Sunday, November 14, 2010

Antara nafsu dan iman

Antara nafsu dan iman yang mana satu yang mudah di turuti?
Sudah pasti nafsu kerana nafsu adalah benda yang amat menyeronokkan
dan amat disukai.
Walaupun jelas ia akan mendatangkan kemudharatan pada diri kita.
Ya, benar  memang seronok. Tengok sahajalah manusia pada hari ni.
Kerosakan muda mudi pada hari ini tiadak lain dan tidak bukan kerana
mengikut ajakan hawa nafsu.
Di tambah lagi dengan hiburan yang banyak merosakkan akhlak
muda-mudi kita pada hari ini. Inilah akibatnya apabila manusia hidup berpandukan nafsu
dan membelakangkan iman dalam kehidupan.
Satu kisah ketika Allah S.W.T menciptakan nafsu,
lalu Allah s.w.t memerintahkan nafsu supaya tunduk menyembah Allah tapi nafsu enggan sehinggalah Allah
memerintahkan malaikat membakar nafsu sebanyak tiga kali dalam api neraka,
barulah nafsu mengikut perintah Allah dan sujud menyembah Allah.
Bayangkan tiga kali nafsu di masukkan ke dalam neraka ,barulah ia menyembah Allah.
Alangkah degilnya nafsu dalam mematuhi perintah Allah.
Berbeza pula dengan iman apabila ia diciptakan , cepat-cepat ia
menyembah Allah apabila diciptakan.
Sebab itulah nafsu dan iman sentiasa bertembung dan tidak
boleh bersefahaman dalam sesuatu perkara. Namun begitu ada juga nafsu yang baik
dalam diri kita ini.
Tapi begitulah nafsu yang baik sentiasa berlawan dengan nafsu yang jahat.
Macam mana nak menang ye? Tidak lain dan tidak bukan , kita mestilah menggunakan
akal fikiran yang Allah S.W.T kurniakan pada kita ini dengan di pandu oleh cahaya iman.
Barulah perkara baik akan menang.
Bukan senang nak menang lawan nafsu ni...
Kadang-kadang  menang , kadang-kadang kalah.
Ada masa iman berjaya menundukkan nafsu tapi ada satu masa itu pula,
nafsu yang menundukkan iman.
Antara sebab utama kita kalah pada tuntutan nafsu
sebenarnya adalah berpunca dengan diri kita sendiri juga.
Sebabnya kita kurang bermunajat dan
bermuroqabah (mendekatkan diri) kepada  Allah S.W.T.
Oleh itu, saya menyeru kepada semua sahabat-sahabat yang saya kasihi
marilah kita muhasabah dan merenung diri masing-masing.
Sama ada kekuatan kita terletak pada iman atau nafsu.
Jika iman kita kuat , Alhamdulillah.
Tapi jika sebaliknya banyak lagi yang kita perlu baiki tentang diri ini.
Waallahu a'lam....

No comments:

Post a Comment