Wednesday, January 4, 2012

Perayaan Tahun Baru 2012 Menurut Islam

 Tahun 2011 baru sahaja melabuhkan tirainya bagaikan kejadian yang sama berulang tatkala kita merasakan ketika mana 2011 meninggalkan tahun 2010. Tetapi corak perayaan tahun baru 2012 sedikit berbeza berbanding tahun-tahun yang sebelum ini apabila kita dapat melihat di dalam surat khabar sinar harian sendiri telah membuat dua perbandingan yang jelas antara perayaan tahun baru ala hiburan dengan perayaan tahun baru ala islam.

Penulis tidak ingin menceritakan atau membahaskan berkenaan perayaan tahun baru ala hiburan kerana barang kali kita sudah jemu dengan perayaan serba gitu di negara kita .Apa taknya kalau keesokkan harinya selepas merayai malam tahun baru pasti dataran-dataran yang menjadi tempat perayaan dipenuhi dengan botol-botol arak bagaikan sebuah masyararakat yang tidak bertamadun dalam meraikan satu-satu perayaan. Tidak kurang pula bagi pekerja-pekerja majlis bandaraya yang ketika bertugas keesokkannya pasti menemui sisa-sisa komdom yang bertaburan di lorong-lorong jalanan sesat yang menjadi sarang puaka bagi manusia yang di tunggangi hawa nafsu untuk melampiaskan nafsu durjana di awal amalam tahun baru.

Perayaan malam tahun baru ala islam yang telah dijayakan terutamanya di dataran merdeka Shah Alam  di negeri Selangor telah memberi satu isyarat baru bagi anak-anak muda yang mula dahagakan siraman air  bagi menyuburkan pohon-pohon bunga bagi menguntumkan sejambak bunga yang mekar dengan warnanya begitu jugalah manusia pada hari ini, mula tercari-cari jalan bagi mereka kembali menyuluh hati yang kian kelam dengan cahaya hidayah.

Perayaan ambang tahun baru ini juga tidak ada bezanya dengan perayaan ambang tahun baru yang lain apabila ia turut mengundang para artis untuk menjayakannya tetapi apa yang bezanya ialah apabila para ulama turut sama menyerlahkan program ini dengan menyediakan acuan yang menurut Islam. Apabila para artis dan ulama' bersama terserlah keindahan hiburan menurut kaca mata Islam itu.

Himpunan manusia sekitar hampir 80 000 orang betul-betul satu perkara yang amat mengejutkan apabila kehadiran mereka semata-mata untuk mendekati seorang penceramah agama iaitu ustaz Azhar Idrus. Kehadiran ikon penceramah tersebut bukan sahaja telah menghimpunkan rata-rata peminatnya dari golongan dewasa malahan golangan remaja turut tertarik dengan ustaz Azhar Idrus. Gaya dan perlestarian dakwah yang dilakukan ustaz Azhar betul-betul mendapat tempat di hati para pemuda pemudi di serata negara.

Sambutan malam nampak begitu berjaya dengan jayanya apabila unsur-unsur dakwah dapat sama disertakan dalam sambutan malam ambang tahun baru. Baru kali pertama kita mendengar himpunan hampir 80 000 manusia ketika malam tahun baru di mulakan dengan laungan zikir asma' ul husna dan disudahi dengan doa awal tahun.

Tahniah kepada pihak yang telah berjaya mengadakan program seperti ini . Moga-moga dengan adanya program seperti ini dapat menarik kembali minat golongan pemuda pemudi  Islam dalam menghayati kembali kehidupan secara Islam yang telah lama di tinggalkan.

Islam Lead The Change

No comments:

Post a Comment