Monday, May 28, 2012

Akor, kak Ya dan Ahmad

Bismillahirrahmanirahim,
Aku mulakan sebagai pembuka bicara dalam memulakan kalam pembuka bicara kali ini . Rasanya sudah lama tangan ini tidak menekan papan key board buat melampiaskan segala perasaan yang terpendam di hati. Seusai sudah pengalaman Bersih kini kita datang dengan semangat yang baru buat meneruskan langkah-langkah yang telah sekian lama ditinggalkan.
( ketinggalan zaman betullah aku ni baru nak tulis pasal Bersih, hahaha, takpelah yang penting peristiwa ni ada juga terakam dalam Blog aku ni, tahun ni juga kan..)

Minggu lepas satu peristiwa telah berlaku apabila sahabatku meminta bantuanku untuk mengendalikan satu tugasan yang cukup mencabar katanya. Aku juga apabila mendengar sahabatku itu meminta bantuan seakan-akan beliau sedang berhadapan dengan ujian yang amat hebat sehingga tidak dapat diduga oleh sesiapa pun melainkan ia mestilah mengharunginya dahulu.

Sahabatku ini bernama Syed yang tak asing lagi dalam kamus pengembaraan hidupku ini. Aku tanpa segan silu menyerahkan diri ini bagi meringankan beban Syed.
( Hai, memanglah tak segan silu. kena segan juga ke kalu nak bantu orang ni, segan bertempatlah brother)

Akhirnya sampailah masa yang dinanti-nantikan itu , kata  Syed , aku hendaklah bermuka garang dan bengis agar aku akan berjaya dalam perlawanan ini. Sesungguhnya tak ku sangka benarlah kata Syed sesungguhnya tiada benda dalam hidup ini mudah dan senang.
(Aku pun tewas jugalah, huhuhu)

Aku tak putus asa , aku mulakan sesi perlawanan yang kedua bagi meraih kemenangan yang sememangnya milikku. Sebenarnya aku sengaja bermain-main dengan mereka dahulu agar mereka perasan yang mereka tu hebat.Hahaha... ( Ceeewah....budjet diri tu macam hebat sangat..)

Tidakkkkkkk, aku tetap kecundang sekali lagi. Begitu sukar dan susahnya mendidik kanak-kanak genius ni yang kadang-kadang aku pun tak sedar bila masa aku terperangkap dengan permainan mereka.

Tetapi kalian jangan fikir bahawa kalian telah menang kerana pelajaran kita masih belum selesai . Hahaha, hamu(pak saudara, aku mebahasakan diri sebagai hamu di hadapan mereka) mu ini akan kembali lagi
mengajar kalian .

Wahai Akor, kak Ya dan Ahmad dan tak lupa hamu haashim yang telah bertempur sekalian lamanya. Sesungguhnya kami tak pernah puas mendidik dan mengajar kalian semua.

^_^
Dari hamu mu Abdul Muhaimin

No comments:

Post a Comment