Thursday, January 26, 2012

sesepoi angin bayu yang bertiup

Mencari eti kehidupan kadang amat memenatkan jika seseorang itu tersalah langkah dalam memilih , sebab itulah setiap permilihan perlu bijak agar kita semua tidak tersadung dan kecewa di kemudian hari.

Melihat pembangunan dan arus massa yang terus bergerak laju dan meninggalkan kesan pada masyarakat dunia hari ini mula membuka minda manusia bagi mencari pintu ketenangan.

 Sedihnya apabila kadang-kadang angin yang bertiup yang mendamaikn jiwa itu cuba dihalang atas dasar kepentingan peribadi manusia yang haloba terhadap kenikmatan dunia yang sedikit ini.

 Tetapi mana mungkin angin ini boleh dihalang kerana sunahtullah yang menjanjikan angin ini pasti akan terus bergerak, samaada perlahan atau mungkin satu hari nanti bertukar menjadi badai yang akan merempuh segala kerangkusan dan sifat ketakburan yang menghuni jiwa manusia yang kotor lagi jelik ini.

Masanya pasti tiba untuk manusia mula kembali kepada fitrah mereka yang inginkan kembali kepada dakapan  iman dan takwa pada rabbnya.

Dan bila saat itu kembali lagi maka akan terasalah oleh kita semua bagaikan sesepoi angin bayu yang bertiup yang mendamaikan jiwa dengan pancaran nur dari ilahi.

No comments:

Post a Comment