kita pada hari ini,
adakah ini yang kalian mahukan iaitu sentiasa hidup dalam ketakutan
yang memanjang. Bunuh,rogol, dan bermacam macam
lagi menjadi perkara biasa yang menghiasi dada akhbar pada
hari ini. Siapa tahu , boleh jadi giliran kita pula yang
akan menjadi mangsa di kemudian hari.
Apa jenis dunia yang kita hidup sekarang ni???
Aku tak faham kenapa dunia ini yang kalian pilih sebagai syurga.

Sedarkah kalian kerana kerosakan yang berlaku sekarang ini
adalah tukaran jual beli kalian dengan tuhan semesta alam.
Kalian telah menukarkannya dengan harga yang murah iaitu
harga keseronokan yang sementara dengan kemurkaan tuhan di atas
dunia ini. Kita semua sanggup membelakangkan perintah tuhan
demi memuaskan nafsu sendiri, memang benarlah kata rasulullah bahawa
jihad yang paling besar adalah menundukkan nafsu supaya patuh pada peritah Allah.
Oh, malangnya nasibku ini. Kalau sudah begini jadinya di dunia ini,
bagaimana pula nasibku ketika saat berlakunya hari kiamat nanti. Aku bukan marahkan kalian semua tetapi aku membenci diriku ini kerana tidak berusaha untuk membimbing kalian.

mungkin kerana dosaku yang bertimbung ini tidak melayakkanku menjadi
penyeru kepada kalian semua. Tetapi aku ingin kongsi satu perkara dengan kalian .
Adakah kalian pernah ingat bahawa rasulullah mengatakan
bahawa ada satu umat yang amat beliau cintai iaitu mereka
tidak wujud pada zaman rasulullah dan tidak pernah berjumpa dengan baginda lansung.
Siapa umat itu??? Itulah umat yang sentiasa beramal dengan apa yang pernah
rasulullah bawakan pada kita sehingga hari ini.
Mereka percaya mereka akan sentiasa di bimbing oleh Allah sampai hari kiamat.

Mereka percaya mereka tidak akan sesat selagi berpegang dengan dua
perkara ini iaitu kitab Allah dan sunnah rasulullah s.a.w. Walaupun mereka
sedar mereka adalah golongan yang sedikit tetapi
mereka tidak pernah berputus asa dari rahmat Allah.
Mereka sentiasa memikirkan bagaimana inigin memahamkan kalian
terhadap keindahan hidup dalam islam. Kerana mereka amat berharap
agar kalian pula yang akan membenarkan kehebatan
beramal dengan semua peraturan yang ada dalam agama ini,
dan mungkin boleh jadi kalian pula akan bersama dengan mereka untuk mendokong misi mulia ini.

Beruntunglah mereka kerana mereka golongan yang terasing,
memang benar islam datang secara dagang, kembalinya juga secara
dagang dan beruntunglah orang yang datang secara dagang itu,
Dan juga orang yang bersama mereka.
Mereka ini akan di anggap pelik oleh masyarakat kerana cuba
membawa islam kembali.Ku doakan agar aku juga tergolong
dalam dalam golongan ini.

Bila semua manusia kembali bersama mereka, aku yakin,
saat itulah islam akan tertegak kembali di atas muka bumi ini.
Marilah wahai kalian semua bersama kita melihat
agama Islam ini kembali tertegak di atas muka bumi ini.
Sesungguhnya aku amat rindu untuk melihat islam kembali bercahaya lagi.
Tolonglah kembali kepada fitrah Islam yang sebenar.
Alangkah sedihnya rasulullah  jika kalian tidak masuk ke dalam rahmat Alllah s.w.t.
Beliau begitu sayangkan kalian semua ,
sekali gus ingin kalian masuk syurga bersamanya.
Ayuh semua kita bangkit demi cinta kepada
Islam,Allah, dan Muhammad Rasulullah.

FOR ISLAM WE LIFE n_n

No comments:

Post a Comment