Wednesday, December 19, 2012

Akhirnya kau sudah tidak punya apa-apa alasan lagi

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana memberikan hambaNya ini kekuatan untuk berterus terang padanya. Kenapa ini semua berlaku pasti ada hikmahnya. Aku pun tak salahkan dia. Hehehe, walaupun rasa nak menangis.

Tetapi apa yang jelas untuk diriku kini ialah aku sudah tidak punya apa-apa alasan lagi. Kini aku akan berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Aku akan pastikan aku akan berjaya untuk sambung ke peringkat MASTER dan juga PHD, sekaligus menyudahi kedua-dua peringkat tersebut.

Kemudian aku akan terus lagi belajar untuk mengejar cita-citaku kerana Allah untuk menjadi ulama' usuluddin di masa hadapan.

Rasanya, hari ini aku hanya menulis sedikit sahaja berkenaan tajuk ini. Cukuplah selepas ini perbuatan aku pula yang menjadi suaraku kearah itu.

Ya Allah, Engkau ampunilah aku ya Allah kerana aku sedar bahawa begitu banyak dosaku padaMu. Jikalau bukan kerana rahmatMu sudah pasti aku hidup dalam keadaan hilang tanpa arah tuju. Moga-moga Engkau sampaikanlah aku kearah cita-citaku itu ya Allah untuk bergelar sebagai ulama' Usuluddin, sekaligus pengakhirannya syahid di jalanMu ya Allah.

Tuesday, December 18, 2012

Cita-cita aku ingin jadi Ulama'

Ya, sudah pasti inilah cita-cita yang ingin ku tempuhi. Aku ingin menjadi seorang ulama usuluddin dan di spesifixkan lagi menjadi ulama ilmu perbandingan agama, What we call it in english is           "Comperative Religion".

Telah banyak cita-cita yang aku inginkan sehingga sampai ke satu tahap yang menyimpulkan kehidupanku mesti terarah ke satu tujuan yang tidak akan berubah lagi mulai saat ini. Segala tenaga dan kekuatan akan diarahkan kepada satu tujuan hidupku ini, iaitu aku ingin menjadi faqih di dalam ilmu usuluddin.

Kalau dahulu macam-macam cita yang ingin aku jadi. Bermula dari polis, bertukar kepada guru, sainstis, doktor, ahli falak, dan lain-lain lagi. Banyaknya cita-cita yang di inginkan. Tetapi ku sedar kini ia adalah satu kerugian kerana aku hilang punca dalam mengarahkan segala tindak-tanduk dan usahaku ini.

Teringat menghadiri satu bengkel kepimpinan ketika mana slot "leadership" di handle oleh seorang motivator juga selaku penasihat undang-undang kepada syarikat petronas. Kata beliau, apabila kita terlampau banyak meletakkan cita-cita dalam kehidupan kita maka pekerjaan yang kita lakukan tidak terurus dan tidak menghala kearah matlamat yang mempunyai ketetapan.

Sebab itulah katanya orang yang sebegini sukar berjaya. Oleh itu, kita harus ada satu matlamat dan cita-cita yang jelas dan tidak akan berubah lagi. Halakan segala tindak-tanduk pekerjaan dan perbuatan kita seratus peratus kearah cita-cita tadi dan insyaAllah kalian akan berjaya.

Peluang masih terbuka dan kamu masih belum terlewat lagi Muhaimin. Usahakan usahamu kearah itu. Dan aku yakin kamu pasti boleh malakukannya. Endahkan apa yang orang nak perkatakan tentang dirimu tetapi aku tetap yakin sinarmu pasti akan bergemerlapan suatu hari nanti.

Ya, aku pasti boleh. Aku mesti berusaha dari sekarang. Ya Allah, Engkau bimbinglah diri ni kerana diri ini tidak mempunyai kekuatan melainkan dengan bantuan dan pertolongan dariMu jua.

Aku pasti akan mempersiapkan diri ini, ketika mana saat suatu hari nanti diriku ini terpanggil aku pasti akan menyahutnya dengan penuh persediaan. Muhaimin ini tanggungjawab kamu dan kamu mesti berusaha kearah itu.

Aku yakin dengan dirimu. Ingat lagi Muhaimin kata-kata Ustaz Jaya ketika di dalam kelas tatkala dia mengajar mata pelajaran Usuluddin padamu, "Kita pada hari ini ramai ulama' feqah tetapi tak ramai ulama' usuluddin, Saya harap awak semualah yang akan melaluinya".

Aku berbisik pada hatiku pada ketika itu, " Muhaimin kamulah salah seorang daripadanya kelak".


Aku sukakan dia k?

Aduh, entah kenapa rasa serba tak kena hati ni. Eh, bahaya ni. Lihat dari jauh dia tu memang cantik, baik dan berakhlak. Ya Allah, aku sedih kerana aku ini begitu lemah dalam menghadapi kaum hawa. Ya Allah, kadang-kadang aku terfikir sendirian untuk apa cintaku ini pada manusia sedangkan cinta padaMu belum lagi sekukuh waja.

Ya Allah, mereka engkau ciptakan sebagai pelengkap iman dan kehidupan kaum Adam. Kami sedar ya Allah pada mereka terhias begitu banyak sekali keindahan dan kecantikan yang Engkau anugerahi. Kami mohon ya Allah agar engkau kuatkanlah iman kami ini untuk menghadapinya.


Tetapi mampukah aku untuk membiarkan diriku ini terus tenggelam dalam maksiat ya Allah, hambamu ini dah tak mampu melakukannya Ya Allah. Ampunilah diriku ini ya Allah. Jika ini adalah jalan untuk menuju kepada redho-Mu ya Allah, maka engkau bukalah jalanku kepadanya Ya Allah.

Ya Allah, aku sedar bahawa dia juga makhluk-Mu ya Allah, maka aku memohon kepada-Mu ya Allah agar dipermudahkan urusan hamba-Mu ini ya Allah. Jika kehendakku ini kerana nafsu dan akan mengacam agamaku maka Engkau halangilah ia ya Allah. Tetapi jika ia baik untuk agamaku maka engkau permudahkanlah ia Ya Allah.
 
Alangkah lemahnya aku ini ya Allah, moga Engkau bimbinglah diri ini kearah cintaMu terlebih dahulu sebelum cinta manusia. Tetapi aku tetap kasihkan dan cintakan dia keranaMu ya Allah.

Ya Allah, Aku memohon Engkau tabahkan diriku ini dalam menghadapinya dan meletakkanku di dalam kalangan orang yang sabar.

Wednesday, December 12, 2012

Dilema sebagai penuntut ilmu


Sepanjang hampir seminggu lebih aku meninggalkan FB banyak perkara yang dapat aku selesaikan. Beberapa buah buku dapat kuhadamkan.

Terasa buku menjadi teman rapat bagi diriku. Cuba mendisiplinkan diri bagi menghabiskan 2 buah buku sehari tetapi kenyataan membuktikan bahawa aku belum mampu.

Tetapi tetap bersyukur walaupun meletakkan 2 buah buku, aku berjaya menghabiskan pembacaan  satu buah buku sehari. Mungkin aku perlu tadaruj (beransur-ansur) untuk melatihnya.

Semua ini berjaya dilakukan dengan meninggalkan FB untuk sementara waktu. Tak ku sangka banyak masa yang sekian lama ku luangkan untuk FB dapat digunakan untuk membaca.

Kadang2 terfikir untuk meninggalkannya (FB) bagi menumpukan dalam pelajaran dan pembacaan buku-buku yang masih banyak yang belum diterokai.

Tapi dari side yang lain pula ada masalah yang lain yang akan datang. Mungkin aku masih perlu memikirkan tentangnya.

Mungkin disiplin dan penetapan masa bagi mengawalnya perlu dilakukan agar masa aku dapat diagihkan sebaik yang mungkin.

Semoga Allah memberi petunjuk bagi diri ini yang mana sebaik-baiknya aku lakukan.

Tuesday, December 11, 2012

Bila banyak bercakap dari bekerja


Bila banyak bercakap dari bekerja apa yang akan terjadi ye? Ini adalah pengalaman yang aku lalui sendiri. Baru ku sedar kenapa ada gesaan dalam satu hadis yang menyebut barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat hendaklah dia diam.

Dari Abu Hurairah r.a. , katanya: Sabda Rasulullah s.a.w. :“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam , barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia memuliakan jirannya, barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.” (Hadis sahih riwayat Muslim)

Apa pula kaitan diam dengan banyak bercakap dan bekerja ni. Sebenarnya begini aku ni jenis orang yang banyak bercakap la kiranya. Tetapi sejak akhir-akhir ini aku bagaikan ditempelak oleh diri sendiri. Entah kenapa aku merasakan banyak perkara yang tak berjaya aku selesaikan.

Sebenarnya, apa yang mengubah keadaan aku ini berpunca daripada satu mimpi tetapi Wa Allahu A'lam sama ini mimpi yang benar ataupun mainan syaitan. Rasanya tak perlu aku ceritakan mimpi itu, cukuplah ia sekadar rahsia buat diriku ini.

Walau macam mana sekali pun aku terasa terpanggil untuk mengubah diri ini. Sudah sekian lama aku membiarkan diri aku ini sebegini lena dan selesa. Tatkala membaca buku sirah dan cerita pahlawan Islam dahulu kala membuat diriku malu. Bukan setakat itu sahaja mendengar klip video ceramah dari seseorang ustaz berkenaan soal tarbiyah membuat diri ini terpukul berkali-kali.

Salah siapakah semua ini? Jawabnya salah diri. Jadi, bila kita sedar kesilapan itu bermula dari mana maka usaha untuk membaikinya perlu dilakukan.

Ya, sudah masa untuk aku lakukannya. Sepatutnya dari dulu lagi aku merasa meluap dan benci terhadapnya tetapi baru kini perasaan itu datang. Aku bersyukur kepada Allah kerana menyanyangi hambanya ini.

Mungkin sesetengah orang menganggap ia cita-cita yang terlampau besar sehingga tak berpijak ke dunia yang nyata tetapi itulah cita-cita aku dan semoga Allah sampaikan cita-citaku ini untuk mati syahid pada jalan perjuangan Allah.

