Wednesday, January 4, 2012

Hiburan Dan Hala Tujunya Dalam Islam Pengakhirannya al Quran


Hiburan Dan Hala Tujunya Dalam Islam Pengakhirannya al Quran

ÉOó¡Î0 «!$# Ç`»uH÷q§9$# ÉOŠÏm§9$#

$ygƒr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=äz÷Š$# Îû ÉOù=Åb¡9$# Zp©ù!$Ÿ2 Ÿwur (#qãèÎ6®Ks? ÅVºuqäÜäz Ç`»sÜø¤±9$# 4 ¼çm¯RÎ) öNà6s9 Arßtã ×ûüÎ7B ÇËÉÑÈ
208.  Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. Surah al baqarah ayat 208

Surah al baqarah ayat 208 menjadi pembuka kepada perbincangan dalam penulisan ini yang bertajuk Hiburan dan hala tujunya dalam islam.Mengapa dan kenapa ayat 208 surah albaqarah ini menjadi tirai pembuka kepada perbincangan ini adalah kerana ayatnya yang begitu indah dan cantik dalam mengungkapkan agama ini yang sememangnya indah dalam kaca mata islam itu sendiri. Firman Allah ini menunjukkan apa yang ingin saya sampaikan kepada kalian semua berkenaan hiburan adalah sebahagian daripada islam itu sendiri malahan adalah mustahil untuk meninggalkannya kerana fitrah manusia sendiri yang berkeinginan kepada satu kelapangan atau  ketenangan yang dilahirkan oleh mereka dengan pelbagai cara bagi mendapatkan kepuasan tersebut.

Jika dikaji dan diteliti kita akan dapati umat islam terdahulu juga mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk mereka berhibur. Tidak kiralah di mana sahaja mereka berada. Apa yang lebih utama tiada satu pun yang menunjukkan pengkhususan yang khusus hiburan yang menurut islam. Bermakna tidak ada hiburan yang tetap dalam islam ini. Tetapi islam hanya meletakkan garis panduan perlaksanaan sahaja sesuatu hiburan itu. Hal ini bermakna tidak kiralah apa sahaja hiburan yang ingin dijalankan tetapi dalam masa yang sama bersesuaian dengan garis panduan yang telah ditetapkan dalam islam. Hiburan adalah satu perkara yang tidak boleh dipisahkan daripada dada umat manusia tambahan lagi pada zaman kini tetapi bagaimana mengungkapkan sesuatu hiburan itu menurut islam perlu kita perbincangkan di sini.

Sebelum kita melangkau lebih jauh dalam perbincangan kita ini, persoalan pertama yang perlu dihuraikan kenapa tajuk kertas kerja ini berkisar berkenaan hiburan dan hala tujunya dalam islam. Walhal, semua daripada kita telah maklum berkenaan hiburan dan untuk apa lagi ia perlu diperbincangkan. Mungkin itulah anggapan orang ramai berkenaan perbincangan kali ini tetapi apa yang ingin saya bawakan adalah lebih jauh daripada apa yang difikirkan oleh saudara saudari sekalian. Perbincangan kita bukan hanya berkisar berkenaan hiburan semata-mata tetapi berkenaan perencanaan dakwah yang ingin dijalankan ke atas  hiburan tersebut. Tetapi hiburan yang macam mana? Itulah yang akan kita perbincangkan nanti.Oleh itu, sudah cukup rasanya ia memberi pengertian kepada kita semua akan tajuk hiburan dan hala tujunya dalam islam.




Mekanisma baru dalam dunia hiburan

Melihat situasi hari ini, kita memerlukan satu mekanisma baru bagi menunjukkan bahawa agama islam ini adalah yang terbaik dan sentiasa terbaik. Teringat satu ceramah yang pernah di sampaikan oleh seorang moderator yang mengatakan bahawa hari ini mahu tak mahu kita terpaksa menerima hakikat bahawa manusia pada hari ini suka akan hiburan.kita tidak dapat lari dari hakikat dunia pada hari ini. Oleh itu, kita sebagai pemuka baru islam seharusnya bangkit dari lena dan memeras tenaga siang dan malam bagaimana kita mahu menghasilkan satu “instrumen” baru dalam dunia hiburan dengan menyediakan hiburan yang bercorakkan islam. Adalah agak mustahil bagi kita mahu menyeru manusia pada jalan kita dan pada masa yang sama mereka sedang ketagih dengan dunia yang sedang mereka jalani. Oleh itu, jalan alternative perlu di bina sebagai jalan untuk memandu mereka kepada islam.

y7Ï9ºsŒ  cr'Î/ ©!$# öNs9 à7tƒ #ZŽÉitóãB ºpyJ÷èÏoR $ygyJyè÷Rr& 4n?tã BQöqs% 4Ó®Lym (#rçŽÉitóム$tB öNÍkŦàÿRr'Î/   žcr&ur ©!$# ììÏJy ÒOŠÎ=tæ ÇÎÌÈ
53.  (siksaan) yang demikian itu adalah Karena Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan meubah sesuatu nikmat yang Telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu meubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri[621], dan Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. Surah al anfal ayat 53

[621]  Allah tidak mencabut nikmat yang Telah dilimpahkan-Nya kepada sesuatu kaum, selama kaum itu tetap taat dan bersyukur kepada Allah.



