Wednesday, November 10, 2010

Semalam dan hari ini...

Semalam kami adalah seorang insan yang hina.
kami tidak di kenali , apa lagi di pandang tinggi oleh kalian semua.
Kehidupan kami penuh dengan kejahilan.
Hidup berpoya-poya menjadi asam garam dalam kehidupan kami.
Pembunuhan menjadi kebiasaan bagi kami.
Siapa yang berkuasa akan di sanjung dalam kalangan kami.
Tapi sebenarnya kehidupan kami kosong.
Kami seakan-akan berlakon dalam kehidupan ini.
Entah kenapa kadang-kadang kami seperti memperbodohkan diri kami.
Tetapi pada siapa untuk kami mengadu.
Kami sibuk mempertahankan kejahilan yang kami miliki.
Kedatangan seorang pemuda telah mengubah kehidupan kami.
Walau begitu bukan semudah itu,
Untuk kami menerima seruannya.
Hal ini di sebabkan kehidupan jahiliah telah sebati dengan hidup kami.
Ya, benar. kebenaran sentiasa mengatasi kebatilan.
Walau macam mana teruk sekali rintangan yang beliau hadapi.
Beliau hadapi dengan tabah dan sabar.
Setiap kali cabaran yang dia hadapi,
Pasti di hadapinya dengan senyuman yang menguntum di bibir.
Kami begitu terpesona dengan keperibadian beliau,
Sehinggakan kami merasakan inilah masa untuk kami berubah.
Kebenaran yang di dedahkan tidak dapat di sangkal lagi.
Hari demi hari pengikutnya semakin bertambah.
Semakin ramai yang ingin mengorbankan diri demi beliau.
Kami berasa begitu takjub dengan keadaan yang berlaku.
kerana tidak pernah kami lihat seorang sahabat yang sanggup mempertaruhkan
nyawa sebegitu rupa kepada beliau.
Mereka sanggup mengorbankan diri demi beliau.
Sehingga satu ketika kami menerima risalah yang di bawa oleh beliau.
Kini baru kami sedar bahawa kamilah yang sebenarnya silap.
Kehidupan kami ini penuh dengan penipuan pada diri kami sendiri.
Ah, kenapa kami tidak mengikutnya dahulu.
Alangkah baiknya jika dahulu kami menundukkan ego kami ini.
Walau begitu kami tetap bersyukur kerana masih diberi peluang ini.
Syukur kepada Allah yang telah memberi nikmat iman dan Islam ini pada kami.
Dengan bimbingan dan panduan dari rasul-Nya , Muhammad rasulullah.
Kami telah mendapat hadiah yang paling bermakna dalam diri kami
Islam
Alangkah berbezanya kami pada hari semalam dan hari ini...

No comments:

Post a Comment