Dulu aku ingat tapi aku lupa dan ingat serta lupa lagi, dan kali ini aku diperingatkan lagi oleh Allah. Betapa aku begitu lalai dalam jalan Islam ini. Mungkin keadaan persekitaran menjadikan aku alpa dan mudah lupa bahawa sekejap lagi tubuh ini akan kembali ke dalam tanah.

Aku berjuang bukan kerana manusia, pangkat dan harta aku berjuang kerana Allah. Tidak ada matlamat perjuangan yang lebih tinggi melainkan matlamat menuju Allah.

Itulah Aku!!!

Bila aku teringat kembali asal muasal perjuanganku ini, segala masalah yang membaluti diri ini hilang dan apa yang tinggal adalah bagaimana untuk menyiapkan diri.

Ya, masa untuk kurangkan bercakap dan banyakkan amal. Kalau terlampau banyak bercakap, nanti dijadikan gurauan dan apa yang dicakap tetap dianggap gurauan sampai bila-bila dan seharusnya pada diriku ini layaklah kamu diam.

Orang yang diam itu lebih selamat lidahnya kerana tidak bercakap perkara-perkara yang kosong. Apatah lagi menyakitkan hati manusia.

Sebenarnya Hadis yang aku tampilkan sebentar tadi telah disebut oleh rasulullah SAW agar manusia berhati-hati menggunakan lidahnya itu, jangan sampai hingga membinasakan diri.

Perpatah melayu ada menyebut, "Sebab pulut santan binasa, Sebab mulut badan binasa".

Moga-moga aku dapat mengaplikasikan kata-kata dari sabda baginda SAW yang mulia ini. Amin..

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam "

Saturday, December 8, 2012

Ilmu

Ilmu engkaulah penyuluh jalan,
menyuluh jalan menerangi kegelapan,
Tanpamu manusia hilang haluan,
Dengan Ilmu kami diangkat,

Ilmu untuk mendapatkanmu bukan satu yang mudah,
Jalan yang perit dan payah perlu diredah,
Ulama' menjadi panduan dan pembimbing,
Tanpanya kami bergurukan syaitan,

Buku menjadi teman setia,
Bagi si pencinta ilmu,
Dengan ilmu manusia mengenal hakikat hamba,
Lalu mengenal siapa pencipta,

Ilmu makin dicari makin terasa bodohnya diri,
Kerana diri merasa semakin banyak yang tidak diketahui,
Sehingga diri berasa begitu kerdil dan kecil,
Tatkala merenung keluasan ilmu yang begitu meluas,

Ilmu mengajar kenal akan si pencipta,
Mengetahui apa yang disuruh,
Dan apa yang ditegah,
Supaya hidup terpandu menuju Redho Ilahi,

Mukjizat Rasulullah dengan Ilmu,
Takkan hilang hingga ke akhir zaman,
Memandu insan yang menginginkannya,
Meninggalkan insan yang mengalpakannya,

Al-Quran sebuah kitab penuh dengan ilmu,
Membuka mata para sainstis dan ilmuwan,
Menakjubkan sesiapa yang mengetahuinya,
Kerana ia rahsia terbesar alam,

Carilah ilmu sementara terdaya,
Bukan untuk persediaan mengganti,
Tetapi sebagai persediaan menanti,
Jika engkau menyedari ini,
Maka cepat-cepatlah persiapkan diri.

Potensi guru-guru Islam terbunuh di sekolah rendah

Tertarik dengan apa yang diperbincangkan oleh pensyarahku tadi di dalam kuliyah apabila beliau telah menyebut bagaimana potensi guru-guru agama terbunuh di sekolah rendah. Bagaimana tidaknya jika mereka dilihat tidak berminat untuk mempelajari perkara-perkara baru. Malahan "term-term" yang sukar membuatkan mereka malas untuk berfikir. Barangkali mereka lebih suka perkara yang senang dan tidak memenatkan otak mereka.

Pengajian Prasiswazah Guru atau ringkasannya PPG yang telah ditawarkan kepada lebih 300 orang  oleh kementerian di sebuah universiti bagi melonjakkan prestasi dan mutu guru-guru agama ini, amat mendukacitakan apabila mereka yang datang mendaftar untuk kursus ini amat mengecewakan.

Mungkin bagi mereka, sudah tidak perlu lagi untuk sambung belajar kerana telah bekerja dan tidak perlu lagi penat-penat untuk memikirkan masalah akademik. Cukuplah sudah kami melaluinya dahulu dan kini biarlah hidup kami sebagai guru agama yang mengajar budak-budak sekolah rendah. Mungkin inilah yang difikirkan mereka.

Penulisan ini bukan bermaksud semua guru berkeadaan begini tetapi rata-ratanya memang begini. Tahniah dan syabas kepada guru agama ini yang bijak mengatur dirinya jika ia sedar potensi apa yang akan membunuhnya.

Kita tidak mahu melahirkan guru agama yang berasa senang dengan hanya mengajar budak sekolah rendah tetapi jauh lebih dari itu kita mahu meletakkan peranan mereka jauh ke hadapan.

Ya, memang kami tidak menafikan peranan besar kalian sebagai pendidik generasi cilik hari ini bagi menjadi pemuka masa hadapan. Tidak sama sesekali tidak kami menafikan peranan kalian ini. Apatah lagi memperkecilkan kerja mulia para guru-guru agama yang mengajar di sekolah rendah.

Perbincangan ini bukan memperbincangkan soal siapa yang kalian mengajar tetapi soal bagaimana meletakkan "ROLE" para guru agama dalam kalangan masyarakat. Seharusnya ilmu pengetahuan perlu sentiasa dicari dan tidak pernah merasa jemu dan cukup untuk menimbanya. 

Tetapi apakan daya realiti hari ini menunjukkan kita malas untuk mencari ilmu pengetahuan. Lihat sahaja apa yang telah terjadi. Jika benar mereka meminati ilmu tentu sahaja peluang yang ditawarkan kementerian akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Semoga kita semua sedar terhadap peri pentingnya ilmu pengetahuan itu dan menyuburkannya ke dalam masyarakat. Cukuplah selama ini kita hidup dalam keselesaan dan merasa sudah cukup dengan yang satu.

Moga-moga potensi guru-guru Islam tidak terbunuh di sekolah rendah pada masa hadapan.

Tuesday, December 4, 2012

Soal kata pada hati

Aku tak tahu sampai bila perlu aku menipu diri ini. Sebenarnya aku tak gembira dengan apa yang berlaku. Muingkin bagi mereka ini hanya sekadar gurau-gurauan dan tidak perlu makan hati atau terasa hati dengan apa yang berlaku.

Tetapi bukankah Rasulullah SAW dan para sahabat sangat menjaga kata-kata mereka dari mengguriskan hati sahabat mereka.

Sehinggakan ada keadaan di mana Rasulullah menegah menyebut keburukan orang yang telah mati kerana bimbang orang yang masih hidup terasa hati dengan perbuatan tersebut. Sedangkan orang yang mati itu amat jahat dan buruk keadaan perangainya pada Rasulullah sendiri.

Ya, memang betul mereka juga bergurau tetapi gurauan mereka penuh dengan kejujuran dan hikmah yang baik.

Mmm, takperlah asalkan meeka gembira dan senang hati. Hati yang terasa ini moga-moga ia akan pergi begitu sahaja. Tidak ada masa untuk memikirkan soal hati ini.

Entah kenapa aku rasa ingin kongsikan perasaan ini.

Sebenarnya istilah paku-memaku, men "touche" dan apa-apa sahaja istilah yang diadakan bagiku bukan mempertautkan ukhwah yang hakiki, melainkan terbina dengan perasaan orang itu berlakon-lakon seperti tidak pernah berlaku apa-apa.

Sesuatu gurauan itu boleh diterima jika sekali dua jika ia dimainkan, tetapi masihkah ia dikira sebagai gurauan jika satu hari diperkenakan dengan gurauan yang sama. Masih gurauankah ini?

Maaf jika aku berbohong pada kalian yang diri ini tidak pernah terasa apa-apa. Ya, memang benar kalian berjaya memaku dinding tersebut tetapi jangan lupa kisah ini. Walaupun aku tak pernah ambil kisah dengan paku memaku itu.

Suatu hari si ayah terlihat muka anaknya yang dalam kemarahan dan sedang mengucapkan sesuatu yang buruk tentang seseorang.

lalu si ayah bertanya, "Wahai anakku kenapa engkau mengucapkan perkataan yang sebegitu".
Lalu jawab si anak, " Kawanku telah melakukan sesuatu padaku".

Si ayah mengajak si anak pergi ke belakang rumah sambil membawa tukul dan paku.

Si ayah berkata, "Wahai anakku jika engkau marahkan rakanmu itu maka pakulah dinding ini setiap kali kamu merasa marah dan geram terhadapnya".

Si anak menurut kata si ayah. Sebulan kemudian si ayah memanggil anaknya dan membawa anaknya ke belakang rumah.

Kata si ayah," Anakku lihatlah pada dinding yang telah engkau paku kan dengan berpuluh-puluh paku padanya, sekarang cabutlah semua paku-paku itu".

Si anak menurut sahaja apa yang diperintahkan oleh bapanya.

Lalu si ayah bertanya, "Sekarang menurutmu apa yang tinggal pada permukaan dinding ni?".

"Aku tak melihat apa-apa melainkan hanya mendapati terdapatnya kesan-kesan rentakan hasil daripada perbuatanku ini". Jawab si anak.

Tahukah anakku kenapa aku menyuruh kamu memaku dinding ketika mana nafsu amarah menguasai dirimu.

si anak menggelengkan kepala menandakan bahawa ia tidak mengetahuinya.

Lalu si ayah menerangkan,"Ketahuilah anakku inilah yang akan berlaku terhadap rakanmu jika kemarahanmu ini dihamburkan kepadanya. Luka di badan akan hilang apabila ia telah pulih tetapi luka di hati belum tentu akan hilang. Ya, mungkin kawanmu memaafkan perbuatanmu itu tetapi kesannya tetap masih terbekas di hatinya. Ketahuilah Sesuatu perkataan yang melukakan hati itu sangat susah dipulihkan. Oleh itu, jagalah perkataanmu wahai anakku agar ia tidak melukakan hati orang di sekelilingmu."

