Wednesday, November 17, 2010

Dakwah diantara uslub dan penakut

“Islam for All” inilah ungkapan yang sering kita dengar ditanah air kita Malaysia bagi menyatakan bahawa islam adalah agama rahmat bagi seluruh alam.Islam bukan sahaja untuk orang melayu atau arab adtu lain-lain bangsa,tetapi alamiyyah yang menjadi sifat kepada islam itu menjadi syarat penerimaan islam oleh seluruh bangsa dan budaya manusia.

Oleh kerana itu kita sebagai ummat islam disyariatkan oleh Allah untuk menyampaikan dakwah islam kepada seluruh manusia.Secara umumnya sasaran dakwah yang ingin kita tuju itu terbahagi kepada dua iaitu:
1)      Ummah Al-Ijabah
2)      Ummah Ad-Dakwah

Ummah ijabah ialah orang yang telah memeluk islam ataupun orang islam sendiri.Ummah Ad Dakwah adalah orang yang belum memeluk islam ataupun orang bukan islam.

Saya tidak berhajat untuk menerangkan lebih lanjut lagi mengenai ummah Al-Ijabah dan Ad Dakwah ini,kerana saudara saudari sekalian boleh  merujuk kepada kitab karangan ulama’.Tetapi  post saya kali ini adalah untuk mengajak suadara berfikir serta melakukan muhasabah apakah yang telah terjadi kepada kita sebagai orang islam.

Kita sedar bahawa kewajipan berdakwah itu tertanggung di bahu kita,tetapi adakah kita telah melaksanakannya dengan rasa penuh tanggungjawab?atau sekadar mengambil tahu tentang hal ehwal dakwah sahaja?

Bukanlah saya seorang yang sempurna untuk saya katakan demikian,tetapi berdasarkan pengalaman dan keluhan hati nurani ini menjadikan saya terpanggil untuk meluahkannya kepada sahabat-shabat saya khasnya agar ianya menjadi muahsabah dan teladan kepada kita.

Sering kali kita berdepan dengan samada kawan-kawan kita,jiran kita,keluarga kita atau orang-orang kita yang kita tidak kenali  melakukan maksiat di hadapan mata kita, lalu betembunglah antara buat atau tidak sehingga menjadi delima buat hati orang mukmin.

“ kalau aku tegur nanti betul ke tindakan aku buat begitu?”
“ kalau akau tegur nanti bimbang tak kena uslub?”
“kalau aku tegur nanti aku pula kena marah.”
“ ish,,tak tergamaklah aku”
“ nantilah lain kali kalau ada peluang,mungkin hari ini tak sesuai”

Dan macam-macam kata hati yang bercampur  aduk dengan hasutan syaitan dan nafsu yang sentiasa berdampingan dengan kita.


Maka syaitan pun berbisik  di cuping telinga kita :
“ engkau tak payah tegur dia, nanti tak kena caranya engkau pula kena marah,engkau tak payah nasihat lagi sekarang ini nanti tak kena uslubnya”

Apabila mendengar kata syaitan “ tak kena uslubnya”hati  mula rasa putus asa dan hilang kekuatan untuk menegur dan menasihati saudara kita.

Bukanlah saya menafikan tentang uslub dan segala pertimbangan lain ketika kita berdakwah atau mencegah kemungkaran.Bahkan para ulama mengarang pula kitab-kitab tentang uslub berdakwah.Uslub dakwah memang saya akui ianya menjadi wasilah yang penting bagi memastikan dakwah kita diterima dan berkesan. 

Semestinya mereka yang berdakwah perlu mengusai ilmu tersebut sebagimana yang dijelaskan di dalam kitab yang saya  pilih di antaranya ialah : Dakwah Fardiah oleh Mustafa Masyhur, Islam,fikrah,dakwah dan daulah oleh Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang ,Dasar-dasar ilmu  Dakwah  oleh Abd Karim Zaidan dan lain-lain kitab lagi.Saya juga mensyorkan saudara membaca kitab ini kerana banyak isi kandunganya amat berguna kepada para daei.

Tetapi adakah selepas kita mendengar  nasihat syaitan kepada kita,kita melaksanakan dakwah selepas daripada itu?adakah kita mengadakan “ follow up” kepada sasaran dakwah itu? Atau adakah kita akan menemui saudara kita itu pada waktu lain pula?,jawapannya semestinya tidak  kerana nafsu dan syaitan yang jahat ini akan memberi fakta yang lain pula agar kita tetap tidak berdakwah atau melaksanakan amar makruf nahi mungkar ini, lalu tetaplah mereka yang lalai itu dalam kelalaian dan kesesatan yang tiada kehabisan sedangkan kita masih membelai syaitan dan nafsu yang jahat itu.

 Sekirannya kita menangguh nasihat dan teguran kita itu di atas dasar melihat kepada uslub dan pertimbangan ilmu yang  sebenarnya  tiadalah pula menjadi masalah.Tetapi yang menjadi masalah ialah sifat penakut dan iman yang lemah serta  alasan untuk tidak berdakwah  menjadikan kita senyap sepi  atau  yang lebih sesuai lagi  bagi orang alim ialah “ syaitan bisu”.

Kesimpulannya,terhalangnya kerja dakwah kita kepada orang lain bukanlah kerana uslubnya  yang sukar atau rumit tetapi lebih tepat bagi masalah ini adalah berpunca dari sifat penakut yang menghantui hati dan nurani kita ini.Tambahan pula iman kita yang lemah itu tidak yakin dengan janji Allah s.w.t kepada mereka yang menjalankan tugas ini.

No comments:

Post a Comment