Jika punya pendapat, milikilah pula tekad yang kuat. Sebab, pendapat akan rusak jika kau ragu-ragu melangkah.
Monday, August 6, 2012
Praktikal dari Sultan Mohammad al-Fateh dan bukan lagi teori
Sampai bila kita hendak berbangga-bangga dengan kegemilangan orang yang terdahulu, mereka sudah berjaya. Tetapi kita bila lagi.
Kejayaan mereka sering kita ungkapkan dan canangkan dimana-mana diskusi atau forum yang diadakan.
Menghadiri diskusi dan forum-forum yang diadakan berkenaan mereka sungguh mengujakan dek kerana kehebatan pada zaman mereka. Sultan Mohammad al-Fateh sudah tidak asing lagi dari program ilmiah yang sering diadakan oleh para mahasiswa, keunggulan Sultan Salahuddin al-Ayyubi tidak ketinggalan, pemerintahan Umar ibn Aziz sentiasa didiskusikan.
Tetapi dimana natijah akhirnya dari kejayaan umat Islam terdahulu terhadap umat Islam hari ini. Minta maaf, kalau dikatakan hari ini kita hanya sibuk dengan teori semata-mata dan melupakan praktikal disebalik semua kejayaan mereka.
Pemuda mempunyai hamasah (semangat) yang tinggi, manakala para ulama' mempunyai Ilmu yang buat menerangi jalan bagi ummah ini. Tetapi sayang kedua-dua perkara penting ini masih belum bersaliran antara satu sama lain.
Zaman Rasulullah SAW, pemuda dengan orang yang berilmu. Zaman Umar ibn Abdul Aziz, juga pemuda dengan alim ulama sebagai penasihatnya. Zaman sultan Salahuddin al-Ayyubi, juga ulama dan pemuda bersatu. Dan sudah pasti zaman sultan Muhammad al-Fateh turut juga sama.
Jawapannya tetap sama PEMUDA perlu bergandingan dengan para ALIM ULAMA jika kita mengimpikan zaman kita semua seharum mereka-mereka yang telah berjaya.
Sudah masa dan ketikanya, kita pula mencoratkan kegemilangan Islam di zaman ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment