Wednesday, August 8, 2012

Mahasiswi dalam mendepani isu kemasyarakatan

Alhamdulillah, selesainya satu program dakwah+sahur di lorong haji taib, KL 
di bawah anjuran Sigma di bawah GAMIS. 

Dengan dibekalkan semangat mahasiswi yang tinggi dan cukup 
proaktif dalam mendepani isu kemasyarakatan cukup membanggakan dan mengujakan.

Bermulanya pada pukul 1.30 pagi para penggerak dibahagikan kepada 
4 kumpulan dalam menjalankan operasi jelajah sahur dengan menyasarkan golongan gelandangan yang tidur di tepi jalan.

Pelbagai kerenah masyarakat yang ditemui dalam melaksanakan
aktiviti di waktu dinihari ini. Tidak dinafikan bahawa masyarakat kita perlu dirawat dengan segera.

Isu bidang kuasa siapa perlu diketepikan. Hari ini semua pihak
harus bersama dalam mendepani isu sosial yang melanda negara kita.

Walau bagaimanapun bersyukur kepada Allah kerana aktiviti ini
dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya tanpa berlaku apa-apa perkara yang buruk.

Walau apa-apa pun, kepada wakil siswa GAMIS yang sudi
bersama dengan siswi Sigma dalam memantau keselamatan kami tidak dilupai.

Seharusnya program seperti ini perlu dijalankan lebih kerap
dalam menunjukkan kebersamaan siswi dalam masyarakat.

Moga-moga aktiviti ini menjadi satu aktiviti ibadah kami di bulan ramadan ini,
tambahan lagi di malam 10 akhir ramadan.

Ucapan terima kasih kami ucapkan kepada sesiapa sahaja yang
telah membantu menjayakan aktiviti Sahur Sigma ini. n_n

No comments:

Post a Comment