Monday, March 5, 2012

Di saat tanganku terkapai-kapai

Assalamualaikum kepada semua pengerak-pengerak agama yang ku rindui lagi sayangi, mungkin kita semua tidak pernah bertemu tetapi ku merasakan kalian semua begitu hampir dengan diri ini bagaikan kalian sentiasa disamping dalam melebarkan lagi sayap dakwah diera kejahiliyahan zaman moden ini.

Perjuangan kita ini tidak pernah sekali menunggu masa untuk berehat apatah lagi untuk melaluinya dengan jalan yang santai bersahaja. Disaat umat islam terkapai-kapai dalam lautan yang pernuh dengan haru birunya ditampah lagi dengan gelombang badai yang siap sedia meranapkan seluruh ahli kapalnya tetapi dikala itu rahmat tuhan turun menjengah bagi mereka yang masih menyakini pertolongan daripada yang maha esa.

Rahmat yang berupa pemuda-pemudi yang menyedari bahawa mereka perlu kembali kepada manhaj metod ilahi dalam mengembalikan kedamaian yang telah lama menyepi. Golongan yang dikatakan sebagai golongan yang sedikit lagi lemah ini, bagai mengoncangkan dunia dengan ketakwaan dan iman yang mereka miliki. Usaha menarik dan menyelamatkan umat ini tidak pernah berhenti selagi mana nyawa masih di badan.

Apa yang berlaku kepada dunia luar adalah petanda islam akan kembali tidak lama lagi. Umat yang perlu ditekan dan digasak baru akan menyedarkannya dari lenanya yang masih memanjang. Ini semua adalah sunnah yang Allah sediakan bagi umat ini. Umat yang apabila ditekan dengan seribu tekanan yang menghimpit jiwa baru akan mengingat kemanakah jalan yang harus dipilih dan sudah tentu jalannya telah diketahui mereka.      

Dan buat terakhirnya golongan yang pasti ramai melalui jalan ini adalah anak-anak muda. Anak-anak muda merupakan aset yang amat berharga yang perlu kita semaikan dengan benih-benih tarbiyah agar mereka semua akan menjadi orang yang merindui Allah dan RasulNya melebihi segal-galanya dan mengarahkan segala tindak-tanduk kearah mencapai matlamat itu.

Kebangkitan generasi rabbani ummah zaman ini.

No comments:

Post a Comment