Bagiku perkara ini adalah perkara yang remeh untuk difikirkan kerana masih banyak perkara yang perlu diselesaikan. Tetapi apakan daya aku tak dapat menolak hirisan-hirisan hati yang berbekas di hati ini.

Moga-moga walau sesiapa sahaja diluar sana jagalah kalam perkataanmu itu kerana hati ini sesuatu yang tak dapat dibaca pada riak mukanya.

Maafkan aku wahai teman sesungguhnya lidahmu itu lebih tajam dariapada hirisan mata pedang di hatiku ini.


Monday, November 26, 2012

Aku Dan Dunia Akademik

Sudah 3 tahun rupanya keberadaan aku di USIM. Sebagai seorang penuntut ilmu di sini, banyak perkara yang perlu aku lakukan. Tugas sebagai seorang pelajar bukanlah sesuatu yang senang dan mudah. Jika dahulu aku di peringkat sekolah, tetapi tidak lagi kini.

Sebagai seorang yang telah menduduki marhalah yang ketiga daripada 3 marhalah pendidikan maka sudah pasti cara pemikiran kami berbeza seperti keadaan kami di sekolah.

Betul dan benarlah kata-kata seniorku dahulu bahawa apabila kita menjejakkan kaki di Universiti cepat-cepatlah biasakan diri. Tahu kenapa? Kerana di sini semuanya kita perlu cari dan terokai sendiri ilmu itu. Pensyarah ini hanya sebagai penunjuk jalan sahaja.

Jika kita masuk kedalam dewan kuliyah tanpa membuat persediaan dan membaca terlebih dahulu apa yang akan di ajar oleh pensyarah maka "belel lah jawabnya". Macam mana nak baca pensyarah tak beritahu pun apa yang perlu dibaca. Perlu di ingat sekali lagi bahawa di sini tidak lagi diajar makan suap.

Segala-galanya bukan pada pensyarah tetapi terletak pada diri sendiri untuk melakukan perubahan untuk menerima perubahan yang berlaku. Jika kita masih di takuk yang lama pasti kita akan ketinggalan jauh dalam dunia akademik ini.

Baca, ohhh bacaaa

Buku adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada hidup mahasiswa. Mereka kena menerima bahawa budaya iqra' itu bukan sekadar-kadar budaya tetapi satu kewajipan yang terpikul di atas pundak mereka.

Ye, tepat sekali. Ini adalah amanah yang perlu mereka lakukan selaku pelajar "under graduate". 4 tahun pengajian mesti di isi dengan ilmu pengetahuan daripada pelbagai pembacaan dan selalu berdamping dengan para alim ulama' buat menjadi pembimbing diri dalam menuntut ilmu.

Penat k? Sabarlah kerana hidup kita ni sekejap sahaja. Macam mana kita nak tahan belajar sampai liang lahad sedangkan 4 tahun di universiti pun kita dah mula mengeluh.

Sabarlah dan banyakkan bermunajat kepada Allah kerana ia maha mendengar rintihan hati hamba-hambanya yang merintih memohon kepada-Nya. Hari ini kita bersusah payah adalah untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada manusia lain suatu hari nanti, jika khidmat ini diperlukan saat itu.

Semoga luahan hati ini menjadi penguat kepada ku untuk terus mara melangkah menuju ke depan sana. Aku akhiri bicara ini dengan kata-kata dari Al-Fadhil Ustaz Aizuddin, pensyarah kuliyyah halaqoh ku,

" Saya tidak berniat nak jadi sheik-sheikh Ilmu, tetapi saya berniat nak lahirkan sheikh-sheikh ilmu".

Saturday, November 24, 2012

USIM dalam memimpin arus perubahan


Tahniah kepada Pihak pengurusan majlis pesta konvokesyen USIM dan MPP USIM kerana berjaya mengetengahkan konsep yang lebih Islamik berbanding tahun-tahun yang sebelum ini.

Moga-moga usaha pertambah baikan dari semasa ke semasa akan dilakukan agar Islam semakin dekat dengan hati masyarakat.

Kepada sahabat-sahabat janganlah tergesa-gesa dalam meminta dilakukan perubahan secara drastik. Lihatlah ia dalam konteks dakwah yang luas.

Semoga masyarakat sekeliling dapat menerima perubahan yang berlaku di sekeliling mereka sekali gus memperbandingkan dengan konsert yang ada di luar sana.

Sesungguhnya kami menyokong usaha MPP USIM dan pihak pentadbiran USIM dalam usaha untuk mengetengahkan Islam sebagai "The way of life".

Friday, November 23, 2012

Bila ada yang masih mengharap

Sebentar tadi aku menerima panggilan telefon dari juniorku. Beliau bertanya bilakah aku akan bercuti kerana katanya sudah lama dia tidak berusrah bersamaku dan rindu untuk melakukannya bersamaku.

Katanya dia berhasrat untuk menjemputku untuk menghandle kem di sekolahnya dan ingin berbincang dalam usrah bersamaku. Apakan daya sekarang ini aku masih mempunyai taklifan lain sebagai pelajar dan tidak dapat memenuhi tuntutannya itu. Apa-apa pun aku akan berusaha demi mereka.

Tak terasa bagaimana kesungguhan mereka walaupun masih muda tetapi menganggap bahawa usrah ini sebagai satu sistem tarbiyyah bagi mereka. Aku menyangkakan bahawa mereka telah melupai ku tetapi sebenarnya aku silap.

Sebenarnya mereka masih berharap untuk melihatku datang ke sekolah mereka dan mendengar pengisian yang bermanfaat daripadaku.

Sebenarnya itulah diri kita. kIta merasakan bahawa kita sudah tidak mempunyai apa-apa, tetapi siapa sangka ada orang yang sangat mengharapkan tunjuk ajar dari orang yang tidak mempunyai apa-apa ini.

Kadang-kadang aku sedih dengan diri sendiri. Macam mana aku boleh jadi lemah sebegini, sedangkan diluar sana sana masih ramai yang berharap pada diriku ini.

Apa aku nak jawab di depan Allah kelak jikalau aku tidak menunaikan amanah ini pada mereka. Tanggungjawab pada adik-adik, rakan-rakan, keluarga, masyarakat dan negara tergalas dibahuku ini. Adakah aku nak sia-siakan amanah ini dengan banyak bermain-main.

Mana perginya keseriusan aku dalam melakukan sesuatu perkara. Adakah aku ini dah lupa tentang soal peri pentingnya Ilmu dan tarbiyyah.

Kenapa ini terjadi, aku lemparkan kepada setiap diri yang membaca agar memikirkan dan bermuhasabah diri agar kalian akan menemui jawapannya untuk diri kalian.

Di manakah silap dan punca kepada segala perkara yang berlaku pada diri kalian. Tetapi apa yang pasti di luar sana masih ada yang mengharap pada kalian.

Bila ada yang masih mengharap, renung-renungkanlah...

Pemuda yang dinanti

Generasi pemuda pemudi Islam yang sanggup berkorban untuk Islam semakin bercambah-cambah pada hari ini. Semua ini berlaku kerana manusia sudah dapat lihat dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana kerosakan yang disebabkan dengan tangan manusia sendiri.

Merera telah dapat melihat sendiri bagaimana balasannya kepada mereka yang meninggalkan sistem yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sendiri.

Usaha kearah pemulihan dengan kembali kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah sedang giat diusahakan oleh para pemuda dan pemudi yang mencintai agama Allah ini.

Sesungguhnya tidak dapat dinafikan peri pentingnya para pemuda islam ini. Perkara ini ditunjukkan sendiri bagaimana orang mudalah yang bersama Rasulullah SAW dalam menjulang dakwah baginda tatkala kaum tua menentangnya dengan sehebat-hebatnya.

Mungkin sudah tiba masanya untuk pemuda pemudi yang cintakan Islam ini untuk kembali menggerakkan dakwah ini. Moga-moga Islam akan terzahir dengan para pemuda pencinta Islam ini.

harapanku pada kalian

Harapanku pada kalian semua untuk bangun, duduk, susah, senang bersama dengan seluruh umat Islam. Kita selaku umat Islam seharusnya berasa bertanggungjawab dan terpanggil untuk mengembalikan manhaj Islam di atas muka bumi ini.

Sudah sekian lama kerajaan yang berkiblatkan thaghut dibiarkan berkuasa dan pada hematku sudah sampai masanya kita bersama-sama untuk menjatuhkannya.

Monday, November 19, 2012

Gaza, Kemenangan menghampirimu

Terpanggil untuk menulis berkenaan apa yang berlaku pada dunia umat Islam hari ini. Tanggal awal Muharam menyaksikan peristiwa menyayat hati apabila umat Islam Palestin di wilayah Gaza dibantai dengan seteruk-teruknya oleh bangsa Israel.

Peperangan yang menyaksikan bagaimana satu pengisytiharan daripada bangsa Israel untuk melenyapkan dan menghapuskan umat Islam Gaza. Gaza tidak pernah menyerah malahan menantikannya sebagai satu perkara yang amat dinantikan oleh mereka. Mereka para pejuang mujahidin di Gaza bagaikan menerima pelawaan untuk menghadiri parti kesukaan. Begitulah erti peperangan pada mereka sekarang.

Bangsa yang cintakan mati. Nah, siapa yang menempah maut sekarang ni. Kalian berjuang untuk hidup sedangkan mujahid palestin berjuang untuk mencari mati. Bagaimana dua keadaan yang begitu kontra dalam kehidupan seorang muslim dan Israel.

Pernah terbaca satu artikel bagaimana para-para rahib ataupun dikenali sebagai orang-orang agama dalam yahudi sangat menentang terhadap penubuhan negara Israel. Hal ini kerana mereka ketahui bahawa bangsa Israel tidak boleh menubuhkan negara, dan jika ini berlaku bererti mereka membina kuburan bagi diri mereka sendiri.

Gaza, kemenangan menghampirimu kini. Ini janji yang pasti daripada tuhan Rabbul jalil. Bersabarlah kalian semua dan teruskanlah perjuangan ini sehingga kalian dijanjikan dua perkara, sama ada mati SYAHID atau PALESTIN KEMBALI BEBAS ke tangan umat Islam.