Menyediakan jambatan islam di atas jambatan hiburan

Apabila kita melihat kepada sejarah perjuangan  ulama’-ulama’ islam dalam menyebarkan islam kedalam sesebuah tempat yang baru sudah pasti mereka akan berhadapan dengan keadaan masyarakatnya yang mempunyai corak kehidupan yang tersendiri yang kadang-kadang bertentangan dengan ajaran islam. Tetapi bagaimana Allah telah mengurniakan kerada bakal-bakal pembawa risalahnya dengan kebijaksanana dan hikmat yang tinggi dalam berdakwah dan menyeru masyarakat dengan penuh hikmat. Mereka telah berjaya membimbing masyarakat walaupun mereka berhadapan dengan amalan-amalan yang sukar  untuk dilupuskan lantaran telah sebati sebegitu lama dalam dada mereka.  Janji Allah sentiasa benar dan janji syaitan sentiasa dusta.


Walaubagaimana sukar sekalipun dalam misi dakwah mereka tetapi mereka tidak pernah berputus asa  kerana mereka percaya bahawa islam ini menyediakan kehidupan yang terbaik bagi mereka. Bagaimana mereka telah merasai agama ini telah mengeluarkan mereka daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat macam itu juga mereka akan berusaha untuk ummat ini.

öNçGZä. uŽöyz >p¨Bé& ôMy_̍÷zé& Ĩ$¨Y=Ï9 tbrâßDù's? Å$rã÷èyJø9$$Î/ šcöqyg÷Ys?ur Ç`tã ̍x6ZßJø9$# tbqãZÏB÷sè?ur «!$$Î/ 3 öqs9ur šÆtB#uä ã@÷dr& É=»tGÅ6ø9$# tb%s3s9 #ZŽöyz Nßg©9 4 ãNßg÷ZÏiB šcqãYÏB÷sßJø9$# ãNèdçŽsYò2r&ur tbqà)Å¡»xÿø9$# ÇÊÊÉÈ
110.  Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
Surah ali imran ayat 110



Penyediaan satu laluan baru islam di atas jambatan hiburan perlu difikirkan dan direncanakan oleh para pemikir islam yang mempunyai fikrah yang jelas terhadap islam . Minda masyarakat seharusnya dibuka terlebih dahulu setelah sekian lama mereka berpegang dengan fahaman dari barat yang mengatakan islam ini melarang ummatnya dalam berhibur.  Islam dilabelkan sebagai penyekat kebebasan bagi ummatnya untuk melakukan apa-apa sahaja yang mereka inginkan terutamanya apabila menyentuh aspek hiburan. Maka segala yang jumud itu pasti kan jatuh pada islam. Betapa licik dan berjayanya mereka menipu daya ummat pada hari ini. Tetapi bagaimana seharusnya kita lakukan bagi membuka kembali  minda yang telah dibelenggu oleh fahaman kotor ini?

øŒÎ) ãAqà)tƒ tbqà)Ïÿ»oYßJø9$# šúïÏ%©!$#ur Îû NÎgÎ/qè=è% íÚt¨B §xî ÏäIwàs¯»yd óOßgãYƒÏŠ 3 `tBur ö@ž2uqtGtƒ n?tã «!$#  cÎ*sù ©!$# îƒÍtã ÒOÅ6ym ÇÍÒÈ

49.  (ingatlah), ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit di dalam hatinya berkata: "mereka itu (orang-orang mukmin) ditipu oleh agamanya". (Allah berfirman): "Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, Maka Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". Surah al anfal ayat 49.


Usaha ini dijalankan bagi menarik balik umat islam pada hari ini agar kembali mengenal agama mereka. Melihat keadaan pada hari ini amat merisaukan apabila rata-rata pemuda pemudi kita begitu jauh dari kehidupan sebagai seorang muslim. Moga-moga dengan usaha ini dapat menarik mereka kepada islam dengan memperlihatkan keindahan yang ada didalam islam yang tidak menghalang umatnya berhibur dalam masa yang sama menjaga batas –batas pergaulan sesama lelaki dan perempuan. Teringat sebuah negeri di Malaysia yang pertama kalinya mengadakan konsert hiburan dengan mengasingkan tempat bagi lelaki dan perempuan sehingga menimbulkan perasaan kagum pihak lain sama ada cina, india dan lain-lain terhadap negeri tersebut.

Bermainlah bersama mereka dengan permainan yang sama

(#rÏãr&ur Nßgs9 $¨B OçF÷èsÜtGó$# `ÏiB ;o§qè% ...
60.  Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi....surah Al anfal 60

Satu ketika dahulu, penulis pernah mendengar bagaimana satu laman sosial yang diberi nama “facebook” telah dihasilkan oleh penciptanya bertujuan bagi menyebarkan keburukan tentang agama islam sekaligus membasuh pemikiran ummat ini. Tetapi alangkah besarnya kuasa Allah Apabila ia berfirman
(#rãx6tBur tx6tBur ª!$# ( ª!$#ur çŽöyz tûï̍Å3»yJø9$# ÇÎÍÈ
54.  Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya. Surah ali imran ayat 54


Bukanlah bermaksud kita mengikuti setiap cara yang mereka gunakan dalam menipu daya umat ini kerana boleh jadi cara yang mereka gunakan itu adalah cara yang batil dan bertentangan dengan syariat islam. Kita tidak mahu menjadi seperti cerita “Robin Hood” yang telah merompak dan mencuri harta kerajaan demi membantu orang miskin dan fakir  yang dalam kesusahan. Memanglah tujuan Robin adalah mulia tetapi cara yang digunakan adalah batil. Di dalam islam sendiri ada satu kaedah dalam ilmu usul fiqh iaitu “matlamat tidak menghalalkan cara”. Meskipun kita tahu matlamat kita adalah benar tetapi jika cara yang salah digunakan mana mungkin pertolongan Allah akan datang menghadiri kaum muslimin. Sesungguhnya yang haram itu jelas dan yang halal itu jelas dan tidak akan bercampur kedua-duanya . Sebab itulah para pengemudi perlu jelas akan hal ini kerana bimbang kapal yang di kemudi tidak sampai ke destinasi yang dituju malahan bakal ditimpa ombak yang ganas di lautan samudera .

Kita bukan membicarakan berkenaan permainan tetapi apa yang ingin kita bicarakan adalah yang tersirat disebalik permainan tersebut. Saya menggunakan perkataan permainan kerana ia merangkumi semua perkara yang perlu kita sedari dan memerlukan percaturan yang bijak dari pihak islam. Hal ini demikian kerana  perkataan main akan tersimpul di dalam nya pelbagai aspek antaranya pemikiran, strategi, kekuatan dan juga helah . Oleh itu, perkataan permainan adalah sangat ideai untuk menggambarkan tajuk perbincangan ringkas kita ini.

Pemikiran, strategi, kekuatan, dan juga helah sentiasa bermain di dalam medan perang. Aspek-aspek ini jika diabaikan akan mengundang bala bencana terhadap diri malahan juga ummah. Inilah perkara-perkara yang sentiasa berulang dalam medan pertempuran tidak kiralah macam mana bentuk pertempuran tersebut dijalankan terhadap ummah islam. Kecuaian akan mengundang padah! Corak permainan sentiasa berubah di setiap zaman. Jika dahulu dengan cara peperangan tapi itu tidak lagi menjadi keutamaan pada masa kini kerana kesedaran mereka terhadap kelebihan umat islam ini telah melahirkan satu corak permainan baru bagi mereka. Corak apakah yang menjadi kegemaran mereka dewasa ini? Itulah dia yang kita boleh katakan sebagai pengawalan minda ataupun “mind control”.




Caranya amat mudah dan senang iaitu melalui dadah hiburan yang cuba digunakan bagi meracuni minda umat islam . Rancangan mereka untuk melalaikan dan melekakan umat telah berjaya tetapi masih belum lagi menjadikan mereka senang duduk kerana mereka bimbang dan sedar di luar sana masih ada satu golongan kecil dari umat ini sentiasa beusaha untuk membangunkan umat yang terlena ini. Teringat satu penulisan yang dikarang oleh Dr. Ramadhan Al Buthi yang mengatakan bahawa musuh-musuh islam sentiasa beusaha untuk melenakan umat ini dari tidurnya. Mereka akan berusaha siang dan malam walau dengan apa cara sekalipun agar umat ini tidak terjaga dari tidurnya kerana mereka sedar jika umat ini bangkit dari tidurnya ia umpama raksasa yang tidak dapat lagi dibendung apatah lagi untuk dihalang kemaraannya itu. Siapa umat itu? Tanyalah diri kalian sendiri agar ia membuka mata kalian yang telah sekian lama tertutup.

