Thursday, March 1, 2012

Dipersada dakwah yang terbentang luas

Alangkah indahnya hidup ini tanpa bermaksiat kepada Allah subhanhu wa taa'la. Kini nafas dapat dihirup dengan sepuas-puasnya. Terasa bahagia hidup ini kerana merasakan bahawa Tuhan sentiasa di samping dalam menmgerjakan tiap-tiap tanduk pekerjaan. Entah kenapa ketika ini merasakan rindu kepada sebuah kematian yang juga pasti akan mati kerna teringat firman Allah subhanahu wa taa'la di dalam ayat 2 surah al mulk yang firmanNya yang bermaksud "dijadikan mati dan hidup buat menguji diri kamu , siapakah yang lebih baik amalannya".

Menonton filem sang murabbi benar-benar menyuntik semangat para dua' yang kepingin untuk melihat sinar agama ini menyinar kembali di sebelah mana-mana pun dunia ini. Cerita yang benar-benar mempunyai 'moral story' yang sangat baik dalam membina generasi umat yang terbilang .Usaha untuk memperbanyakkan cerita-cerita sebegini perlu dilakukan oleh mereka yang menyedari peluang yang terbuka luas ini hanya menunggu akal dan jasad sahaja untuk digerakkan kearah itu.

Orang muda perlu dibina kembali dalam mengembalikan mereka kearah landasan takwa yang dikehendaki berdasarkan panduan al-quran dan as-sunnah. Ya!!! Ayuh semua pembinaan generasi rabbani perlu dikembalikan pada zaman ini, generasi yang cintakan mati lebih dari segala-galanya. Dunia suadah tidak ada makna lagi dimata mereka. Apa yang dicintakan mereka adalah cinta yang hakiki disamping rabb mereka yang dirindui. Mahabbah, ya, mahabbah yang dicampakkan kedalam hati kekasihNya sehinggakan kekasihnya bagaikan orang yang disangkakan gila oleh kebanyakan orang ramai lantaran cintanya pada si pencipta.

Kegilaan yang telah mencampakkan diri kedalam dunia dakwah walaupun menyedari diri pasti akan berdepan dengan berjuta-juta masalah yang memenuhi setiap hidupnya, tetapi ditempuhinya juga demi kerana sentiasa terngiang ayat-ayat suci al-quran dari kalam rabb yang amat dicintai sehingga dengan itu telah melupakan dia dengan dunia yang sedang didudukinya ini.

Alangkah gembiranya generasi yang mengikuti jalan ini.

No comments:

Post a Comment