Friday, November 16, 2012

Antara pembohongan dalam jalan perjuangan DAKWAH



Kita dapat lihat sendiri dan merasai bagaimana pembohongan dalam jalan perjuangan Islam dilakukan. Amat sedih dan menyedihkan apabila ada dikalangan para daie yang terjebak dengan maksiat pada Allah, Apakah susah bagi kelian untuk melawan nafsu serakah yang membuak-buak dalam diri kalian itu. Akhirat yang kalian laungkan itu bisa jadi senjata makan tuan bagi kalian.

Penulisan ini aku lakukan untuk menyedarkan sesiapa yang tidak tahan dengan ujian lantas membiarkan dirinya hanyut dalam keseronokan yang sementara. Sedih dan memilukan. Mujahid melawan musuh Islam demi mengembalikan izzah agama ini .

Mereka bergelumang dengan darah dan pahala. Janji tuhan menepati dalam dada mereka. Tidak sekali-kali bagi mereka untuk melakukan maksiat pada Allah kerana mereka sedar bahawa kemenangan takkan turun kepada orang yang bermaksiat.

Nah, keuntungan apa yang engkau perolehi dari maksiat itu. Diri semakin jauh dari tuhan dan rahmatnya. Di mana mardhotillah yang kalian inginkan itu. Semuanya telah bertukar debu. Amalan-amalan kalian telah mati dan hilang bagaikan angin meniup debu pergi.

Kenapa ya penulisan kali ini bagaikan menempelak para-para daie di jalan dakwah. Sepatutnya penulis menukilkan sesuatu yang boleh menaikkan semangat mereka untuk terus istiqomah dalam jalan dakwah tetapi sebaliknya.

Bukan bermaksud untuk meruntuhkan semangat mereka tetapi bingkisan ringkas ini bertujuan untuk menyedarkan mereka dan terutama diri penulis.

Ayuh pengemudi bahtera dakwah sekalian, di sini ku bawakan kisah bagaimana ada seorang sahabat Rasulullah SAW ketika mana sahabat-sahabat yang lain bertanya perihal amal, beliau pula banyak bertanya apakah jalan-jalan yang membawa kepada dosa itu.

Tahukah kenapa sahabat-sahabat sekalian kerana amal itu dapat diketahui dan diamalkan tetapi bagaimana pula untuk mengetahui bagaimana bentuk dosa-dosa itu sendiri. Mana tahu dalam beramal ibadah pun ada dosa. Oleh sebab itulah beliau bertanyakan perihal dosa dan bentuk-bentuknya. Sekaligus,untuk  menghindari dari terjebak dalam dosa yang boleh menyebabkan diri ini tercampak kedalam murka Allah SWT.

Begitu juga kita, persediaan dan permantapan perlu dilakukan bagi menghindarkan diri dari murka Allah SWT. Kita bimbang lantaran dosa yang mengekori belakang kita ini menyebabkan kemenangan daripada Allah tertangguh dek lantaran diri kita ini.

Moga-moga coretan ini menjadi peringatan kepada kita semua supaya sedar dan waspada terhadap NAFSU dan SYAITAN kerana diri kita (para daie) inilah sasaran mereka yang pertama untuk melemahkan barisan tentera-tentera Allah di zaman ini.

Peringatan buat DIRI dan sahabat-sahabat seperjuangan yang dicintai sekalian

Wednesday, November 14, 2012

Makna disebalik Hijrah



Sayangnya bila masih ada yang LENA dalam TIDUR


Ada sesiapa yang masih tertidur? Tahukah anda tahun baru hijrah telah tiba dan ini bermakna kita semua telah berada pada tahun yang baru. Sekali gus, meninggalkan tahun yang lama. Perubahan? Atau masih ditakuk yang lama sampai lupa pembangunan diri yang mengikut acuan Islam yang sejahtera.


"Celupan Allah.Siapa yang lebih baik celupannya daripada Allah? dan kepadaNya kami menyembah." (AlBaqarah,138)




Soal Hijrah bagi yang mengerti

Tatkala bulan Muharam semakin hampir, umat Islam kembali sedar bahawa akan bermulanya tahun baru dalam kalendar Islam. Sekaligus tahun ini akan meninggalkan mereka dan digantikan dengan tahun yang baru. Mulalah disini niat dan azam baru kembali dipasakkan bagi membina hala tuju baru buat diri seseorang individu muslim itu.


Doa Awal dan akhir tahun dibacakan bagi memohon kepada Allah Yang Esa agar memberikan taufik dan hidayah dalam menempuhi dunia yang laksana ombok yang mengganas di lautan yang terbentang luas.

Berbalik kepada soal hijrah umat Islam hari ini. Kemana hala tuju hijrah itu? Adakah hijrah yang ingin dilaksanakan adalah seperti mana yang penah ditempuhi dan dilalui Rasulullah SAW? Persoalan demi persoalan keluar buat menjawab persoalan dalam diri. Hijrah yang manakah yang sebenarnya yang perlu aku lakukan dalam kehidupan ini.


Dari Umar bin al-Khattab r.a : Rasulullah SAW bersabda, "Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal munusia ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya.
Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah."
(Sohih al-Bukhari)

Ya, tepat sekali niatlah hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya kerana Rasulullah SAW telah menekankan hal ini kepada seluruh umat Islam dengan sabdanya itu. Bila kembali membaca dan meneliti hadis diatas, kita dapat lihat bagaimana pentingnya niat kearah ini. 

Hal ini kerana, tujuan dan matlamat kejadian manusia itu sendiri adalah untuk beribadah kepada Allah SWT. Oleh itu, matlamat mengerja Mardhotillah iaitu mencapai redho Allah perlu ada dalam jiwa-jiwa setiap mukmin yang bertakwa. 

Maka tidak dapat tidak setiap pekerjaannya hendaklah kerana Allah. Lalu disertakan dengan intizam yang tinggi untuk melaksanakannya. 


Bersungguh-sungguh dalam pekerjaan

Bila menyentuh soal intizam dalam melakukan sesuatu perkara, maka tidak dapat tidak kita lari dari hadis yang menuntut kita bersungguh-sungguh dalam kehidupan.

"Tiada Hijrah selepas pembukaan kota Makkah, tetapi yang ada adalah jihad dan niat."
(Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Umat Islam adalah umat yang berjihad dalam setiap perkara yang dilakukan dalam kehidupan mereka. Mereka sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat dalam kehidupan mereka. Tetapi itu tidak ada gunanya jika usaha itu tidak diniatkan kerana Allah SWT.

Mungkin inilah pengertian yang terkandung disebalik Hadis Rasulullah SAW dalam sabdanya ketika mana baginda menyebut, "Tiada hijrah selepas pembukaan kota Makkah, tetapi yang ada adalah jihad dan niat".

Jihad dan niatlah yang menjadi nadi penggerak kepada umat ini untuk terus "Excelent" dalam kehidupan mereka. Hal ini kerana umat Islam hari ini tidak dituntut melakukan perkara yang sama dilakukan oleh Rasulullah tetapi mereka dituntut untuk memahami makna yang terselindung di sebalik hijrah itu.

Mereka perlu bangkit untuk berhijrah kearah yang lebih baik dalam kehidupan mereka. Tidak kiralah apa-apa sahaja bentuknya kerana "Islam Is Way Of Life" dalam kehidupan orang Islam itu sendiri.


Monday, November 12, 2012

Belajarlah hidup untuk memberi


"Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah". Hadis ini amat besar maknanya kepada seorang yang bergelar muslimin , hal ini kerana di sebalik hadis ini terkandung satu erti yang amat besar dan perlu diterokai oleh umat Islam keseluruhannya. Hadis yang diriwayatkan oleh Hakim bin Hizam r.a :

Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (al-Bukhari)

"Tangan yang di atas" bukan semata-mata membawa erti tangan yang bersedekah sahaja tetapi jauh di situ terdapatnya sesuatu yang tersirat yang harus diketahui oleh seluruh umat Islam untuk diguna pakai dalam kehidupan mereka seharian. Apa falsafah yang terselindung dari sabda Rasulullah SAW dengan "tangan yang di atas" itu? Ertinya umat Islam seharusnya sedar terhadap usaha pembangunan diri mereka. Ya, mereka seharusnya berusaha untuk membangunkan diri mereka setinggi yang mungkin, sekaligus meletakkan satu peranan ke arah untuk bersedia melakukan sesuatu perkara. Persediaan ke arah itu perlu digarap sejak seawal mungkin.

Hal ini bukan menjadikan sesuatu kearah itu sebagai matlamat yang dituju dan dikejar dalam kehidupan kita di atas muka bumi ini. Tetapi apa yang lebih penting, ia adalah wasilah dakwah dalam meraih kejayaan dalam mengenderai bahtera dakwah yang terbentang luas diluar sana.

Umat Islam adalah umat yang proaktif dan produktif dalam memberikan sesuatu kepada orang lain. Mereka sentiasa berlumba-lumba kearah kebaikan. Peluang yang tersedia tidak akan mudah dilepaskan begitu sahaja. Hal ini kerana mereka tahu guna pakai sesuatu perkara itu di masa kelak.

Contoh yang jelas yang dapat kita pelajari dari sirah nabawiyyah sendiri, bagaimana kita dapat lihat praktikal dari kehidupan para sahabat. Mereka hidup untuk memberi dan melebihkan segala hal kepada sahabat yang lain. Kisah bagaimana daging kambing yang diberikan kepada sahabat dan berpindah pemberian tersebut kepada sahabat yang lain dan akhirnya kembali kepada tangan sahabat yang asal yang memberi daging tersebut. Satu contoh yang jelas dalam hidup mereka. Kehidupan untuk memberikan sesuatu manfaat kepada manusia.

Satu contoh yang lain pula, sifat berlumba-lumba para sahabat untuk menginfakkan sesuatu pada jalan Allah SWT. Satu ketika Umardatang menghadap Rasulullah dan menyatakan bahawa dia mahu menginfakkan sebahagian hartanya pada jalan Allah. Kemudian datang Abu Bakar dan menyatakan bahawa beliau mahu menginfakkan keseluruhan hartanya untuk jalan Allah. Lalu Rasulullah bertanya, apa yang engkau telah tinggalkan untuk keluargamu? Jawab Saidina Abu Bakar, aku tinggalkan untuk keluargaku Allah dan Rasul.

Lihatlah bagaimana mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan yang terbaik untuk Islam. Oleh  sebab itulah mereka sentiasa melakukan yang terbaik dalam kehidupan mereka dan meletakkan posisi mereka di kalangan orang-orang yang hebat.

Kisah seterusnya berkenaan Abdul Rahman bin Aus, seorang yang jutawan dan kaya raya di kota mekah sanggup melepaskan segala-galanya hartanya demi menyahut seruan Hijrah Rasulullah SAW. Datangnya ke kota mekah dalam keadaan tidak mempunyai apa-apa pun di sisinya, hanya sehelai sepinggan. Tetapi kerana kematangan pemikirannya disertai dengan tarbiyyah yang diacukan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat-sahabatnya menjadikan para sahabat Rasulullah sentiasa kreatif dan proaktit. Sesampainya di kota madinah, Abdul Rahman terus bertanyakan di manakah pasar dan dengan bekal modal pinjaman dari sahabatnya, beliau sekali lagi kembali melakukan perniagaan di pasar madinah dan kembali menjadi jutawan Islam yang berjaya sekali lagi seperti mana keadaannya sebelum hijrah dahulu.

Kesulitan yang dihadapi tidak memutuskan dirinya untuk terus berusaha dan bangkit sebagai kaum muslimin yang hebat dan gah. Inilah yang menggeruni kaum yahudi yang ada di kota madinah saat itu.

Kisah Saidina Usman bin Affan r.a membeli perigi dari orang yahudi. Kaum yahudi yang menduduki madinah  sangat menyulitkan umat Islam. Hal ini kerana mereka mengenakan harga yang sangat tinggi kepada umat Islam dalam urusan jual beli tetapi sebaliknya pula sesama mereka. Malahan riba yang dikenakan cukup menyukarkan kehidupan umat Islam. Kisah berkenaan perigi ini telah mendorong saidina Usman untuk memudahkan kehidupan umat islam di kota madinah kerana banyak aduan yang diadukan mengatakan mereka hanya boleh menggunakan perigi dalam jangka masa yang singkat sahaja, malahan turut dikenakan bayaran menggunakannya.

Lalu saidina Usman membeli satu perigi dari orang yahudi tersebut dengan harga yang sangat mahal. Akhirnya umat Islam bebas menggunakan perigi itu bila-bila masa sahaja sehinggakan perigi yang lain tidak lagi digunakan menyebabkan orang yahudi itu mengalami kerugian. Orang yahudi tersebut datang menawarkan kepada saidina Usman untuk membeli semua periginya dengan harga yang berpatutan. Lalu saidina Usman membeli keseluruhan perigi tersebut dan dengan izin Allah umat Islam telah bebas dari kesempitan yang membelenggu hidup mereka.

Nah, lihatlah bagaimana kehidupan mereka. Apaakah kita tidak malu dengan kehidupan yang kita jalani hari ini. Kita lebih sibuk mengutamakan diri sendiri dari orang lain. Nasib umat Islam di luar sana tidak di peduli sama ada mereka sihat, lapar, disakiti, dan seribu masalah yang membelenggu kehidupan mereka. Sikap tidak mempedulikan mereka seakan-akan mereka bukan sebahagian dari kita.


“Barangsiapa tidak peduli dengan urusan kaum Muslimin, maka ia tidak termasuk ke dalam golongan mereka.” (HR Thabrani)

Kita seharusnya insaf dengan diri kita pada hari ini, untuk apa hidup kita ini melainkan pasti akan bertemu Allah SWT jua suatu hari nanti. Oleh itu, kita sebagai umat Islam seharusnya sedar dari dilema yang membelenggu umat Islam pada hari ini. Tidakkah kita mahu mencontohi generasi yang terbaik yang telah dicoratkan Rasulullah SAW? Tidakkah kita mahu menjadi orang yang memberi dan menerima? Tidakkah kita mahu menjadi orang Islam yang kuat dan hebat dalam segala hal?

Ayuh syabab letakkanlah dirimu dikalangan orang-orang yang hebat. Agar suatu hari nanti engkau mempunyai sesuatu untuk diberikan. Belajarlah hidup untuk memberikan sesuatu kepada agama dan umat ini. Ya, belajarlah hidup untuk memberi.

 Mungkin inilah maksud di sebalik hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:


“Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Seorang mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada semua daripada mereka adalah baik, berlumba-lumbalah kamu ke atas manfaat dan mintalah pertolongan daripada Allah dan janganlah bersikap lemah atau malas.” (HR Muslim)



Monday, October 22, 2012

Ada kalanya aku juga penat

Ada kalanya aku penat dengan apa yang aku hadapi sekarang ini. Diri cuba menyembunyikan kemelut perasaan yang sedang dihadapi ini, tetapi apakan daya aku juga insan lemah yang juga perlu dibantu.


Seringkali aku mencemburui insan-insan yang ku bantu dan bimbing. Setiap kali ada masalah dan perkara yang merumitkan, maka akulah yang menjadi tempat rujuk mereka. Maklumlah ketika itu aku telah bergelar senior kepada pelajar-pelajar junior ini. Pengalaman bergelar junior dan memahami dunia para senior memotivasikan diri ini untuk melakukan perubahan kepada generasi baru yang akan menyusul selepasku.

Putaran negatif ini perlu diterbalikkan, agar putaran positif pula yang menguasai. Sering kali kes yang dilakukan oleh para senior itu, jika diselidiki mereka juga pernah menjadi mangsa tatkala mereka bergelar junior. Dua frasa yang berbeza senior dan junior tetapi putaran alamnya tak pernah berhenti dan akan terus berjalan. Baiknya senior maka baiknya junior sebagaimana baiknya rakyat maka baiklah pemimpinnya. Bukan politik yang ingin diusulkan tetapi kebenaran antara dua kaitan yang saling berkaitan walau apa bentuk sekalipun ia.

Bukan senang dan mudah untuk melakukan perubahan. Perubahan pertama bermula dengan diri sendiri dahulu. Pernah satu ketika aku tidak menghiraukan langsung hal ehwal pelajar di sekolahku kerana merasakan diri ini tidak layak untuk mentarbiyah mereka. Tetapi jauh di sudut hatiku, aku takut putaran negatif itu akan terus berlaku. Aku gagahi diri untuk melaksanakan amanah yang diberikan kerana cinta dan kasih kepada mereka semua. Pada hikmahku apa salahnya aku memperbetulkan dan membimbing mereka serta dalam masa sama aku terus mentarbiyah diri ini. Moga-moga aku juga di tarbiyah. Alangkah baiknya tempat mereka itu dapat ku ambil dan tempatku ini diganti oleh orang lain. Terasa pula diri ini ingin ditarbiyah ketika masih junior tetapi apakan daya takdirku bukan disitu.

Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. Al-Baqarah, 216.

Mendengar luahan kecil hati mereka yang datang berjumpa denganku, kadang-kadang membuatku sayu dan sedih dengan diri mereka. Sehingga ada kalanya aku bertekad untuk membantu mereka. Jauh di sudut hatiku, aku sebenarnya iri hati dengan mereka semua. Kepada siapa aku ingin meluahkan segala-galanya yang terbuku di hatiku ini. Sungguh perit dan sakitnya menanggung ia seorang diri. Tapi biarlah diri ini perit, janji orang lain bahagia. Mungkin sudah tercatit bahawa ini adalah takdir bagiku. Apa yang penting adalah aku terus redho dengan takdir dariNya ini dan berusaha ke arah yang lebih baik. Aku tahu niat baikku ini pasti dimakbulkan oleh Allah suatu hari nanti.

Aku tersenyum melihat dan mendengar suara-suara mereka meminta nasihat dan bimbingan dariku, tetapi aku sendiri sebenarnya tidak terbimbing untuk membimbing mereka. Aku suka melihat mereka mengerjakan kebaikan. Rasa diri ini turut terdorong sama kearah itu. Islahkan diri dalam masa sama, islahkan orang lain. Mungkin ini apa yang perlu aku lakukan sekarang ini.

Masih segar dalam ingatanku saat aku berbicara dengan sahabatku,Ailani berkenaan perihal berkenaan surah al-Saff ayat yang ke dua dan ke tiga. Aku juga mengemukakan ayat 43 daripada surah al-Baqarah. Ancaman dan kecaman daripada hadis ku paparkan buat menyatakan hujah kebenaran bagi golongan ini. Siapakah golongan ini? Inilah golongan yang ramai dan banyak membiak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Golongan yang enak berkata-kata dengan madah-madah bait yang indah tetapi disebalik kata-katanya itu tidak disertai dengan tindakan.

Berkata memang mudah, tinggal sahaja untuk melaksanakan kata-kata itu. Berani aku katakan disini ramai antara mereka yang mendapat suluhan sinar cahaya petunjuk dariNya, menangis di waktu malam dan menyendiri dari manusia kerna menangisi kelemahan diri. Ya, mereka menangis kerana takut saat hari pengadilan menemui mereka. Sebab itulah jikalau dilihat pada hari ini sedikit sekali yang menjiwai apa yang diperkatakannya itu. Ramai manusia pada hari ini hebat dalam berkata-kata, tetapi sayangnya kata-kata mereka yang hebat itu tidak dapat menembusi hati khalayak yang mendengarnya. Mereka berceramah tetapi "audience" nya entah kemana.

Pembicaraan ini memberi begitu banyak manfaat dan pencerahan kepada diriku ini. Tinggal sahaja masa untuk aku berubah dan menyedari tanggungjawab yang sedang terpikul di pundak bahu. Ketahuilah bahawa dakwah melalui perbuatan itu lebih berkesan dari kata-kata.


Setan menjanjikan (menakut-nakuti) kemiskinan kepadamu dan menyuruh kamu berbuat keji (kikir), sedangkan Allah menjanjikan ampunan dan karunia-Nya kepadamu. Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui. Al-Baqarah, 268.


Pandangan basiroh (hati yang jernih) yang pernah disebut sahabatku Jauharul masihku ingat sampai hari ini. Seorang yang tegas dalam kata-katanya,"Cuba nta tengok, kita ceramah pon pam pon pam tetapi kenapa tidak berkesan. Sebab kita tak dok pandangan basiroh. Pandangan basiroh ni benda apa sheikh? Hati ke hati. Kita ceramah-ceramah tetapi kalam kita dok sapa ke hati mereka sebab kita sendiri dok buat apa yang kita kata dan mungkin kita sendiri yang jauh daripada Allah SWT." Kata-kata dari sahabatku ini masih segar dalam ingatanku.


(kisah saidina Uthman dengan sahabat yang melihat aurat)

Satu riwayat daripada Anas bahawa beliau berkata:" Sewaktu aku masuk menemui Uthman dan sebelum itu aku telah menemui seorang perempuan dalam perjalananku, aku melihat perempuan itu dengan penuh cemik dan kuamati kecantikannya. Apabila aku masuk Uthman terus berkata: " Seorang dari kamu masuk (menemui aku) sedang di kedua matanya (terdapat) kesan-kesan zina. Tidakkah kamu mengetahui bahawa zina kedua mata itu ialah pandangan? Hendaklah engkau bertaubat atau engkau ku hukum dengan hukuman taazir." Lantas aku pun berkata:"Adakah wahyu setelah Rasulullah?" Uthman menjawab: "Tidak, tetapi (itulah) penglihatan nurani, tanda-tanda dan firasat yang benar."

Ada kalanya aku penat dan lemah tetapi aku tahu ini adalah fitrah yang pasti akan dilalui oleh semua insan. Apa yang penting bagi diri yang bergelar daie ini adalah untuk cepat bangkit dan sedar dari kelemahan tersebut. Hidup kita semata-mata untuk melihat dan memastikan cahaya agama Islam ini kembali ke tempat asalnya. Sekaligus menundukkan segala kebatilan yang ada pada zaman ini. InsyaAllah, Allah pasti membimbing hati-hati yang ikhlas pada jalan-Nya. Hiduplah untuk melihat cahaya agama ini bergeluman dalam kehidupan mereka suatu hari nanti. Oleh itu, berusahalah wahai sahabat-sahabat seperjuanganku kearah jalan itu kerana penat kita ini akan berbaloi bila Syurga menjadi ganjarannya.

Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhoan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya. Al-Baqarah, 207.



Friday, October 19, 2012

Adikku 2


Adikku,
Ilmu itu adalah khazanah yang tak terkata

            Adikku, melihat engkau masih lagi dalam kelalaian membuatkan hati abangmu ini begitu gusar dan bimbang terhadapmu. Bukan apa wahai adikku, kebimbangan ini dek kerana melihat betapa tertinggalnya mereka yang tidak mempunyai  ilmu.

Ketahuilah adikku, ilmu itu pasti akan menjaga tuannya dan takkan pernah habis, malahan akan semakin bertambah sekiranya ilmu itu dikongsi dengan sesiapa sahaja. Tetapi tidak pada harta kerna ia akan kian habis dan tidak akan pernah memberikan kesenangan buat selama-lamanya.

Manakala berbeza pula dengan mereka yang mempunyai ilmu jauh meninggalkan mereka yang ketinggalan dalam ilmu laksana mereka bagaikan bintang yang begitu bercahaya di langit angkasaraya.

Adikku, betapa ramai ulama-ulama terdahulu yang telah dimuliakan oleh manusia dek kerna ilmu yang dimilikinya. Mereka telah dimuliakan bukan kerana diri mereka wahai adikku, tetapi mereka dimuliakan kerana ilmu yang mereka miliki.

Wahai adikku sungguh benar perbandingan para ulama dengan para ibadah seumpama perbandingan bintang dan bulan. Sesungguhnya adikku orang yang berilmu dapat menunjukkan jalan kepada manusia untuk mencapai redha Ilahi manakala para abid hanya untuk dirinya sahaja.

Adikku, zaman remaja yang dilaluimu amat membinbangkan abangmu ini tatkala melihat pembelajaranmu tidak terurus. Adikku, apa yang kita belajar di sekolah adalah salah satu dari ilmu yang mesti kita terokai habis-habisan.

Janganlah berpenat dahulu adikku kerana jalanmu masih panjang, berusahalah sedaya yang mungkin kerana dengan ilmu itulah yang menentukan engkau dikemudian hari.

Teringat abangmu ini akan beberapa nasihat dan peringatan dari para ustaz dan ulama yang pernah abang ziarahi. Antara mereka yang pernah abangmu ini ziarahi ialah ustaz Jaya, Tuan guru ustaz Harun Taib, dan Tuan guru ustaz Zulkifli al-Bakri.

Apa yang abang ingin sampaikan kepadamu seperti mana telah di pesan pada abangmu ini diakhir pemisahan kami ialah banyaklah membaca wahai golongan muda.

Membaca, membaca, dan membaca. Itulah kalam yang sering diperingatkan oleh para ulama kita yang ingin melihat sinar cahaya ilmu Islam ini bergemerlapan di kemudian hari.

Bukan apa adikku, tengok dan lihatlah keadaan remaja-remaja seusiamu pada hari ini, sungguh menyedihkan dan membimbangkan bagaikan masa depan yang menunggu mereka adalah malapetaka dan bukan rahmat.

Teringat abangmu satu petikan dari buku yang bertajuk “Risalah al-Nur , Peringatan buat Remaja”. Dalam buku ini di mana Said al-Nuhsi Badiuzzaman ketika mana beliau berada di belakang geriji penjara dan melihat beberapa kanak-kanak sedang bermain dengan penuh gembira dan riangnya. Begitu indah sekali pemandangan yang terlihat sedikit sebanyak mengubat luka lara beliau di dalam penjara.

Tiba-tiba pemandangan itu berubah menjadi satu keadaan yang amat menyedihkan , kanak-kanak yang tadi masih kecil dan putih bersih menjadi besar dengan noda dari maksiat yang menjadi kebiasaan dalam hidup mereka.

Kehinaan dan penyesalan telah menyentap mereka kedalam api yang panas membara dek kerana kedurhakaan di dunia dahulu. Aduhai, alangkah sedihnya kanak-kanak ini apa yang menunggu mereka di masa depan.

Adikku, begitu jauh pengamatan seorang ulama terhadap umat ini dek kerana memikirkan umat Islam di suatu masa nanti. Sedangkan hari ini noda ini telah melumpuri umat Islam sekotor-kotornya.

Adikku, tahu tak kenapa abangmu memperkatakan hal ini kepadamu? Ini kerana abangmu ini ingin sekali melihat engkau menjadi manusia yang Berjaya dan cemerlang dalam hidup ini. Berusahalah adikku dalam menuntut ilmu kerana hanya Ilmu sahaja menjadi penyuluh kita di kemudian hari.

Abang tahu kemampuanmu bukan setakat itu sahaja, teringat saat abang meminta dirimu membaca surah al-Nahlu ketika saat umur mu masih 8 tahun. Sedikit terkejut dan takjub dengan perkembangan dirimu yang dapat membaca surah itu. Kalau abang ketika usia sebegitu pasti sudah tersekat-sekat.

Adikku, engkau bukan pelajar yang lemah walaupun sekarang ini engkau duduk di kelas yang belakang. Mungkin para guru-guru hanya memandang sebelah mata sahaja pelajar-pelajar yang belajar di kelas yang hujung ini, tetapi aku tidak melihat sebegitu. Bagiku ini adalah cabaran dan ujian bagimu untuk melepasinya dengan cara yang bijak dan bersungguh-sungguh.

Berusahalah adikku, abang yakin dengan potensi yang ada pada dirimu. Cuma apa yang perlu ada padamu ialah kesedaran untuk meraihnya. Abang juga seperti adik, bukanlah orang yang cerdik dan pandai tetapi jangan lupa wahai adikku perpatah ada menyebut “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.

Jangan malu bertanya untuk ilmu wahai adikku.Mungkin kita akan dilihat bodoh kerana banyak bertanya lantaran tidak mengetahui apa yang dipelajari. Tetapi adikku ini lebih baik dari orang yang tak tahu tapi tidak bertanya. Mungkin kita akan malu hari ini, tetapi siapa tahu siapa kita di masa depan. Oleh itu, adikku berusahalah untuk meraih khazanah yang tidak ternilai ini. Hanya dengan khazanah ilmu inilah yang akan mengangkat martabat mu.









Penatnya belajar



Rata-rata antara kita pasti mengeluh dek kerana pelbagai perkara yang akan kita tempuhi dalam dunia pembelajaran. Menempuh dunia ilmu bukanlah satu yang senang dan mudah. Kadang-kadang kita merasa sedih dan iri hati dengan rakan-rakan yang cepat menguasai sesuatu pembelajaran ilmu tersebut. Kenapa aku ini begitu susah untuk memilikinya, keluhan sebegini biasa berlaku dikalangan kita. Prisip asas ilmu adalah cahaya. Cahaya ilmu lah yang menerangi jalan kita semua dan membezakan antara dua darjat antara orang yang berilmu dan orang yang hanya beribadat sahaja.

Adakah hati yang kotor ini yang menyebabkan terhijabnya dengan cahaya tersebut




Hijrah menuju Allah


Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai
Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu 
Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah

Adikku

Adikku, 
hidup ini sangat singkat

            Adikku, kini aku telah melihat engkau begitu besar di hadapanku. Satu ketika dahulu aku teringat dirimu yang masih kecil ketika engkau dilahirkan pada tahun 1998.  Di mana kedatanganmu begitu bermakna kepada ummi dan abah. Wajahmu sungguh memukau sesiapa yang memandangmu dek kerna sinar nur yang terpancar di wajahmu.

        Teringat  abangmu ini satu ketika dimana engkau masih lagi kecil, peristiwa ini sungguh membimbangkan abangmu ini dan juga abang Hakim. Waktu itu kami masih lagi di sekolah rendah dalam lingkungan umur 8 dan 9 tahun.

            Pesanan ummi untuk menjagamu kami laksanakan tatkala mana ummi mempunyai urusan diluar dan abah belum lagi pulang ke rumah dari tempat kerjanya. Tetapi apakan daya abangmu ini masih lagi kanak-kanak ketika itu dan abangmu terleka daripada menjagamu.

Abangmu dan juga abang Hakim tidak menyedari tatkala dirimu begitu hampir dengan jendela tingkat dan tiba engkau terjatuh dari jendela tingkap itu wahai adikku. Kebimbangan dan kegusaran dalam hati ini hanya Allah SWT yang tahu ketika itu, perasaan gusar seorang abang terhadap adiknya.

Benjolan yang berbekas itu cuba abangmu ini dan juga abang hakim rawat sebaik yang mungkin, kebetulan ummi juga baru balik dari urusannya. Dan ummi cepat-cepat meredakan tanggis kesakitanmu itu.

Kini adikku, engkau bukan lagi kanak-kanak seperti dulu tetapi seorang yang sudah mengjangkau alam remaja menuju kealam kedewasaan.

Bagaikan peristiwa yang berlaku itu, baru sahaja berlalu semalam. Begitu pantasnya masa meninggalkan kita semua dan kini adikku, engkau sudah berada di sekolah menengah dan abangmu ini sedang berhempas pulas berjuang di dalam dunia akademik yang menuntut sejuta pengorbanan bagi meraih kejayaan dimasa depan.

Wednesday, October 10, 2012

Buku Kuning yang penuh makna


Timbunan buku yang terhampar di depanku, kucapai dengan tangan ini buat meneliti isi-isi yang terdapat didalamnya. Tertarik dengan sebuah buku pendidikan islam yang berwarna kuning cukup menarik minatku, bukan kerana kulit bukunya yang menarik tetapi dek kerana cerita sirah yang banyak dikisahkan dalam buku itu.

Sebenarnya semua buku-buku itu hendak dilupuskan kerana sukatan baharu pembelajaran sudah dibuat jadi buku yang lama dilupuskan dengan cara membakarnya. Mungkin pada masa itu teknologi kitar semula masih belum semaju hari ini.

Ahh, itu semua tak penting bagiku kerana aku dah dapat buku apa yang ingin ku perolehi. Buku ini ku tadahi dan aku simpan dalam simpananku. Rasanya agak lama sehinggalah ke satu hari yang menyebabkan buku ini rosak dan tidak dapat digunakan lagi.

Persoalan yang ingin dibangkitkan bukan pasal buku kuning ini tetapi apa yang ada dalam buku kuning ini yang telah Berjaya membangkitkan jiwa kanak-kanak yang masih berumur 8 tahun ketika itu. Buku ini ialah buku pendidikan Islam yang Berjaya membangkitkan semangat seorang kanak-kanak ini untuk turut serta meneladani sirah-sirah perjalanan hidup para sahabat yang terdahulu.

Di dalam buku ini menceritakan bagaimana permulaan Islam yang di hadapi oleh para sahabat ketika era perkembangan dakwah Islam ini. Seharusnya cerita-cerita benar ini perlu diketengahkan kembali dalam masyarakat kita, terutamanya dalam pembangunan kanak-kanak.


Mereka tertipu dengan alam fantasi yang pernuh tipu daya

Sering menonton kartun cepat ternyata merugikan kemampuan anak-anak ...

Amat sedih apabila tipu daya ini melupakan mereka kepada siapa mereka yang sebenarnya. Kenapa ku katakan begitu kerana bayangkan bagaimana kanak-kanak hari ini jika dibandingkan dengan kanak-kanak ketika generasi awal islam terdahulu. Disini ingin ku nukilkan beberapa kisah kanak-kanak generasi awal Islam.

Pernah satu ketika ketika mana saidina Ali mendengar dakwah baginda Rasulullah SAW dan di ajak oleh Rasulullah untuk memeluk Islam, saidina Ali memberitahu Rasulullah untuk meminta izin terlebih dahulu daripada kedua ibu bapanya untuk memeluk Islam.

Selang beberapa langkah membelakangi Rasulullah, lalu terdetik di hati saidina Ali, tuhan baru yang ingin aku sembah ini adalah tuhan yang benar. Dialah yang menjadikan aku dan kedua ibu bapaku. Jadi untuk apa aku perlu meminta izin kedua ibu bapaku untuk memeluk agama yang benar ini. Selepas berfikir sejenak, saidina Ali lalu berpatah balik ke arah Rasulullah SAW kembali dan menyatakan bahawa ia ingin terus memeluk Islam ketika itu.

Kisah kedua berkenaan seorang kanak-kanak perempuan yang telah memeluk Islam dan telah diseksa sehingga dibutakan matanya kerana memeluk agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Begitu teruk dan dashyat seksaannya yang menimpa kanak-kanak perempuan ini langsung tidak mengubah dan menjejaskan langsung akidahnya. Malahan, Allah telah menunjukkan kuasanya dengan mengembalikan kembali penglihatan kanak-kanak perempuan tersebut.

Kisah yang ketiga berkenaan Khalifah amirul mukminin saidina Umar al-Khattab ketika mana beliau berjalan-jalan bersama sahabat-sahabatnya, beliau telah ditegur oleh seorang kanak-kanak yang menyuruhnya,” Ya amirul mukminin bertakwalah kepada Allah”. Lalu dimarahi oleh sahabat Umar dengan mengatakan, “Adakah kamu tidak kenal dengan siapa kamu sedang berbicara sekarang ini!”. Tetapi Amirul mukminin menegur tindakan sahabatnya itu dengan mengatakan, “Tidakkah kamu sedar bahawa kanak-kanak ini sedang mengingatkan aku kepada Allah.”

Lihat sahaja kisah mereka ini maka kita dapat lihat bagaimana begitu besarnya jiwa kanak-kanak ketika zaman era permulaan Islam dengan kanak-kanak di zaman mutaakhir ini. Begitu tinggi wawasan hidupnya, beginilah apa yang telah dicoratkan islam pada mereka. Kanak-kanak yang begitu hijau umurnya sudah dapat berfikir dan merenung sejauh itu bukanlah disebabkan kerana didikan ibu bapanya yang bijak, atau dari baka keluarga yang baik tetapi ini semua jelas terpancar dari kejernihan agama ini yang telah mencoratkan mereka sebegitu di era kebangkitan Islam. Celupan Allah, dan adakah celupan yang baik daripada celupan Allah?


Meletuh buluh biarlah dari rebungnya

Perpatah melayu ini rasanya tidak asing dari kamus hidup orang melayu yang satu ketika dahulu memang kaya dengan perpatah-perpatah yang cukup indah dan cantik. Tetapi kini kian dilupakan oleh generasi muda kerna kealpaan generasi tua. Bukan sekadar bagi orang melayu tetapi ia perlulah diterjemahkan dalam konteks yang lebih luas yakni Islam. Bila disebut Islam pertikaian bangsa dan kaum bukan lagi persoalan yang utama.

Acuan yang baik ialah ketika mereka masih muda. Jika kita lihat pada para tahfiz banyak ibu bapa menghantar anaknya ke sekolah tahfiz ketika mereka masih muda lagi kerana mereka menyedari bahawa pada usia itulah waktu yang terbaik untuk mendidik mereka. Seharusnya itu jugalah yang perlu dikembalikan kepada benih-benih baru Islam.

Bukan disibukkan mereka dengan cerita-cerita kartoon yang langsung tidak mempunyai unsur mendidik di alam realiti, melainkan menyebabkan kanak-kanak tersebut terus terjerat dengan alam fantasi mereka. Kesimpulannya jeratan itu terus terbawa sehingga mereka mejenggah alam dewasa.

Bukan maksudku untuk mempertikaikan semua cerita kartun ini tidak bermanfaat, aku juga tahu di sana juga ada cerita-cerita yang bagus dan membina pemikiran kanak-kanak. Tetapi apa yang ingin ku bawakan di sini adalah sudah masanya kita menghidupkan cerita-cerita sirah, salafu soleh dan para sahabat dalam diri mereka. Bentuklah mereka dengan nilai Islam orang-orang terdahulu dengan membawanya kepada mereka.


Aku kanak-kanak hebat 

          Aku kanak-kanak hebat dengan Islam. Ya, dan aku menyakini bahawa dengan Islam sahaja kami akan menjadi hebat. Wahai kaum-kaum pemuda di luar sana, berusahalah untuk kami yang masih kecil ini. Kami masih belum mengenali dunia seperti mana kalian telah mengenalinya. 

           Wahai kaum pemuda berusahalah untuk kami menikmati nikmat dan redho dari tuhan kami. Janganlah biarkan kami hidup dalam dunia yang dipernuhi fitnah kerana kami bimbang kami akan membesar dalam keadaan jahiliyyah yang akan menyusup masuk kedalam diri kami sehingga kami membesar menjadi penderhaka kepada Allah SWT. 

            Ketahuilah wahai pemuda-pemuda sekalian yang berada di luar sana, jika fitnah kerosakan ini membinasakan kami, kami pasti akan menuntut hak ini di hadapan Allah SWT kelak untuk kalian bagi dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku. 

         Oleh itu, kami meminta dan merayu pada kalian untuk berusaha untuk kami semua yang baru hendak mengenali dunia ini, agar kami semua menjadi kanak-kanak Islam yang hebat. 

Terima kasih bagi yang berusaha untuk kami dan hanya Allah lah yang akan membalas usaha kalian yang bersungguh-sungguh itu.


Monday, October 8, 2012

Air tea buat teman seperjuangan

Seusai melakukan kerja dan menyelesaikan tanggungjawab di kampus. Aku terus pulang ke rumah bagi melepaskan segala penat yang datang menziarah ke tubuhku ini. Ah, sungguh malu rasanya tatkala mata ini bermain turun naik tangga di hadapan pensyarah Agamaku. Entah kenapa hari itu terasa begitu penat sekali.

Sampai di rumah, aku mengambil peluang seketika untuk berehat bagi mengembalikan tenaga ini kerana ku pasti kerja-kerja dakwah masih banyak yang menunggu di luar sana dan perlu dilakukan, tidak kiralah ia di dalam kampus atau luar kampus.

Kadang-kadang aku melantorkan pertanyaan kepada diriku ini, dapatku lihat betapa masyarakat yang hidup di sekeliling kami bagaikan tak terasa dakwah Islam yang kami bawakan ini. Ada kalanya aku merasakan kami hanya sibuk dengan mahasiswa yang terkurung di dalam kampusnya dan melupakan masyarakat diluar sana.

Padaku masyarakat diluar kampus sama penting dengan masyarakat di dalam kampus. Teori-teori dakwah yang dipelajari tidak menyebut pula bahawa dakwah ini hanya bagi masyarakat kampus sahaja. Seharusnya masyarakat sekitar terasa dengan kewujudan dakwah dan keintelektualan masyarakat kampus ini.