Oleh itu, dari sebelah pihak islam perlu melakukan satu rencana baru bagi menghadapi permainan musuh ini dengan mengkaji tipu daya mereka dengan penuh teliti. Sekali gus menyediakan senjata kita bagi menghadapi peperangan ini. Kita semua seharunya sedar dengan firman Allah ini yang ditujukan khas bagi memperingatkan umat islam terhadap kelicikan musuh-musuh islam ini :

`s9ur 4ÓyÌös? y7Ytã ߊqåkuŽø9$# Ÿwur 3t»|Á¨Y9$# 4Ó®Lym yìÎ6®Ks? öNåktJ¯=ÏB 3 ö@è% žcÎ) yèd «!$# uqèd 3yçlù;$# 3 ÈûÈõs9ur |M÷èt7¨?$# Nèduä!#uq÷dr& y÷èt/ Ï%©!$# x8uä!%y` z`ÏB ÉOù=Ïèø9$#   $tB y7s9 z`ÏB «!$# `ÏB <cÍ<ur Ÿwur AŽÅÁtR ÇÊËÉÈ
120.  Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah Itulah petunjuk (yang benar)". dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. Al baqarah ayat 120


Moga-moga kita sebagai umat islam sentaiasa beringat dengan amaran  Allah ini di dalam
al Quran agar kita tidak pernah terleka dari perencanaan musuh-musuh islam.




Hakikat sebenarnya ini semua adalah rukhsoh tetapi pengakhirannya tetap adalah al Quran


Al Quran adalah jalan penyelesaian ke atas segala tindak tanduk manusia di atas muka bumi Allah ini. Sesungguhnya sang pencipta mengetahui habit dan tabiat makluk yang diciptanya itu di atas muka bumi ini .Maka di utusnya di sana seorang rasul bagi membimbing makluknya dalam menempuhi hidup di dunia mengikut aturan yang dikehendaki oleh penguasa sekalian alam. Apa yang dibawa oleh rasul itu tidak lain dan tidak bukan adalah seperti yang diungkapkan oleh kalamullah ini,

y7Ï9ºsŒ Ü=»tGÅ6ø9$# Ÿw |=÷ƒu ¡ ÏmÏù ¡ Wèd z`ŠÉ)­FßJù=Ïj9 ÇËÈ
2.  Kitab[11] (Al Quran) Ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa[12],
Al baqarah ayat 2

Melihat kepada ayat ini jelaslah kepada kita tujuan kitab suci ini kepada manusia bukan sekadar bahan bacaan yang dibaca ketika ibadat sahaja tetapi melebihi daripada itu sebagai membina generasi yang bertakwa. Ayat-ayat al quran yang sering kali di dengar ketika seluruh umat berada dalam bulan yang mulia serta pernuh dengan ke berkatan iaitu bulan ramadhan bagaikan hilang fungsi kepada umat ini. Ia bagaikan ayat yang langsung tidak di hayati pelaksanaannya dari sudut amali. Seumpama orang yang tidak pernah mendengar ayat ini .
ãöky­ tb$ŸÒtBu üÏ%©!$# tAÌRé& ÏmŠÏù ãb#uäöà)ø9$# Wèd Ĩ$¨Y=Ïj9 ;M»oYÉit/ur z`ÏiB 3yßgø9$# Èb$s%öàÿø9$#ur 4
185.  (beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil).

Di mana fungsi al Quran dalam kehidupan kita sebagai seorang yang mengaku beriman dengan rukun-rukun iman yang enam. Bukankah beriman dengan kitab merupakan salah satu daripada rukun iman ini. Kenapa begitu lantang mereka menidakkan fungsi al Quran ini dalam kehidupan umat islam pada hari ini sehinggakan mereka lebih mengagungkan fahaman daripada barat. Fahaman yang dicipta dari idealisme manusia yang keji dan kotor itu.

Tidakkah mereka memerhatikan satu demi satu idealisme manusia jatuh berguguran sehinggakan bagaikan tidak pernah wujud ia sebelum ini. Mana perginya nasionalisme! Mana perginya sosialisme! Mana perginya komunisme! Mana perginya semua idealisme yang kalian semua banggakan itu satu ketika dahulu sehingga kalian berani mengatakan ia lebih unggul dari sistem ilahi! Bahkan , penulis berani mengatakan bahawa sistem yang manusia agung-agungkan sekarang ini iaitu sekularisme pasti akan turut menjejaki langkah yang sama seperti adik beradiknya yang lain. Dan sekali lagi manusia akan kembali terhegeh-hegeh memikirkan sistem baru bagi menggantikan sistem yang sudah lapuk.

Baliklah kepada al Quran kerana itulah penyelesaian yang terbaik bagi kita semua . Tidak kiralah hiburan, ekonomi, jenayah, muamalat dan semua yang berkait dengan kehidupan telah disediakan jalan kehidupannya bagi kita ini oleh sang pengcipta yang maha agung.



No comments:

Post a Comment