Thursday, January 12, 2012

Tatkala kita mula memerlukannya

Huhuhu, sedih apabila melihat keadaan manusia hari ini yang mula hilang arah tujuannya dalam membuat satu pilihan hidup yang terbaik. Keadaan ini seharusnya diubah dan bukan hanya menjadi polemik harian bagi surat-surat khabar dalam melariskan akhbarnya di pasaran . Malahan , tidak cukup dengan itu apabila budaya seks sudah mula menebar dalam filem-filem tempatan . Apatah lagi apabila rata-rata pelakonnya beragama islam. Jijik, kotor dan memalukan sudah tidak ada lagi dalam kamus hidup artis-artis melayu di tanah air apabila kehidupan barat lebih di agungkan dari kehidupan yang menyunjung kehidupan beragama dalam segala hal.

Pembudayaan seks sama ada sedar atau tidak sedar  dalam media cetak, media massa, media elektronik dan apa jua media yang wujud di era globalisasi kini seharusnya diakui sebagai pembunuh yang dapat membunuh pancaran nur dalam diri seseorang itu.

Masih ingatkah kita kisah seorang penyanyi rock yang gilang gemilang di Amerika satu ketika dahulu pada era 60 an yang bernama Elvis. Seorang yang amat popular dan memiliki kemewahan yang luar biasa apabila setiap keinginnannya dapat ia penuhi. Elvis nama seorang penyanyi yang amat hebat satu ktika dahulu tapi sayang apabila kehidupan yang di tempuhi tidak dapat memenuhi satu keperluan dalam dirinya. Beliau cuba melakukan pelbagai perkara dalam kehidupannya demi meraih keseronokan dalam kehidupannya demi mehilangkan kekosongan yang dirasa oleh jiwanya tetapi sayang  tindakan itu tetap tidak menjanjikan kepuasan yang sebenar kepadanya.  Akhir sekali ia telah membunuh dirinya sendiri.

Cerita ini bertujuan membuka mata kita semua bahawa dalam diri manusia itu terdapat 2 perkara yang seharusnya dipenuhi oleh manusia iaitu rohani dan jasmani. Tidak cukup hanya menjaga keperluan rohani tetapi mengabaikan keperluan rohani. Kedua-dua perkara ini perlu ada dalam kehidupan kita semua. Seseorang doktor pakar jiwa mengesahkan orang yang sentiasa melakukan amalan spritual adalah amat sukar untuk mendapat tekanan berbanding orang yang tidak melakukan amalan spritual.

Tetapi melihat keadaan hari ini umat islam sedar atau tidak mereka telah jauh mengutamakan kehidupan meterialistik dunia berbanding kehidupan akhirat. Apa yang berlaku pada Elvis telah ada yang cuba mengikutinya. Pembunuhan yang melibatkan bunuh diri , dibunuh , dan apa sahaja jenis pembunuhan telah menjadi aktiviti harian manusia. Manusia semakin punah dan hancur dengan penularan pelbagai budaya kuning yang melesukan sekaligus membantutkan pemikiran umat ini.

Aduhai, malangnya manusia pada hari ini terus lena dengan permainan musuh islam. Percaturan ini yang dilihat bagi melemaukan umat hari ini sedang hebat dijalankan. Sayang seribu kali sayang apabila mangsanya kebanyakkannya adalah terdiri daripada umat islam sendiri. Sudah terbukti dan jelas target dan sasaran mereka adalah untuk melihat umat islam sentiasa terlena daripada mimpi. Tidak kiralah dulu, kini dan pada masa hadapan perencanaan mereka sentiasa berjalan dan bergerak bagi memastikan sisa-sisa islam lenyap daripada muka bumi.

Usaha menggerakkan dakwah islam perlu dijalankan bagi pencinta agama ini. Keadaan ini sudah tidak lagi boleh di biarkan berlalu begitu sahaja. Usaha dan amal perlu ditingkatkan demi memastikan dakwah ini terus berjalan walaupun ketika ini golongan yang menyedari hal ini adalah golongan minoriti. Ya, betul tatkala kita mula memerlukannya dan bukan sahaja hari ini tetapi selama-lamanya , al Quran dan Sunnah rasulullah.

No comments:

Post a Comment