"Oohhh, ada. Ingatkan takde." tegur seniorku abang Rasyadan. "Kamu dari mana Muhaimin?"
"Saya dari kampus abang rasyadan. Baru selesai kuliah tadi." Balasku antara mahu tak mahu.
"Hoh, bagus, bagus,bagus..Cer min gi dapur, lepas tu gi buat air tea. Kalau cicah ngan kepok. sedap juga tu." Arah abe syedey padaku.

Hasrat ingin berehat terbantut dengan kehadiran abang rasyadan. Al-maklum dia tu orang tua dalam rumah kami jadi kami kena hormat skit kat dia. Tambahan lagi aku baru sahaja berpindah ke rumah itu maka terpaksalah aku menjadi induksi baru di rumah ini. Kata mereka sesiapa yang baru memasuki rumah wajib melalui tahap sebagai induksi bagi menunjukkan mereka layak menduduki rumah ini. Apalah nasib yang menimpaku ini.Huhuhu...

Sebenarnya abe Syedey gurau je dengan aku. Kalau aku tak buat pun tak mengapa. Tetapi kenapa aku tetap melakukannya kerana disitu aku merasakan bagaikan tersimpul ukhwah persahabatan antara kami.

Tetapi apakan daya, aku ni cepat belajar. Perkara sebaliknya pula berlaku apabila aku pula menginduksi semua orang rumah aku.Hahaha...( sebenarnya perkara sebaliknya berlaku, huhuhu)

"Air tea pun, air tea lahhh..Cicah ngan kepok dap gok ea. Aku pun tengah lapar ni."Monolog jiwa dalamanku ini.

"Beres, abe Syedey. Abe Syedey nak air gapo? Air tea panas atau air tea ais. Air tea panas kalau cicah sekut(biskut) dap (sedap) gok(juga)." Kataku pada sahabatku ini.

"Heh,heh,heh,(tak tahulah macam mana nak tulis bunyi yang telah merubah segala-galanya dalam rumah kami ini tapi kalau ahli rumah pasti tahu bunyi ni, terutama Matniq.) Air batu ah sedap tengah-tengah petang ni, ada ke nak minum air tea panas." Kata abe Syedey padaku.

"Ikut pandai mu aahhh....,"(ni pula adalah induksi baru aku untuk aku tukarkan beliau kepada orang ganu suatu hari nanti. Doakan misi aku ini. Moga-moga aku berjaya suatu hari nanti.) Celah abang Nawi.

"Sihat sikit tubuh badan abe syedey kekgi. Ni dok pakat bahang air batu sokmo." Balasku sambil berlalu pergi ke dapur untuk buat air tea dan juga cenkodok atau aku panggil jeput sayur goreng je.

Sebenarnya kalau nak ikutkan nafsu yang pemalas ni, ingin sahaja aku buat don't know tetapi teringat pula kisah Rasulullah SAW dengan sahabat-sahabatnya. Kisah yang menceritakan daging kambing yang pusing satu kampung. Bukan kambing tu yang berjalan tetapi kerana sifat melebihkan sahabat melebihi diri sendiri menyebabkan daging kambing itu bertukar tangan dari satu tangan ke satu tangan sehingga akhirnya daging itu kembali kepada tuannya yang asal.

SubhanaAllah, inilah berkat didikan dan tarbiyyah dari Rasulullah SAW dan juga generasi awal yang telah terpilih untuk bersama Rasulullah dalam perjuangannya.

Semaga aku dan semua sahabat-sahabatku dapat menjadi seperti generasi awal yang bersama dengan perjuangan Rasulullah SAW. Walaupun aku mengira ia bukanlah mudah dilaksanakan. Moga juga aku tidak lupa untuk menghayati rukun ukhwah yang telah aku pelajari di sekolahku satu ketika dahulu.

"Rukun ukhwah ada 3 adik-adik, pertama taa'ruf iaitu berkenal-kenalan, kedua tafahum iaitu bersefahaman antara satu sama lain, ketiga itsar iaitu melebihkan sahabat lebih daripada diri sendiri. Dan rukun yang ketiga adalah yang paling tinggi dalam rukun ukhwah tetapi ia takkan berjaya tanpa berjayanya rukun yang pertama dan seterusnya rukun kedua." Masih terngiang-ngiang pesanan naqibku ini pada diriku ini.

Walaupun begitu aku merasakan cukup gembira kerana dapat menyediakan Air Tea buat teman seperjuanganku.

Saturday, October 6, 2012

Bila mata terbuka

Memberi sokongan dan semangat baru

Sedang menikmati santapan sup berdengung di sebuah kedai makanan yang terletak di Nilai 3, tiba-tiba datang seorang perempuan dengan bergalaskan sebuah beg datang menghampiri kami. Perempuan itu membawa bersamanya beberapa buah buku serta CD nasyid dan alunan suci bacaan al-Quran. Pada mulanya aku terasa terganggu dengan keadaan tersebut tetapi apabila melihat sahabatku yang ku gelarkan ia sebagai abang Imran melayannya dengan cukup ramah dan baik, membuatkan diri ini sedikit malu. Inikah natijah dari dakwah yang ku pelajari selama ini.

Aku sekadar memerhati keadaan yang berlaku antara perempuan tersebut yang menpromosikan barangnya kepada abang Imran. Jauh di sudut hatiku, aku berasa malu sebenarnya dengan keadaan diriku ini. Abang Imran melayan perempuan penjual tersebut dengan penuh ramah dan kelihatan riak-riak gembira pada wajah wanita tersebut yang dapatku perhatikan. Mungkin kerana memikirkan ada rezeki yang akan diperolehinya di meja tempat kami menjamu selera.

Selepas bertanya itu dan ini, lalu sahabatku ini membeli sekeping CD alunan bacaan al-Quran juz amal daripada perempuan tersebut. Sempat lagi abang Imran berseloroh dengan perempuan tersebut dengan katanya,"Kalau CD ini tak ori, saya nak duit saya balik".Gurau abang Imran dengan disambut senyuman daripada perempuan tersebut. Nampak jelas kegembiraan terpancar terang di raut wajahnya.

Selesai urusan di meja makan kami, perempuan tadi berlalu menuju ke meja yang lain pula untuk menjual barangannya itu. Aku memerhatikan penjual perempuan tadi yang bergerak dari meja ke meja buat melariskan barangannya itu. Moga-moga masih ada insan yang lain seperti kami yang sanggup membeli barangannya walaupun seringkali ditolak oleh orang ramai yang sedang menjamu selera tengahhari.

Dapatku lihat betapa gigih penjual perempuan tadi berusaha untuk mencari rezeki dengan menjual barangannya itu. Sekurang-kurangnya ia lebih baik daripada meminta sedekah.

Membantu Sahabat

Hari ini, aku dan Hasieb akan membantu abang Imran yang akan berpindah ke rumah barunya yang terletak berdekatan dengan tempat kerjanya. Keadaan rumah kami yang jauh dari tempat kerja abang Imran menyukarkan sedikit sebanyak beliau untuk ulang alik dari rumah ke tempat kerja, tetapi siapa sangka rezeki Allah itu maha luas. Abang Imran telah ditawarkan oleh 'company' nya untuk duduk di rumah sewa yang berdekatan dengan tempat kerja. Harganya pun sangat berpatutan.

Selesai membantu mengangkat semua barang masuk kedalam rumah yang terletak di tingkat 4 cukup menguji tenaga muda kami ini. Mujurlah Hasieb seorang yang perkasa kerana aku dah mula terasa keletihan dek kerana mengangkat barang tersebut. Mahu sahaja aku tidur di rumah baru abang Imran kalau bukan kerana pelawaannya itu yang telah membantutkan hasrat murni ini.

Abang Imran nak belanja sup berdengung, menarik ni. Aku pun belum pernah lagi merasa makanan itu. 'First time' dengar makanan ni,hehehe..Seronok,seronok, fikir bernakku walaupun didepannya ku menolak kaw, kaw supaya dia tak belanja kami. 

Bukan apa aku cuma memikirkan ekonominya sahaja, tetapi tak sangka beliau memang seorang yang berhati pemurah. Rasa-rasanya apa Hasieb fikir ketika aku menolak di belanja oleh abang Imran. 'Jangan libatkan aku dah kot', hehehe..

Berilah harapan

Teringat sebuah lagu nasyid kumpulan Raihan yang pernah menjadi popular suatu ketika dahulu, tak silap aku lagunya bertajuk "Berilah Harapan". Mengingatkan lagu ini teringat aku dengan tindakan yang dilakukan oleh abang Imran tadi.

Katanya,"masyarakat kita hanya sibuk dengan diri sendiri sahaja dan lupa untuk membantu dan menyokong mereka yang lemah". Walaupun mereka tidak mempunyai apa-apa tetapi kita hendaklah membantu dan memberi sokongan moral kepada mereka, sekurang-kurangnya mereka berusaha untuk mengubah hidup mereka dengan cara mencari rezeki yang halal.

Kadang-kadang barang yang dijual tidaklah menarik tetapi kita membelinya bukan kerana barang tersebut tetapi sebagai moral kepada penjual tersebut untuk terus berusaha dengan cara perniagaan halalnya itu. Mungkin barang tersebut kita boleh hadiahkan pada jiran, rakan-rakan atau sesiapa sahaja. Tetapi apa yang penting disini kita membelinya sebagai satu tanda sokongan untuk membina moral mereka bagi terus berusaha untuk terus bersemangat dalam perkerjaan halal mereka itu.

Bila mata terbuka

Seharusnya kita perlu sedar akan hal ini, janganlah dek kerana terlampau mementingkan diri sendiri kita lupa pada orang yang lain. Ingat, kadang-kadang dalam harta yang kita miliki itu terkandung hak orang lain yang mesti kita tunaikan. 

Teringat pula satu tagline blog ustaz Hasrizal Jamil, "Erti Hidup Pada Memberi". Mungkin sudah tiba masanya masyarakat kita dibangunkan dengan membangunkan akal,jiwa dan budi mereka semua. Masyarakat kita sebenarnya kosong dari jati diri hidup sebagai seorang muslim yang sejati.

Oleh itu, usaha kearah ini perlu dilakukan dan dihidupkan agar kemuliaan umat islam yang berdiri atas satu bangunan yang kukuh dapat dihidupkan kembali. Bila mata sudah terbuka, apa tunggu lagi? Ayuh, kita bertindak!!!