Monday, January 9, 2012

Kembalikan keadilan dalam menjatuhkan sesuatu hukuman

Alhamdulillah, keputusan mahkamah hari ini membuktikan seseorang yang telah dibicarakan sekian lamanya akhirnya tidak bersalah. Tetapi apa yang kita mahu perbincangkan hari ini adalah bukan soal DSAI tetapi jauh disana bagaimana soal sesuatu hukuman dan keaiban seseorang itu dijaga. Kadang-kadang kita amat kecewa dengan dunia hari ini yang sibuk menjaja cerita-cerita yang mengaibkan manusia lain. Lupakah mereka kepada firman Allah bahawa fitnah itu dosanya lebih besar daripada membunuh.

Seseorang itu harus dibuktikan bersalah terlebih dahulu sebelum apa-apa berita dikeluarkan. Lihatlah bagaimana keadilan islam dan pemimpin yang berjiwa islam yang satu ketika dahulu dalam menjatuhkan sesuatu hukuman. Bahkan saidina Umar ibnu al Khatab sendiri pernah mengatakan ,"salah dalam tidak menghukum adalah lebih aku sukai dari salah dalam menghukum. Tengok dan lihat sahajalah bagaimana peribadi akhlak dan pemerintah islam terdahulu dalam menjatuhkan sesuatu hukuman . Kemungkaran Allah amat mereka takuti dan geruni dalam kehidupan ini.

Seharusnya golongan pemerintah perlu sedar akan hal ini dan bukan kerana demi kepentingan politik mereka masing-masing, budaya kotor fitnah menjadi rempah santapan mereka setiap hari.

Maruah adalah salah satu perkara yang tidak boleh dibuat main-main dalam Islam . Setiap individu dalam Islam perlu dipelihara maruahnya sebelum dibuktikan bersalah . Apatah lagi jika bukan islam pun begitu jadi umat islam lagilah perlu dipelihara maruahnya .

Berbalik kepada isu hukuman islam , rasanya sudah masa hukuman islam cuba dimartabatkan sedikit demi sedikit dalam perlembagaan . Hukuman qazaf perlu dijalankan agar tidak menjadi mainan harian bagi pencacai -pencacai kebatilan . Hukuman ini akan memberi kesedaran kepada mereka agar tidak menuduh seseorang itu tanpa disertakan dengan bukti yang terang. Tuduhan yang dilemparkan mestilah disertakan dengan bukti yang jelas dan terang. Kembalilah kepada keadilan islam dalam menghukum seseorang pesalah itu. Dan jangan membudayakan budaya menjaja berita buruk orang tanpa dibuktikan kesalahannya terlebih dahulu.

Tetapi apa yang penting bagi yang non - muslim jangan bimbang kerana persoalan berkenaan hukum qazaf itu hanya tertakluk kepada orang islam sahaja. Kalian semua tidak terlibat sama sekali dan hukuman untuk kalian adalah hukuman takzir atau hukuman yang digubal oleh kerajaan sahaja. Tetapi adakah wujud budaya sebegini dalam masyarakat kaum mereka seperti mana masyarakat kaum melayu. Sama-samalah kita renung-renungkan dan bermuhasabah diri.

No comments:

Post a Comment